The Best Followers

25 October 2010

-Lupa janji dia kat Tuhan


Kencing muka cerai talak tiga


KUALA LUMPUR: Hanya kerana masakannya tidak menepati selera, seorang isteri menerima deraan kejam dan tidak masuk akal apabila dibelasah, dicukur kepala hingga botak dan lebih mengaibkan, mukanya turut dikencing suaminya.

Dalam kejadian kira-kira jam 10 malam Khamis lalu itu, suami terbabit yang berusia lewat 30-an turut menceraikan isterinya dengan lafaz talak tiga ketika kencing ke atas mangsa.

Isterinya yang tidak tahan dengan kekejaman lelaki itu selain berasa diri amat terhina membuat laporan di Balai Polis Jinjang, di sini, pada hari kejadian, menyebabkan suaminya ditahan keesokan harinya.

Sumber polis berkata, pasangan terbabit mendirikan rumah tangga sejak dua tahun lalu dan pernikahan mereka dilakukan di negara jiran tanpa mendaftarkan semula perkahwinan di sini.

Menurutnya, dalam laporan wanita terbabit yang juga berusia 30-an, kejadian itu bukan pertama kali menimpanya kerana dia mendakwa sering dipukul sejak setahun lalu walaupun melakukan kesalahan kecil.

“Menurut mangsa, dia selalu dibelasah sekiranya lewat membuka pintu ketika suaminya pulang bekerja. Malah, pada Jun lalu, mangsa melarikan diri ke selatan tanah air kerana tidak tahan dengan kekejaman suaminya.

“Namun, selepas seminggu di sana, suaminya datang memujuknya serta berpura-pura insaf,” katanya.

Bagaimanapun, kata sumber itu, ketenangan yang dikecapi mangsa hanya sementara kerana selepas dua minggu berada di rumahnya, dia kembali dijadikan tempat melepaskan geram oleh suaminya.

“Dia terus dipukul atas kesalahan kecil, malah ada kalanya mangsa tidak tahu-menahu kesalahan yang dilakukannya,” katanya.

Menurutnya, selepas menerima laporan mangsa, polis melakukan gerakan memburu suami mangsa sebelum menahannya kira-kira jam 11 malam Jumaat lalu ketika dia berehat di rumahnya. Lelaki itu kini direman empat hari bagi membantu siasatan.

Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Sentul, Superintendan Zainuddin Ahmad ketika dihubungi, mengesahkan mengenai penahanan lelaki terbabit dan memberitahu siasatan lanjut dilakukan.


***Na'uzubillahiminzaliq...dasar x sedar diri punya laki..kot iye pun x kena ngan selera dia,x leh ke agaknya nak tegur elok2..ape nak jadi la ngan dunia skang ni..menyampah betul la Tuya..masa baca berita ni td,punya la dup dap dup dap dada!!!geram x de tahap..mcm nak pijak je laki dia tu..ishhhh!!



22 October 2010

-Remote tv punya pasal

Remaja maut berebut alat kawalan jauh tv


KUANTAN: Gara-gara berebutkan alat kawalan jauh televisyen dengan adik, seorang pelajar lelaki Maahad Tahfiz Batu 4 di sini menemui ajal selepas tercetus pertengkaran dengan saudaranya di Taman Balok Baru di sini, 4.30 petang semalam.

Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pahang, Superintendan Mohd Haris Daud berkata, sebelum kejadian, mangsa, Naili Nafiz Zakaria, 14, dipercayai bertengkar dengan adik perempuannya berusia lima tahun yang berebut mahu menonton siaran pilihan masing-masing di televisyen.

Bercakap kepada pemberita, Mohd Haris berkata, seorang saudara mangsa yang melihat pertengkaran itu dikatakan segera campur tangan sambil mengacah membaling serpihan kaca tingkap yang terdapat di depan pintu, kepada mangsa. Mohd Haris berkata, serpihan kaca berkenaan tiba-tiba terlepas dari tangan dan terkena paha kanan mangsa yang menyebabkan berlaku pendarahan yang banyak.

Menurut Mohd Haris, mangsa kemudian dibawa ke Klinik Balok di sini oleh jirannya sebelum disahkan meninggal dunia pada 5.40 petang ketika sedang mendapatkan rawatan. Katanya, ketika kejadian, ibu bapa mangsa tiada di rumah. Jezanah mangsa yang dibawa ke Hospital Tengku Ampuan Afzan Kuantan dituntut oleh ahli keluarganya malam tadi dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Balok kira-kira 9 pagi ini. -Bernama


***Bahaya la bebudak skang bergaduh..ngan adik beradik pun nak gaduh kasar2..menyesal x sudah kalau Tuya ni..jadikan la pengajaran utk anak2 kita..



-Bodoh tak kena tempat

Wanita hamil dibelasah,dipaksa gugurkan kandungan


BEIJING: Seorang wanita hamil di selatan China ditahan dan dibelasah sebelum dipaksa menggugurkan kandungannya sebulan sebelum tarikh bayinya dilahirkan kerana didakwa melanggar dasar satu keluarga seorang anak negara itu.

