The Best Followers

18 July 2012

-be ware!!


Sekadar berkongsi peringatan untuk kita.Zaan skang ni macam2 taktik org nak culik bebudak..ni lagi musim nak puasa raya ni..jom baca..

Seorang ibu sedang membongkok untuk membelek-belek daging dan apabila berpusing mendapati anak perempuannya berusia 4 tahun telah hilang. Saya berdiri betul-betul bersebelahan dengan si ibu, sementara si ibu tadi terus memanggil-manggil anak perempuannya tapi hampa.
Saya meminta seorang pekerja lelaki Carrefour untuk umumkan kehilangan tersebut melalui sistem pembesar suara. Beliau terus melakukannya apabila diminta berbuat demikian dan kemudian terus meninggalkan saya untuk membuat panggilan telefon.
Panggilan itu untuk memaklumkan supaya semua pintu dan pagar dikunci menggunakan kata kod atau seumpamanya.Jadi mereka telah mengunci semua pintu dengan serta-merta.
Hanya 3 minit diperlukan untuk melakukannya selepas diminta. Mereka menjumpai kanak-kanak perempuan itu 5 minit kemudian di dalam bilik air dalam keadaan masih khayal. Kepala budak perempuan itu sudah separuh dicukur , dan hanya berpakaian dalam.
Ada sebuah beg mengandungi baju, pisau cukur dan rambut palsu terletak di lantai bersebelahannya untuk menukar wajahnya.
Siapa pun yang melakukannya – iaitu mengambil lalu membawa budak perempuan ini ke dalam bilik air, cukur rambut dan tukar pakaiannya – melakukannya kurang daripada 10 minit !Ini buatkan saya menggigil tak sudah-sudah.
Tolong perhatikan anak-anak anda apabila berada di tempat luas di mana adalah senang untuk kita terpisah dengan me reka seperti di gedung beli-belah. Hanya beberapa minit diperlukan untuk melakukan semuanya. 5 minit lagi maka anak perempuan itu tentu sudah berjaya dibawa keluar.
Saya masih amat terkejut ada manusia yang sanggup melakukannya, apa lagi dalam masa hanya beberapa minit.Masa anak-anak kecil boleh berlari tanpa hirau telah berlalu. Budak perempuan itu kini selamat. Syukur ke hadrat Allah SWT, dan tahniah kepada pekerja Carrefour yang bertindak pantas

11 July 2012

-senyum..x perlu kata apa apa.


ada berani??
dah mcm tanduk rusa dah kekdahnya..
tu kalau kata x nampak kiri kanan depan belakang tu..x tau ler..

10 July 2012

-anak mu anak ku jugak!!


nak mengelek anak sendiri,x de beranak kecik..
nak kelek anak bujang sorang tu?
x kan naknye dia..dah bujang,dah sunat..
sejak dah sunat ni lagi la si amaD ni jadi pemalu..
ngan mama dia sendiri pun dia malu segan bagai..
dia masih kat kg Klntan lagi..
misi utk menculik bawa balik dok ngan Tuya masih x berjaya..
dok makan hati ulam jantung ni tau!!

dah anak sendiri dok jauh,pinjam le anak orang..
anak adik Tuya ni dah setahun dah..
dah cerdik..sedap wat gomol2,wat dia jerit2..



nasib baik la maklong ko ni x de susu fresh gantungan dik..
kalau x,memang asik kena kidnap je la budak kecik ni bawa balik rumah..
kalau setakat kidnap bawa jalan sana sini kejap2 tu,mmg selalu Tuya seludup..




kalau g playground,paklong jadik mangsa keadaan..
kena melayan dua badik nih..
maklong jaga air,kopok sambil duduk santai..hehehehe..


budak kecik ni nampak je waras..
tapi sebenarnya senget mcm maklong jugak..
dan..sangat2 suka kan kelasakan tahap maksimum..
al kisah,pada suatu petang....


dr bawah,dia panjat sofa..dr sofa dia panjat lak nak ke tgkap..
tgh usha2 line,org2 ewasa tengah leka bergossip mak jemah..
line clear!!!



usha lak tahap ketinggian dr paras laut..
agak2 boleh ke x nak menuju ke puncak..
yeah!!yakin buleh je lah..



