The Best Followers

31 March 2011

-Makan2 Birthday Amad

ni cite yang agak nak basi.weekend lepas punya cite masa Tuya balik kg Kelantan sbb ayah mertua sakit tu..dah alang2 sume adik badik kumpul,kitorg pun plan nak wat makan2..nak merai hari jadi anak Tuya ngan kazen2 nya sekali..

ade 2 org sepupu yang sama bulan [3] lahir ngan anak Tuya..sorang lelaki,lahir 5.3..sorg lagi pompuan,lahir sama tarikh ngan anak Tuya ,15.3,tapi lain tahun..x de la wat makan ape pun,cuma goreng mee,bakar ayam..tapi meriah sebab sume ade kan..riuh rendah..adik badik eri je dah 12,lom masuk ipar duai,anak sedara bagai..dah mcm kenduri..jom la layan pic..


jom ramai2 aminkan paklong baca doa.


see..Tuya yg menyibuk ngan abg long..org tu khusyuk baca doa,Tuya posing lak..abaikan baju Tuya yg lusuh tu,almaklum,baju pinjam tah sape punya zaman bile tah..nama pun balik kecemasan kan,x de la nak bawa baju banyak..main amik je la..sudahnya,baju eri yg berlambak2 dalam beg..
jom potong kek..anak Tuya kongsi kek ngan kazen pompuan dia tu..sbb sama tarikh..yg tudung ijo tu akk iparku..

turn kazen lelaki lak tiup lilin..beria sampai kembang2 idung..


potong..jangan x potong..


sessi membakar ayam..tapi x bakar atas bara api,bakar pakai karen je..senang..


x paham mcm ne pic kitorg sefamily ni boleh gelap..sape la yg berhasad dengki nih.hehehhe..


okeh..turn mak2 pulak amik pic ngan anak masing2..


mak2 nak potong kek jugak..tapi anak x bg..gasak lah sana nak..


nak kek ke adik2 ipar ku??beratur2...


the ayams..

nampak x keayuan dan keredhaan Tuya pakai kain batik n baju lusuh gitu..lagi redha tgk laki makan sambil main game..boleh???


alo lo..meh2 sini ahkak nak suap adik2 ulat beluncas nih..nganga leluas mulot tu!!!
[muka mcm terpaksa kan kena share makanan ngan bebudak ni]..


bile sume dah berkumpul mcm ni ramai2,terhibur la sket hati abah yg tengah sakit..semangat semula utk sihat bila tgk sume anak cucu depan mata..sampai hari ni keadaan abah mertua TUya masih x sembuh jugak..x leh bangun,x larat,x nak makan..susahnya hati kami anak2..harap2 Tuhan makbulkan doa kami utk tengok abah kembali sihat dan ceria semula..amin!!

30 March 2011

-Dah Ramai Sangat Manusia Psiko!!!!


Pagi2 baca paper dah ade cerita2 yang x best..yang mcm nak spoil mood..tah ape2 la orang zaman skang ni kan..jom baca berita hari ni..


MIRI: Berang dan cemburu kerana cintanya tidak berbalas, seorang lelaki menggunakan pisau pemotong sayur untuk menikam sehingga mati seorang wanita berusia 20-an yang menyewa bilik di rumahnya di Jalan Hokkian, di sini, semalam.

Difahamkan, suspek berusia 43 tahun, bertindak demikian kerana cemburu selepas mengesyaki mangsa ada hubungan dengan lelaki lain, sedangkan dia sudah lama menyimpan perasaan cinta terhadap wanita itu.

Ketika kejadian, mangsa yang menyewa di rumah 17 bilik itu sedang tidur, manakala suspek dikatakan sendirian selepas ahli keluarga lain berkunjung ke negara jiran.

Sumber berkata, mangsa dipercayai dari Baram dan bekerja di sebuah syarikat swasta di bandar raya ini, menyewa di rumah milik keluarga suspek, sejak tiga bulan lalu.

“Suspek dipercayai memasuki bilik sewa mangsa pada awal pagi ketika mangsa tidur dan menikamnya menyebabkan kecederaan di dada kanan apabila senjata itu menembusi paru-paru sebelum mangsa disahkan meninggal dunia, kira-kira jam 11.48 pagi.


