The Best Followers

30 September 2010

-Jejak Kasihan

Ni cite malam semalam..setelah 2 tahun terpisah ngan adik angkat Tuya ni..akhirnya Fb jugak jadik tempat pertemuan..

Adik angkat Tuya ni dulu dok sama ngan Tuya maa kat Equine Seri Kembangan..Masa Tuya ngajar kat sana,dia sewa bilik kat rumah Tuya..sangat2 rapat ngan Tuya n Eri..dah mcm adik beradik..bila Tuya pindah ke Damansara,kebetulan dia pun nak balik kg jaga ayah dia sakit..

Sejak berpindah randah tu,kami pun terpisah..dia tukar no tepon x inform Tuya,so senyap mcm tu je la..baru2 ni je sejak aktif FB,terjumpa semula dalam tu..rupanya dia dah keja kat KL semula..x de la jauh sangat pun,kat Keramat je..

memula calling2 aritu,siap dia nangis2 dengar suara Tuya..rindu katanya..heheheh..ade gak org rindu kat Tuya sampai feeling2 gitu..

alhamdulillah,jupe jugak kita..malam semalam dia dtg rumah ngan bakal tunang nya..sonoknya dah jumpa semula..mcm2 cerita..sampai x sedar dah tengah malam..kalau ikut hati dia,nak tdo umah Tuya je,tapi x bawa baju..lenkali mesti tido umah Tuya..x abis rindu lg..


Tuya masak mee goreng,adik angkat Tuya bawa sate ngan soto..



Eri ngan game..adik angkat Tuya dah masak sangat ngan tabiat Eri ni..game..game..game..

tu la adik angkat Tuya..manis,cantik,comel..

Hari ni muka Tuya gatal bengkak2..alergic makan ape tah kat sekolah td..nak g klinik..esok mc..hehehehhe..



29 September 2010

-Ben10 amad

Raya aritu anak Tuya dapat le collection duit raya lebih sket..sbb beraya kat Jhr kan..kalau kat Kelantan kurang sket la org bg duit raya kat bebudak..kat Jhr,mmg akan dapat la bahagian dia..

di kira kira dapat la rm 2ratus lebih..sbb dia ade akaun Tabung Haji,Tuya ingat nak masukkan sume dalam akaun tu..tapi bila dia minta sangat almari ade pic ben10,x sampai hati pulak nak hampakan permintaan..Tuya kata kat dia,nnti mama dapat gaji,mama suh ayah belikan..dia kata x pe,guna dia punya duit raya je..pastu ayah dia kata,guna rm50 je duit raya dia..yang lebih duit raya tu simpan kat bank..

so,sebelum balik Kelantan hantar dia balik kg aritu,tercapai jugak la hajat amad nak almari baju ben10..seronok jangan cakap la..walaupun dia x duduk ngan kitorg,dia kata nnti bila dia balik cuti sekolah,boleh dia guna almari tu..heheheh..nampaknya semangat nak dok ngan mama ayah dah ade tu..harap2 atok nenek dia bg green light tahun depan..



complete dah bilik amad..walaupun tuannya jarang2 balik n dok bilik ni,tetap kena kemas..abaikan baju yang lom berlipat atas katil tu..mama amad sangat malas skang..hehehhe..

Tikus dalam roti????

LONDON: Seorang lelaki hampir termuntah apabila mendapati ada bangkai tikus melekat pada sebuku roti disediakan untuk anak-anaknya, semalam.

Bapa kepada empat anak, Stephen Forse, berkata roti itu dibeli di pasar raya Tesco di kawasan kediamannya di Kidlington, Oxfordshire.


Kata Forse, 41, dia sempat memakan beberapa keping roti itu sebelum ternampak bangkai tikus berkenaan.


“Saya jadi semakin loya apabila pegawai kesihatan yang memeriksa roti itu berkata, dia tidak menemui ekor bangkai tikus berkenaan yang mungkin sudah saya telan,” katanya.


Bagaimanapun, tiada ahli keluarga Forse sakit, manakala pengeluar roti, Premier Foods RM82,376 kerana gagal mengekalkan standard kebersihan di kilang mereka di Mitcham, selatan London. - Agensi


**macam mana la boleh ade bangkai tikus masuk dalam roti tu kan..eiiyerrrkkk!!loya betul..


26 September 2010

-Pic raya yang dah basi

kering idea nak cite ape kat blog..tepu dah otak,x leh nak pk n mengarang ayat power..heheheh..sejak naik cuti raya ni,asal petang dalam kul 3 tu mesti layu..zzzzz le jawabnya..

raya dah nak abis,tapi pic raya x upload2 lagi kan..jom,tgk la pic2 raya Tuya tahun ni..x banyak sangat,sbb mcm x de mood nak bergambar..x ghairah ngan kamera dah skang..hehehhe..


Eri minta maaf zahir batin ngan Ma Abah..


turn Tuya lak minta maaf..sedih sangat masa ni sbb tingat kat mak abah kat kg!!!uwaaa..


cucu nya lak..amad kena minta maaf banyak2 ngan atok nenek..banyak wat salah nih..


hero Ma..5 lagi hero tah g mana..


kami nak g beraya..


pose adik badik..


eceh!!senget sket!!ni kat atas jambatan depan rumah nenek..


ni pic kat Jhr..senyum meleret dapat raya kat Jhr kan..Tuya ngan adik2 kesayangan..


mak pak sibuk berposing..anak tah mana beraya..heheh..



banyak lagi pic raya yang ade..x larat nak upload dah sbb banyak x de muka Tuya kan..
nak sesiap g open house umah kazen Tuya kat Kem Sungai Buloh lak pas ni..heppi weekend kawan kawan..




21 September 2010

-express update





Lamanya meninggalkan blog ijau kesayangan Tuya ni..bukan x jenguk,cuma x sempat nak update n3 baru..lama sangat simpan cite sampai dah x reti nak mula dr mana..sedap sangat cuti,beraya sana sini..letih betul Tuya beraya tahun ni..sambut raya kat Kelantan..pastu raya ke pertama petang dah balik KL..raya kedua pagi2 subuh bertolak ke Jhr lak..

kat Jhr dr raya ke dua sampai raya ke 7..raya ke 8 Eri dah keja..pastu raya ke 9 balik Kelantan lak hantar anak Tuya..penat badan jangan cakap le..

ni dah naik keja,bergelumang ngan budak UPSR lak..x sempat nak berjimba2 berehat..rumah Tuya pun x kemas sangat..banyak pic2 raya,separuh dah upload kat Fb..kat blog ni,nnti Tuya update sesikit ek..

Selamat Hari Raya kawan2..

p/s: ade sape2 wat open house ke tahun ni?

15 September 2010

-Kad Raya Untuk Semua

Selamat Hari Raya Utk sume kakak2,abang2,adik2,silent reader..hehehhehe,ade ke Tuya ni silent reader..
sila la amik kad raya yang x seberapa adanya ni yer..siap menempah lagi tau..almaklum la Tuya x kreatif mana..dok blogwalking sana sini,jupe la satu blog yg jual e-card nih..baru lagi blog ni sbb x de follower lagik..e-card nya pun ok jugak..rm7 jer..sape2 yang rasa nak menempah e-card raya,try le g kat Tuan Kad Raya ,mana tau ade yang berkenan di hati..heheheh..bulan2 pose ni,kira beramal jariah jugak le Tuya menolong bisness hamba Allah ni..

Sila amik yer kawan2 sume kad raya tu..

Kat sini jugak Tuya nak tayang kad2 raya yang kawan2 bg utk Tuya..

dr Pakcik Kuntong

dr kak Maiyah


dr kak sz


Kad ni sticky mode ye kawan2..utk n3 harian sila scroll ke bawah nu..

07 September 2010

-Balik Kampung

Jap lagi,dalam kul 3 lebih Tuya n Eri akan bertolak balik Kelantan..punya la excited berkemas packing barang td,tengok2 dah mcm nak pindah..ape je x de..beg pakaian je dah 2..tu lom kotak kuih..sonok nak beraya ngan anak kat kg..Insyaallah,kalau x de ape2,raya pertama petang Tuya anak banak akan balik Johor pulak..

Doakan Tuya n Eri selamat sampai ke Kelantan ye kawan2..kalau line broadband ok2 je kat kg nnti,Tuya update cite kat kg pulak..tu pun kalau x bz..

Pada kawan2 yang akan pulang ke kg halaman,Tuya doakan semoga selamat sampai..Selamat Hari Raya Aidilfitri..

p/s : Kak ZaNa,tenkiu kad raya yer..baru td check peti surat..igtkan x de org nak bg kadd raya dah..heheheh..

06 September 2010

-Nak raya dah!!

Makin nak raya makin x de idea nak hapdet blog..banyak sangat cite yang nak share tapi x tau mana satu..weekend semalam Tuya balik Jhr,nganto kuih raya utk mak..malam td balik semula KL..hari ni ngan esok Eri kerja lagi..Insyaallah,kalau x de pe2 esok malam atau Rabu pagi Tuya ngan Eri akan balik Kelantan.beraya kat Kelantan le tahun ni..balik Jhr mgkin ptg raya pertama tu..Persiapan raya,ade la sket2..duit raya x tukar pun lg..baju n suor anak lom beli lg..malam ni kot nak g The Store Sg Buloh @ Jusco Kepong..tgk la mana yang sempat..kasut,belt,sandle,songkok amaD dah beli kat Jhr semalam..cuma baju n suor mcm x banyak pilihan..biar ma n ayah x bergaya,asal anak bergaya kan?hehehheh..


pompuan2 yang sibuk carik suor baju anak masing2..heheeh..yang tudung putih tu x de anak ye,saja nyibuk jadik paparazzi..

aksi si Eri bila menunggu keta dicuci..boleh lak dia landing kat tempat tggu carwash tu..sungguh selamba..[balik Jhr semalam naik Viva,keta kesayangan Si Wira Eri tu,hantar servis..bukan senang nak bawa Viva balik kg..Eri x suka bawa sbb auto]


Jadual beraya tahun ni padat mggu pertama..masing2 dah plan nak berkonvoi ke sana sini..Mybe raya ke3 Tuya balik Batu Pahat,kalau ade kelapangan,sampai le Tuya ke rumah kawan2 kat BP tu yer..


p/s : Mana ek hilangnya Dato Sosilawati???misteri2..nak raya ni boleh lak hilang2..

02 September 2010

-Pandai demand dah skang..

"Mama AmaD nak tali pinggang baru,songkok baru,sandal ngan kasut,pastu t-shirt mama belikan lebih sket tau..sbb nnti balik Jhr amaD nak beraya ngan PakYie..suor x pe,yang mama belikan tu ade lagi,elok..beli 2 je la suor..suor jeans tau mama..saiz kasut amaD mama tau kan?"

semalam Tuya tepon anak kat kg..Tu la ayat dia bila Tuya kata "mama nak g sopin baju amaD esok"..punya la banyak dia order..mementang la mama dok jauh,x jaga dia,dia ingat mama ni x tau saiz kasut anak sendiri??amboi2..pastu demand nak suor jeans bagai..kopak la mama nak oiiii..mama leh pilih,ayah le bayar..hik hik hik..

bebudak zaman ni..pandai sangat nak memilih n mengatur..kalau le dia tau bergetar2 mak pak cari duit nak senangkan anak2..mcm tu la dulu kita bebudak kan?tau sume nak ada,tak tau mak abah ikat perut budget nak sonokkan anak..ni baru sorg,kalau dah berderet2??baru Tuya rasa mcm ne mak abah Tuya rasa dulu nak besarkan anak..insap2..