The Best Followers

30 May 2009

Rezeki dan Dugaan Nya

alhamdulillah..
adik aku dah selamat melahirkan anak kedua pagi td..kul 10.20..
baby boy..sukanya x tau nak kata dah..abah sampai amik cuti...
mak lak ikut g spital dr kul 4 pagi lagi...
umaierah dah dapat adik..
aku dah dapat anak sedara baru..
syukur...

pastu dalam kul 1 ptg td..aku dapat sms dr adik aku..
"akak..baby kena dok inkubator dulu sbb tertelan air ketuban aku,dia nangis slow je..doc kata x cukup oksigent"
aku dok memikir..mgkin jap je la tu..insyaallah x de pe2 kot...
call dia ajak borak2 bg hati dia tenang..

5.50 ptg..
dapat sms lagi..
"akak,baby kena bawa g HSA Jb..aku tggal sesorg kat sini,paru2 sebelah kiri dia ade jangkitan kuman..dia x leh napas elok.."
aku dah x sedap ati..menitik air mata aku baca sms tu..call mak..mak cool je..mak aku kata doa2 semoga semua selamat..aku tau mak pun runsing mcm aku..
aku pun balas sms adik aku tu..dia suh call..aku x call pun..takut aku menangis sedih,dia lagi la meraung nanti..

7.22 mlm
dia sms lagi..
"ucea ( laki dia ) ikut anak g JB..aku x...sedih nye aku tgk baby td..aku cium dia pepuas..akk doakan sume selamat ye..risau la kak.."
kali ni mmg aku bebetul menangis bagai nak rak..eri senyap je la..x leh nak kata ape..
aku tepon makmok..rupanya dia pun menangis sorg2 dalam bilik..sedih,takut..sume ade dia kata..sume benda dia wat sume x kena..

aku dapat MMs pic baby..lagi la aku sedih tgk..harap2 sumenya ok..harap2 Muhammad Faiz Dinie selamat...amin..




29 May 2009

Jadikan lah tauladan..


KUALA LUMPUR 27 Mei – Zalim! Hanya kerana gagal membayar hutang, tiga lelaki diperlakukan seperti binatang apabila leher dan kaki mereka dirantai serta dikurung dalam ‘lokap’ buatan ah long.

Lebih kejam, mangsa hanya dibekalkan dengan sebuku roti untuk setiap dua minggu dan terpaksa minum air paip dalam bilik kecil yang dilengkapi tandas itu.

Malah, mereka turut dijadikan seperti hamba apabila dirotan jika cuba merayu, membuat bising atau meninggikan suara.

Wang yang dipinjam pula bukanlah banyak mana, cuma di antara RM1,500 dan RM4,000 sahaja.

Kegiatan tidak berperikemanusiaan itu terbongkar apabila polis menahan dua lelaki dipercayai ah long hasil maklumat awam, di sebuah bank di Desa Jaya, Kepong, dekat sini kira-kira pukul 11 pagi ini.

Ketika ditahan suspek yang berusia 30 dan 33 tahun itu sedang membuat urusan pembayaran hutang.

Susulan daripada penahanan tersebut, polis menyerbu sebuah bangunan rumah kedai lima tingkat di Jalan PBS 14/2, Taman Perindustrian Bukit Serdang di sini, kira-kira pukul 2.30 petang.

Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Abdul Rahim Abdullah berkata, dalam serbuan di aras bawah itu, polis menyelamatkan tiga lelaki berusia 25 hingga 49 tahun yang dijadikan tahanan.

Katanya, ketiga-tiga mereka ditempatkan dalam dua bilik yang diubahsuai seolah-olah seperti lokap polis.

Beliau berkata, hasil pemeriksaan terhadap mangsa turut menemui kesan-kesan lebam di seluruh badan, dipercayai menjadi mangsa dera ah long.

‘‘Berdasarkan keterangan mangsa, kita mendapati mereka dikurung antara 17 hari hingga dua bulan,’’ katanya ketika ditemui pemberita di tempat kejadian di sini hari ini.

