The Best Followers

30 August 2010

-Zalimnya Manusia

Tak sabar2 Tuya nak share pic2 ngan kawan2..x sempat nak edit2 letak frame bagai..td Tuya buka Fb,ade kawan yang share pic2 ni..kebetulan dia ade ditempat kejadian..kebetulan jugak dia bawa kamera..jom kita tegok pic..


tempat kejadian..simpang tiga ke Giant Shah Alam




menurut sumber,sorg lelaki india bawa lori nampak beg yang disangkut pada signboard,dia pun nengok..abang baju putih ni ngan bini dia org ke2 yang tiba kat tempat kejadian..pic tu abang tu tengah kipas baby tu bg fresh air..


tu ler tiang sign board beri laluan tempat paper bag yang berisi baby ni disangkut..nampak x ade uri lagi tu..





pegawai kesihatan yang memeriksa n memotong tali pusat baby ni..pastu di salinkan kain pada kain yang elok n bersih..sedihnya Tuya tengok..


tu sisa n bekas setelah dibersihkan bayi tu..


sebagai seorg manusia yang berakal dan mempunyai naluri keibuan yang kuat,apa yang kita leh pk n rasa ngan gambar2 tu?Tuya bercakap sendiri,mcm ni ke cara menyambut kelahiran anak?patutnya dirai ngan penuh kegembiraan,di sambut nga laungan azan..tapi baby ni???kalau la besar nnti dia tau yang dia disambut,dikerat tali pusat di tepi jalan..mcm ne la perasaan dia kan..bg le Tuya kalau x nak anak,jangan di buang2..sedihnya..
sama2 la kita amik iktibar..

-Isnin Yang Macam Macam Ada

Salam hari Isnin semua..malasnya nak g keja hari ni ek..dah 3 hari cuti dr mggu lepas,esok cuti lagi..nape la hari ni pun x cuti gak..hehehhe..mcm tu le,kalau bab cuti lain macam semangatnya..

Esok kita sume rakyat Malaysia menyambut Hari kemerdekaan yang ke 53 tahun..harapnya negara kita akan lebih aman damai sejahtera di masa2 akan datang..

Pagi2 ni baca paper,macam2 berita ade..buang bayi x habis2..ade ke gantung paper bag kat simpang lampu isyarat dengan baby yang masih idup n bertali pusat..ishhhh!!!buatnya paper bag tu jatuh ke ape ke,boleh mati anak tu..bulan2 pose ni x abis2 wat dosa la..

Cite pasal cikgu yang mengedar ubat kuat..dok promote ngan student2 kat sekolah..dah x de benda lain ke agaknye dia nak wat utk dapat income lebih kan?memesong sungguh!!!

Yang wat Tuya gelak pulak,cite pasal kambing kat Mexico ada acc FB..x ingat baca dalam Berita Harian ataupun kat Utusan Malaysia..Tuya cuba la search kat FB,betul ke x ade..cari nye cari,ade acc si kambing nih..hik hik hik..macam2 dunia..


try la cari kalau x caya..hehehehe


Selamat bekerja sume..



27 August 2010

-Salam Jumaat

Salam hari Jumaat,salam Nuzul Quran utk sume kawan2..Hari ni Selangor cuti Nuzul Quran.Ada negeri yang amik cuti ni,ade yang x..pada yang bercuti tu selamat marathon cuti..Jumaat,Sabtu,Ahad..nasib baik hari Isnin depan 30hb,kalau 31hb terus leh sambung cuti 4 hari..

Tuya hari ni plan nak mengukis..nak wat kuih raya sket2..tgk la nnti nak wat kuih ape..x de idea lg ni..nak menggogle dulu resepi2..nak ngintai2 blog2 akak2 chef..heheh..

Jom kita hayati pengertian Nuzul Quran..

