The Best Followers

31 January 2010

MU ke Arsenal???




agak2 sape la menang malam ni erk???kalau tanya Tuya mesti le Tuya akan cakap MU..gile nak sokong team lain..hehehheeh..(sebab ade rooney )..mesti riuh rendah le jap lagi rumah Tuya ni..eri Arsenal (peminat berani mati)hahahhah..Tuya MU..abis le segala ayat sindir menyindir kuor..lambat betul nak tggu pkul 12.00am..x mo riak,kalau kalah mesti kena kutuk..so,kita tunggu dan lihat je la..

Ni baru namanya sayang..hehehehe!!!

heppi weekend..ari ni Tuya x de wat ape pun.malam td tdo rumah adik eri..saja nak nyibuk2 kat sana,lama dah x jenguk2 dia..gossip banyak sangat simpan..hehehehhe..tghari td balik rumah,plannya nak mengemas rumah..dah macam rumah hantu dah..lagi2 tang kipas tu,berat dah agaknye x cuci..last cuci masa cuti sekolah aritu..kejap je dah berhabuk2..tapi bukan Tuya yg cuci,Tuya sapu2 lap2 habuk je..eri yang jadik mangsa keganasan rumahtangga ari ni..masa ni le nak buli dia.kui kui kui..rela atau paksa,kena gak wat..kalau x x leh dok senang le dia dengar Tuya membebel x abis2..huhuhuhu..


tengok le betapa hitamnye kipas tu.banyak betul habuk!!!


dia x pasan Tuya snap2 pic dia..ni pun guna henpon..kalau guna kamera mesti dia tau..keh keh!!

gigih wat keja..kalau x mesti kena bebel..nasib le..sesekali nolong ape la salahnya kan..tolong menolong bantu membantu namanya..




28 January 2010

Macam Nak Gigit je Budak Ni




semalam Tuya chat ngan adik Tuya kat kg..adik Tuya ni sebenarnya dok Jb,tapi sebab suami dia asik dapat pojek renovation sekolah kat area2 Endau,Mersing,dia dok la bermastautin kat rumah mak sementara waktu..bagus gak dia ade kat rumah mak tu,leh la tetengok mak ngan abah Tuya..nak harap adik lelaki Tuya 2 ketul tu..ampeh!!!!

sempat la berwebcam ngan budak kenit gedik umairah nih..rindunya ngan dia..kalau Tuya tepon mesti dia tnya "maklong kat mana?bila nak balik kg?"..kalau Tuya jawab "maklong kat umah KL"..dia mesti jawab "nak ikot!!!!"..kelako..tengok le aksi2 gedik dia wat depan camera laptop umi dia..geram!!!

rindu ngan umairah..dia dah tuntut hadiah sbb dah pandai baca ABC..x sabo2 nak g skulah,padahal belum 3 tahun pun umur nya..sangat kepoh!!!!



27 January 2010

Abah

hari ni kurang bz sangat kat sekolah sbb x banyak kelas yg Tuya attnd..
melepakkan diri kat bilik guru n jap2 g library je la..ni time rehat,malas nak makan sbb pg td eri dah tapawkan kuih karipap..hehehehe..time2 tensen bz penat ni,tingat lak kat family,anak kat kg..td baru lepas tepon abah Tuya kat kg..tanya2 khabar deorg..sempat lagi abah sindir tu " ni mesti susah hati tensen,kalau x,x de nya nak tepon abah"..huhuhu..memang aku jarang tepon abah,selalu calling2 mak je..bukan ape,kalau tepon abah asik mak je yg jawab kalau kat rumah tu..sebenarnya malam tadi Tuya mimpi abah..tu pg ni terus tepon abah..rindu kot..alhamdulillah abah sihat2 je..tapi still injection la malam2..sbb dia mmg x mo makan ubat yang doktor bg,kena la inject2 nih..adik Tuya le jadi doktor x bertauliah..heheheh..abah Tuya ni kena kencing manis darah tinggi..
masa balik kg aritu sempat le snap pic dia tengah di inject..kesian..tp abah dah lali dah pun..


inject jangan x inject..nak baik kan bah..

kalau adik Tuya yg kat UUM tu ade,dia je la yg melayan..skang ni umi umairah yg jadi doktornya..mak Tuya x berani nak cucuk2 nih..seram dia kata..


26 January 2010

Letih



bz..bz..bz..
pening kepala Tuya ni..banyak keja sangat lately..pagi sampai tengahari rutin g sekolah..skang ni abis time ngajar ade lak tuisyen kat sekolah sampai pkul 3..balik rumah,start pkul 5 sampai 6 ade tuisyen kat rumah lak..lepas maghrib 7.30 sampai 8.30 pun ade tuisyen lagi kat rumah..tuisyen tu sume 3 hari je seminggu,lebih 2 hari lagi tu g UM lak dok nak ngabiskan wat mcm2 assgment,tessis..letih nye..penat otak Tuya..nak ngadap blog,facebook pun time2 malam je..tu pun jap sebab dah letih..penat sangat otak Tuya..makan pun x selera sangat dah..bile la sume ni nak habis..i'm too tired..






24 January 2010

Kerana Mulut Badan Binasa,Tunggu la balasannya



sedih,kecewa,sakit hati Tuya bila baca satu blog yang sangat2 kurang ajar.salah satu n3nya mengutuk dan menulis kata2 kesat terhadap Almarhun Sultan Johor..Tuya sebagai anak jati Johor memang tak leh nak terima hinaan dan segala apa yang tertulis kat n3 dia tu. ni blog nye.Aduka Teruna.Tapi n3 tu dah di delete..tau pulak dia delete,kalau bagus sangat x yah nak delete..baru la nama nya Aduka..ni la n3nya..


"dah mampos tu buat cara mampos la.Boleh plak simpan mayat nak tunggu Datu Bendahara balik dari shopping.Boleh meeting isytihar sedang terlentang.padahal dah mampos pagi tadi.Pergi mampos sama lu.Bodoh punya kerajaan spesis stupid"
tu la tulisan si bangsat Aduka Taruna nih..
lepas dah sedap maki2 leh pulak wat n3 minta maaf..terlajak perahu boleh di undur,terlajak kata,badan binasa..

td tengok Buletin Utama tv3,cerita nya dah tersebar di media2 utama..harap2 dapat la di ambil tindakan setimpal..kita memang berhak menyuarakan isi hati di dalam blog kita,tapi biarlah dengan cara yang berhemah dan menghormati orang lain..setiap orang ada kelebihan dan kelemahan sendiri.

tah le..Tuya memang marah dan beremosi bila baca sume tu..nak maki2 raja..dia x baca rukunegara ke??kalau x kenal ngan sesorg tu jangan nak menilai luaran dan sesuka hati je nak maki!!!!

alfatihah utk Almarhum..

*info : Berita harian (mmg nak kena la mamat nih)
: YouTube ( memang lahanat punya org yang ubah2 video nih ) ni video yang asal


..yg paling Tuya bengang dalam Myspace dia,asal dr BP lak tu..memang memalukan..

23 January 2010

aLFatihah..





Takziah Tuya ucapkan kepada semua rakyat negeri Johor atas kemangkatan Sultan Johor,Almarhum Sultan Iskandar ibni Almarhum Sultan Ismail pada pukul 7.15 pm pada usia 78 tahun kalau x silap Tuya.Almarhum mangkat di Hospital Pakar Puteri,Johor Bahru setelah gering...Alfatihah..walaupun Tuya dok bekerja kat KL ni,tetap terasa kehilangan pemerintah tempat kelahiran sendiri..semoga rohnya dicucuri rahmatNya..amin!!!




21 January 2010

OranG Tua Tak Sedar Diri.

baru jap td adik Tuya kat kg sms : "akak,ko dah baca Metro hari ni?ko baca kak,nanti ko mesti tingat kenangan lama"..
Tuya pun dengan pantasnye on laptop nak baca paper,kebetulan pg ni lom ade kelas lagi.nak terkuor bijik mata ni ha,bile tengok gambar orang tua ni masuk paper..eeeee!!!!geli la Tuya ngan org tua nih..ade peristiwa yang x dapat nak di lupa pasal org tua ni..ape kata korg baca dulu cite dalam paper tu..

MERSING: Seorang lelaki berusia 56 tahun yang baru tiga bulan kematian isteri membuat kerja gila dengan merayau di beberapa taman perumahan pada tengah malam, sebelum mengintai dan merakam aksi ranjang di bilik tidur penduduk menggunakan perakam video yang baru dibelinya.

Perangai miang warga emas itu terbongkar apabila dia ditahan seorang penduduk ketika dipercayai cuba merakam aksi ranjang sepasang suami isteri di Taman Sri Daik, dekat bandar ini, kira-kira jam 11 malam Jumaat lalu. Ketika itu, seorang penduduk di kawasan taman perumahan berkenaan melihat kelibat seseorang di belakang rumahnya menyebabkan dia mengendap kerana menyangkakan pencuri. Penduduk terbabit menghampiri lelaki berkenaan dan menangkapnya sebelum mendapati suspek memegang sebuah alat perakam video. Nasib warga emas itu bertambah malang apabila kebetulan pasukan peronda polis melalui taman perumahan berkenaan dan dia terus diserahkan kepada anggota polis untuk tindakan lanjut. Ketua Polis Daerah, Deputi Superintendan Mohd Nor Rasid, berkata pemeriksaan terhadap perakam video milik mangsa mendapati banyak rakaman aksi ranjang dan gambar orang sedang mandi disimpan di dalamnya. Menurutnya, rakaman itu dipercayai dibuat di rumah penduduk di beberapa taman perumahan di daerah ini dan hasil soal siasat, lelaki itu dipercayai melakukan kegiatan tidak senonoh itu sejak lebih setahun lalu. Difahamkan, suspek yang bekerja sebagai buruh mengumpul wang untuk membeli perakam video bagi melakukan kerja terkutuk itu. Mohd Nor berkata, warga emas yang mempunyai empat anak hasil perkongsian hidup bersama arwah isterinya direman bagi membantu siasatan hingga hari ini. “Siasatan mendapati hasil rakaman yang dibuat warga emas itu tidak disalur atau disebarkan ke mana-mana, sebaliknya untuk suka-suka dan koleksi peribadi,” katanya. Menurutnya, warga emas itu kini ditahan bagi membantu siasatan dan dijangka dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini, pagi ini. Beliau berkata, suspek disiasat mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan yang boleh dihukum denda dan penjara tidak lebih lima tahun atau kedua-keduanya sekali jika didapati bersalah.

ni le orang tua bangka x sedar diri tu


ceritanya mcm ni,2,3 tahun lepas la mcm tu,kat kg Tuya.Mersing Johor..masa tu bulan Ramadhan,mcm biasa la pepetang mesti g pasar ramadhan nak beli kuih2 buka puasa kan..Tuya ngan adik no 2 tu yg g..tetengah bersesak2 memilih juadah ni,tetiba Tuya terasa ade tangan yang menepuk punggung Tuya..igt x de ape la,sbb ramai org kan..wat x tau je la..pastu terasa mcm ade org pegang lak..masa tu memang dah marah dah..toleh belakang nampak muka org tua lahanat ni le,dok sengih!!!Tuya jerit sekuat hati,merah padam muka masa tu..sume org dtg,then adik Tuya pun cite la pasal org tua ni.tapi masa tu dia dah lari dah..dipendekkan cerita sampai rumah Tuya cite kat abah n Eri..kitorg pun wat report polis..Eri sampai ngamuk2 kat balai..tapi sumpah Tuya mmg igt muka dia..Lahanat binawe punya orang tua x sedar diri..bila baca paper ari ni,dalam hati Tuya doa semoga dia dapat balasan setimpal..trauma tau Tuya lepas kejadian tu..kalau g tmpat ramai org je,mesti Tuya nak jalan depan,Eri mesti kat blakang Tuya..huhuhuhu..memalukan!!!!