“Suspek juga dikatakan cuba menikam seorang lelaki yang dipercayai penyewa di rumah berkenaan selepas lelaki itu melihat perbuatannya.

“Bagaimanapun, lelaki terbabit sempat mengelak dan merampas pisau digunakan suspek sebelum melarikan diri, manakala penyewa terbabit menghubungi rakan untuk meminta bantuan,” katanya.

Menurutnya, penyewa itu turut cedera ringan akibat bergelut dengan suspek kemudian membuat laporan di balai polis berhampiran.

Sumber berkata, polis yang menerima laporan itu menggerakkan sepasukan anggota ke tempat kejadian dan menahan suspek yang dikatakan cuba untuk mencederakan dirinya.

Sementara itu, jurucakap polis berkata, pihaknya menjalankan siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan masih menyiasat sama ada suspek mengalami masalah mental, berada di bawah pengaruh alkohol atau dadah.

**sangat2 psiko ok!!!x suka..




29 March 2011

-Mood Malas

Berhari2 Tuya x wat n3..malas..pemalas..tak tau ape kena jadi pemalas sangat nak bercerita,wat ayat bagai..banyak sebenarnya benda nak di kepochi kan..nanti bile ade mood n rajin baru Tuya update banyak2 ek..

tapi Tuya tetap akan bertandang ngepoh2 kat rumah u all..heheheh..

23 March 2011

-Sepetang Di Kebun Ma

Masih lagi cerita dikampung.Dah alang- alang balik lama tu kan,amik la kesempatan nolong ape yang patut kat kg nu..

kebetulan Ma ajak g kebun,tolong menyangkul n membersihkan batas2 sayurnya tu..kitorg pun dengan semangatnya beramai2 ke kebun..hehhe..jom le layan pic..x de ayat nak tulis dah..


Eri start dulu..Tuya mana??jom tgk pic bawah..


Tuya membuat xtvt bebas mencari siput kat dalam parit ni kecik ni..ade siput tau!!!


adik ipar yang setia..siap bawa bekas bapak gajah lg..mcm le banyak beno siputnya kan..


sedap gak main lumpur ni kan..sampai adik ipar Tuya sound,'kmas oii..tu bukan nye tepung nak uli2 bagai"..


bile dah kena gigit ngan pacat,baru la serik nak main lumpur cr siput..masa ni terjerit2 Tuya,geli..


dah..stop main lumpur2,tolong Ma cangkul gemburkan tanah kat anak2 pokok ni dulu..


sape kata Teacher Tuya x leh brkebun?seee!!!


suamiku yang gagah bersama lembu2 peliharaan


bebudak yang menyibuk nak menghavockan keadaan..riuh rendah kebun tu di watnya..


macam ne la x jadi menantu kesayangan kalau dah rajin mcm ni..hehehh..sila pengsan!!!



yeay!!!siap dua batas..sebatas ade 40 anak sayur..dua batas..sila kira sendiri la bape gigihnya Tuya nyiapkan n bape banyak lak kolestrol n lemak dah kuor..hehehhe..


penutup n3,mari kita tengok kegagahan lakiku dengan lembu betina yang sangat comel gebu n gemuk nih..[lembu kesayangan nih,lembu ibu]..



best sangat dok berkebun,segar je rasa walaupun ade la lenguh2 bahu esoknya..mau x lenguhkan,menyangkul..kalau tetiap hari wat mybe dah kalis..

22 March 2011

-Panggilan Kecemasan

hai kawan2..dekat seminggu jugak Tuya tggalkan blog Tuya ni..bukan x nak jenguk2 update,tapi Tuya balik kg..balik mengejut..

citenya mcm ni,ptg hari Rabu lepas [16/03/2011],Eri call bgtau abah dia masuk ICU..sbb sakit jantung,paru2 yang mmg dah sedia ade..masa Eri call tu Tuya tengah ngajar tuisyen,terus suh bebudak ni balik,Tuya sesiap apa yg patut..mmg pakai capai ape yg nampak je la..sampai baju t-shirt pun bawa 3 lai je..tu pun baju Eri sume..sangat kelam kabut..