PENGERTIAN NUZUL AL-QURAN

Daripada segi bahasa, perkataan ‘Nuzul’ bererti menetap di satu tempat atau turun dari tempat yang tinggi. Kata perbuatannya ‘nazala’ (نزل) membawa maksud ‘dia telah turun’ atau ‘dia menjadi tetamu’. Sebenarnya penggunaan istilah Nuzul al-Quran ini secara majaz atau simbolik sahaja yang bermaksud pemberitahuan al-Quran. Tujuannya untuk menunjukkan ketinggian al-Quran.

Secara teknikalnya Nuzul al-Quran bererti penurunan al-Quran dari langit kepada Nabi Allah yang terakhir. Perkataan Nuzul dalam pelbagai wajah sama Ada kata nama, kata perbuatan atau lainnya digunakan dalam al-Quran sebanyak lebih kurang 290 kali. Sebagai contoh, “Dia yang telah…..menurunkan hujan.” (al-Baqarah:22), “Dialah….yang menurunkan Taurat Dan Injil.” (Ali Imran:3) Dan banyak lagi ayat-ayat lain.

**lagi di sini

26 August 2010

-Tak Tertanggung Rasanya

Alhamdulillah..semalam PM dah umumkan sume kakitangan kerajaan gred 1 - 54 dapat duit raya utk raya ni..rm500,banyak jugak..boleh la tambah ape2 yang x cukup utk raya nanti..

Nak cite pasal bebudak skolah skang ni..mcm2 perangai n tabiat yang ade skang..semalam,masa kat sekolah,ade meeting utk satu pertandingan kelab Bahasa Inggeris peringkat sekolah.ade la 1,2 sekolah kat area2 Damansara ni join..so,berjumpa la Tuya ngan cikgu2 dr sekolah sekitar yang join..lepas meeting tu,sambil2 berborak la..

Ada satu cikgu ni,dr sekolah lain (nama sekolah terpaksa di rahsiakan),dia cakap sekolah dia dah makin banyak masalah sosial..sekolah rendah tu..sebelum puasa aritu,ade 2 kes melibatkan murid darjah 4..

kes 1 : tiga org murid lelaki tahan sorg kawannya (lelaki jugak) dalam toilet..budak yang jd tahanan tu di paksa buka seluar,then dipaksa merelakan diri utk jadi bahan ujikaji sex oral..x nak cite banyak,kurang pahala pose..kalau dah sex oral tu,kita yg dah akil baligh ni tau la sendiri kan..astagfirullah..nape la bebudak ni..


kes 2 : dua org lelaki,sorg pompuan dok bawah meja sambil raba meraba..uisshhhhh!!!!!!!dalam kelas okeh..

dedua kes tu jadi dalam masa sebulan..Tuya tnya ape tindakan pihak sekolah deorg..cikgu ni kata,parents bebudak tu dipanggil,murid2 terlibat di beri kaunseling..amaran dah di bagi..

masalah betul la skang ni kan..dunia tanpa sempadan,nak tau ape je surf internet.sume benda boleh dapat on the spot.sape yang mesti di salahkan?pihak sekolah?ibu bapa?persekitaran?ape la nak jadi ngan budak2 skang kan?Tuya ada anak,yang tengah nak naik,nak tahu mcm2 benda baru..risau sangat..mencabarnya mendidik anak2 zaman skang kan?tanggungjawab n amanah yang wajib dipikul..

25 August 2010

-Serabut jugak mikir

Sedar tak sedar dah 15 hari kita berpuasa..sekejap je rasa dah setengah bulan..lagi 15 hari,Insyaallah kalau x de pe2 kita akan beraya..masa skang ni cepat betul berlalu tanpa kita sedar..x alih2 dah 25hb,nak abis bulan 8 dah..nak masuk bulan 9,lagi 3,4 bulan nak masuk tahun 2011..ishhhh..cepatnya..

macam ne ngan persiapan raya?dah sopin2 ke?dah wat kuih raya ke?Tuya ni sopin blom lg,kuih raya tu ade la sejenis dua yg dah siap..disebabkan Tuya beraya kat Kelantan tahun ni,Tuya kena la siapkan kuih raya utk umah mak Tuya awal sket..mgkin mggu ni Tuya balik Jhr hantar kuih raya..mmg dah jadik kewajipan Tuya wat kuih raya utk rumah mak..boleh koma adik2 Tuya kalau x de kuih raya ahkak dia ni..hik hik hik..

dalam sibuk2 nak beraya ni kan,Tuya lak harap2 le Tuya x disenaraikan utk menjaga peksa UPSR..kalau kena jaga,confirm cuti raya seciput je..jangan le nama Tuya ade kat list..x nak jadi pengawas peksa!!!!nak raya!!!!

ni,Tuya memang ade kemusykilan sangat2..nak tnya le ngan kawan2..org skang ni kawin,beranak pinak utk ape ek?dah dapat anak comel lote,dibuang,di bunuh..semalam ade lagi cite pasal bapak sembelih anak sendiri..adoiiiii..wat pe la wat anak,bela bg besar elok sifat tapi hanya utk di sembelih,di zalimi???x puas hati betul tau..

Eri kata memang ramai sakit mental skang..tu la yang harus dibayar utk menjadi negara maju agaknya..kena ramai org yang berpenyakit mental..ishhhh!!!!

19 August 2010

-Senget??

n3 awal pagi sebelum azan subuh..sambil2 tunggu azan ni,memblog la jap..Tuya rasa x sedap badan je dr lepas berbuka semalam..mcm senak perut,sakit ulu hati..

semalam lepas buka,x sampai 1/2 jam,habis sume makanan yg Tuya makan kuor..bukan makan ape sangat pun,minum soya n makan roti john je..habis sume kuor x sempat di hadam..pastu rasa sebu je perut..nape tah..

mggu lepas Tuya balik kg,Tuya g berurut ngan bidan yg mmg selalu urutkan org lepas bersalin..masa Tuya banak dulu pun,dia gak le yg urutkan..dia urut perut Tuya n cakap peranakan Tuya senget..erkkkk!!!!ade gak ke peranakan senget??pastu dia kata mcm bengkak..masa dia urut tu,Tuhan je la tau cm ne sakitnya..siap dia sound.."macam ne la nak beranak lg kalau dah senget Yang oiii"..Tuya sengih je la..

betul ke ade peranakan senget ek?yang Tuya biasa dengar peranakan jatuh @ turun..ermmm..ade sape2 yang leh bgtau Tuya x kesahihannya?

18 August 2010

-Bila Otak Dah Tak Berfungsi

Sakit hati bila Tuya baca paper2 lately ade je kes buang bayi..ngamuk x tentu pasal.kebetulan pagi2 ni tgk MHI tv3 berbincang pasal topik amuk ni..

Macam bermusim n berepisod2 lak kisah amuk ni..melibatkan nyawa lak tu..bunuh cedara kan org..memang sakit betu la org2 ni..

Kenapa la deorg ni kan..yang nyatanya,berita seminggu dua ni melibatkan kaum2 Adam..sakit jiwa ke ape ek??ade yang berpendapat,deorg ni ade psikatri disorder..ade yang dengar suara2 dr alam lain,suh wat mcm tu..

Mengerikan..minta dijauhkan la kan..Tuya dulu ade jiran kat kg yg ade penyakit mcm ni..kalau mengamuk memang x ingat2...sampai polis tangkap bawa dok lokap..skang dah dok kat Hospital Bahagia,Tampoi..


ni Harian Metro hari ni..kejam..


ni cite Ahad lepas..yang kes masa bersahur tu..na'uzubillah..


ni lak pasal simbah asid kat anak bini..kat Utusan

nampak sangat tahap kesihatan mental masyarakat kita skang ni makin membimbangkan..ape2 pun bulan2 pose ni elok la dekatkan diri ngan Allah..banyak2 ngingat Allah bila nak marah tu kan..ingatan utk kawan2 dan diri Tuya sendiri..semoga amalan kita di terima..



17 August 2010

-Antara Kasih Dan Kasihan

Suami Mek Wook ditahan kes dadah lagi


HULU TERENGGANU 16 Ogos - Suami kepada Mek Wook Kundur, wanita berusia 107 tahun yang dibebaskan pertengahan bulan lalu kerana menagih dadah, sekali lagi ditangkap atas kesalahan yang sama baru-baru ini.

Mohd. Nor Che Musa, 38, yang dibebaskan pada 15 Julai lalu ditahan pada Khamis lalu dalam serbuan polis cawangan Narkotik Khamis lalu di Kampung Pasir Tinggi dekat sini.

Biarpun Mohd. Nor dicekup dan ditahan dalam lokap, Mek Wook tetap tabah malah sanggup berbuat apa saja demi menyelamatkan suami tersayangnya.

Buktinya, dia sanggup mengeluarkan wang simpanannya berjumlah RM2,000 dari sebuah bank di pekan Kuala Berang semata-mata untuk membebaskan suaminya dari tahanan.

Bagi Mek Wook, biar bagaimana buruknya perangai Mohd. Nor, suaminya itu tetap jantung hatinya dan hanya Mohd. Nor saja tempatnya bergantung hidup sampai bila-bila.

"Bagi saya, dia tetap suami saya dan hanya dia saja tempat saya bergantung harapan. Memang saya sering nasihat dia agar jangan ambil benda haram itu (dadah). Dia ambil juga.

"Tapi semua itu saya tak kisah sebab saya tetap sayangkan dia. Dia tetap suami saya," katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Tok Bak dekat sini hari ini.

Mek Wook sempat mengeluh bahawa di sebalik pengeluaran wangnya itu bagi menjamin Mohd. Nor menyebabkan impiannya untuk menyambut Ramadan dan Hari Raya Aidilfitri bersama suaminya itu punah.

Mohd. Nor ditahan sekali lagi kira-kira pukul 10.30 pagi setelah dipercayai mengambil dadah dalam satu operasi polis di Kampung Pasir Tinggi.

Majistret Mahkamah Hulu Terengganu, Azman Mustapha membenarkan Mohd. Nor diikat jamin selepas kesnya disebut oleh Pegawai Pendakwa, Cif Inspektor Tuan Rosmah Tuan Husain, semalam.

Beliau turut menetapkan 10 Oktober ini untuk pendakwaan kes tersebut.

Pada 7 Julai tahun lalu, Mohd. Nor ditahan oleh Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) atas kesalahan sama dan ditahan di Pusat Penagihan Narkotik (Puspen) Sungai Besi sebelum dipindahkan ke Puspen Besut.

Mek Wook yang ditemui hari ini selepas membayar ikat jamin menyatakan, walaupun kecewa dengan perbuatan dan tabiat buruk suaminya itu tetapi disebabkan rasa sayang dan tidak mahu berpuasa dan menyambut Aidilfitri berseorangan, dia sanggup mengorbankan wang simpanannya.

"Saya tak tahu apa yang boleh saya buat lagi dan hanya mampu berdoa supaya suami saya insaf," katanya.


**Dalam kita asik dengar n baca pasal suami ngamuk bunuh cederakan anak bini,terselit jugak cite tu..sanggup si isteri jamin laki yang macam hampeh..penagih tegar nih..Tuya rasa dia ni memang nak amik kesempatan kat nenek tua ni.kesian betul..