Buruh binaan, Luo Yanquan berkata, pada 10 Oktober lalu, lebih 12 kakitangan jabatan merancang keluarga membawa isterinya ke sebuah klinik sebelum ditahan selama tiga hari di sana. Kemudian isterinya dibawa ke hospital dan disuntik dengan dadah bagi membunuh bayinya. Menurut Luo, pegawai jabatan merancang keluarga memberitahu pasangan itu mereka tidak dibenarkan memiliki anak lagi kerana sudah mempunyai seorang anak perempuan berusia 9 tahun.


Sejak 30 tahun lalu, China membenarkan pasangan yang tinggal di bandar memiliki seorang anak saja dalam usaha mengawal peningkatan populasi dan menjimatkan sumber. China mempunyai populasi paling ramai di dunia dengan lebih 1.3 bilion penduduk. - AP


***Macam2 hal dunia ni kan..kita ni kalau boleh lagi nak anak,zuraiat ramai ramai..ni boleh lak kerajaan yang wat undang2 mcm tu..Agak agak la kalau nak mengawal peningkatan populasi ngan jimatkan sumber pun..ni kandungan tu dah 8 bulan,x kesian ke agaknya kan...dunia..dunia!!!!



20 October 2010

-Kalau Dah Percaya Kat Jin..


Gadis diganggu jin ilmu hitam


KULAIJAYA: Seorang gadis sengsara akibat gangguan histeria yang dikatakan berpunca daripada tindakannya menggunakan jin dan amalan ilmu hitam bagi menundukkan lelaki supaya memenuhi kemahuannya memiliki barangan berjenama.

Gangguan histeria dialami gadis berusia 18 tahun itu berlaku jam 10.30 malam pada 14 Oktober lalu memaksa keluarga remaja berkenaan memanggil pengamal perubatan tradisional bagi memulihkan keadaan.

Hasil rawatan, bomoh berkenaan memberitahu kejadian berpunca daripada jin belaan gadis berkenaan mengamuk apabila dia yang mahu dikenali sebagai Ila tidak menunaikan janji dalam mengamalkan ilmu hitam.

Bapa mangsa yang enggan dikenali mendakwa, ‘ilmu penunduk’ yang diamalkan anak gadisnya diperoleh remaja itu daripada bapa saudaranya yang juga seorang bomoh di Negeri Sembilan.


“Anak perempuan saya itu dibela abang ipar saya sejak kecil lagi sebelum saya mengambilnya semula empat tahun lalu selepas dia melakukan pelbagai kesalahan di sekolah.

“Saya menyedari dia mengamalkan ilmu hitam selepas isteri menjumpai sehelai kertas bertulis ayat mantera yang tidak difahami dalam simpanannya,” katanya.

Menurutnya, akibat tidak sedap hati, dia dan isterinya membakar kertas berkenaan sebelum bertanya kepada anaknya mengenai ayat di atas helaian kertas itu.

“Dia menggelengkan kepala dan mengatakan itu kertas conteng biasa tapi kami yakin ia mantera dibekalkan bapa saudaranya.

“Saya berani berkata demikian kerana saya sendiri pernah melihat abang ipar (bapa saudara gadis berkenaan) menggunakan bara api ketika menjalankan proses perubatan,” katanya.

Ibu Ila pula berkata, gangguan histeria dialami anak gadisnya makin kerap berlaku dan minggu lalu kali ketiga menimpanya sepanjang tempoh dua bulan lalu.

Katanya, sebelum tubuh Ila dimasuki jin, dia duduk diam di satu sudut menangis sambil diiringi gelak tawa yang menyeramkan dan memarahi sesiapa yang cuba menenangkannya.

“Ila mengaku dia mengamalkan ilmu yang diberi bapa angkatnya selepas gangguan kali pertama berlaku pada pertengahan bulan lalu.

“Dia menggunakan ilmu itu bagi membuatkan semua lelaki yang dikenalinya menurut perintah dan meminta apa saja barangan mewah dikehendakinya.

“Tahap kesabaran kami sekeluarga sampai ke kemuncak apabila dia menggunakan ilmu penunduk itu ke atas anak angkat kami yang juga seorang mualaf bagi memenuhi kehendaknya memiliki barangan berjenama.

“Walaupun kami berulang kali menasihatinya supaya membuang ilmu itu, dia tetap berdegil dan mengamalkan ilmu hitam itu,” katanya.

Wanita itu berkata, walaupun tiga kali diubati, Ila belum pulih sepenuhnya dan dia percaya gangguan histeria itu boleh berulang lagi.

“Jika perkara ini berlaku di rumah, kami masih boleh mengawasinya tapi jika ia berlaku di luar, saya bimbang ia boleh mendatangkan kemudaratan kepada orang lain,” katanya.

Sementara itu, pengamal perubatan tradisional, Abu Samah Ahmad yang merawat Ila berkata, apa yang dialami gadis berkenaan kesan buruk apabila seseorang manusia mengamalkan ilmu hitam.

“Inilah akibatnya jika mengamalkan benda terlarang kerana ia bukan saja memudaratkan diri, malah boleh membawa kita kepada syirik kerana meminta pertolongan selain daripada Allah SWT,” katanya.

Katanya, ketika tubuh Ila dimasuki jin, tindak-tanduknya juga berubah kerana akal fikirannya dikawal jin.


**ape kejadahnya la nak menuntut ilmu penunduk bagai kan..muda2 lagi dah terpesong banyak..memang bermasalah betul budak pompuan ni..g la blaja benda lain,ngaji rajin2..isshhhh!!!x reti la nak cite..nyampah lak Tuya..emo lagi..heheheh..