kitorg bertolak dr KL kul 3.00pm..mmg perjalanan mcm jauh je plak..x sabar2 nak sampai..setengah jam sekali tepon abg long kat spital..abg long kata abah kena tahan dalam ward ICU,masuk air,oksigen..lagi la kalut kitorg ni..Tuya balik berdua ngan Eri je,adik2 lain balik malam lepas kerja..abg long kata abah memang lemah dah tu.bawa g spital pun sbb dah x leh nak bantah anak2 punye keputusan.abah ni jenis susah nak g spital,dia x nak kena tahan ward.

sampai Gua Musang lebih kurang kul 8malam.terus g spital,tapi x leh nak masuk sbb kat wad ICU tu mmg x leh nak masuk sebarangan walaupun abg long MA kat spital tu,dia pun x leh nak masuk suka2 x de time.tapi bila tau abah semakin ok dr ptg tu,lega la jugak..

2 hari dalam UCU,dia dah leh dok wad biasa..keadaan kesihatan mcm dah ok doc kata cuma dia akan dibawa ke Hospital Besar Kota Bharu sbb kesnya tu spital sana dah amik n take over.rupa2nya,paru2 dia ade mcm ketumbuhan,kitorg anak banak tgk x-raynya.tu la penyebab dada dia makin sakit,nafas teratur,di tambah pulak ngan sakit jantung yg dah sedia ade kan..[abh Eri ni dah wat pembedahan jantung 2 kali].

agaknya berkat anak2 balik sumenya bg dia semangat kan..x sampai 1 hari dok ward biasa,dia dah boleh balik.lgpun mmg dia asik minta balik je ngan doc.alhamdulillah.bila dah kat rumah,kitorg gilir2 la jaga abah.Eri mmg dah wajib kena urut dia sbb dia x nak org lain urut,sakit dia kata..

masa kitorg nak balik KL Ahad aritu,dia still terbaring je kat tilamnye.x gagah sangat nak bangun.sdihnya masa nak tinggalkan tu.mmg Tuya sengaja nak salam last2,bila adik2 sume dah salam,Tuya ngan Eri nye turn lak..punya la syahdu,banyak beno kitorg pesan kat dia.x terdengar n tingat dah kot.masa salam n cium dia tu,punya la sedih sayu hati Tuya,tapi x mo dia nampak kita nangis,tahankan la jugak..dalam keta berderai2 air mata..nasib baik la si hero Tuya lom balik sekolah masa tu,kalau x maunye banjir gak kot..



ni pic masa dia sihat x terlantar..senyum sokmo labah kan..


ni la keadaan dia wat masa ni..kurus teramat kurus..nak bangun pun org kena tolong.ni dia nak g toilet rasanya..


Eri si tukang urut..agaknya tangan Eri serasi ngan dia..


Doa Tuya semoga abah cepat sembuh n sihat mcm biasa..sunyinya rumah tu tanpa suara abah.x dengar senda gurau dia,lawak2 dia,bebel2 dia..walaupun dia ade kat rumah aritu,tapi terasa kesunyiannya..mcm ne la kami nak hadapi andai dia dah x de selamanya..mmg x bersedia utk hadapi semua tu,tp mcm Ma cakap..'ape pun Qada' dan Qadar Tuhan,kita kena terima'..

16 March 2011

-Hujan

Morning!!!pagi2 subuh dah hujan kan hari ni..siap kilat guruh petir bagai..igtkan lepas subuh nak sambung zzzz lagi,tp mikirkan bfast lom wat,baju Eri lom iron,x jadi nak tdo semula..mau nye terlajak kalau tdo..terlajak perahu leh la di undur,terlajak tdo???sendiri mau ingat..hehehheh

hujan lebat siap ngan angin sume ni wat Tuya terpk mcm2..tp harap2 la sume tu di jauhkan..Tuya terpk kalau ade puting beliung ke ape ke..na'uzubillahiminzalik..time hujan2 ni mesti jem besepah2 atas jalan kan..sana sini jem..yang tersangkut dalam jem tu td,banyak2 la sabo ek..mmg mcm tu la kekdahnya,asal hujan je mesti jem..

sebenarnya Tuya ni nak tnya la ngan akak2,kawan2 yg dah berpengalaman..malu sebenarnya,tu yg dok bebel2 pasal hujan..nak tnya bila sebenarnya waktu wanita tu subur ek?klu mcm Tuya yg x tentu hala periodnya ni,nak kira mcm ne?buleh tolong ajarin dong!!!hehehe..