11 August 2010

-Pertama Ramadhan

[tajuk x hingat2 skema]

n3 pertama utk 1 Ramadhan tahun ni..alhamdulillah,panjang lg umur Tuya utk menjalani ibadah puasa..

sambil2 tunggu azan Subuh ni,berchat la jap ngan adik Tuya yg nun jauh kat Utara nu..sedih je dia..x dapat bersahur ngan mak abah..dah le dia paling manja ngan mak abah..dia siap tulis status kat FB dia "2nd Ramadhan without my family...im getting used to it...=)..i wonder what they will have for sahur today???hmmm....."
sedih gak,tu yang dok pujuk2 dia..mak awal2 dah tepon dia,pkul 4.30,sambil2 masak tu mak tepon dia..nak bg dia x terasa sangat yg dia jauh ngan family..dah namanya pun study..kena la bekorban kan..org yang study jauh beribu batu kat oversea tu lg syahdu..

Tuya malam dah masak nasi,jadinya bgun sahur td masak lauk je la..alarm henpon pkul 4.30am..dalam tepon tu dok melaung2 ringtone azan,boleh lak Eri off alarm,sambung zzzz..nasib bek Tuya ni mcm teringat dah masuk bulan pose,bgun amik tepon bawa g dapur..sebelum g toilet,Tuya kuorkan dulu ayam dalam esbok,letak kat sink..baru g toilet..

dah sesiap masak,makan sume,baru Tuya terperasan,henpon Tuya x de..x ingat kat mana letak..cuba misskol,dapat,tapi x dengar bunyik..habis la celah bedah sume Tuya selongkar..bawah kusyen sofa,bawah bantal,kot terselit mana2..

alih2 je kan,Eri panggil Tuya..masa tu dia nak amik susu dalam esbok..dia kata awak nak wat frozen henpon ke?org lain wat frozen food,awak wat frozen henpon..hahahhahahah!!!boleh lak excited nak masak sahur td,tak pasan yang Tuya letak henpon dalam esbok..gilosss!!!nasib bek la x beku,dah le ade satu je henpon cap ayam tu..hik hik hik..kelako tol..


see..elok je Tuya letak henpon tu kat situ..hehehehehhe..kes kalut la nih..


nak berbuka ape ek petang nih?selamat berpuasa kawan2..kurangkan gossip,tingkatkan amalan..pesanan penaja!!!hehehe




10 August 2010

-Selamat Bepuasa


نَوَيْتُ صَوْمَ غَدٍ أَنْ أَدَاءِ فَرْضِ رَمَضَانَ هَذِهِ السَّنَةِ لِلَّهِ تَعَالَى


"Sahaja aku berpuasa pada esok hari dalam menunaikan fardu bulan Ramadhan pada tahun ini kerana Allah Ta'ala"

Tuya nak ucapkan selamat berpuasa utk sume kawan2 yang tersayang..semoga kedatangan bulan penuh barakah ni akan menjadkan kita sume insan yang lebih bertaqwa kepadaNya...

-Puasa pertama kat mana?



Sekejap je rasa masa berlalu kan..esok lusa dah nak puasa..alih2 dah nak raya..dah mcm x cukup je 24jam satu hari tu..

Time2 nak puasa ni le Tuya syahdu..anak jauh,mak abah pun jauh..Tuya ni part sahur ngan berbuka tu la yg rasa sedih x tentu hala..Tuya kan lama dok ngan mak abah walaupun dah kawin..sbb Tuya ngan Eri PJJ..heheh..Perkahwinan Jarak Jauh..Tuya kat Jhr,dia kat KL..ni pun baru dalam 4 tahun kitorg dok sama2..nasib la Tuya dapat posting KL kan..kalau x,anak kemana,bini kemana,laki kemana..hik hik hik..

Td berFB ngan adik Tuya yang kat UUM Kedah..feeling2 emo kan cite pasal puasa..dia lg kesian,sambut pose ngan kawan2 je..mau nangis 1st puasa tu tepon mak..confirm!!!



Tuya weekend ni balik Jhr..sbb raya tahun ni balik Kelantan,kena la sambut puasa kat Jhr dulu..hehehhe..lambatnye nak hari Jumaat,nak balik Jhr..minggu kedua puasa baru balik Kelantan,puasa ngan anak lak..haihhhhh!!!susah betul kalau dah dok berterabur ni kan..nak wat mcm ne..selagi terdaya..