-Mana makcik urut ni?

Semalam Tuya dapat tahu akak ipar mengandung lagi..anak ke3..x tahu nak rasa mcm ne..happy memang la happy sbb nak tambah anak sedara lagi..tapi sedih ade jugak..sbb akk ipar Tuya tu 7 tahun kawin dah boleh dapat 3 org anak..Tuya,amaD dah 9 tahun,tapi x de rezeki jugak lagi..

Eri kata jangan di pk2..nnti stress!!!mmg sejak 2 menjak ni Tuya asik memikir hal anak..bukan nak nyalahkan diri sendiri atau sape2,tapi mcm buntu memikir kan..mcm2 dah wat,tapi masih x de rezeki Tuhan nak bg..

Mak kata banyakkan doa n muhasabah diri..dekat kan diri kat Tuhan..minta dengan bersungguh..Tuhan Maha Pemurah..Umat Nya x minta pun dia bg,apa lagi pada yang meminta minta..

Haritu jupe doktor sakit puan..check sana..check sini..x de ape2 masalah pun,cuma dia kata lom rezeki..dia nasihatkan Tuya pergi berurut..ikhtiar cara kg pun ade baiknya dia kata..ade sape2 tau bidan yg pandai ngurut betulkan kedudukan dalaman sistem peranakan Tuya ni??kalau ade sape2 tau,bgtau Tuya yer..

Usaha Tangga Kejayaan..Yeah Tuya!!!![saja nak sejukkan hati sendiri yang mcm nak down]..

19 October 2010

-Sakit menghapuskan dosa kecil..

Tuya mc keja 2 hari..semalam ngan hari ni..Mc sbb sakit..sakit pe lg le Tuya ni..hehehhe..BEGUK..bukan beruk..alah,beguk ni sakit bengkak kelenjar tirod kat leher tu le..petang Ahad lg Tuya dah rasa x selesa..nak telan air pun rasa sakit,ingatkan sakit tekak..pastu malamnya dah x leh nak nganga mulut bebesar..nak menoleh pun dah rasa mcm susah sangat..macam cipan je rasa..


tak tahan dah sakit,Eri bawa g klinik..doc check,dia kata iodine kurang dalam badan Tuya..tu sbb jadi bengkak kelenjar tirod..Tuya tanya la doktor tu,nape leh kurang iodine dalam badan Tuya..dia kata biasanya kurang makan sayur,sbb dalam sayur banyak iodine..pulak!!!Tuya kurang makan sayur ke?ishhh!!

dah si Eri bising2 pastu..dia kata sbb Tuya diet x seimbang la Tuya kurang zat makanan..pot pet pot pet..sampai dia kata,x yah nak diet beriya la Yang,B x de lari cari lainnya..masalahnya bukan Tuya takut dia cari lain,Tuya ni dah x selesa ngan tumbesaran diri yg semakin membesar,tu sbb diet sket..x kan la sbb Tuya diet sket je dah kena beguk bagai???saja je la dah nak kena kan??[org lelaki x kan paham ]

doktor ade bg ubat sapu n ubat makan..bgtau ngan mak Tuya,dia suh bancuh nila serbuk ngan cuka,pastu sapu kat leher tu..Try dah td,sejuk je..alhamdulillah,bengkak dah semakin surut..dapat Mc 2 hari..suka!!!!esok bru g sekolah..heheh..


**dalam sakit2 bengang sume,Tuya ade melawan cakap Eri semalam..asal cakap Tuya pun lawan..masa melawan tu x rasa bersalah pun,dah sampai rumah,bila dia tolong sapu ubat sume,baru terasa amat2 bersalah mcm nak daftar sendiri g jel.hikhikhik..emosi x terkawal..ye la,org tengah sakit,dia lak wat ceramah bebas dalam keta..Tuya minta maaf td,dia kata 'dia dah maafkan sebelum Tuya wat salah pun..cehhh!!!ayat skema x ingat..berdosa lawan cakap suami..insap!!



17 October 2010

-Gemuk!!

lepas musim2 puasa raya ni,memang Tuya x jaga makan langsung..nak2 raya aritu kan..dok telan je ape yg ade depan mata..nampak tu sedap,nampak ni sedap!!sume makan,x de tahan2 nya..makan..makan..makan..

masa tu dah perasan dah,mcm x selesa je ngan diri sendiri..mcm terlebih sana sini..mujur la baju raya muat lg kan..pastu 2,3 mggu ni rasa mcm memang x selesa..dok naik tangga g kelas pun mcm termengah mengah sket..naik tangga rumah yang 4 tgkat tu pun rasa mcm nak pitam!!!hehehhe..

yang paling latest sekali Jumaat lepas bila nak pakai baju kurung feberet,sume muat lagi,tapi tang sisi pinggul tu dah mcm ketat sket..kalau dulu pakai terus jatuh elok je baju tu kebawah,ni boleh lak tersangkut kat pinggul..nampak sangat kembang tang tu kan???ayoyoyoyoyo!!!

skang Tuya sangat2 susah hati..sbb Tuya dah gemuk!!!uwaaaa...Tuya bukan la jenis yg obses nak kurus,tapi kalau pakai baju dah x selesa ni,memang wajib dirisaukan..oh noooo!!!!

16 October 2010

-Bila tah nak abis kes deorg ni..