15 March 2011

-My Son Turn 10





alhamdulillah..10 year ago,on this date,kuor la sorg baby lelaki yg montel putih gebu ke dunia ni..sakit tau nak banak kan si hero ni..sakit x leh nak teran,last2 kena belah perut.selamat la kuor si Mohd Faris Haikal..

tak sangka n x sedar dah 1otahun dah umur dia..makin lama makin besar,makin cerdik,makin nakal..cuti kali ni ayah dia x mo amik dia balik cuti sekolah kat KL sbb dia kena denda.peksa dapat no 24..elok2 tahun lepas dapat no 8,tahun ni ujian bulanan dapat no 24,hangin ayahnye..

tapi x pe,nnti mama ngan ayah balik kg celebrate bestday boy nye birthday yer..ayah n mama doakan semoga amad panajng umur,murah rezeki,sentiasa menggembirakan hati mama n ayah..jadi anak yg berguna n boleh membanggakan ayah n mama ye nak..

we love u!!!!



p/s : dia memang x banyak pic ngan ayahnye sbb ayah dia x gile kamera mcm kami berdua..

14 March 2011

-Saida tetap mahu bercerai

KUALA LUMPUR: Penyanyi dan peserta Akademi Fantasia musim keenam, Saida, tetap dengan pendiriannya ingin bercerai walaupun suaminya masih berhasrat mempertahankan rumahtangga yang mereka bina 15 tahun lalu.

Perkara itu diakui oleh kakak penyanyi terkenal Datuk Siti Nurhaliza itu selepas Hakim Syarie Mohd Suhaily Rosdi bertanyakan perkembangan status perbincangannya dengan suami Mohd Ghazali Yahya Zikri itu, 40, (defendan) di Mahkamah Rendah Syariah di sini, hari ini.


Menurut Saida atau nama penuhnya Siti Nursaida Tarudin, 35, permohonan cerai secara baik yang dibuat pada 6 Oktober 2010 berikutan antara mereka sudah tiada persefahaman selain gagal didamaikan.

"Saya akui kami masih tinggal bersama dan memang kami ada berbincang. Bagaimanapun dia masih tidak bersetuju bercerai secara baik,” kata bekas peserta program realiti Akademi Fantasia 6 itu.


Mohd Ghazali tidak dapat hadir pada prosiding hari ini kerana tidak sihat.


Mohd Suhaily memberi peluang terakhir kepada Mohd Ghazali untuk hadir pada 18 Mac ini untuk sebutan semula kes.


***tah le..nnti mesti anak2 yg jadi mangsa..nak cakap banyak pun x reti sbb mmg x mengikuti perkembangan si Saida ni..tau dia cuma akak Dato Ct je..ade sebab la tu agaknya nape nak bercerai kan..sangka baik je la..[kepochi je kan]..



12 March 2011

-Selamat Cuti Sekolah

yeay!!!!dah cuti sekolah..start hari ni sampai 20hb nnti..bg Tuya bermula lah perjalanan baru utk bergelar student semula..g kelas,dok umah,wat assgment..x de dah rutin g sekolah,layan kerenah student2..tengok muka deorg yg comel2 tu..perhimpunan pagi2 yang mengantuk [sbb hari Isnin kan]..i will miss it..

tak pe la,cuti nak belaja..ade masa leh la jenguk2 deorg..ade yang tusiyen ngan Tuya pun..x de la rindu dendam sangat kat bebudak tu..semoga bulan depan,segala perjalanan jadi student balik akan di permudahkan..amin..

yg penting skang kita cuti dulu..yeayyyyy!!!selamat bercuti kawan2..heppi weekend!!

11 March 2011

-Jepun dilanda Tsunami




TOKYO: Jepun dilanda gempa bumi berukuran 8.9 magnitud di timur laut negara itu dan menyebabkan tsunami setinggi empat meter yang menghanyutkan kereta dan meruntuhkan bangunan di sepanjang perairan dekat pusat gempa.

Terdapat laporan kecederaan akibat daripada kejadian berkenaan di Tokyo.
Di beberapa tempat sepanjang peairan Jepun, rakaman televisyen menunjukkan kerosakan teruk akibat tsunami, dengan puluhan kereta, bot dan bangunan dihanyutkan air.