Kawan2 ,adik2,akak2 lak minggu ni x balik kg ke berpuasa kat kg???

08 August 2010

-Nyah Segala Toksin

Excited nak suh Eri cuba Foot Dtox patch,sampai sanggup g Shah Alam semalam nak amik benda alah nih..sambil tu leh le jenjalan..hehehheh..nak cuba kat kaki Eri dulu..

Tuya x cuba lagi nak suh Eri cuba dulu..nak tgk hasilnya..



rupa bentuk dtox pacth ni sebelum di lekat kat kaki..elok putih je..


kaki Eri yang dah pun Tuya lekatkan dtox patch tu..abaikan kaki yang cekeding tu ek..x de cagu yer..




ni le hasilnya pg td setelah semalaman ditepek pd tapak kaki Eri..eiyerrrrkk!!!!!hitam legam tau..yang bestnya,Eri senang betul bangun pg td..dia kata badan jadi segar..Tuya beli 10 pasang..hik hik...lepas ni puas le kitorg me'nyah' toksin dalam badan..



06 August 2010

-Baru TerasaDiri Ni Tua..

semalam,tengah syiok main game FB,ade la hamba Allah ni add Tuya jadi friend dia..memula Tuya x accept,pastu bila tgk profile n pic,rasa mcm kenal je..Tuya pun accept la..

x alih2 dia chat kat Fb tu..perkataan pertama dia tulis.."Cikgu"!!!..anak murid Tuya rupanya..tapi memang Tuya dah lupa tahun bila Tuya ngajar dia..tanya soal selidik,tahun 2002 Tuya ngajar dia..masa tu sekolah 1st Tuya ngajar lepas study..kat Mersing..

terus update status kat FB sbb excited..heheheh

banyak yang di borakkan..dia suh Tuya pindah balik kg semula..Tuya kata bukannya Tuya dapat ngajar dia lg,dia dah form 2..Tuya ngajar sekolah rendah..dia kata senang leh kuor jumpa2 cikgu..leh jalan2 ngan cikgu..hehehhehe..

punya la kuat ingatan budak ni..Tuya ngajar dia tahun 2002,masa tu dia darjah 1..skang dah 2010,dia pun dah tgkatan 2,tapi still ingat Tuya lagi..nampak sangat Tuya dah "kertu" kan..hehehhe..Ingatan yang semakin bekurang..hik hik hik..

mahalnya perkataan dan panggilan "cikgu" tu kan..walaupun x ngajar dia dah,tetap dia panggil Tuya cikgu..

03 August 2010

-Ayan n anak demam

lepas maghrib td temankan Eri g klinik..dia demam..dah 2 hari x sihat.tapi jenis demam malam je..asal tiba lepas isyak je bersin,selsema,batuk bagai..pastu badan gigil2..Tuya ni tingat la masa dia kena denggi dulu,mcm tu la tanda2 awal..siang cergas segar bugar,malam je terus kejung,gigil..

sampai je klinik,dia dah mula bersin..bgus jugak kan,leh la doc check ape kenanya dia ni..

daftar dulu..sbb klinik ni klinik panel company dia,so dia kena daftar kat buku panel..


x de pekerja Melayu pun kat klinik nih..sume padiayapa!!!



dah siap check ngan doc,duduk jap,dapat ubat..macam2 ubat dia dapat,antibiotik le,ubat selsema la,cair kahak..tah ape lg tah..doc kata dia demam biasa..cuaca n rehat x menentu..nasib baik..


tengah tunggu Eri check td,Tuya tepon pak mertua kat kg..nak cakap ngan anak..dah seminggu lebih x call dia..abah kata anak demam..mggu lepas 4 hari x g skolah..punya la Tuya sedih,mcm nak nangis je.patut la 2,3 hari ni asik ingat anak je..nak call asik x sempat je.kesiannya anak Tuya..demam tapi mamanya x tau..Tuya tnya kat abah nape x bgtau kitorg,abah kata x nak risaukan kitorg..anak demam sbb banyak xtvt sukan kat sekolah..training bola pepanas..ingatkan nak cakap ngan dia,tapi abah kata dia dah tdo..makan ubat..sedihnya Tuya..