Memey Norman Menipu??






HULU KLANG: Seorang saksi kes perbicaraan khalwat pelakon Norman Hakim dan Memey memberitahu Mahkamah Syariah di sini, semalam, dia tidak bersetuju kenyataan di dalam akhbar tidak boleh digunakan sebagai bukti di mahkamah.


Mohd Yusri Abd Razak, 55, berkata, ia bagi membuktikan terdapat penipuan dan pembohongan yang pernah dibuat kedua-dua artis itu yang menafikan mereka terbabit dalam tuduhan berkenaan.


“Ia penting bagi membuktikan kebenaran yang berlaku membabitkan mereka berdua,” kata pereka bentuk itu berulang kali walaupun ditegah memberi penjelasan terhadap soalan yang dicadangkan Peguam Syarie Fakhrul Azman Abu Hassan yang mewakili kedua-dua tertuduh.


Dia berkata demikian ketika menjadi saksi keenam pada prosiding khalwat membabitkan Norman Hakim atau Mohamed Norhakim Zaidon, 33, dan Memey atau Suhaiza Suhaimi, 21.


Dalam perbicaraan semalam, dia turut mengemukakan beberapa keratan akhbar tempatan antaranya Harian Metro berhubung laporan media kes khalwat membabitkan mereka.


Saksi itu bagaimanapun mengakui dan bersetuju dengan cadangan Fakhrul bahawa keterangan pengakuan bersalah yang diberikan oleh kedua-dua artis itu di luar sehingga ke dalam mahkamah adalah konsisten sehingga ke hari ini.


“Ya, saya setuju tapi ia konsisten dengan penafian dan pembohongan,” jelasnya walaupun sekali lagi ditegah Fakhrul.


Norman Hakim dan Memey dibicarakan atas tuduhan berkhalwat di pejabat beralamat 4-1A, Jalan UP1/2, Taman Ukay Perdana, Hulu Klang, di sini pada jam 3 pagi, 30 Oktober 2008.


Norman didakwa mengikut Seksyen 29(1)(a) Enakmen Jenayah Syariah Selangor 1995 manakala pendakwaan terhadap Memey dibuat mengikut Seksyen 29(1)(b) enakmen sama dan berhadapan hukuman penjara maksimum sehingga dua tahun dan denda maksimum RM3,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.


Pada prosiding semalam, Yusri turut berkata dia tidak berniat menjatuhkan hukuman terhadap kedua-dua tertuduh sebelum prosiding berjalan sebaliknya untuk membantu menyedarkan mereka.


“Saya bukan Hakim untuk jatuhkan hukuman, saya Yusri bukan Norman Hakim.


“Media digunakan untuk menyindir perbuatan mereka yang masih tinggal bersama supaya mereka sedar dan tak ulangi kesalahan sama,” katanya menjawab soal balas oleh Pendakwa Syarie Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), Muhammad Nazri Basrawi bagi menjelaskan soalan yang dicadangkan pihak pembelaan berhubung tindakannya memberi kenyataan kepada media.


Perbicaraan bersambung pada 22 Oktober ini.


[Metro online]

15 October 2010

-Nak Sembahyang ke nak melawa???


Tengah leka ngadap FB td,nama Tuya di tag pada satu pic katalog kat Fb kawan lain..pic katalog jual telekung..tapi yang Tuya x berkenan tu bila telekung tu bewarna warni bagai..renda bunga kilat2 lagi..

Pada Tuya la kan,x sesuai langsung telekung warna warni ni nak di pakai..lagi2 la nak bawa g masjid..wat org lain x khusyuk sembahyang lak nnti..dok jeling telekung warna warni tu je kan.

apa pendapat kawan2?

-Orang Jauh

Malam td pak ucu ngan mak ucu Tuya dr Batu pahat datang rumah..deorg kan datang ngantor pakcik g haji semalam..deorg tido umah kazen kat Kem Sungai Buloh..nak tdo umah Tuya,kitorg laki bini kerja..x de org nak melayan lak nnti..

Dah alang alang sampai KL ni,wat la spotcheck umah anak2 sedara...hehehheh..lgpun sejak Tuya dok Damansara Damai ni,deorg x pernah dtg lg..kalau kat Seri Kembangan dulu,selalu nyinggah jugak..

Jom la layan pic yang x kuasa Tuya nak nyusun..tonggang langgang..

Eri melahap makanan..hehehhe..beso lak nganganya..lagi sorg tu laki sepupu Tuya..bila 2 org Kelantanese dah jupe,tah ape cite yg di borak..padahal semalam kat Komplek Tabung Haji berkepit 2 org gak..


makan Ucu..makan..family ucu Tuya ni mmg suka makan nugget kentang goreng nih..


x boleh nak letak sume makanan kat bawah..monster kecik ni membuat onar..heheheh..tgk je la tu..abis tupperware kopok di kerjakan..baby tu anak kazen Tuya..yang pakai tudung maroon tu le makcik [mak ucu] Tuya..

yang kat bawah dok bawah ni deorg tengah ngadap nugget,kentang goreng,kopok goreng..

makanan yang adooo..Tuya tanya deorg nak makan ape..deorg kata nak mee goreng,ngan makan nasi..Tuya wat sayur kobis masak lemak,goreng telur,daging masak kicap..


ni kazen Tuya..kenyang ngadap Facebook mak dia kata..
jgn heran bila kazen Tuya ramai yang kekecik lg,sbb mak Tuya ni anak no 4 dr 12 adik badik..


org lain sibuk mengenyangkan perut,si monster bambam ni sibuk gak dok ngemas rak kasut Tuya..dia nak panjat grill nak berkawan ngan anak jiran kat luar tu..


mari kita bergomol atas katil abang amaD!!!hehehhhe..letih melayan budak kecik nih..


