The Best Followers

03 April 2012

-Bercerai Kasih?


salam hari Selasa..
sekejap beno dah masuk bulan April4 rasanya..
pejam celik,pejam celik dah nak puasa lak nanti..
haihhhh..puasa lom ganti lagi..

ni td pagi2 belek paper..
cite pasal pemain bola sepak femes amos kita ni ha..
Safee Sali sah bercerai..
lahainye lah..anak dah 2,kaya raya..nak bercerai bagai pulak dah..
tapi takdir Tuhan x sape leh halang kan..
masalah dalaman deorg pun kita x tahu..
mungkin ade sebab yang x leh nak di elak n baiki..
jalan penyelesaiannya..bercerai..

x mo gossip banyak2..
jom baca apa kata bekas isteri nya..






SHAH ALAM: “Alhamdulillah, semuanya sudah selesai,” kata Sabrina Yusof, bekas isteri penyerang Harimau Malaya, Safee Sali selepas Mahkamah Tinggi Syariah di sini, membenarkan permohonan pasangan itu untuk bercerai secara baik, semalam.
Sabrina, 30, ketika ditemui sejurus selesai prosiding tertutup itu berkata, dia mengharapkan perceraian itu menutup segala spekulasi berhubung kemelut rumah tangganya. 
“Ini kenyataan pertama daripada (mulut) saya. Saya harap supaya tiada cerita buruk selepas ini,” katanya yang berasal dari Kuching.

Menurutnya, meskipun tidak hidup bersama lagi, dia dan bekas suami sudah berjanji untuk mengutamakan kebajikan anak mereka.

“Hubungan saya dengan Safee akan kekal baik. Lagipun kami memiliki dua anak (Nur Syaza Syaqina, 4, dan Nursyasya Safirna, 2). Kami kena jaga perasaan mereka.