20 January 2010

Tercapai Juga Hajat Tuya


ingat x ngan n3 ni?setelah berbincang2 ngan kedua2 belah pihak..pihak mertua ngan pihak makpak Tuya,semua bersetuju nak wat kenduri "kawin" Tuya n Eri pada 13 dan 14 March 2010..kebetulan 12.03.2010 tu bestday anak kesayangan kitorg si Muhamad Faris Haikal,dah 9 tahun umur dia..sekali ngan anniversary 10th kami..atas permintaan Tuya,majlis tu dibuat mcm pengantin2 baru.nak jugak!!!heheheh..ade berinai,sanding bagai..almaklum le,Tuya x pernah dapat sanding2 ni tau..tapi Tuya wat kenduri ni sederhana je,xde besar2an pun..nak merasa naik pelamin,ade kenangan jugak kan..mana tau lepas naik pelamin nnti dapat lak rezeki lain kan..hehehehehe..ni tgh nak wat kad jemputan utk saudara2 terdekat,tengah servey2 kat mana nak tempah kad nih..merasa gak le nak wat persiapan mcm pengantin lain..suka!!!!!doa2 kan segala perancangan Tuya ni berjalan lancar ek..segala pandangan dan tunjuk ajar dr mereka2 yang berpengalaman amat2 la di alu2kan..Tuya x reti bab2 ni..tolong ek..


19 January 2010

NaK BerJuta DaYa,Taknak Berzilion Dalih

pagi2 ni dapat lagi email yang menaikkan semangat Tuya yang agak2 layu mengantuk ni kan..pic2 yang penuh dengan mesej dan maksud yang tersendiri..ada orang tengok pic ni dia akan gelak,ada yang akan berfikir,ada yang kagum,ada yang kutuk..semua orang ada persepsi sendiri tentang sesuatu yang deorang tengok..tapi pada Tuya gambar2 kat bawah ni,menunjukkan kebolehan dan kesungguhan sesorg dalam kehidupan seharian deorg.di samping nak wat kita senyum di pg hari..meh sama2 tengok..


pemandangan biasa kat negara org ni,tapi kat negara kita sesuatu yang x biasa..hehehe


sah2 le melanggar undang2 jalanraya..kalau eksident confirm sume merasa bahana kecuaian terlebih had penumpang..huhuhuhu..

demi mencari sesuap nasi..mgkin ni je la keja pakcik ni tetiap hari..kalau berterabur botol2 minuman tu,ngan dia2 sekali lemas!!!

asal boleh jalan..angkut je la..

ala2 geng bas sekolah dah ni..sampai org yg kayuh beskal dah x nampak dah..

banyak betul kegunaan beskal



Happy Birthday My Luvely Sis..



selamat hari lahir untuk adik Tuya..(umi umairah)
namanye Siti Mahmuda bt Mahadi..adik no 2 Tuya...kalau Tuya family panggil "ayang",dia lak family panggil "manja"..hehehehe..
hari ni 19.01.2010 genap la umur dia 24 tahun..semoga panjang umur,murah rezeki..jangan putus harap utk dapat baby lagi..practice make perfect..ngeh ngeh..
walaupun kita selalu x sependapat,tapi kakYang tetap sayang ko..huhuhuhu..

18 January 2010

CinTa Balqis



"Dia mengejar cinta sejati,namun tanpa disedari ia hanya di depan mata "

tu le tagline cite Cinta Balqis yang tv3 siarkan tetiap 6.30 ptg..petang ni episode last,finale n klimaks segala kesedihan Balqis tu..
Tuya perati2 la kan,90% cite ni asik nangis je..nak2 si Balqis..masa dia bercinta ngan Ezany je suka suki sket..lpas tu,nak kawin nangis,lepas kawin nangis,dapat keja nangis,sume nangis le..
walaupun asik dok menangis abis air mata pun,Tuya tetap tunggu depan tv tetiap petang..abis ngajar tuisyen terus ngadap tv..hehehehe..

x saba2 nak tgk episode petang ni..Hassan mati ke?Marisa kena cerai ke?mak tiri Ezany kena tangkap polis ke??haihhh..tunggu petang ni..


update 7.45pm..

dah habis cite Cinta balqis ni..suka Tuya sebab happy ending..kawin jugak si Balqis ngan Hassan..Si ezany ngan Marissa pun bahagia..padan muka mak tiri ezany tu..dok le kat penjara sampai pencen...hehehheeh..




17 January 2010

ahad yang rilex



hari ni Tuya x de kemana2 pun..si Eiza dtg tdo rumah sejak semalam..
saja nak melepak melepaskan penat n tekanan kat tempat baru dia..
kuliahnye menyesakkan nafas,sbb baru2 lagi..esok2 dah biasa la tu..jangan berputus asa ek za..hehehe..dia pun dah selamat sampai kat hostel dia..laju drebar ko bawa keta za..huhuhuhu..


sambil2 tengok email td..dapat lak email yang wat Tuya kagum..tabik spring le kat orang yang wat banda ni..mcm ne la deorg leh wat kan..rumit..rumit..jom tgk..


memula susun telur..tekun betul.


hasilnye..mcm x percaya..
punya la teliti menyusun sampai boleh jadi mcm ni..


p/s : betul la org kata,nak kan sesuatu yang terbaik kena ade usaha,sabar,tawakal..pasti akan maju dan mendapat hasil..



15 January 2010

aPa NaK JaDi nGan aNaK ZaMaN Ni?

NIBONG TEBAL: “Jika saya tak mahu keluar, awak hendak buat apa?“. Itu jawapan biadab seorang pelajar tingkatan empat kepada guru sebuah sekolah menengah di sini, yang mengarahkan dia dan dua lagi rakannya keluar kelas.

Lebih mengejutkan lagi apabila pelajar berusia 16 tahun itu menampar pipi gurunya yang berusia 28 tahun itu.


Dalam kejadian 12.45 tengah hari Selasa lalu, pelajar terbabit bersama dua rakannya memasuki sebuah kelas ketika itu guru wanita berkenaan sedang mengajar.


Tanpa menghormati guru berkenaan dan mempedulikan pelajar lain, tiga pelajar berkenaan membuat bising sebelum guru terbabit mengarahkan mereka keluar dari kelasnya.


Ketua Polis Daerah Seberang Perai Selatan (SPS), Superintendan Shafien Mamat, berkata apabila arahan berkenaan tidak diendahkan, guru berkenaan menampar pipi salah seorang pelajar terbabit sebelum dia membalasnya.

“Malah, salah seorang pelajar kumpulan itu bertindak ganas apabila membaling kerusi plastik ke arah guru berkenaan tetapi dia berjaya mengelak.


“Melihatkan itu, seorang pelajar lagi menarik kedua-dua rakannya beredar keluar dari kelas itu sebelum guru berkenaan membuat aduan kepada pengetua yang mintanya membuat laporan polis,” katanya.


Menurutnya, sehari selepas kejadian atau pada 13 Januari lalu, pelajar yang menampar guru berkenaan dibawa ahli keluarganya menyerah diri kepada polis dan bermalam di lokap selama sehari sebelum dia dijamin bapanya keesokannya.


p/s : seandainya itu anak kita..ape agaknye kita akan buat pada dia???

sumber : HariaN MeTro




SeSunGuT betul la..



lagi sekali Tuya x boleh tido..seriously,memang x boleh tido..
this time bukan sebab x kena dodoi ke ape ke..sebab kitaran hidup seorang perempuan..PERIOD..
serba x kena,baring salah..dok tgk tv pun x leh..tak tau dah nak wat mcm ne..
sendi2 sakit,lenguh sangat2..perut jangan cakap la,memang sakit,dah rasa mcm nak tercabut pun ade..kalau esok still mcm ni lg,confirm Tuya MC..dah lama dah Tuya x kena senggugut teruk mcm ni..selalunya mmg ade senggugut tapi yang lite2 je la..leh control..tapi this month,OMG!!!sakit mcm nak beranak!!!!!makan pain killer pun x mo elok..

please..akak2 n kawan2,anyone yang ade petua n ade cara nak hilangkan,at least kurangkan sakit nih..nak berdiri tegak pun x leh dah..i hate this part..

p/s : betul ke pompuan ade senggugut teruk ni susah nak banak???hmmm..thats y le agaknye Amad x de adik sampai skang kan..




12 January 2010

Angguk angguk..geleng geleng..kepala Tuya pusing..





dalam ngantuk2 kat sekolah tadi,sempat jugak la Tuya semak kertas exam tahun lepas budak yang tuisyen ngan Tuya tu..yang dah darjah 4 x reti2 nak kenal huruf tu kan..
sebab semalam dah pesan suh bawa exam paper dia yg tahun lepas..saja Tuya nak tgk,setakat mana lembap dan tertinggalnye budak nih..

x tau nak angguk ke geleng tengok jawapan2 yang dia tulis...kesian!!!nak gelak pun ade..jom la sama2 tengok,tahap pemikiran budak darjah 4,mcm darjah 1.mcm ne la cikgu kat sekolah lama dia handle dia nih..aduiii..pusing kepala teacher mcm nih..anak...anak..haihhhh!!!

Bahasa Melayu
ni arahan dan petikan yang di beri..tgk ek jawapan dia..
v
v
v
v
v
v
v
boleh lak dia salin balik arahan tu wat jawapan..sah2 le x reti baca..

tengok dia eja sotong = so tet


Sains
ni lak paper Sains..main hentam suka ati dia je nak tulis..asal boleh..


paper Mathematic ngan english dia kata x jumpa cari..kalau ade math nye paper tadi tah makin rabun le Tuya tgk nombor2 tah ape2 agaknye kan..sadis2..

sesak napas la teacher mcm nih..amik angin jap dok lepak2 sambil snap pic..heheheehe..mengantuk x hingat..

Suh Tido Pun Payah..




tido la mata..esok nak kerja..
boleh lak mata aku ni x mo lelap..
terkebil2 dr td..pusing kanan,pusing kiri..x jugak tutup mata..
dah mcm esok x keja lak kan..berjaga tetengah pagi nih..
tolong le tido mata oiii.. 3,4 jam jadik le..



11 January 2010

TaK JaDi La NaK PerGi..




baru abis tengok AJL tv3..
opening memang happening bile cT Nurhaliza nyanyi ngan Lan n The typewriter..
sume yang bertanding best2..Tuya sebenarnya harap Misha Omar akan menang salah satu dr hadiah2 yang beribu tu..tapi x de rezeki dia..
tapi yg best sangat Yuna,Black,Faizal Tahir menang..keputusan yang memuaskan..they deserve it!!!
yang paling best beribu kali bila Aizat menang..suka Tuya..mendayu2 betul suara dia nyanyi lagu "Pergi"..Dengar Aizat sebut 'kau pergi ' tu banyak2 kali,kalau Tuya nak pergi pun x jadi nak pergi..maunya patah balik..heheheh..
anyway..congrate to all the winners..



09 January 2010

Macam Mana aKu Leh Lupa ni?

esok dah 10 hari tahun 2010..hari ni baru aku pasan satu benda yang x de kat rumah aku nih..
masuk bilik study..nonn adooo!!!kat dinding non adooo jugak!!
selak2 kat rak buku,kot le terselit eri letak kalau dia dapat..x de gak!!!choiiiii..sah2 le memang x de..macam mana la aku leh terlepas pandang yang kat rumah aku x de benda alah nih..

KALENDAR





x yah ke kalendar cantik design tu,kalendar kuda tu pun x de..ceshhhh!!!!

BuSaN




napa la hari ni x de cite best?
nape la hari ni laki aku keja lak?
nape la hari ni aku moody?
nape ari ni x de lak yang sms ajak kuor berpuya2..
busan tahap kerengga dah nih..


-terima kasih-




07 January 2010

Pecah HaTi..

tadi kat skul,masa nak balik..
ade satu parent ni tggu aku tepi pagar skolah,nak jupe..
anak dia budak kelas aku..

parent : teacher..saya banyak susah hati la teacher..

Tuya : kenapa kak?

parent : malam td saya suruh anak saya baca buku eja..dia x kenal huruf la teacher!!