Sejak pindah sini,dah 2 tahun ni,jarang rumah Tuya meriah bising org dtg..Sampai ade jiran tanya.."Cikgu wat open house ke?x jemput kita pun"..Tuya kata bukan open house kak,sedara datang jalan2..tu bising tu..

14 October 2010

-Musim Haji dah tiba

Malam td Tuya,Eri n kazen g ke Kompleks Tabung Haji kat Kelana Jaya..mengantar pakcik n makcik Tuya nak ke Mekah..pakcik ni adik mak Tuya..dia x jangka pun dia dapat panggilan utk wat Haji secepat ni,sbb dia daftar baru tahun lepas..dah rezekinya dapat awal..

walaupun makcik Tuya ni ada baby yang umurnya baru 1 1/2,dia pun ngikut pakcik Tuya..terpaksa la tinggal anak2 ngan emak dia..nak bg nenek Tuya jagakan,nenek Tuya tu dah uzur sangat,lgpun memang anak2 pakcik Tuya ni x bape rapat ngan nenek Tuya..

sedih sangat bila tengokkan anak last pakcik Tuya ni..ye la kan,umur baru 1 1/2,dah kena pisah susu sbb uminya nak g Mekah..memula dulu susah jugak nak pisahkan susu,pastu bila dah dibiasakan hantar umah pengasuh,dia jadi lupa..sbb nak bg training pisah susu,makcik Tuya sanggup hantar anak dia ni g umah pengasuh..dia sebenarnya x keja pun,tapi sbb nak biasakan anaknya kan..kena jugak la buat mcm tu..

Ni bila pakcik makcik Tuya g selama 47 hari ni,mak makcik Tuya la kena jaga anak2 nye kat Terengganu..sbb ade bape minggu lg sessi persekolahan kan..nasib baik la mak makcik Tuya tu sihat,kuat lg..

Jom layan pic2 yg Tuya sempat amik..


memula kena la pic Tuan Tanah..ni le kazen Tuya yg dok kat Kem Sg Buloh..ramai org kata kitorg adik badik...tang mana tah mcm adik badik..


tu makcik Tuya n anak dia yang umur 1 1/2..dah mula x nak lepas masa ni..berkepit je ngan umi dia..



ni yang ke dua last..umur dia lom 3 tahun pun..anak pakcik Tuya ni ade 6 org..masa ni anak dia ni dah dok pegang je kaki umi dia..bebudak bukan paham kan..dia tengok umi ayah dia dah siap2,mula la dia wat pangai..


dapat jugak dokong ngan umi..heheheh..


ni pakcik Tuya..masa ni tengah berborak2,anak pompuan dia ni asik dok peluk ayah dia je..x nak lepas..touching betul Tuya..


masing2 mcm tau umi ayah nak g jauh,dok bertepek je..x nak renggang..anak deorg lagi 3 org dah besar,dah sekolah rendah,masing2 dah faham umi ngan ayahnye nak ke mana..


beg yang dah siap utk di bawa..purple lagi tu..


Masa pihak pengurusan panggil sume bakal haji utk masuk dalam bangunan utk berkumpul nak g KLIA,kitorg dah meleleh2 airmata bagai..syahdunya la..tak tahan bila deorg dok salam peluk ngan anak2..x sempat nak snap2 dah..Tuya pun dah banjir masa tu..

turn Tuya salam ngan pakcik, sempat bisik kat dia doakan Tuya kat sana,doakan murah rezeki n cepat dapat anak lg..dia siap pegang kepala Tuya n cium sambil kata Insyaallah..Tuya mmg agak rapat ngan dia sbb dia la jadi 'Life saver" Tuya 10 tahun dulu,masa tengah gedik2 nak kawin ngan Eri..kan mcm2 halangan,dia la jadi org tengah meyakinkan mak abah Tuya..

Tuya doakan semoga keduanya selamat tiba n selamat kembali ke tanahair..semoga mendapat haji yang mambur..Insyaallah..

13 October 2010

-Kat Mana Tempat Yang Selamat?

Wanita tunggu lif mangsa samun,cabul

KUALA LUMPUR: Seorang wanita berusia 20-an bukan saja disamun sebaliknya dicabul sebelum ditendang suspek ketika sedang menunggu lif di kawasan rumahnya di Subang Jaya, di sini, semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 6 pagi itu, mangsa yang baru pulang didatangi seorang lelaki berusia lewat 20-an sebelum mengacu pisau ke arahnya ketika menunggu lif untuk naik ke rumahnya di tingkat lima.


Menurut sumber, tersentak dengan itu mangsa kemudian menyerahkan beg tangan yang mengandungi wang tunai hampir RM500 selain sebuah telefon bimbit kepada suspek kerana bimbang dicederakan.


“Suspek bagaimanapun bertindak lebih agresif dengan meraba bahagian kemaluan mangsa sambil mentertawakan wanita terbabit yang ketakutan.


“Berang dengan perbuatan itu, mangsa kemudian menjerit meminta bantuan daripada orang ramai menyebabkan suspek panik. Namun, suspek masih sempat menendang tubuh mangsa beberapa kali sebelum melarikan diri,” katanya.


Sehubungan itu, mangsa membuat laporan di Balai Polis Subang, di sini, berhubung kejadian berkenaan.


Sementara itu, Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Zainal Rashid Abu Bakar ketika dihubungi, mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian berkenaan dan memberitahu siasatan lanjut sedang dilakukan.


-kat mana lagi le tempat yang selamat kat dunia ni ek?g sana sini ade je kes macam2 yang menakutkan kita..lagi2 orang pompuan ni..ishhhh!!!!

12 October 2010

-Nak,bukan tak nak!!!


sedih..bila orang asyik pertikaikan n bertanya..


v
v
v
v
v
v
v
v



nape ko x beranak lagi??merancang ke??dah expired ke?ko laki bini ade masalah ke??


uwaaaa!!!!!!!!sape la x mo banak lagi..kalau boleh n diizinkan Tuhan,Tuya nak lagi 3 orang..kesian amaD nak adik..Tuya tau dia jeles bila kezen2 n kawan2 dia dapat adik..tapi dah kehendak Tuhan mcm ni,bukan x usaha..jangan le asik tanya Tuya soklan tu..


[ lenkali Tuya x mo g kenduri kendara jamuan bagai ]

11 October 2010

-Lagi Gambar Eksident Ngeri Semalam

Tuya dapat email dr kawan baru jap td..dia 4ward pic kemalangan semalam yang kebetulan kawan dia ade kat tempat kejadian..sempat kawan dia snap n tolong jaga lalulintas..ngeri..serius ngeri..nak menitik air mata tgk pic2 ni sume..jom le kita tgk n amik iktibar..na'uzubillah..

Tuya x susun pic ni..x ikut aturan dr mula kemalangan pun..


ni keta honda accord..x de rupa honda accord dah..


mangsa yang meninggal..


mangsa ni tangan dia dah hancur,patah..MA cuba balut utk selamatkan..


menurut kata kawan tu,mangsa yg tangan tersepit ni selamat..hidup.


mayat yang belum dia angkat ke tepi..


antara yang selamat..


ngerinya..pemandu van yang tersepit dan meninggal kat situ jugak..


speechless Tuya..dahsyat abis..



mangsa yang tercampak tepi bas tu,hancur kepala.


myvi yang di hempap bas..mcm ne la nasib org dalam tu kan..


ni la tempat kejadian..km 223.2..


masa ni baru je jadi eksident tu..


see..bas Delima tu leh terbagi 2..satu bahagia kat tengah jalan..satu lagi mgkin bumbung kot dah masuk kat divider sebelah..



TAKZIAH untuk sume keluarga mangsa..Tuya memang sayu betul bila tengok benda2 mcm ni le..ishhhh..minta di jauhkan pada kita semua..

-Tragedi Oktober



sana sini org bercerita pasal eksident ngeri kat kilometer 223, Lebuhraya Utara-Selatan, berdekatan Plaza Tol Simpang Ampat dekat Rembau..mana2 paper,berita tv mesti cite n sampaikan perkembangan terkini mangsa..
sedih Tuya bila baca dalam paper td..ngeri,ngilu,tah..mcm2 perasaan ade..x tau la punca nye dr sape kan..tapi mengikut maklumat bas Delima tu yang laju.jom baca berita ni sama2..




SEREMBAN 10 Okt. – Seramai 12 orang maut, manakala lebih 40 lagi cedera termasuk parah apabila dua buah bas, dua buah kereta dan sebuah van terbabit dalam kemalangan di Kilometer 223, Lebuhraya Utara-Selatan, berdekatan Plaza Tol Simpang Ampat dekat Rembau, petang ini.

Nahas berlaku apabila sebuah bas ekspres Delima yang dipercayai dipandu laju dari arah selatan gagal dikawal lalu terbabas dan melanggar pembahagi lebuh raya sebelum melambung ke laluan bertentangan.

Bas ekspres itu yang dalam perjalanan dari Melaka ke Kuala Lumpur kemudian melanggar sebuah van dan kereta sebelum menghempap dua buah kereta lain dalam kejadian pada 6.50 petang itu.

Pada masa yang sama, sebuah bas Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) yang dinaiki ahli Persatuan Bekas Tentera Malaysia (PBTM) turut gagal mengelak dan melanggar bas ekspres itu.

Tragedi Oktober itu mengakibatkan puluhan ribu kenderaan terperangkap dalam kesesakan lalu lintas sehingga lewat malam ini apabila pihak berkuasa terpaksa menutup laluan di kedua-dua arah untuk kerja-kerja menyelamat.

Sehingga pukul 11 malam ini, pasukan penyelamat sedang berusaha mengeluarkan mayat mangsa termasuk penumpang bas dan kenderaan yang dihempap oleh bas itu.

Difahamkan, mangsa yang maut adalah pemandu bas dan penumpang serta penumpang dua buah kereta yang terhimpit dihempap bas tersebut.

Pengarah Hospital Tuanku Ja’afar (HTJ) di sini, Dr. Jaafar Che Mat pada sidang akhbar lewat malam ini memaklumkan, pihaknya menerima 24 orang mangsa yang cedera terdiri daripada lapan lelaki dan 16 wanita, kesemuanya dewasa.