AmaD,mama minta maaf yer..seminggu x call macam2 jadi rupanya kat amaD..mcm nak balik Kelantan skang jugak nak jaga dia demam..ayah anak demam..sayu betul la hati Tuya..ni masa tgh wat n3 ni,Eri dah tdo,lalok makan ubat..Tuya x leh nak tdo,ingat kat anak..

mcm ni la kalau dok jauh..nak amik,takut ada yang kecik hati..x amik,Tuya yang sakit hati jauh ngan anak..alahai..kena banyak psiko n diplomasi ngan ma n abah mertua Tuya ni..nak minta anak semula..

aduyaiii..semak kepala mikir..

02 August 2010

-Cite BAru Tv3




Sambil2 tengok cite baru tv3,sambil wat n3 nih..cite ni lebih kurang macam Filem Syurga Cinta yang Awal Ashaari ngan si Heliza berlakon tu..
ni dia wat drama.."Epilog Syurga Cinta"..yang penting adik Mia ade berlakon..ade sorg lg budak lelaki comel tu..suka!!!


meh kita baca sinopsis cite nih...


Kisah bermula tentang Irham yang membesar di luar negara sejak umur 12 tahun, kemudian belajar di sana dan membesar di sana telah pulang ke Malaysia untuk bekerja di syarikat bapanya, Tan sri Zakaria. Irham seorang suka bersosial, hidup cara Barat, dan pandai memikat perempuan telah dicabar oleh kawn kawannya Alex dan Zainal. Mereka telah mencabar Irham supaya memikat gadis bertudung. Jalan cerita macam filem Syurga Cinta yang dilakonkan oleh Awal dan Heliza je kan..cuma yang ni didramakan. Perempuan yang jadi mangsa tu ialah Cikgu Syuhada lakonan Fyza. Syuhada ialah anak yatim yang dijaga oleh datuknya. Dalam cerita ni adik Mia Sara akan jadi adik kepada Zizan Nin. Jadi orang tengah menyatukan cinta dua hati antara Cikgu Syuhada dan Irham.

Dapatkah Irhan memikat hati Syuhada dan pe kesudahan cerita ni..sama sama le tengok nanti..

-Hari Minggu Tuya



semalam..akibat kebosanan dok umah dan menyampah nak dedekat ngan jiran2 yang mcm ampeh tu,Tuya pun dok melepak kat rumah adik ipar Tuya..taman sebelah je..melepak sampai tengahari,busan gak..kebetulan adik ipar Tuya yang lelaki tu nak g survey2 keta..nak beli keta 2nd..kitorg pun g la area MRR2..banyak used car tepi jalan tu..

dr MRR2,g Klang..pastu g Puchong lak..memang survey keta sungguh..hehehehh..x sempat nak snap2 pic kat used car tu,sbb nyibuk nengok keta..macam2 pesen ade..tgk tu,nak ni,tgk ni nak tu..mcm banyak duit je kan..dah kehulu kehilir cari keta,perut lapar..yg sorg nak makan cendol,yang sorang nak makan nasik..masa tu dah kul 4 ptg..mana le ade kedai makan nasi campur dah.. kat area Puchong ade satu gerai..cendol,abc,rojak..g makan kat situ je la..

masa makan ni ade la pic sket..tu pun pic Tuya x de..selalu memang mcm tu,kita dok sibuk snap sana sini..pic sendiri x de..

encik Eri yang sempat baca paper lg..


ni le adik2 ipar Tuya..yang nak cr keta,adik lelaki tu..masing2 muka lapar..hik hik..