Tambah beliau, polis terpaksa meminta bantuan pasukan Bomba dan Penyelamat dari Seri Kembangan untuk memecahkan mangga pada ‘lokap’ berkenaan dan rantai yang dipasang pada mangsa.

Abdul Rahim menyifatkan tindakan ah long itu sebagai binatang dan tidak berperikemanusiaan kerana tergamak ‘memuatkan’ mangsa dalam bilik sempit seluas 1.2 meter X 1.2 meter tanpa aliran udara.

‘‘Kami yakin dengan penahanan kedua-dua lelaki pagi ini, kumpulan ah long itu yang juga terlibat dalam beberapa kes di Lembah Klang telah ditumpaskan,’’ ujarnya.

Beliau berkata, modus operandi sindiket itu ialah dengan mengurung mangsa sekiranya gagal membayar hutang sehinggalah ahli keluarga mereka melunaskannya.

Ditanya sama ada ahli keluarga mangsa ada membuat laporan polis mengenai kejadian itu, beliau memberitahu, kesemua mangsa dilaporkan hilang oleh keluarga mereka di Gombak, Kajang dan Segamat.

‘‘Kami terima tiga laporan berhubung kehilangan mangsa-mangsa. Dalam laporan itu mereka mendakwa mangsa dilarikan ah long namun tiada sebarang maklumat mengenai mereka,’’ ujar beliau.

Kes itu katanya, kini disiasat mengikut Seksyen 384 Kanun Keseksaan kerana melakukan peras ugut dan Seksyen 342 Kanun Keseksaan kerana mengurung secara salah.-utusan Malaysia-


***harap2 la ape yang dah jadi tu jadikan iktibar pada sape2 yang baru nak cuba2 meminjam ngan Along2 nih...tengok ape akibatnye kan..sedih aku tengok..pk la panjang2 kalau nak meminjam ngan lintah darat nih..


28 May 2009

Iklan bergerak..pin..pin...beri laluan

boleh eh macam tu..
nak awek siap iklan..
pastu macam2 kriteria lak tu yang dia demand..
kelako tol mamat nih tau..
korang sanggup????


27 May 2009

FinaLe D'RoMe..


MU vs Barca..
x sure start kul bape..ade tulis kol 1..ade tulis kol 2.45..
macam biasa la eh..
bile ade game awal pagi,aku kena zzzzzzzzzzzz dulu utk bangun pagi buta nanti..
alarm jam..sbb x sure kul bape aku alarm je la kul 1.30..
terjaga la hendaknye..
ape2 pun keputusan match nanti,aku redha dah..
tapi harap2 MU ku itu akan menang..
tapi x best sbb tgk sorg..eri x de,dia kena standby jaga server kat KLIA..
tgk la aku sorg2..yea yea..itu tb aku yg punya..hua hua hua
selamat tido kawan2..



+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

dan kenyataan yang harus di terima..
5.00 am
MU 0 Barca 2
x frust sangat la sbb mmg tau dah barca kuat..
ape2 pun Tuya ttp MU..yeah..hehehehh

26 May 2009

Teacher..don't go..


tersentuh aku..sbb ape????sbb ade gak rupanya anak murid yang sayang aku..alkisahnye..td aku dok tanda kertas exam Math bebudak 2R ni..selak2 jupe satu lipatan kertas kat kertas soklan peksa tu..tu isi nya..baca la sendiri..


citenya macam ni..mggu lepas aku kan meroyan soal sifir kat dak2 ni..pastu deorg x leh nak jawab,aku berangin puting beliung bagai..x sengaja aku sound mcm ni.."teacher fed up la..after this holidays..i'm not around u again"..
ye la kan..dah le kena sound ngan cikgu2 harapan tu,pastu student2 aku lak memain dah nak exam...tensen je rasa..aku cakap la aku nak posting sek lain..lain je muka bebudak..
ari ni dapat lak surat dr budak ni...tersentuh gak la...budak ni pompuan,nama dia Sukma Mahanani..
sebenarnya dr mggu lepas aku dok pk,leh ke aku tahan ngan kerenah2 cikgu kat sek aku nih..x sabo aku nak cuti sbb malas nak hadap muka2 deorg..