The Best Followers

27 February 2010

Celaka Punya Manusia..

KUALA KUBU BHARU: “Dia tendang budak itu macam bola dan langsung tak pedulikan jeritan orang ramai yang melarangnya,” kata Ahmad Fikri Khalis, 19, yang menyaksikan Syafia Humairah Sahari, 3, dibelasah sehingga mati di padang bola sepak di Kampung Batu 30, Ulu Yam Lama, Batang Kali, dekat sini, petang kelmarin.

Ahmad Fikri mendakwa, lelaki berusia 28 tahun terbabit yang juga pemandu teksi bukan saja menendang badan kanak-kanak malang itu, malah dia berulang kali memijak kepala mangsa hanya kerana Syafia Humairah masih di luar rumah ketika waktu senja.

Dalam kejadian jam 7.30 malam itu, lelaki terbabit ‘naik angin’ apabila anak teman wanitanya itu tidak patuh arahannya supaya pulang ke rumah.


Difahamkan, kanak-kanak malang itu sedang bermain di padang itu sambil menyaksikan beberapa remaja bermain bola sepak sebelum diserang lelaki durjana itu.


Menurut Ahmad Fikri, lelaki terbabit secara tiba-tiba datang memarahi Syafia Humairah sebelum hilang pertimbangan lalu membelasah kanak-kanak itu tanpa belas kasihan.


“Mulanya dia menampar dan menendang budak itu. Apabila mangsa terjatuh, dia memijak kepalanya walaupun menyedari perbuatannya dilihat beberapa remaja yang sedang bermain bola sepak,” katanya ketika ditemui di tempat kejadian, semalam.

Menurut Ahmad Fikri, selepas lebih 10 minit membelasah kanak-kanak itu, lelaki terbabit beredar dari kawasan berkenaan sebelum orang ramai bergegas memberi bantuan kepada Syafia Humairah.


“Seorang daripada penduduk yang menyaksikan kejadian cuba mengangkat budak itu untuk dibawa ke hospital.


“Namun, belum pun sempat dia berbuat demikian, lelaki terbabit datang semula sebelum mengangkat mangsa memasuki teksinya.


“Dia mendakwa akan membawa sendiri ‘anak tirinya’ itu ke hospital,” katanya.


Ahmad Fikri berkata, berdasarkan pemerhatiannya, kanak-kanak malang itu sudah mati ketika dibawa masuk ke dalam teksi berkenaan.


“Mana tidaknya, saya lihat dia langsung tidak bergerak, sebaliknya muka dan tubuhnya kelihatan pucat seperti orang sudah mati.


Lebih menyedihkan, katanya, lelaki terbabit dilihat masih memukul mangsa ketika berada dalam teksinya.


“Kami (penduduk) bukan tak nak tolong, tapi diugut lelaki berkenaan supaya tidak campur hal keluarganya,” katanya.


Difahamkan, sebaik tiba di Hospital Kuala Kubu Bharu di sini, lelaki itu menyamar sebagai ‘bapa tiri’ mangsa sebelum mendakwa mereka terbabit dalam kemalangan menyebabkan anaknya itu cedera parah.


Ahmad Fikri berkata, dia dan puluhan lagi rakannya yang menyaksikan kejadian itu tidak mungkin dapat melupakan kekejaman lelaki berkenaan.

“Saya berharap pihak berkuasa mengenakan tindakan sewajarnya terhadap lelaki durjana terbabit berikutan kekejamannya itu.


“Saya yakin penduduk di sini sanggup tampil membantu siasatan jika diperlukan pihak berkuasa,” katanya.



sumber : Metro

memang Tuya x segan silu nak menyumpah,nak maki hamun jantan x guna ni..x ada hati perasaan,perangai macam binatang..mak dia pun sama,dah tau mcm tu nak jugak bersekududkan ngan jantan jahanam ni..td tgk Buletin Utama pun mengalir air mata Tuya..sedih sangat!!!