tawakal je la nih..
sebelah kaki dah naik,takkan nak ngalah..
adik akan membanggakan baby2 seangkatan..



yeay!!!sampai jugak akhirnya..
tapi mcm ne nak diri nih..
x leh imbang badan..nak turun takut,kaki x sampai..mcm ne ni????nangis lah..
kalau nangis baru geng2 mak jemah tu nampak kita tersadung kat atas nih..tolongggggg!!!

masa ni mmg Tuya saja nengokkan kehandalan dia manjat..
handal sangat kan,last2 melalak melekat kat tgkap tu..
tapi x serik..5 minit je kat bawah,dia naik semula..
hai lahai anak..dah x leh letak sofa dekat2 ngan dinding..
kang x pasan sampai ke bumbung perginya..



09 July 2012

- merepek di hari Isnin


time semangat nak bercerita ni la tenet wat hal..
dah mcm biskut cipsmore..jap2 ade,ehhhh jap2 dia ilang di belakang tabir..
sakit hati!!!
agaknya line jadi slow melow ni sbb hujan kot ek..


cite pasal hujan,kat Mersing nih,boleh di katakan tetiap petang hujan..
kalau hujan saje tak pe..ni siap pakej..
kilat,petir,ribut angin lintang bagai..
lagi la Mersing ni kan tepi pantai,bile angin laut tu dtg,mau terbang sume..
sejuk je..kalau nak mendobi tu,malam2 dah siap basuh,sidai bagai..
esok pagi2 nya tolak je la ampai tu kuor sket cr matahari..
masa tu la kalau nak keringkan baju pun..
lepas kul 1,confirm hujan..
tak pe la,rezeki Tuhan nak bg hujan..
mengeluh plak kan..

eh,dah mcm ramalan kaji cuaca lak..
hehehehehehe..


sape tengok cite Dejavu Di Kinabalu?
Tuya memula tu mcm tgk,lpas tu on off..
semalam nengok mak Nadira tu sakit pengsan bagai lak bila dapat tau Nadira bebetul nak ngan Amar..
Tuya rasa la kan,mesti lpas ni mak Nadira tu sakit jantung jugak..
lpas tu Nadira lak derma jantung dia tu kat mak dia..
lpas tu mak dia lak tangkap cintan ngan Amar..
hehehehehehe..boleh??
tapi Aqasha ngan Nazim adalah sangat ensem!!!
tapi ensem lagi laki Irma Hasmie ek..
dah kenapa dok ensem2 kan laki org ni kan..
kejadian Tuhan..sume cantik2 ensem2..

sudah merepek2 tu Tuya..
jangan nak over..esok lak sambung..


08 July 2012

- Tuya ade ni..[macam la ade yg cari kan?]

 i'm coming home..i'm coming home..
tell the world that i'm coming home!!
[siap lagu tema..boleh?]

taip..delete..taip..delete..
kelu lidah,kaku jari nak menaip..
lama sangat dah Tuya x berceloteh kat sini kan..
ade la dekat 3 bulan.

rindu sebenarnya ngan blog hijau x bape nak hijau nih.
masuk2 blog nih,tgk mmg sunyi sepi mcm kena tsunami..
bersawang jangan cakap le,dah le wane hijau,dah sama warna ngan lumut..
hehehehehehe..rindu sama kamu semua tau!!

lately sejak dok kat Mersing ni,bz sket..
bukan x de cite nak share,banyak sangat.tapi x sempat nak mengarang bagai.
banyak update status kat FB je,
kesian blog,x de n3 terbaru..
mulai hari ni,dah berazam nih..nak update n3 selalu kat sini..

skang Tuya dah wat bisness wat kuih muih kek bagai sesikit tau..
masih amatur dan bertatih.
tapi alhamdulillah,sambutan kat sini sangat2 menggalakkan.
lagipun kat sini Tuya ramai kawan2,jadinya senang lah nak wat sale..
Tuya dah x ngajar dah..sambung study yang x habis2 lagi kan.
tak tau la ni boleh bawa ke x..kena kuat semangat.malasnya lebih..

okeh..
stop sini dulu la yer.
esok2 Tuya sambung lagi cerita ceriti.
promise,lepas ni akan ade n3 baru dr Tuya..
daaaaaaa!!!