The Best Followers

29 December 2011

-Rindu


lamanya x update..rindu nak menjenguk,lepak kat belog kawan2..
bukan sengaja x mo g nyibuk kat sana,tapi sejak hujan je ni,line tenet pun jadi sangat slow..
tah ape kenanya,satu taman mcm tu..katanya kabel terendam air..
tensen..skang ni hujan dah x semeriah mggu lepas,jadinya boleh la jugak nak online..

dengan air pasang besarnya kat pantai Mersing..bimbang betul kalau banjir ..
Tuya tengok sendiri air naik sekitar bandat Mersing malam 25 Dec aritu..
ramai org,dah mcm pesta nengok air tu naik..
ade beberapa keping pic yang sempat di copy n paste dr wall member kat FB..
jom nenegok..















ombak rindu..ehhh..bukan,ombak kuat..heheheh..













 air dah masuk kat kedai makan tepian sungai..





















jeti tu sebenarnya kat bawah..bila air pasang besar tu,jetinya terapung ke atas..sama tggi ngan tebing sungai..



















air naik sampai tebing!!




kuasa air kan..hanya Allah Maha Berkuasa..








18 December 2011

-Hujan



















hujan..
skang mmg musim hujan kan..
boleh kata tetiap hari hujan..
5 hari hujan,1 hari panas,1 hari lg mendung..[complete seminggu]..
masa hari panas tu la mendobi penuh ampaian..
kalau hujan kat sini siap ngan angin ribut bagai..
lgpun Mersing ni kan tepi laut,makin la kuat angin..




payung adalah accesories yang paling penting pd musim ni..
kalau x de payung,basah lencun ler..


kat tempat korg hujan jugak ke x?
kat KL pun leh banjir,ape lagi la kat tempat rendah kg2 kan..


so,sentiasa la kita beringat musim2 hujan ni kan..
apa pun boleh jadik..


[mood n3 x de idea.heheheh]

14 December 2011

-BR1M..




sana sini doh cite pasal BR1M..[Bantuan Rakyat 1 Malaysia]..
isi rumah yang berpendapatan rm3000 ke bawah adalah layak untuk memohon.
Kami dah tetentu la layak..hehehehehe..
Dulu mungkin x layak masa dok KL,skang dah dok kg,Eri pun dah kerja baru yang tangga gajinya kurang sekali ganda ngan gaji kat KL..
Tuya dah x keja..[dah jadi mak anggur terperesok di dapur,sambil sibuk blaja weekend]
Jadinya kami layak untuk memohon..
Lulus x lulus tu belakang kira la kan..yang penting mohon..



borang ni adalah percuma ..dah terang2 tertulis kat atas nu,PERCUMA..baca kat papper semalam ade pihak yang jual borang ni ngan harga rm4 sekeping..





Dah isi n dah selamat di serahkan semula kat ketua kampung..[sbb mak amikkan borang ni kat balairaya kg,so kena la serahkan kat sana semula,taman area rumah Tuya x de lak dengar2 deorg edarkan borang]..




ni borang original..jangan terpedaya,sbb Tuya baru je nengok kat FB,ade org wat borang palsu..sumenya sama cuma borang palsu ada minta no akaun bank..padahal dah terang2 kat paper n berita bgtau,kaedah utk deorg bagi bantuan tu lom diputuskan lagi..







this is FAKE!!!borang asal x de minta nama bank ngan no akaun..

Yang lom amik borang,kalau rasa2 layak tu,cecepat la amik n isi..
Mana tau rezeki kita kan..dapat le RM500 awal tahun depan.
Tapi kena berhati2..
Tengok n selidik bebetul borang tu..
Mungkin ada pihak yang nak amik kesempatan..



12 December 2011

-Macam Nak Pengsan!!!













Memang macam nak pengsan bila tengok di tulis gitu..
"Blog has been removed"..
WTH!!!!x de angin,ribut taufan,tetiba je blog Tuya kena remove..
masa tgk mcm tu,dalam kepala otak ni pk macam2..
sape yg ade password?sape yang remove kan?
adoiiii..kusut sekejap..
lpas tu Tuya pun dok kalut la email kat google..
tanya nape blog Tuya kena remove..


siap meluah perasaan kat FB..
sedihnya kalau mmg x leh nak jupe semula ngan blog tu..
























bila email Tuya deorg dah balas..
suh tengok semula blog..
dah boleh buka!!!!!
boleh dah sengih2 sendiri..lega!!!
dok mikir kalau la x leh nak selamatkan dah,nak kena wat blog lain pulak..
haihhhh!!x de feel..heheheh
selamat sume dah ok..
leh lompat bintang terjun tiruk  kesukaan..



11 December 2011

-Gerhana..