Katanya, seorang daripada mangsa telah dihantar ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) setelah dilaporkan dalam keadaan kritikal.

Menurut beliau, kesemua mayat dihantar ke Hospital Melaka untuk bedah siasat, manakala mereka yang cedera menerima rawatan di HTJ.

Antara yang dilihat menerima rawatan termasuk seorang pelancong warga Jepun.

Berikutan kemalangan itu, pihak polis telah menutup laluan masuk ke lebuh raya arah selatan di Plaza Tol Pedas, Linggi di Rembau.

Kebanyakan kenderaan yang memasuki lebuh raya dinasihatkan oleh Plus Expressways Berhad (PLUS) untuk menggunakan laluan alternatif.

Sementara itu, Pegawai Turus Trafik negeri, Asisten Supritendan Abd. Halil Hamzah ketika dihubungi malam ini mengesahkan kejadian tersebut dan menurutnya, ketika ini, identiti mangsa yang cedera dan meninggal dunia masih belum diketahui.

Operasi menyelamat masih dijalankan oleh pasukan bomba dan penyelamat, polis, Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) serta bantuan pihak paramedik dari hospital yang berdekatan.

Dalam pada itu, salah seorang penumpang bas Ekspres Delima yang terselamat, Nur Najlaa Aqilah Mohd. Ghazali, 19, berkata, dia tiba-tiba terasa bas yang dinaikinya berpusing lalu menghempap sebuah kereta selepas melambung ke laluan bertentangan.

“Ketika kejadian, saya sedang tidur. Saya tersedar apabila bas itu berpusing dan menghempap kenderaan di laluan bertentangan. Tidak lama kemudian, bas yang kami naiki dirempuh beberapa kenderaan lain termasuk sebuah bas (membawa ahli PBTM),” kata pelajar Universiti Malaya itu yang kini dirawat di HTJ setelah mengalami kecederaan di tangan dan muka.

Difahamkan, bas JKM membawa peserta yang menghadiri Perhimpunan Raksasa PBTM, turut dinaiki Exco Kerajaan Melaka, Datuk Karim Sulaiman. Bagaimanapun, kesemua penumpang bas itu dilaporkan selamat.



10 October 2010

-Wedding Of The Year 2010


sama cantik sama padan..
Memang Dr Halina sangat2 cantik..Dato SMS lak hensem..
Tuya tengok pernikahan n persandingan yang tv3 siarkan,berangan macam nak sanding semula lagi..hehehhehe..siap wat cite mitos ngan Eri..kot le ade nak sponser kitorg sanding lagi..ngarut sungguh kan..

Semoga kedua pengantin akan kekal hingga ke akhir hayat..amin!!!!

07 October 2010

-Dah Tiba Masa Agaknya..

Nak cite pasal henpon cap ayam Tuya ni..tetiba je dia tergedik2..screen dia jadi gedik2 mcm ape tah..mcm tv x de siaran..x nampak satu ape pun..org sms ke,tepon ke,Tuya x nampak ape..dia start meragam dr minggu lepas dah,tapi mggu lepas sekejap je jadi gediknya..lepas Tuya baling atas tilam,dia ok..[baling atas tilam x de la dia terburai kan..heheheh..sayang tu]..

ni dia wat hal lagi,dr pg semalam,tergedik2 x benti..nyampah!!!Nak tukar simkad kat phone lain,x guna gak..Tuya x leh nak baca sms n tengok sape call,sape misscall..sbb segala detail tu lekat kat phone..so,biarkan je la mcm tu..sape2 sms,mmg Tuya x dapat baca..yang tepon lak,Tuya jawab je..x leh nak nengok sape si pemanggil..


see..tergedik versi itam putih..

sayang sebenarnya ngan tepon tu walaupun x canggih mana..tapi bila dah menggedik x tentu pasal je mcm ni,meluat lak aiii...ade harapan nak tukar henpon baru nih..hehehehe..Percubaan membuat muka paling kesian kat Eri hampir berjaya td..tapi x tau la ke'hampiran' utk berjaya tu bape %..harap2 dapat le..


ni lak gedik versi warna warni..tensen tau!!

p/s : Ade sape2 nak sedekah kat Tuya Blacberry Bold ke,Iphone ke?hehehhehehe..dah le minta sedekah,demand lak tu..jangan harap la kan..

-CONTEST MUNCUNG PALING MENAWAN SI KECIL’



Tuya dah kena virus masuk contest bagai nih..hehehhe..td g blog kak ZuraAkil ni,nampak n3 dia joint contest muncung paling menawan..tingat lak kat anak sedara Tuya tu..memang dia ni suka muncung,lagi2 kalau marah..sedepa panjang muncung..hehehhe..nak try la jugak masuk contest ni..mana tau rezeki dia..