Sebuah kapal besar dihanyutkan tsunami yang merempuhnya ke arah tembok penahan di bandar Kesennuma, wilayah Miyagi, kata stesen ootage on public broadcaster NHK.

Pegawai sedang menilai jumlah kerosakan, kecederaan dan kematian akibat daripada gempa bumi tetapi tiada maklumat diperoleh setakat ini.

Gempa bumi itu berlaku pada jam 2.46 petang dan diikuti siri gegaran kuat termasuk 7.4 magnitud kira-kira 30 minit selepas itu. - Reuters


***ngeri pulak Tuya baca berita2 terkini kat internet..ombak setingi 4 meter meneggelamkan bandar sekelip mata je..kalau kat Malaysia tu dah tenggelam habis la kita ni..na'uzubillahiminzaliq..Tuhan lindungi la kami dr segala malapetaka..amin!!

08 March 2011

-Happy International Women Day



Selamat Hari Wanita Antarabangsa yang ke 100 utk sume wanita2 di dunia ni..syukurnya kita jadi wanita kan..mcm2 kelebihan yang ada pada kita..walau apa tanggungjawab yg diberikan pada kita,kita mampu memikul segalanya dengan amanah dan bersungguh2.

bangganya Tuya jadi wanita..

p/s : jemput tgk kek red velvet yang Tuya wat semalam petang..percubaan yang menjadi..sonok sangat!!!!semangat nak membaking skang menjadi2..aura tepung tu dah datang..hehehehh...

06 March 2011

-aktiviti weekend yg mengenyangkan..

weekend Tuya dok umah je..x de merayau kemana2 pun..ade la kuor jap g Shah Alam,tapi sekejap je..x sampai 2 jam pun kat Shah Alam.memula mcm nak makan kat luar je malam minggu,tapi bile memasing dah kehabisan idea nak makan ape,pulang lah kepangkal jalan..balik rumah le jawabnye..

nak sampai kat rumah tekak Tuya ni rasa nak makan chicken chop pulak..mmg ade satu kedai feberet Tuya kat Damansara Damai ni klu nak makan chicken chop.elok2 sampai,tgk kedainya tutup..x kesampaian jugak nak makan..tp sbb air liur ni dah ngences [org jawa cakap],terliur sangat..gagahkan jugak la diri sendiri wat chicken chop..tung tang tung tang kat dapur,akhirnya siap gak le.sedap jugak!!!!wajib puji diri sendiri utk motivated kan diri kan?heheheh..


satu utk Tuya,satu utk Eri..nyum2..terbaik!!!!


pastu ade kawan order kek ceklat utk bestday anak sedaranya kat Tuya..dah alang2 wat kek ceklat tu,Tuya pun wat la brownies cheese kukus..sodap jugak!!!leh wat lagi lain kali..


kek yg kawan Tuya tempah..sebenarnya nama birthday boy tu satu je..last minit tambah satu lg nama..senget benget jadinya..


brownies cheese kukus..moist sangat!!sedap..Eri minta watkan lagi nak bawa g opis..

skang ni makin dekat nak cuti ngajar ni makin suka lak Tuya masak memasak,baking2 bagai..ade jugak la kawan2 tempah cistat,apam,kek ceklat..sonok pulak dok umah wat2 kuih ni..heheeheh..

05 March 2011

-Jom Join Bloglist Blogger Baru!



Nak kata Tuya ni blogger baru,kira baru jugak la kan..baru 3 tahun berbloging..follower pun x sampai 300 lagi..heheheh..very the slow kan..

bila nampak ade lak blogger yang ajak join bloglist ni,mcm teruja [gile kentang ayat teruja kan] nak join..

jom le joint..sape2 nak join meh tgk sini..

04 March 2011

-Buang bayi dalam tren

PERIKSA...anggota polis forensik memeriksa mayat bayi lelaki ditemui dengan sejadah, semalam.

KLANG: Seorang pekerja pembersihan sebak sejurus menyedari bungkusan plastik hitam yang disapunya di lantai gerabak komuter, rupa-rupanya mengandungi mayat bayi lelaki baru dilahirkan dan masih bertali pusat. Siti Khalijah Mat Zain, 37, menemui mayat bayi itu ketika menjalankan kerja hariannya membersihkan komuter dari stesen di Batu Caves yang berhenti di stesen terakhir di Pelabuhan Klang, jam 9 pagi semalam.