Foto Gerhana Bulan 26 Juni 2010


alhamdulillah..
untuk tahun ni je kita semua berpeluang melihat gerhana bulan 2 kali..
awal tahun aritu 16.6.2011..pukul 1.25 pg sampai 6.59 pg..
kali ke dua,malam td..10.12.2011..kemuncak penuhnya pukul 10.05mlm  sampai 10.57mlm..
kuasa dan kebesaran Allah yang sangat menginsafkan kita umatNya..



Tuya x dapat nak tengok rupa gerhana bulan penuh tu,sbb kat Mersing hujan selebat2 nya..
siap ngan angin ribut petir bagai..
ada jangkaan yang ombak besar akan melanda sepanjang pantai Mersing..
jangkaannya 3.4 meter..Wallahua'lam..



Walaupun x dapat nengok gerhana tu,
kita umat Islam digalakkan supaya mendirikan solat sunat gerhana..
Alhamdulillah,Tuya dapat buat solat sunat gerhana..
memula tu,puas jugak la nak memaham mcm ne nak wat solat sunat gerhana ni kan..
dekat 15 minit dok study,akhirnya paham jugak la cara2nya..




Gerhana bulan nampak kat langit..
gerhana hati ni sape lak yang tau..huhuhuhu..
sedih jugak hati Tuya ni..
alkisah,semalam Eri tepon mak dia kat kg..
bertanya khabar,berbincang pasal nak amik amaD..
tapi perbincangan tu mcm x de kesudahan..tergantung..
mak dia x nak bg amik pulak..tapi tu sume leh di pujuk lg..Eri kata la..
biar la dia yang memujuk untuk mendapatkan balik anak ikan kitorg tu semula..heheh




Gerhana di hati bukan pasal tu..
gerhana sebab mak dia bgtau kazen Eri yang baru kawin bulan 9 aritu dah ngandung 2 bulan..
Hepi utk dia tapi sebak utk Tuya..
uwaaaaa!!!positif..positif..
dah cuba positifkan diri,tapi mcm down je kan..
sedih..rendah diri,sume ade..
pujuk hati sendiri pk menda2 yang elok2 je..
mak Eri kata dia dah termimpi2 nak ade cucu baru dr kami..
kalau le mengandung tu semudah wat nasi goreng..
hari2 dok ngandung..
sabar je la kan..
skang mmg Tuya mengandung,tp x semua org tahu..
mengandungkan lemak babat berkrim keju..cistart blueberry
adoilahai!!!tension nya..





positif..positif..rezeki Allah x sape tahu..kita hambanya hanya mampu meminta..
bak kata mak Eri,usaha tangga kejayaan..
hadoi la mak oiii..




08 December 2011

-Korang anak sape ek?


semalam petang..
melepak ngan Eri kat tepi pantai Mersing..
sambil makan kopok n minum cendol..
sangat layan bila makan mende gitu sambil menikmati angin yang sepoi2 bahasa..



tengah2 layan perasaan dua laki bini yang sunyi sepi..[masing2 dok koya berangan sendiri sambil mulut ngunyah]..
datang le 2,3 budak naik beskal pixie..gitu ke ejanya..hentam je la..
alah beskal yang warna warni x de brek tuh..
deorg melepak kat sebelah tembok tempat kitorg duduk.


gini le lebih kurang rupa bentuk beskalnya..



tah umur baru bape sen tah..budak bawah umur kulit lom kering
dok cite hal2 org umur bape ringgit..orang terlebih umur kulit keras kayu jati..hik hik
dok memekak kat sebalah kitorg..pom pam..pom pam..ko nengok x gambar pasha sendal pakai baju nampak blakang badan..ko nengok x ade satu video 3gp kat henpon si bla bla bla..
ayat2 yang deorg gunakan mmg sangat2 x sedap didengar ler..
dah le cakap kuat..mengganggu akak n abang nak berehat melayan perasaan okeh..
[akk n abg ke,rasanya umur bebudak tu sebaya anak kitorg kot]..



lepas tu perkataan yang deorg gunakan kusemangat...''bapak ko la..babi..hotak kau.''
dan yang paling mmg x reti bahasa,bila setiap ayat dia guna tu blakangnye mesti ade perkataan 'bodoh'..
macam ''aku tau la bodo...seksi gile gambo tu bodo..ko x ingat ke bodo''..
kalau 'dow2' tu,leh le diterima lagi kot..
sbb mmg pesen bebudak skang ni cakap2 ade le penambahan bahasa tah dr mana yg mcm ''dow,der,beb'..
tapi bile dengar deorg kata 'bodo'..huh!!!sangat sakit telinga okeh..
dik oiiii..akk acik ni nak berehat,boleh x dok memekak jauh2 sket..sakit telinga..
tak cakap pun,cuma cakap dalam hati..



dalam masa sama masing2 dok tengok each other..
Eri tgk Tuya,Tuya tengok Eri..
lpas tu Eri nengok bebudak tah bape sen umur ni..
Eri tnya,"korang ni anak sape ye?"
x alih2 deorg terus blah..dok kalut kayuh beskal besor warna warni..
x sampai 20 lgkah gitu le jauhnya ngan kitorg,sorg budak ni wat isyarat tangan kat kitorg..
isyarat lucah tu ler..
WTH!!!!!!Tuya rasa mcm nak jerit panggil je bebudak tu.



elok2 nak santai2 jadi mcm nak bantai2..
sakit hati..
dalam pd tu dok mikir,mcm ne la pangai anak kitorg kat kg nu..
mcm ne lak la nak membesokan anak jantan sorg tu dalam zaman canggih manggih ni..
menakutkan bila bayangkan anak kita kat tempat bebudak tu..
seram!!!
nape bebudak skang ni jd mcm tu ek attitudenya..
sedih!!!!!