25 February 2010

Selamat Pengantin Baru Boy n cT..

ni cite masa cuti CNY minggu lepas..majlis persandingan kazen Tuya kat Mersing..nak di jadikan cite,Tuya terpilih menjadi pengapit bidan terjun..hehehhehe..sampai2 je umah kenduri,dia nampak Tuya pakai baju merah,terus dia kata "ko je la jadi pengapit aku Mas"..Tuya pun on je la..pengapit jap jer..lagipun nak amik aura naik pelamin..pojek kenduri Tuya pun bulan depan,sempena anniversary kan.hehehe..sonoknye naik pelamin..

kazen Tuya yang lelaki ni..Namanya Aizley panggil Boy..wife dia org Kota Tinggi..

suap menyuap yerk..


ni pic masa makan berdamai..Tuya x makan pun sbb baru lepas makan masa tu..meletop perut!!


ko kata lapo kan..nah amik sepinggan lauk hanya untukmu..heheheheh..


mak pengantin a.k.a mak sedara Tuya

ni ayah pengantin a.k.a bapak sedara ku..Jason King Tuya panggil dia..sempoi!!!!


harus ade pic kami the gediks..Tuya ngan adik Tuya..umi Umairah..



nak jugak posing kat atas pelamin..masa ni Tuya nak dok gak,tapi ade lak suara2 yg kata nnti ilang seri lak masa kenduri sendiri..x jadik le Tuya pun.. jakun Tuya tau sbb x pernah bersanding!!

candid2 yang sempat Tuya cilok dr FB kazen Tuya a.k.a photographer nye..banyak sangat,malas nak edit2 dah..amik yg wajib2 je..yang penting muka tuan tanah mesti ade..heheheh..pic kat pelamin x de,dia amik outdoor je..indoor abg pengantin yg amik,tp x di upload lg dalam FB dia..x leh la nak cilok sekeping dua..





24 February 2010

Nur Umairah Syahmina..



nak cite pasal si umairah anak sedara Tuya ni..balik kg aritu,tengah2 melepak kat bangsal abah kat belakang rumah,Tuya perati kan Umairah ni..dok main sorg2..pastu terdengar lak dia panggil.."adik!!!adik!!!..jangan main panashh!!!sini tido ngan kakak.."..erk!!!Tuya x tegur lagi,tengokkan je..pastu dia dok tepi pangkin dia kekonon menyuap makan adik dia..sambil mulut dia dok cakap "adik makan kakak suap ea..umi jait baju"..memang masa tu umi dia bz jahit baju tempahan org..

Tuya tnya ngan mak Tuya,lama dah ke dia mcm tu?mak Tuya kata baru2 ni je..lgpun dah lama x g kubur adik dia,rindu agaknye..dulu masa baru2 adik dia ninggal,dia x boleh tido malam,asik merengek ngaruk2 nak g rumah adik je..lepas tu abah Tuya amikkan tanah kubur adik dia,mandikan ngan air tanah tu,elok dah..sampai la skang..jadi semula..tapi x merengek,cuma dia asik main ngan adik dia je..bila tnya mana adik?dia tunjuk sebelah dia..

ade sekali tu Tuya ajar dia ABC,bg dia kertas ngan pen,dia conteng2 koyak2 kertas.Tuya tnya "nape kakak koyak wat sampah?"dia kata "adik ni yg kacau la maklong..kakak x wat pun"..
agaknye mmg adik dia ade kot main2 ngan dia kan..mcm ne nak wat ek?dah bawa jupe ustaz,minta air,mcm tu gak gayanya..kesian lak dia..

