The Best Followers

06 December 2011

-10 Muharram

Hari ni dah 10 Muharram..sekejap je rasa.jom la sama2 kita mengingati kejadian2 besar pada 10 Muharram..



1. Hari pertama Allah menciptakan alam.


2. Hari Pertama Allah menurunkan rahmat.


3. Hari pertama Allah menurunkan hujan.


4. Allah menjadikan 'Arasy.


5. Allah menjadikan Luh Mahfuz.


6. Allah menjadikan Malaikat Jibril.


7. Nabi Adam a.s. dicipta.


8. Diampunkan dosa Nabi Adam a.s. setelah bertahun-tahun memohon keampunan kerana 

melanggar larangan Allah.

9. Nabi Idris a.s. diangkat darjatnya oleh Allah dan Malaikat Izrail membawanya ke langit.


10. Diselamatkan Nabi Nuh a.s. dan pengikutnya dari banjir besar selama enam bulan dan



 bahtera baginda selamat berlabuh di puncak pergunungan.

11. Nabi Ibrahim a.s. dilahirkan di kawasan pedalaman dan terselamat dari buruan Raja 



Namrud.

12. Nabi Ibrahim a.s. diselamatkan Allah dari api Raja Namrud.


13. Nabi Yusuf a.s. dibebaskan dari penjara setelah meringkuk di dalamnya selama tujuh tahun.

14. Nabi Yaakub a.s. telah sembuh buta matanya ketika kepulangan anaknya Yusuf di hari 

tersebut.

15. Nabi Ayub a.s. disembuhkan dari penyakitnya.


16. Nabi Musa a.s. telah diselamatkan daripada tentera Firaun dan berlakunya kejadian terbelahnya Laut Merah.


17. Allah menurunkan kitab Taurat kepada Nabi Musa a.s..


18. Nabi Yunus a.s. selamat keluar dari perut ikan paus setelah berada di dalamnya selama 
40 hari 40 malam.


19. Kesalahan Nabi Daud a.s. diampuni Allah.


20. Nabi Sulaiman a.s. dikurniakan Allah kerajaan yang besar.


21. Nabi Isa a.s. diangkat ke syurga ketika diburu oleh tentera Rom untuk menyalib 
baginda.

22. Saidina Hussein ibni Ali telah syahid akibat dibunuh dengan kejam di Karbala oleh 

tentera khalifah Bani Umaiyyah iaitu Khalifah Yazid


sumber : c/p dari FB

No comments: