Facebook punca penceraian
LONDON: Laman sosial Internet, Facebook didakwa menjadi punca kepada peningkatan kes perceraian apabila semakin ramai suami atau isteri ditangkap berkelakuan curang dalam laman itu.
Seorang peguam memberitahu akhbar The Sun demikian mengenai bagaimana kes yang diuruskannya sejak sembilan bulan lalu membabitkan Facebook.
Menurutnya, pengguna yang sudah berkahwin terdedah untuk menipu pasangan mereka apabila berkenalan dengan pengguna lain dalam laman sosial itu.
Mesej berbau seks dan gambar kekasih baru selepas perceraian digunakan oleh bekas suami atau isteri dalam prosiding perceraian.
Emma Patel dari Syarikat Guaman Hart Scales & Hodges di Dorking, Surrey berkata, pihaknya menangani 30 kes perceraian sejak Mei lalu dan semuanya membabitkan Facebook.
Katanya: “Suami isteri yang curiga terhadap pasangan masing-masing menggunakan laman itu untuk mengintip dan mencari bukti kelakuan curang pasangan mereka.
“Penemuan bukti itu akan membawa kepada peceraian,” katanya.
Emma juga berkata, beliau sering memberi amaran kepada pasangan yang bertelingkah supaya mengelak daripada menggunakan laman itu selagi kes perceraian mereka belum berakhir. - The Sun
**bukan kat London je jd mcm tu ek,kat Malaysia pun berlambak2 kes mcm ni kan?sbb Fb punah ranah hidup rumahtangga..minta dijauhkan..
11 comments:
mintak jauh benda2 cmney ye...
datsss rite bebeh...byk kes membabitkan fb nie..
tu ler , kt msia pun melambak2
yang penting niat .. kalau dah ingat nak pasang tayar spare memang jadi la.
apa apa pun kekukuhan kasih sayang penting..
good...after this, everyone will be back to a normal life...don't too much focuses on social networking...thats why, i hate facebook so much...
harap2 perkara ni cuma berlaku kat negara luar jer lah..
dahsyat jugak aura facebook ni
Dalam bidang apa pun, jangan berlebihan sampai lupa diri...
buruk padahnya.
yang penting jujur dan tidak melampaui batas... sblm apa2 baik terus terang supaya tak menimbulkan curiga
amy :
memang minta dijauhkan la ngan hidup kita..
kiela :
betul..kalau dah terkena baru leh rasa..heheh
kak zura :
agaknya tetiap hari ade je kes gaduh laki bini kes fb ek?
lovebox :
exactly,dont involve too much in this social network..
but,i like FB..hehehe..
MH :
dah banyak jd kat negara kita pun..mcm2 hal..
kak azie :
yang penting kejujuran kak kan..campak le kemana kalau jujur,x jadi ape pun..
Yan :
Tuya setuju sangat ngan Yan..
thats why I rather choose social bookmarking than social networking. Quite a lot of info you can get from it and it's help your blog traffic.
Post a Comment