07 December 2011

-Tak Sudi Memandang


sekali masuk,sekali keluar..
masuk lagi,keluar pulak..
ishhhh..kena masuk jugak,tapi nak wat ape?kuor la jap..



tu je la kejanya dr semalam,minggu lepas,bulan lepas..
dok kuor masuk blog tapi x de satu pun update n3 yang best2..
sangat2 x de idea dan rasa mcm blog ni dah kusam warna catnya..
mood mcm nak mengecat baru dinding tu..
tapi masih x de idea..mana la peginya napsu nak memeriahkan blog ni kan..



skang ni mood copy paste je..
x reti dah nak mengarang ayat sendiri..ayoyooyyooyo!!!
mana g la semangat kepochi cite bagai2 isu macam dulu..
PEMALAS nya!!!



syohhhhhh mood malas..
mari..mari mood rajin..
jangan nak berkawan sangat ngan setan yang suka kat manusia malas2 nih..
haihhhh!!!!



okeh..
esok update n3 lain lak..
rajin..rajin..rajin...


06 December 2011

-10 Muharram

Hari ni dah 10 Muharram..sekejap je rasa.jom la sama2 kita mengingati kejadian2 besar pada 10 Muharram..



1. Hari pertama Allah menciptakan alam.


2. Hari Pertama Allah menurunkan rahmat.


3. Hari pertama Allah menurunkan hujan.


4. Allah menjadikan 'Arasy.


5. Allah menjadikan Luh Mahfuz.


6. Allah menjadikan Malaikat Jibril.


7. Nabi Adam a.s. dicipta.


8. Diampunkan dosa Nabi Adam a.s. setelah bertahun-tahun memohon keampunan kerana 

melanggar larangan Allah.

9. Nabi Idris a.s. diangkat darjatnya oleh Allah dan Malaikat Izrail membawanya ke langit.


10. Diselamatkan Nabi Nuh a.s. dan pengikutnya dari banjir besar selama enam bulan dan



 bahtera baginda selamat berlabuh di puncak pergunungan.

11. Nabi Ibrahim a.s. dilahirkan di kawasan pedalaman dan terselamat dari buruan Raja 



Namrud.

12. Nabi Ibrahim a.s. diselamatkan Allah dari api Raja Namrud.


13. Nabi Yusuf a.s. dibebaskan dari penjara setelah meringkuk di dalamnya selama tujuh tahun.

14. Nabi Yaakub a.s. telah sembuh buta matanya ketika kepulangan anaknya Yusuf di hari 

tersebut.

15. Nabi Ayub a.s. disembuhkan dari penyakitnya.


16. Nabi Musa a.s. telah diselamatkan daripada tentera Firaun dan berlakunya kejadian terbelahnya Laut Merah.


17. Allah menurunkan kitab Taurat kepada Nabi Musa a.s..


18. Nabi Yunus a.s. selamat keluar dari perut ikan paus setelah berada di dalamnya selama 
40 hari 40 malam.


19. Kesalahan Nabi Daud a.s. diampuni Allah.


20. Nabi Sulaiman a.s. dikurniakan Allah kerajaan yang besar.


21. Nabi Isa a.s. diangkat ke syurga ketika diburu oleh tentera Rom untuk menyalib 
baginda.

22. Saidina Hussein ibni Ali telah syahid akibat dibunuh dengan kejam di Karbala oleh 

tentera khalifah Bani Umaiyyah iaitu Khalifah Yazid


sumber : c/p dari FB

03 December 2011

-Ombak Rindu..




sana sini dok cite pasal Ombak Rindu yang dah tayang kat wayang..
perasaan ghairah nak tengok tu,membuak2 ngalahkan ape tah..
tapi nak wat ceggana,kat Mersing ni x de wayang bagai..
kalau nak nengok pun kena g Kluang,BP,JB..tu yang terdekat..
Eri kata,''kita tunggu la kat Astro First yang..nnti B belanja ek!!''
hurmm!!!x dapek jugak la nak nengok wayang..sbb Eri ni paling x suka g tgk wayang..dia lagi suka beli dvd nengok kat rumah leh melengkor mcm ular sawa sambil wat senama paru2..[isap rokok]..


sementara nak nunggu Astro First kuorkan cite ni,belek je la novel dia ni ha..