23 February 2010

Cakap Salah...Tak Cakap Nyakitkan Hati..

alkisah..cerita ni masa sebelum Tuya balik kg cuti CNY aritu..Tuya ngan eri nak g jumpa kawan kat Pantai Dalam..tetengahari buta tengah panas tu boleh lak keta kesayangan Eri tetiba berenti..nasib bek dia sempat ketepi..ngam2 kat depan busstand depan PPUM tu..alih2 enjin berasap2..dalam hati Tuya masa tu kata "nak meletup ke keta ni?"..Tuya cecepat kuor..tengok2 minyak hitam dah bertitik titik laju kuor kat jalan..sah2 le bocor nih eri kata..air sume kering..Tuya malas nak cakap ape2 dah,tengokkan je la..bulan Feb ni je dah 2 kali dok kebek keta ni g bengkel..memang terasa membebankan dah bela keta eri ni..sakit tul hati Tuya..


nasib bek x terberenti tetengah jalan..dah le dekat ngan traffic light tu..kalau x mesti jem..



eri tuang air sampai 2 botol abis..nasib bek dalam keta ade la spare air utk keta nih..



menung le mikir keta kesayangan..x kuasa betul!!!


telek le b..untung2 enjin nye bertukar jadi vr4s..huhuhuhu..ayat sakit hati..


sementara memikirkan mcm ne nak wat,eri pun contact2 la kawan2 dia..mana la ade bengkel buka time2 tu..org sume cuti..lama jugak le berenti tepi jalan tu,check minyak itam bebetul minima dah..air 2 botol tuang..kering habis..dalam2 memikirkan mcm ne nak settlekan prob tu,Tuya dok start2 keta..buleh pulak dia idup..

dah sementara idup tu kitorg pun pecut terus g stesyen minyak Jalan Gasing..ade lak satu bengkel India ni buka..pomen tu check2,ade bocor sket kat tangki ape tah..tp still boleh jalan utk sementara waktu..memang kena tukar..tambah minyak itam,elok je lak dia jalan lepas tu..

hati Tuya ni bengkak je tau..menyampah..suh tukar keta lain dia wat x tau je..sayang sangat ngan keta tu..sebulan dia nye kos rosak dah boleh 2,3 bulan bayar instalment..busan Tuya nak mikir,tapi kena pk gak..mcm ne lagi le Tuya nak goda eri tukar keta lain ek..kalau keta dia rosak,dah tetentu le viva jadi mangsanya..susah nak kerja kalau berebut keta..dia asik kena g site sana sini,Tuya terkejar2 tuisyen..sangat2 tensen!!!



22 February 2010

Panas

salam sume..lama dah Tuya x bersihkan sawang,g melepak kat blog2 korg sume..kat kg berukband Tuya tu slow very the siput..musim panas kan skang??memang x leh tdo kalau x on kipas,aircond..kat kg Tuya,sampai air empangan nya nak kering dah..kalau x hujan2 gak tu,maunye kering..x de air le..nak2 kat kg Tuya tu dekat ngan laut..kering,bahang,garing betul..huhuhuhu..
nak update pasal kazen Tuya kawin weekend baru ni,tapi disebabkan Tuya ni jadik pengepit nya,x de la pic2 yg Tuya amik..Tuya tggu pic dr kazen la baru leh update..dalam panas2 mengepit berarak pengantin..sangatle azab kepanasannya..tu baru panas donia..panas neraka tah mcm mana kan..hehehehehe..insap2..
hari ni Isnin,sume org dah naik keja..eri lak baru nak cuti,sbb standby seminggu ganti kawan2 dia cuti CNY..selamat bekerja utk sume..have a nice day!!!


15 February 2010

Blur jap

salam cuti kawan2 sume..
nape lately otak Tuya jadi tepu..huhuhuhu..makin cuti makin x de idea nak update blog..nanti kalau Tuya beridea nak wat ayat,Tuya update blog ni ek..skang mood nak bermalas2 kat kg..
selamat bercuti ye..have a nice day!!!



13 February 2010

中国新年,即春节




di kesempatan yang ada ni Tuya nak ucapkan Selamat tahun Baru Cina pada sume yang merayakan perayaan ni..semoga segala yang bermula utk tahun baru ni akan sentiasa sucses dan berjalan lancar..bak kata boss eri.." this year is Tiger year..lets work like Tiger,not like a cow"..huhuhuhu..

paklong Tuya pun tetiap tahun joint makan besar kat rumah mertuanya..mertua dia cina baba tapi Islam..still meraikan dan wat upacara makan besar nih..kata satu Malaysia..heheheh..yang penting cuti seminggu..yeaahaaa!!!!



11 February 2010

Kenapa??




MELAKA: Mayat seorang bayi perempuan yang baru dilahirkan ditemui ditinggalkan di hadapan pintu pagar Masjid Permatang Duyong di sini hari ini.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, ACP Salehhudin Abd Rahman, berkata bayi yang cukup sifat dan masih bertali pusat itu dibaluti dengan kain putih tetapi badannya kemerahan dipercayai digigit semut.

"Mayat bayi berkenaan disedari ditinggalkan di situ oleh jemaah masjid selepas selesai menunaikan solat subuh," katanya ketika dihubungi di sini.

Salehhudin berkata, penemuan mayat bayi itu dilaporkan kepada polis oleh bilal masjid itu, Mohamad Abu.

Beliau berkata, mayat bayi itu dihantar ke Hospital Melaka di sini untuk bedah siasat.

Katanya, polis sedang mengesan ibu bayi berkenaan dan menyiasat kes itu mengikut Seksyen 318 Kanun Keseksaan kerana menyembunyikan kelahiran dan menyebabkan kematian. - Bernama


**sedih nya Tuya baca berita tu.sedih lagi bila tengok pic baby tu..nampak sihat je fizikalnya..tinginnye nak gendong,peluk,cium baby2 baru lahir..sangat bongok la deorg ni,kalau x nak bg le Tuya..uwaaaaaaaaaaaa!!!!!



09 February 2010

Dia ingat Tuya ni ape??

tetengah malam ni mata x mengantuk..sbb lpas maghrib td Tuya dah tdo lama..sampai pkul 10 lebih baru bangun..ni dah x leh lelap lak..tetengah bersms ngan eiza,Tuya pun ngintai2 la kat saved mesej dalam phone..
ade mesej yang dah lama pun Tuya simpan..salah satu mesejnya, dapat masa tahun 2008..memula x tau dr budak mana tah hantar..sebab Tuya rasa mesejnya x beradab dan kurang ajar,Tuya tetap simpan..skang Tuya dah tau sape org yang hantar tu..jom le baca mesej tu..Tuya x padam pun no teponnya tu sbb Tuya ade try call..x dapat..


"Assalamualaikum.Ini kak mas? Sy dpt number ni dr kwn pjbt.Sy rahman.Kwn sy kata k.Mas ada kwn yg doktor sakit puan,betul ke?"

memula dia bg mesej elok je bertanya..
lepas Tuya balas tnya dr mana dpt no tepon Tuya ..dia balas lagi..



"Kwn sy,Liza.Wkt ktorg buat jamuan raya dgn kwn2 ofis,kami sembang2..Dia kenal isteri sy.When dia tny my wife apa khbr,jd sy citelah,isteri sy nk kena gi KK,Sabah next month utk buat research company dia.Ini first pregnan,dia mmg suka aktiviti lasak,then dia xprepare utk jd mummy lg.Dia takut jd apa2.2hr lps,kami check dgn ultrasoud d HKL,kandungan tu br 2minggu.So,kwn sy,Liza utk kata,ada kwn dia pn gugurkn sbb ada pyakit lain.Kwn dia gn cr surgery cuci rahim.Then,kwn kpd kwn dia ada bg no. Kak mas,person yg tahu ttg kguguran ni.Jd,sy nk tahu,k.Mas ada no. Dr tu dn kat mana tmptnya? Brp kos surgery?"

bongok je jawapan dia..Tuya mmg ade kawan nama Liza cikgu satu sekolah kat Seri Kembangan dulu..and dia mmg kena wat suction sbb kandungan luar rahim..pastu Tuya jawab le,Tuya x pernah wat cuci rahim or whatever..jumpa pakar kesuburan pernah le..ye la kan,waktu tu rasa mcm musykil nape x banak2 lg lpas dapat amad tu..kot le x subur..:P