ABC n cendol yang sedap sedap!!!


mee rebus ni pun superb!!!pekat cukup rasa..


rojak pasembor yang mmg menyembur la..hik hik..


fokus!!!dahaga punya pasal..

lepas kenyang sedawa 5 kali,kitorg pun pakat2 nak balik..dalam keta dok bincang2 pasal keta..dah compare sana sini,decide nak amik Persona yang kat used car MRR2 tu..kitorg g semula used car tu,bincang2 ngan salesman tu,sume on..alhamdulillah,kalau x de pe2,mggu depan dapat le adik ipar Tuya ni keta..nnti kalau dah dapat,Tuya snap pic letak dalam blog ni ek..

bile la Eri nak tukar keta ek..sayang sangat kat wira tu..puas pujuk dah aihh!!!


01 August 2010

-Kita senyap pun orang sakit hati..

weekend yang paling x best utk Tuya semalam..sbb Tuya kena serang hendap ngan jiran yang bermulut longkang..pelik betul Tuya bila kita x kacau org,org x puas hati..boleh??

tak tahu la apa masalahnya sampai Tuya pun leh terjebak sama..si A dok borak ngan si B..tetiba si A kata Tuya yang cakap bla bla bla..pasal si B..pastu si B naik hangin dok sms tepon Tuya tanya mcm2..bila ajak jumpa dedepan x mo..

Tuya memang x puas hati bila nama Tuya jadik sebutan glemer x tentu hala..x suka publisiti murah okey..hehehhehe.. dengan nekad n berbekalkan nasihat dr mak,(tensen sampai dok tepon mak minta pendapat),Tuya pun g la rumah si A ajak berbincang ngan si B..

plan jalan ok..baru separuh masa perbincangan,si A lak tetiba kata dia x leh lama..belum habis dok soal jawab lg tu..dia dah blah..blur jugak la Tuya masa tu...apehal lak kalut semacam je..then dipendekkan cite,Tuya bgtau si B,Tuya x pernah amik tahu hal dalam n luar kain dia..x kuasa nak nyebok2..kalau si B rasa nak caya,caya la..kalau x nak terpulang,x de paksaan..no hurt feelings..

pastu Tuya kata,Tuya minta maaf awal2 sbb lepas ni kalau Tuya x bertegur sape ngan jiran2 sume, Tuya x nak dapat taik..dan Tuya x akan amik tau ape2 pun..nak tnya pasal isi borang sekolah ke,nak tanya pasal tuisyen anak ke ape ke,i dont care!!!!!
si B pun angguk2 then minta maaf jugak..Tuya kata 0-0..ngan si A yang penakut hangit tu,Tuya dengan ikhlasnya sms bgtau apepun yang dia dah jaja nama Tuya,Tuya maafkan..jangan kacau Tuya dah..

Ape la masalah manusia ni kan..pelik betul..Tuya dok dediam dalam rumah pun deorg susah hati..baik salah,jahat lagi salah..Eri pesan kat Tuya.."kalau dengan cara menyombong tu boleh menyelamatkan keadaan,sombong la Yang..lagi bagus dr sakit tinge,sakit hati sendiri"..
Eri siap jumpa akak2 si A & B tu,cakap elok2.."mulai hari ni,saya x benarkan isteri saya berbual benda x penting ngan akak2 lagi..jangan kecik hati yer..saya x mulakan sume ni"..

sedih betul Tuya bila ade jiran yang busuk hati nak melaga2kan Tuya ngan jiran lain..ape la salah Tuya..bila ajak berdepan,ngelak2 pulak..dunia dunia..

skang Tuya adalah org sombong kat blok ni..x kisah pun kalau org kata "Teacher sombong"..bak kata abah Tuya,''biar org jauh ngan kita,jangan nasi jauh ngan kita..mati lapar kita"..

-memaafkan dendam yang terindah-