“Selepas semua penumpang turun, saya memulakan kerja menyapu lantai di gerabak hadapan. Tiba-tiba saya tersapu satu bungkusan beg plastik warna hitam di bawah kerusi penumpang, betul-betul belakang ruang pemandu. “Saya angkat beg itu dan mendapati ia agak berat. Saya bawa beg plastik itu keluar dan meletakkannya di atas kerusi tempat penumpang menunggu ketibaan tren komuter, tapi tak berani nak membukanya,” katanya. Siti Khalijah berkata, dia memanggil rakan sekerja, S Kaliyani, 34, yang memberanikan diri membuka plastik itu sebelum kedua-dua mereka melarikan diri selepas melihat ada darah pada bahagian dalam plastik itu.

“Kami meminta bantuan rakan lain dan mereka memaklumkannya kepada polis. Selepas plastik itu dibuka, saya sebak apabila melihat di dalamnya ada mayat mayat bayi lelaki yang sungguh comel, masih merah dan bertali pusat,” katanya.


Menurutnya, mayat bayi itu dibungkus dengan kain selimut dengan corak bunga berwarna hijau dan turut terdapat di dalam plastik hitam itu ialah sehelai sejadah bersama senaskhah surah Yasin.


Dia yang semalam genap empat bulan bekerja sebagai pekerja pembersihan Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) berkata, penemuan mayat itu menyebabkannya hilang selera makan dan sedih mengenangkan kekejaman individu yang tergamak membuang bayi itu. “Sedih betul bila tengok kain sejadah dan surah Yasin bersama bayi itu. Saya sendiri ada bayi berusia setahun lapan bulan. Jadi bila tengok mayat bayi itu ia sangat menyentuh naluri keibuan saya,” katanya.


Wartawan Harian Metro yang berada di lokasi kejadian turut melihat pasukan forensik mengambil sehelai rambut dipercayai milik suspek untuk membantu siasatan. Sementara itu, Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Mohamad Mat Yusop ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu dan memberitahu polis menerima laporan kejadian kira-kira jam 9.15 pagi.


Mohamad berkata, hasil siasatan awal mendapati, pemandu komuter itu mula memandu kereta api itu dari Pelabuhan Klang kira-kira jam 5.35 pagi menuju ke Batu Caves dan tiba di stesen Batu Caves pada jam 7.15 pagi sebelum kembali ke Pelabuhan Klang.


“Kami percaya mayat bayi berkenaan dibuang ketika komuter itu dalam perjalanan pulang ke Pelabuhan Klang. Siasatan awal mendapati tiada saksi melihat bagaimana bungkusan plastik hitam itu boleh berada di bawah tempat duduk penumpang,” katanya sambil memberitahu kes disiasat mengikut Seksyen 318 Kanun Keseksaan.


Menurutnya, mayat bayi itu dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) untuk bedah siasat dan orang ramai yang mempunyai maklumat diminta menyalurkannya di balai polis.


***Sedih!!!!



03 March 2011

-Boleh lagi nak 50% diskaun bayar saman..cepat la..

As salam all..lama jugak Tuya tinggal belog ni..tapi lom sempat bersawang lalang bagai la..dtg tetiap hari lap habuk cuma x wat n3 je..hehehehe..banyak cite tp x tau nak mula dr mana..lgpun x de org pasan pun Tuya ade ke x..kan?kan?x femes amos pun kita..hehehhe..

nak cite pasal diskaun saman yang di panjangkan sket masanya sampai 10hb Mac ni..x de la alasan lepas ni kata server down ke,terkandas sbb ramai yg dok beratur ke..ade lagi seminggu utk kita settlekan saman masing2..tunaikan tangungjawab anda yer kawan2..kalau x nama kena blacklisted.pastu nak settle saman,kena settle sume dah x dapat 50% discount..so,ape tunggu lg,yg x sempat nak bayar aritu,ni ade lg seminggu..jom ramai2 bayar saman..hehehh..


p/s : saman atas nama Tuya after discount RM458..Eri punya saman lak RM250..total dedua RM708..sesaja je dok bg deorg tujuh ratus lebih kan..boleh buat banje barang dapur 3,4 bulan..amek ko!!!!sendiri buat sendiri tanggung..