Tuya : satu huruf pun dia x kenal ke kak?

parent : ada 2 ,3 huruf saja dia kenal..itu A sampai itu E saja teacher..picah hati saya teacher!!!

Tuya : (masa ni aku nak tergelak dah..hati dia leh pecah kaca pecah gelas lak )..x pe la,mcm ni..ptg ni hantar dia g rumah saya,saya wat tuisyen utk dia..

** mak budak ni cina..ayahnye melayu

ni aku baru je abis ngajar budak tu tuisyen..start pkul 4.00 td..memang very the slow..x kenal huruf..dah darjah 4 okehh!!budak ni baru tukar ke sekolah aku..kesian kan.tapi td nampak la ade peningkatan sket..dah leh igt bile aku tnya huruf tu secara rambang..darjah 4 tak kenal huruf lagi,nak baca mcm ne kan???haiyaaa!!!!kesian..
dugaan n cabaran aku utk 2010 ni ( nape ayat aku skema je nih?)...harap2 boleh la budak ni cacth up ape yg aku ajar kat tuisyen...

06 January 2010

Asal Buleh Je La

tensen..memang aku tensen 2,3 hari ni..agaknye otak dah mendap lama sangat cuti..naik sekolah dah jadi mcm busan lak..ade je yg x kena,dah le banyak keja..huhuhuhu..

nasib bek email aku dapat td buat aku gelak..ilang le sket tensen..jom tengok sama2..


nak lari rumah bang???!!


adeii..mesti abag moto biru tu pk.."agak2 lepas ke aku lalu ni ek?"..


cara terbaru utk merampingkan pinggang anda..



lori di atas lori..


jimat belanja bile nak pindah rumah..kui kui



x berat agaknye brader ni angkut benda alah tu..


pandai lak hanjeng 2 ekor ni dok dediam ek..





05 January 2010

BunGa aPi PunYa PaSaL


bz Tuya 2,3 hari ni..baru naik sekolah kan..mcm2 hal kena settle.tetengah baca paper td,mcm nak share je ngan kawan2,ape yg aku baca..jom la sama2 baca..mcm x logik je alasan si bini ni nak lari rumah..


KUALA LUMPUR: Hanya kerana tidak dibawa suaminya menyaksikan pertunjukan bunga api ketika sambutan tahun baru, seorang isteri yang kini mengandung enam bulan dipercayai merajuk dan membawa tiga lagi anaknya keluar dari rumah bersama dua individu tidak dikenali dan gagal dihubungi sehingga kini.

Wanita itu juga tidak mendaftarkan anaknya di hari pertama pendaftaran sesi persekolahan tahun ini, semalam.

Suami, Azri Mohamed Saidi, 28, kini bingung memikirkan nasib isteri, Sarina Md Saa, 29, dan tiga anaknya yang gagal dikesan.

"Dia tidak pernah berkelakuan pelik begini dan ini adalah kejadian pertama sejak kami berkahwin sembilan tahun lalu.

"Bagaimanapun, semuanya berubah Jumaat lalu sebaik saya terjaga dari tidur dan menyedari isteri tiada di sisi dan cuba mencarinya di sekitar pangsapuri di Damansara Damai, namun gagal," katanya.

Azri berkata, malam sebelum kejadian, dia dan isterinya berselisih faham berhubung sambutan tahun baru dan mengesyaki isterinya keluar meraikannya bersama kenalannya yang lain.

"Sedangkan pada malam tahun baru itu, saya sibuk bekerja bagi menyara keluarga dan menampung perbelanjaan tiga lagi anak saya dan menanti kelahiran anak keempat.

"Pendapatan saya tidak seberapa dan saya perlu kerja lebih masa bagi memastikan keperluan dan kebajikan kami sekeluarga terjaga," katanya yang bekerja di sebuah restoran di Cheras.

Memikirkan nasib isterinya yang kini sarat mengandung, Azri bimbang isterinya terjerat dengan janji manis individu yang tidak dikenalinya itu.

Azri berkata, dia sempat menghubungi isterinya dan berbual dengan anak pertamanya, Nor Syakila, 9, namun lokasi sebenar mereka berada tidak dimaklumkan.

"Dia (Syakila) hanya menjelaskan "kawan mama tidak benarkan kami balik..." itu saja maklumat yang saya dapat, malah kedengaran suara lelaki yang kemudiannya mengarahkan anak saya memutuskan talian.

"Hingga kini saya tidak mengetahui nasib dua lagi anak yang turut bersama iaitu, Daniel Hakimi, 5, dan Nur Syakila, 1, dan saya memohon maaf sekiranya dia terguris dengan kata-kata saya ketika berselisih faham pada malam sebelum kehilangannya itu," katanya.

Azri membuat laporan di Balai Polis Sungai Buloh dan orang awam yang mempunyai maklumat diminta menghubungi Rakan Cop atau mana-mana balai polis berhampiran bagi membantu siasatan polis.





03 January 2010

Crazy with This song








OMG..
i'm seriusly super duper crazy with those girl's..
sangat2 catchy,dengar la kalau x caya..
memula aku dengar lagu ni bila adik ipar aku asik dok ulang2 je kat pc dia..
adik ipar aku ni fanatic Korean..
sejak dr tu aku pun jadik gile ngan lagu n music2 Jepun Korea nih..
ringtone henpon pun guna lagu nih..
lagu ni ade version English..best sangat!!
anak sedara aku pun asik dok joget ala2 nobody je..
fall in love with this song over and over again..
weeeeee!!!!!


TuYa Nak BerSanDinG




iye..
aku nak bersanding dengan eri..
jangan pelik ye,sebab aku mmg x pernah naik pelamin mcm pengantin2 lain dulu..
x de majlis riuh rendah,kompang bagai masa aku kawin ngan eri..
kenduri doa selamat je masa tu..
alkisah cinta yang mcm x di rela oleh mak pak kan..
muda lagipun masa tu..
org lain sibuk nak blajo,g U,aku dok gatal nak nikah kawin..
lgpun masa tu eri x de keja,dok study lagi kat UUM..
imagine la mcm ne susah payah ye kitorg nak lalui sume tu..
lepas kawin,almost 4 tahun aku ngan eri dok jauh..
Jhr - Kedah..payah..kalau x kuat semangat,mmg x pnjg jodoh..

tapi skang dah hampir 10 tahun kitorg bersama..
aku lak gedik nak rasa naik pelamin,wat kenduri mcm pengantin baru..
nak jugak solek2..pakai baju cantik2..amik pic tempek kat dinding..
logik ke x?ke buang tebiat?
ape kata korang?



02 January 2010

TuYa SeoRanG PeMaLas



awal2 tahun aku dah malas..
org kata kalau permulaannye dah x elok..sepanjangnye x kan elok..ye ke??
iye..dr semalam aku malas nak memasak,malas nak lipat kain baju tiggi gunung tu,malas wat keja rumah..
tapi ngadap muka buku,ngan blog rajin..weeeeee!!!!hehehhehe..
pastu bile memikirkan cuti sekolah tggal satu hari je,lagi la aku malas..
malas nak g sekolah mengajar..dah sedap dok rumah..ni le jadiknye..
pemalas betul pompuan ni la..

01 January 2010

aDa BeRaNi?




2nd day in 2010..
ape kata kita tengok rekaan2 henbag yang x masuk akal ni..
mana le tau ade lak yang berkenan di hati..
heheheheh..jom tengok..


ganas henbag ni..gian main gitar kot..x dapat gitar betul,dapat henbag pun jadik le..


ni lak menakutkan..apekejadahnye la pesen nih..ade sape yg tergamak nak bawa ke?ngeh ngeh..tengah dok sedap kepit henbag,tetiba ade lak tangan meraba!!!hahahahahha..x rela..


1st time aku tengok henbag ade kaki..adeiiii!!!!


eiiiyaerrrkkkk!!!!mampus idup semula ko katak..jangan harap aku nak bawa..tengok pun aku x hingin..extreme betul!!!


dah muka sape la yang diletak dalam henbag nih..ape kata letak bentuk muka sendiri kat henbag masing2..gerenti glemer..heheheh