Nama : NurUmairah Syahmina Bt Musa
Umur : 3 tahun 4 bulan

sape2 yang rasa nak joint contest ni..jom klik sini -> CONTEST MUNCUNG



06 October 2010

-Suka nya kat dia..

sejak 2 menjak ni Tuya suka betul ngan Maher Zain..penyanyi Sweeden yang menyanyi lagu2 dakwah,lagu2 yang sangat2 cool..



pg td Tuya tgk interview dia kat MHI tv3,Ya Allah..mcm nak pengsan..punya la hensem..hehehheeh..dah le hensem,suara sedap lak tu..[amboi..puji melebih mcm dapat tiket free konsert dia kan]..

tapi memang lagu2 dia sangat2 cool dan penuh pengisian dan mesej..Tuya suka lagu Insyaallah..dengar banyak2 kali pun x jemu..suka sangat!!!!

tu je nak cite sebenarnya..x leh pendam sorang2..kena cite gak..hehehe..Oh Maher Zain!!!!![angau]..


Tuya speechless!!!

05 October 2010

-Jering itu sangat hancing!!!!

Dalam banyak2 ulam,ulam ape yang kawan2 suka makan??petai?ulam raja?jantung hatiku pisang?mcm2 ulam ade kat dalam dunia ni kan..org dulu2 pun sihat sbb makan ulam,sayur fresh kat blakang rumah je..

td petang adik ipar Tuya hello2 suh dtg umah dia amik jering yang ma kirim dr kampung..deorg balik kg mggu lepas..punya la Eri sengih2 suka..dia nye feveret..bukan jering fresh dr pokok,tapi jering yang dah dibuang kulit n di tanam dalam pasir..Tuya pun x tau nak istilahkan nye ngan nama ape..tujuan di tanam dalam pasir,supaya nak bg tahan lama katanya..

tapi bau dia...mauttt!!!!!lebih kuat dr bau jering yang fresh tu..punya la hancing,likat melekat bau dia..pengsan koma Tuya..Tuya mmg x makan jering sangat..lagi2 la ngan bau dia kan..tapi Eri,ade jering tu,selera makan dia menjadi2..khusyuk tawadduq menikmati..heheheh..


seplastik jering Ma kirim utk anak jate kesayangan dia..buka plastik ni je,bau dah kuat..ape lg makan..sedap,Eri kata..


ulam Eri jering,ulam Tuya kacang botol je la..bukan x reti makan jering tu,tapi x tahan ngan bau nye..

Tuya siap sound Eri.."kalau dalam toilet bau 'racun'..siap le awak!!!"..hehehheh..dah memang betul bau jering tu mcm racun kan???sape sokong??

04 October 2010

-Char Kuew Tiaw Cincai Choi..

sebab kami laki bini agak jemu dan pemalas nak makan nasi malam ni,jadinya Eri dengan kuasa autanya telah meng'suggest'kan utk makan koteow..bukan koteow goreng mcm bekpes tu,tapi nak Char Koteow mcm kat Penang tu..

belek2 peti esbok ade bahan2 nak wat..dengan taat setianya Tuya pun wat la apa yg di cadangkan..main campak2 je sebenarnya..janji jadik,sedap..

pada tekak kami sedap le..heheheeheh..dahabis kenyang masuk perut dah,ape tak sedapnya..


satu untuk Eri,satu untuk Tuya..Eri abis makan,Tuya x abis..banyak sangat..


dah mcm mee rebus sbb banyak kuah,sebenarnya terlebih air,Tuya malas nak tggu lama sampai air kering,angkat je la..bg ade kuah..


tengok Eri,menongkat lutut tu makan..sampai Tuya tanya,"kepala lutut tu nak makan jugak ke?"dia kata "amik bau"..mcm2..


p/s : kena mood nak masak kan?kalau mood Tuya pemalas x de tahap,Eri suh goreng telur pun Tuya banyak alasan..heheheh..derhaka!!!!ampun..


Selamat Menjamu mata..

-TIRU GAYA MODEL CONTEST [SIHATIMERAHJAMBU]


Tuya ni x reti nak joint2 GA ngan contest2..rasanya ni kali ke 2 kot..ni pun sbb kak ZuRa dah tag kan..alang2 tu joint je la..mana tau bertuah ke..hik hik..

ni Tuan rumah penganjur contest..[cik PinkY] klik situ kalau nak joint yer..

kebetulan la Tuya ade pic pakai baju pink,masa g Floria Putrajaya 2010 aritu..bukan syaratnya kena pakai pink pun,saja je la nak ikut tema tuan rumah..hehhehe..


Tuya nak tag si eiza ngan si Jia..budak 2 ni pun suka posing kot..

03 October 2010

-Yeay!!!Naik Lagi..Insap la hendaknya..



PETALING JAYA: Mulai Isnin ini, harga rokok dijangka meningkat sebanyak 70 sen bagi satu pek 20 batang rokok.

Menurut laporan media berbahasa Cina, semua pek 20 batang rokok yang dijual pada harga RM9.30 sekarang, akan berharga RM10 satu pek.

Menurut sumber, kenaikan harga sebanyak 70 sen itu ialah salah satu kenaikan harga tertinggi untuk rokok. Sebelum ini, kenaikan harga rokok adalah antara 10 sen hingga 30 sen.

Pek rokok bergred tinggi dijangka berharga RM14.

Sumber menjangkakan kenaikan harga itu akan menyebabkan jualan rokok menurun sebanyak 10 peratus.

sumber : [mstar]


**hepi jugak Tuya bila baca berita tu..harap2 para perokok tegar kat luar tu kurang2 kan la merokok..berenti terus pun lg baik..Tak yah cakap org kat luar tu la,si Eri ni pun Tuya harap ade la kesedaran nak benti merokok..sangat membazir!!!