"Akak,sy percayakn akak.Sy amt b'hrp akak dpt tlg sy dn isteri.Kami blm b'sedia..kami xnk bayi kami xdpt pjagaan yg baik.Isteri sy perlu kerja juga bantu ekonomi kami sekeluarga.Sy hny mnt maklumat dr akak shj..Kami amt2 mghargai."


dia ingat Tuya ni ape agaknye ek..kita lagi nak anak..dia lak wat cerita tah ape2..masa ni mmg Tuya x sabo dah..Tuya bgtau dia,g la pakar2 yang leh bg pendapat..Tuya bukan doctor..Tuya cikgu!!!




"Oh..ye ke.Maaflah slh org.Tp klau k.Mas kenal ,atau ada kwn doktor pun xpe.Yg penting,sy nk mnt tlg akak,akak tahu kat mana blh buat terminate kandungan.Kami buntu dn xada ms

masa ni mmg kesabaran Tuya dah x leh nak sabar dah..mmg bongok!!



"Dlm satu mafhum hadith riwayat imam ahmad,sesiapa yg didatangi seorg yg dberi harapan,dn tidak mahu mberi jln sdg dia tahu jln keluarnya,maka dia akn dhumban ke neraka jahannam.
Dlm usul fiqh,haram gugurkn kandungn b'usia 3 bln ke ats.Sy bkn b'zina tp ada isteri.Kebenaran t'bongkar d pdg mahsyar.Terima ksh k.Mas krn sudi bls msj sy.
Rahman."

pandai pulak dia bermafhum2..kalau dah pandai sangat,x yah le nak tuduh org bebukan..pastu nampak sangat yg dia ni salah..dok gelabah x tentu hala kan??manusia2..tah le..




08 February 2010

ang Pow..

semalam,Tuya ikut Eri g Annual Lunch tempat keja dia..Kat Tropicana Golf and Country Resort..sampai pun dalam kul 1 gitu..majlis mula kul 12.00..masuk2 dewan sume dah ade..huhuhuhu..Eri kata org penting memang kena dtg lambat!!!hahahhah..suka ati dia je la kan..

x de pe sangat yang best makanan disediakan..sup sarang burung tu je tip top best..yg lain bebiasa je..lgpun jenis bukan bufet..kalau bufet tu best sket,leh pilih ape yg nak n x nak..x pe la..asalkan dapat makan ek!!!!udang masak sambal,ikan ape tah tu terkangkang,sup sarang burung,ade lagi ape tah..dessert2 Tuya x snap pic..

yang bestnya..dapat angpow..hehehehe..pastu ade cabutan no bertuah,no Eri naik lak..dapat cash rm100..ade yang dapat hamper,rice cooker..etc..berbaloi2 gak le datang walaupun makanan mcm x best n x puas makan..hehehehe..

dapat angpow,kena la share sket ngan adik2 dia kan..balik dr lunch tu kitorg g KFC Sungai Buloh,tapaw 3 set Dinner Plate utk adik2 iparku..sebelum balik rumah,melepak la dulu makan KFC kat rumah deorg..

bak kata omputeh..sharing is loving..muah muah..heheheh



07 February 2010

Go MU!!!



Sonok sangat la Tuya dr malam td..MU menang besar..5 - 0..yang jadik heronya mesti le buyeprend x rasmi Tuya,Rooney..oh Rooney!!!!!suka suki je ari ni..lalalalalalalalalala!!!!