Ombak Rindu - LimauAis (3)

ohhh!!!romantiknya izzah ngan hariz..












uwaa!!!cepat la Astro First tayangkan cite nih..haihhh!!x senang duduk nih..

30 November 2011

-Wordless..




Ingat Negara,Negeri je ade peta ke?
Hidup pun ade peta jugak!!
cuba perhati kitaran hidup kita..kemana kah arah dan tujuan sebenarnya?


29 November 2011

- Begitu lah ceritanya..




sekian terima kasih..

p/s : ni kes x de idea nak mengarang n3..

27 November 2011

-Dia memang kurang ajar!!







ehhhh!!
bukan Tuya cakap..Kak Ogy yang cakap mcm tu ek..
Pepetang hari Ahad ni,tengah makan kek ceklat sambil2 baca gossip kat BN ni..
terbaca lak berita terbaru pasal Kak Ogy kita ni..
dah nak saman menyaman lak aih..
jom le kita baca sama2..

Pelakon terkenal, Fauziah Ahmad Daud, menyatakan kepada Utusan Malaysia yang dia akan menyaman Johan Raja Lawak, pasangannya sewaktu mengacarakan Festival Filem Malaysia Ke 24 kerana mengaibkannya. Ini ialah berkenaan cara lawak Johan sewaktu mengacarakan festival itu yang menggunakan Fauziah sebagai bahan lawak dalam nada persendaan:

Dia memang kurang ajar. Bukan setakat bakat saya, malah arwah ibu dan bapa saya turut dipersenda sesuka hati. Namun yang paling saya terkilan, dia boleh mempersendakan Tahun Gajah, tahun kelahiran Nabi Muhammad junjungan kita.
Ini satu penghinaan dan saya tak boleh bertoleransi dengan orang yang biadap seperti itu.
Sebenarnya tidak nampak pada mata kami seolah Fauziah sedang menahan perasaan malam itu, tetapi dia berkata:-
Saya tak tahu kalau ada yang perasan atau tidak, tetapi sepanjang berada di pentas, saya hanya menahan rasa kecewa dengan kerenah Johan yang kurang ajar.
Sebagai manusia, bohonglah kalau saya tak terasa bila orang memperkotak-katikkan arwah ibu dan bapa, mengutuk saya ni dah tua dan sebagainya.
Jangan kerana saya ni anak yatim dan tidak bersuami maka orang boleh memperlekehkan saya.
Saya tahu saya ni dah berusia, tetapi saya tidak perlukan orang untuk menyedarkan saya mengenainya.
Hanya Allah S.W.T sahaja yang tahu perasaan saya ketika dimalukan sebegitu sekali.
Tidak menafikan Johan berbakat dalam bidang jenaka, Fauziah menambah yang Johan turut datang lewat 3 jam untuk latihan:-
Saya tahu dia berbakat untuk buat lawak tetapi cara dia melampau. Sudahlah masa latihan sebelum majlis berlangsung dia datang lewat.
Kami diminta datang pukul 3 petang, dia sampai pukul 6 petang. Macam mana tu? Tiga jam saya menunggu, tetapi dia langsung tidak minta maaf pada saya.
Pembantu peribadi dia yang malu dan berkali-kali minta maaf dari saya. Mana budi bahasa? Tetapi saya sedikit pun tidak bising pada dia. Kalau dia nak jawab, jawablah pada Astro.
Fauziah juga nekad dengan keputusannya untuk menyaman Johan:-
Saya berpegang pada hak asasi manusia. Tidak kira siapa pun, kalau mereka telah memperlekehkan maruah diri dan ibu bapa saya, saya tidak akan bertolak-ansur.
Biar dia datang minta maaf sekali pun, saya tidak akan layan. Sebab seseorang harus bangkit memberi pengajaran kepada budak baru seperti dia yang tak tahu apa makna menghormati.
Bukan saya datang cari Astro untuk minta jadi pengacara malam itu, tetapi Astro yang datang cari perempuan buruk ini untuk menjayakan majlis.
Tapi saya datang bukan untuk diperlekeh-lekeh begitu.
Saya akan bangkit mewakili mana-mana artis senior yang rasa diri mereka diperlekehkan orang baru.
Jangan main-main dengan Fauziah Ahmad Daud. Saya tidak akan lepaskan budak ini.

**kedit to BN 

kalau dah bab2 saman menyaman ni,kes berat jugak la kan..
terlajak sampan boleh di undur,terlajak kata..sendiri tanggung la yer..


-Selamat Tahun Baru


Salam Awal Muharram untuk semua kawan2..
Azam??
Tak semestinya azam tu kena diperbaharui setiap tahun..yang penting tercapai ke x azam tu kan..
Tuya ni pun banyak benda lagi x tercapai n terselesai..
harap2 tahun baru ni akan membuka lebih banyak jalan penyelesaian pada setiap masalah yang datang..
Hidup ini adalah dugaan,dugaan itu adalah pengalaman..
Mari la kita sama2 berdoa semoga hari ini akan lebih baik dr hari semalam dan esok akan lebih bermakna dr hari ini..

Happy weekend peeps!!!

19 November 2011

-Pemalas

M-A-L-A-S
apekena tah malas beno nak update n3..cerita terendam banyak lg x di perah..
hadoinya lahai..

unta padang pasir pun x malas macam ante la Tuya..

Happy Weekend kawan2..

14 November 2011

-Happy Birthday My Laling..

Happy Birthday utk my lovely encik laki..Hairinizam Mustafa..


semoga panjang umur,murah rezeki,sentiasa diberkati oleh Nya dunia dan akhirat..
you are the best thing in my life..
oh!!Hairi turn 32!!!Happy birthday B!!muah muah..



dok eksaited sangat sebeday bagai,x di lupa jugak pada adik2 yang menduduki SPM hari ni..
wish all the best.
semoga dipermudahkan segala urusan dalam menjawab soalan nnti..


11 November 2011

11112011

11112011


sana sini dok cite tarikh cantik hari ni..
buka FB masing2 update status pasal 11112011..
ada apa ngan 11112011???
tarikh hari lahir kah?[appy birthday utk kak ai]
tarikh nikah kah?
tarikh bertunang,anniversary,kawin lagi kah??

nak dijadikan cerita..
tarikh 11112011 ni le Tuya baru perasan yang rumah Tuya ni x de kalendar langsung!!!
selama hari ni bila nak tgk tarikh dok picit henpon,picit remote astro!!


nak akhir tahun dah,x de kalendar..
jangankan kalendar bergambar bagai..kalendar mcm ni pun Tuya x de..
apakah???

09 November 2011

-Lain Nak,Lain Dapat







cite dah berkurun terperosok kat draft..x publish2..
ni masa eri kemaruk dok asyik nak mancing je x sudah2..sebelum raya haji aritu..
ade la satu petang tu Tuya ikut dia g mancing kat muara sungai..
eri g ngan adik n kawan adik Tuya..
konon nak dapatkan siakap 3 kilo la ape la kan..
jomla layan pic..




kapal korek pasir dok tersadai kat situ..



 eri budak hitam..hitam2 pun..tu le pojaan hatiku!!!



ni plak adik Tuya..tamak yer..sampai 2 joran dia pakai..



ek eh..ingatkan joran tersangkut baldi ke hapa ke..



rupa2nya..ape ke nama binatang nih..kura2 ke,tuntung ke..tah,tapi spesis tu ler..dia lak yg makan joran..



meh la kita lepaskan dia..tapi sume x reti nak wat mcm ne..eri x de bakat langsung..adik Tuya lak penakut nak turun sbb ade pengalaman tejerlus kat tebing tu..last2 member dia ni la yg konon2 terrer nak tolong potong tali tu..



kesian kan..adik Tuya kata kalau jual  binatang ni mesti laku..mahal ni..makanan exotic..tapinya x tergamak pulak la nak wat mcm tu..naya kat dia,nak hidup jugak..tah binatang ni binatang yg dah nak pupus ke..ape ke..biar la dilepaskan hidup ngan aman dalam sungai tu..

macam kita jugak kan,kena tangkap x pasal2..mesti la marah..tapi nya kan,sumpah bosan ikut deorg ni mancing..dok menung nunggu joran tu disambar mangsa..huhuhuhuhu..
mmg Tuya x leh nak joint..kurang kesabaran..tapi kalau dapat ikan besar2..suka!!!!

sebenarnya x tau nak ending macam ne tah cite ni..dah le,sambung next n3..hikhikhik..

07 November 2011

-Selamat AidilAdha..




salam aidiladha semua..1st time raya haji x balik Kelantan..raya kat Johor..kurang la kemeriahannya kalau kat Jhr ni..kalau kat Kelantan masih lagi meriah..pg raya tu ade je tetamu akan datang rumah,ziarah menziarahi..kalau tuan rumah wat korban lembu lagi la meriah..dah mcm kenduri kendara..

mesti kat kg kelantan pun meriah ni sbb adik2 badik ipar Tuya share utk wat korban lg tahun ni..tetiap tahun mesti wat..ikutkan hati nak balik,tapi nak wat mcm ne,Eri dapat cuti pun x lama..memikirkan jarak g balik tu dah jauh kan skang..kalau dok KL dulu,2 mggu sekali dok berulang..

''11, 12 dan 13 Zulhijjah (Hari Raya Kedua, Ketiga dan Keempat) dikenali sebagai Hari Tasyriq. Rasulullah SAW menyifatkan hari-hari Tasyriq sebagai hari makan dan minum, maka diharamkan puasa.
 Amalan korban boleh dilakukan dari selepas solat Aidil Adha sehingga 13 Zulhijjah, selepas itu ia dikira sedekah.
Kita juga dianjurkan untuk terus bertakbir Hari Raya sehingga selepas Asar 13 Zulhijjah sebagai tanda kesyukuran kepada Allah SWT. (Berbeza dengan Hari Raya Aidil Fitri, kita hanya bertakbir pada 1 Syawal sahaja.) Di Mekah, umat Islam yang sedang melakukan ibadah haji akan menyempurnakan ibadah melontar di ketiga-tiga jamrah, ula wusta dan aqabah.''



31 October 2011

-obes nye lahai!!!


Lama dah tuan tanah x interframe kat sini kan..tengah frust kekdahnya nih..frust sbb dah mengalami kegendutan dan kegemukan yg agak kritikal n koma,pengsan,hesteria,sakit jiwa!!!
Sejak2 x kerja n pindah ni,Tuya dah jadi penternak lemak,babat yang sangat2 berjaya dan dah menang anugerah kegemukan cemerlang..hahahhaha..ape la Tuya dah merepek nih..
Tensen tol la,nak naik badan ni jap je..kalau nak turunkan beratnya,adoilahainye...mcm ape tah lambatnye..



see..pipi dah tambun!!!uwaaa!!!!dah mcm tertelan ibu roti mauripan..



nampak x tu??alah tudung hijau budak gemuk tu..



x abis pk adik..nape la maklong jadi gemuk gini heh?



kalau saya gemuk bambam,ramai geram..kalau tuan punya blog ni gemuk gendut..ade ke yg geram????

moral of the story : jangan dok makan tido je ye..sila la wat eksesais,jogging,panjat gunung,bukit ke..

28 October 2011

-Selamat berhujung minggu!!



Tak de mood n idea nak merepek panjang sebenarnya..tapi gedik nak update n3..
Saja nak wish..Happy Weekend!!! kita x bape nak hepi sbb ketidakseimbangan hormon..

26 October 2011

-Happy Diwali


Selamat menyambut Hari Deepavali utk sume yang beragama Hindu dan juga yang menyambutnya..
Tingat pulak Tuya kat jiran2 lama kat KL tu..sbb ade la 2,3 rumah yang penghuninya India baik sangat ngan Tuya.
Kat Mersing ni pun ade jugak neighbour India,tapi x kenal pun..baru2 duduk lagi kan.

Selamat bercuti kawan2..

25 October 2011

-dapur arang

nak cite ni ha..pasal jiran baru blakang rumah Tuya.ehhhh!!!bukan ngumpat n gossiping ye kenkawan..
nak cite pasal betapa gigihnya ahso blakang rumah Tuya masak guna dapur arang..
dia masih lagi mempraktikkan kegunaan dapur arang tu..
pg2 subuh kdg2 dah bau asap dr dapur arang tu,dia masak air..
feeling mcm kat kg2 pedalaman je kan,siap ade bau asap2 arang..



mgkin ahso ni nak berjimat,x yah kuor duit gas..lpun tengok cara nya dia memang susah..
tetiap pg n petang dia akan kayuh basikal cari tin2 n botol2 terbuang utk di jual..
tgk la blakang umah dia tu,ade je botol2 n tin yang dia kumpul.




nampak x dapur arang dia tu?Tuya gigih zoom dr tingkap dapur rumah Tuya..ngan baldi n segala jenis tin,tong,botol bagai kat situ.time ni dia lom kumpul dalam plastik,kalau dia dah kumpul elok2 x de la selerak gitu..

kat sini jiran blakang rumah Tuya 3 biji rumah sederet bangsa Cina,lpas tu sebelah 3 deret tu,sorg India..memula pindah ingat akan bising mcm kat KL dulu gak..tapi deorg ni bagus je senyap,x hu ha sana sini..sebelah rumah Tuya cikgu bujang trang tang tang..x pernah bertegur lg..malu kot..

nnti la kalau dah siap sume cantik molek kejadian rumah Tuya ni,Tuya amik pic yer..skang masih x senonoh arah tujuannya lagi..hehehehe..

24 October 2011

-Mencabarnya nak didik anak zaman sekarang..

KULIM: They are young boys – not old enough to carry identity cards. And their victim is much younger.

One of the lads bragged in class that he and some friends had lured the seven-year-old girl into a hut and sexually assaulted her.

She screamed in pain but they continued to sodomise and rape her.

The matter was reported to their teacher who in turn told the mother of the 10-year-old braggart what had happened.

Police said they have picked up three boys – aged 10 to 11 – in connection with the alleged incident that occurred in Bandar Baru, near here, on Oct 13.

The boys are out on bail after having their statements recorded.

It is learnt the girl was playing near her house when the boys invited her to follow them to the hut, about 2km from her home, at 10am on that day.

In the hut, the victim claimed she was forced to strip.

The boys, after raping her, warned her not to tell her parents about the incident.

The victim only blurted out the story after her mother, 33, questioned her.

A medical examination confirmed the victim was raped and sodomised.

The angry parents want the police to conduct a thorough investigation and take action against the suspects.

The 36-year-old father, a lorry driver, said he would take legal action against the families of the young suspects.

Kedah CID chief Asst Comm Zakaria Ahmad confirmed the incident and said investigations were underway and police hoped to wrap up the investigation soon.

source : TheStar
***umur baru bape sen tah dah pandai wat kerja2 x senonoh ni..esok2 dah besar tah lagi dahsyat pangainye kot..minta di jauhkan la sume ni dr family Tuya.dok memikirkan anak teruna Tuya tu,dia pun baya2 bebudak yg dok wat pangai tu gak..Lelaki lak tu,jangan la dia cepat terpengaruh n bercampur ngan kawan2 x senonoh..ngeri!!

22 October 2011

-ngeng!!


kemain bosan betul hari ni..nak wat ape tah..dating ngan en.gugel dr pg sampai ke ptg..sangat adore dengan pic kat atas tu,awesome,terbaik..korg tahu kenapa?sila jawab kalau terrer.. wordless saturday!![suka hati Tuya le nak wordless hari ape,blog Tuya]..

Happy Weekend sume..

19 October 2011

-Zalim..

Morning sume..
Letih lemah badan rasa pagi ni sbb x lena tido..
Nak lelap je tingat kat baby yang kena kelar2 tu..
Memula Tuya mmg x nak tgk,sbb benda2 yang melibatkan baby ni mmg la ngeri.
Sensitip betul Tuya kalau nengok pic2 baby kena buang ke ape ke..ni lagi la kena kelar2..
Tapinya adik Tuya kat UUM tu leh lak tag Tuya kat FB..buka2 je nampak pic tu terus..
Yang x leh nak terima tu,sampai dikelar mcm ikan nak di goreng,sampai kuor usus2 anak tu.
Kalau iye pun marah,x dengar ke anak tu nangis masa dia kelar2 tu..
Nauzubillah..mana la kewarasan fikiran maknye ni ek..
Walaupun baru 16 tahun,x kan x leh nak wat pertimbangan langsung..
Masa sonok2 dok wat pojek ngan boipren ko tu,x de lak ko nak pk akibatnya..ni dah kena,abis ngan anak tu sekali kena azabnya..baru bape jam tah dok rasa bernafas..bodoh okeh maknye tu..sangat bodoh!!!
 
 
Lagi satu cite pasal budak kena langgar kat China tu..
Ya Allah,dengar komen2 kawan2 FB pun dah sedih,ape lagi nak nengoknya..memang tak la..
Tuya x nengok pun,ngeri.takut nnti termimpi2..
Lagipun mmg Tuya x nengok berita masa di siarkan video budak tu di langgar..
Ada yang kata mmg undang2 kat China tu,kalau ade ape2 kes langgar lari ke ape ke,org yg tolong tu la akan tanggung segala dr mula sampai abis kes tu.kiranya deorg ingat org yg tolong tu le yang punya angkara..
Boleh ke kira mcm tu??Sangat2 x adik okey!!!
kalau mcm tu kekdahnya,mesti ramai yang kecemasan akan mati mcm budak kena langgar tu..
 
 
Ape yang boleh disimpulkan kat sini,dr dua2 kes tu,nampak sangat bila dah semakin akhir zaman ni manusia sangat2 mementingkan diri sendiri.
Lepas tu x de dah sifat kemanusiaan,kasih sayang,tolong menolong..
Dah tak ingat n x tau mana satu baik n jahat..
Minta la kita dijauhkan dr segala sifat2 tu kan...
 
 
“Berkata Al-Khurtabi, bahawa erti sabdanya ialah : “Hendaklah kamu menjadi sebagai orang-orang yang bersaudara persaudaraan satu darah keturunan yang diikat oleh rasa sayang, saling cinta menyintai, nasihat-menasihati, bantu membantu serta bertimbang rasa.”
 
 
Muhasabah diri dan sentiasa ingat kepadaNya..

17 October 2011

-Apa pesen jeles la..

KUALA LUMPUR: Suami setan! Itu ungkapan layak diberikan kepada seorang lelaki berusia 28 tahun apabila didakwa bertindak kejam ‘meletupkan’ isterinya menggunakan bom petrol ketika mangsa sedang mandi di rumahnya di Kampung Baru di sini, tengah malam kelmarin.

Perbuatan keji yang dipercayai bermotifkan cemburu itu menyebabkan mangsa, 28, yang juga jururawat di Hospital Kuala Lumpur (HKL) di sini, kritikal apabila lebih 80 peratus tubuhnya melecur.

Semuanya bermula jam 12.20 tengah malam apabila mangsa yang baru pulang kerja, masuk ke bilik air di rumahnya untuk membersihkan badan.

Menurut sumber, sebelum insiden itu suami mangsa dipercayai sudah menyimbah petrol selain meletakkan bom petrol di dalam bilik air berkenaan.

Sebaik isterinya masuk, suspek dengan sengaja membuang puntung rokok ke kawasan berkenaan menyebabkan tercetusnya api sebelum satu letupan kuat berlaku.

 “Api hasil letupan kuat itu menjilat pakaian dan tubuh mangsa menyebabkannya menjerit meminta bantuan daripada suami,” katanya.


**tak paham betul la,ape la motip jeles sampai nak berbunuh2 ni.dok la bincang elok2,kalau dah rasa x leh nak jadi laki bini,cerai je la..adoii lahai nye!!!bunuh2 leh settle masalah ke?

12 October 2011

-Dia buat lagi dah!!

sejak2 dok Mersing ni,hobi lama Eri yang dah terendam sekian lama masa dok KL dulu,terperah semula..hobi yang kadang menyakitkan hati usus perut Tuya..kalau kat KL dulu x de org nak meneman,melayan dia g merealisasikan hobi nye tu.kat Mersing ni,dah ade penaja bagai..sape lagi kalau x abah n adik lelaki Tuya..masing2 gila MANCING..berzaman dah segala joran pancing terperap,abis sume dia korek,service la ape la..

asal balik keja je lepas maghrib mesti kuor g mancing..x kat kuala,kat sungai,x pun kat laut.nasib jugak la rumah mak Tuya x jauh sangat dr rumah Tuya ni,lebih kurang 10 minit je..boleh la gak Tuya nyibuk2 dok umah mak time dia g mancing.

malam semalam dia g mancing lagi..lepas isyak tu dia g ngan adik Tuya,Tuya mengizinkan dengan syarat,balik sebelum kul 12am..sbb hari kerja kan,kang x pasal2bangun lambat lak g keja..

nasib baik dapat ikan..senyum simpul bangga dia balik.jom tengok ikan dia dapat..sekor jer pun..saja nak meriak kat sini..hehehhehe.


ikan siakap merah..x de la beso sangat,dekat sekilo jugak kot..



siang yer..x kose Tuya nak menyiang kan ikannye tu.masak n makan buleh la..


upah sebab dapat ikan mahal..hehehehe..slice cheese cake with blueberry jam..gebu!!!

masa Tuya wat n3 ni pun deorg tengah dok mancing..kemaruk betul!!mancing ikan x pe,jangan mancing lain dah le..huhuhuhu..

11 October 2011

-Botak Bulat ku


tersangat lah geram x tentu arah bila jumpa budak botak bambam nih..anak sedara Tuya ni baru masuk 3 bulan,tapi badan mcm baby 6 bulan..baru2 ni lepas cukur jambul,atok dia cukur botakkan kepala nya..lagi la teserlah kebolatannya..

 cak!!!pandai mengagah dah..bising je mulut dia..


pantang ade suara memanggil nama dia..cecepat dia cari..


ehhhhh!!!kakak pun nak posing jugak..

dedua anak dara ni memang rapat ngan Tuya n Eri..nak2 si kecik tu,kalau dengar suara Paklong dia,x dok diam la dia minta amik..seronok betul bila layan bebudak mcm ni.mak kata mana tau berjangkit lak pada Tuya..kot mengandung ke bila tukar angin pindah rumah ni..heheheh..amin!!!

08 October 2011

-Selamat Berweekend!!

Happy weekend kawan2..weekend pertama Tuya jadi penduduk tetap Mersing.bz sket sbb ade kenduri kesyukuran potong jambul anak kazen.dah dok dekat ngan sedara mara ni kena la bermasyarakat sket..hehehe..

Mood pg Tuya jadi spoil bila baca paper.Tak reti nak cakap mcm ne tah..baca le sendiri..baru la korg leh feel..heheheh..confirm bertong2 ayat makian kuor..

GOMBAK: Berang isteri dalam pantang enggan melayan kehendak seksualnya, seorang lelaki berusia 28 tahun bagaikan dirasuk syaitan apabila sanggup meliwat bayi lelakinya berusia 23 hari di dalam bilik di rumahnya di Taman Sunway, Batu Caves, di sini, kelmarin.

Lebih kejam apabila tangisan bayi malang yang menahan kesakitan itu langsung tidak diendahkan si bapa durjana, sebaliknya dia menjadi lebih rakus dengan bertindak menutup mulut anaknya itu menggunakan tangan dengan kuat, sekali gus menambah derita si kecil.

Bapa yang kejam itu berbuat demikian untuk mengelakkan tangisan bayi malang itu didengari isterinya yang ketika kejadian dilaporkan sedang berehat di ruang tamu rumah.

Sumber polis berkata, tindakan keji dan kejam itu hanya disedari ibu mangsa berusia 39 tahun kira-kira jam 4 petang apabila melihat mangsa tidak bermaya ketika mahu memandikannya.

 “Si ibu terkejut apabila melihat bahagian mulut mangsa lebam. Pemeriksaan wanita itu kemudian mendapati bahagian dubur mangsa turut cedera.
so,ape komen korg???