06 February 2010

Ni Sume Budak eL Punya Penyakit..

tetngah malam buta ni mata Tuya x bleh nak lelap..selalu mcm tu kan..segar bugar lak..nak cite ptg semalam Tuya meleleh ayaq liur tengok kuih tart telur kat blog dak eL ni..brutal dia pun,pandai dia cooking2..hehehhe..tanpa melengah masa,Tuya pun copy paste resepi tart teluq..lgpun mould tart tu mmg dah ade,x pernah guna..sbb x reti nak wat..hehehehe..

kacang peas je rupanya wat dia..tapi tang nak bakar tu le nunggu sket..memula nak bakar kulit dia,pastu nak masak inti lak..tapi hasilnye,vavavavavavava!!!!!!!sedap..rangup..memang tip top le resepi eL ni..

kulit tart yang lom dibakar..


ni dia nye inti..ngam2 je cukup ngan adunan kulit nye..x membazir..


tadaaa!!!!!!hasilnye..siap berbagi2 ngan adik ipar Tuya malam td..


nak torai????rajin2 le g skodeng blog ni..eL
tenkiu eL..ade lagi resepi best2 hang tayang la kat blog hang lagi nooo..
boleh naikkan semangat cooking2 Tuya yang 'penyegan' nih..hehehehh!!!


04 February 2010

Kerana Kereta Itu

kereta oh kereta!!!!ade2 je kerenahnya..lepas satu,satu jangkitan penyakit merbahaya tah virus ape2 datang kat dia..actually kereta wira eri ni dah dekat 3 mggu rosak..x leh start..timing sensor nye rosak!!tersadai je kat parking..petang semalam baru la kitorg panggil mekanik dtg check,towing g bengkel..dalam 3 mggu keta rosak tu le perjalanan idup kelam kabut..heheheh..bukan ape,berebut nak guna viva..eri kena bangun pagi2 hantar Tuya g skul..terkejar2 bile time tghari nak amik mak datin ni lagi..

tapi ari ni,alhamdulillah..sume dah settle..keta dah elok..x de la berebut n nak adjust time..kalau x,mcm lipas kudung..dia nak kejar appoinment ngan costumer,Tuya nak kejar masa tuisyen kat rumah..mcm2..


eri memerhati keta kesayangan dia di bedah..heehehhe


terkangkang depan belakang segala di selak..huhuhuhu


bile nak siap nih?lambat tol..tu le agaknye yg dia pk..


dah 3 mggu x jalan..bateri pun kong..cas dulu..


dah pepenat tunggu keta dia siap sihat walafiat,Tuya lak kena banje eri makan kat mamak..boleh ek??dia kata sbb upah dia betulkan keta..ade ke patut!!!

Tuya cuma order roti arab ngan teh ais..eri plak..tosei,roti boom,nescafe,ayam kari..tamak!!!!


gigih dia ngabiskan makanan sume tu..Tuya punye tak habis..skang ni nape tah kapasiti tank perut Tuya ni jadi makin kecik lak..makan sket dah kenyang..hehehheehehe..kononnya diet la tu..choiii!!!

01 February 2010

Dunia akhir zaman


Bare your love this Valentine’s Day, female students urged


SHAH ALAM: Female students in higher-learning institutes here are being persuaded not to wear panties on Valentine’s Day as an expression of true love for their boyfriends.

The “no-panties promotion”, being held for the first time, has apparently been gaining interest among the students, who are passing the news by word-of-mouth.

Two students in their 20s from Shah Alam, known only as Ummi and Melissa, said they were aware of the “promotion.”

“I feel it is personal,” said Ummi with a smile.

“Valentine’s Day is a good time to express one’s love. And, what we use or don’t use is our right, our freedom. But we will do what is right. It’s a new world now.”

Melissa claimed that there was already a large group who planned to go ahead with it.

“We will know how many by Valentine’s evening.”

State Islamic Affairs Department (Jais) director Datuk Mohammed Khusrin Munawi said:

“We will not allow Muslim students to be taken in by such celebrations that deviate from the teachings of Islam.”

**ape la nak jadi ngan bebudak pandai zaman skang ni..mcm ne la agaknye masadepan anak2 kita nanti kan..boleh plak ade kempen2 nak sambut valentine tanpa suor dalam..tengkorak dia la..memalukan!!!!!


credit : Thestar