The Best Followers

28 April 2010

This Is My Day



alhamdulillah..
hari ni 28.04.2010 genap la umur Tuya 29 tahun..dah 29 tahun dah hidup atas dunia ni..
panjang umur lagi..syukur..

Tuya doa kat Tuhan semoga hidup sentiasa dirahmatiNya,bahagia hingga akhir hayat,dipermudahkan segala urusan didunia dan di akhirat kelak..InsyaAllah..di tambahkan rezeki,harap2 lepas2 ni murah la rezeki Tuya,Tuya nak anak lagi..kalau di izin kan..

syukur sangat Tuya dapat family,kawan yang sentiasa bagi Tuya tunjuk ajar dan nasihat bila Tuya memerlukan..eceh!!!!dah macam bg ucapan menang award lak..choiiii betul..hehehehhe..

Doakan Tuya panjang umur dan sentiasa x lupa diri ye kawan2..kalau lupa tu jangan le segan silu nak menegur..

Happy Birthday To Me!!!!!

25 April 2010

Pojek Gentel Gentelan..

ni cite petang tadi..wat pojek gentel menggentel..sambil2 tengok tv tetengah hujan sesejuk lak tu..huhuhhuhuhu..ayat mcm ape je kan..

Tuya wat donut kekecik tu la..bukan gentel ape..gentel tepung donut..x de nak wat ape,Eri lak sibuk kata nak makan donut..Tuya pun uli je la..hentam je la..kalau x jadi,kena gak le makan..hehehhe..


hasil usaha membolatkan adunan tu..

golek2 dalam minyak panas..


taraaa!!!!siap utk di makan..



ingatkan adunan tu sikit,rupanya bila dah naik tepung tu,banyak lak dapat..maunye muntah ijau nak ngabiskan ngan Eri..Tuya bg le anak2 jiran sebelah2 tu..habis gak..nasib baik jadik..

*************************************************************************************

ni Tuya bg resepi donut gentel2 gentelan tu ek..heheheh..simple sangat..senang pun senang..

tepung gandum : 1/2 kilo..
yis mauripan : 1/2 packet
majerin (x kisah le jenama cap ape ) : 2 sudu
gula : 2 sudu besar
garam : 1 sudu kecil
air secukupnya


cara2 :
-yis mauaripan tu campur ngan air suam..dalam setengah mug ke..
-garam pun hancurkan ngan air suam..agak2 le banyak mana airnya..
-gaul tepung ngan majerin,masukkan gula,masukkan yis n garam td tu..
-uli sampai jadi doh..
-biarkan dia naik selama 30 minit..

lalalalalala~~~lepas 30 minit~~~~

-cetak sesuka hati rupa bentuk yang kita nak..
-biarkan lagi 30 minit mcm tu..
-baru goreng..

selamat mencuba!!!!!
*kak azie,dah cuba bgtau ek..heheheh..



-

24 April 2010

xtvt malam minggu

Malam minggu yang x de xtvt..macam ni le Tuya n Eri kalau x de ape yang nak di wat..ko tengok aku,aku tengok ko..jap td sebelum n3 ni di tulis,ni le xtvt kami...
tengok bola sambil makan biskut kering cicah air nes..sedap gak!!!hehehehhehe..mulut rasa macam nak makan,tapi x nak makan nasi atau makanan yang berat2..nak ringan2 je..hehehehe..tingat lak ade biskut beli aritu..ape lagi,bersama berjemaah le Tuya ngan Eri makan biskut sambil ngadap tv..MU vs Spurs..



jangan rendam lama2..nnti lembik..huhuhuhu..


tembam dah muka..sbb tu kena diet..konon!!!



elok je dia landing sambil cicah biskut..mata tengok tv..last2,lembik biskut dalam air tu dia x pasan..


sangat heaven bila dapat rilek2 tengok game..go MU..go MU!!!hehehhe..


tapi game malam ni x best langsung..masing2 main x nak kalah,x nak menang..so baik Tuya ngadap FB ngan blog..heheheh

20 April 2010

Tak Reti Bahasa

tersebut la kisah...


si A duduk di rumah sendiri tapi rasa macam rumah orang lain sbb sedara mara pasangannya selalu bertandang,x reti2 nak balik..wat rumah tu macam rumah sendiri..makan minum,tido bangun kat rumah dia..kalau balik pun cuma sehari dua,lepas tu datang lagi..kalau dulu penggunaan gula dalam rumah tu sekilo boleh tahan sampai 2 minggu lebih,lepas adenya anasir2 x faham bahasa tu,gula sekilo,x sampai seminggu..kalau tgk tv mesti nak ade minuman..alasan deorang melepak kat rumah si A ni sebab,kat rumah deorg letrik kena potong,tv rosak!!!!!nak menumpang tengok tv,tapi wat rumah tu mcm rumah mak bapak deorg yang punya..sampai si A ni memerap je dalam bilik kalau anasir2 tu ade..

problemnya skang ni..macam ne si A ni nak menghalau deorg ni dengan cara beretika dan bersopan santun tanpa menyakitkan hati mana2 pihak???buleh tolong bg pendapat bernas korang x?heheheheheh..

17 April 2010

Takziah Untuk Keluarga Achik Spin

MPV terbabas, terbakar: Achik Spin maut nahas ngeri
17/04/2010 8:51pm



Oleh Ainol Amriz Ismai dan Farabi Sheikh Said Al Jabri

SEREMBAN 17 April – Artis terkenal yang juga vokalis kumpulan Spin, Abdillah Murad Md. Shari atau lebih dikenali sebagai Achik Spin, 28, meninggal dunia dalam satu kemalangan ngeri di KM 14 Lebuh Raya Kajang Seremban Sdn. Bhd. (Lekas) dekat sini petang ini.

Allahyarham, yang berada di dalam kenderaan pelbagai guna (MPV) yang terbabas dan terbakar, meninggal dunia di tempat kejadian.

Pada masa ini, polis dan anggota bomba masih lagi berada di lokasi nahas dan difahamkan mayat Allahyarham akan dibawa ke Hospital Tuanku Jaafar di sini malam ini.

Pegawai Turus Trafik negeri, Asisten Supritendan Polis (ASP) Abd. Halil Abd. Hamzah mengesahkan kejadian tersebut. – Utusan



**Innalillahiwainnailaihiraji'un...kalau dah ajal tu kan..x leh jangka kat mana2 pun..terkejut jugak memula baca..tapi memang dah jadi.sedih,sbb pemergian yang x disangka..redha dengan ketentuan Allah..Al-Fatihah..



16 April 2010

Nak Jawab Macam Mana??

lokasi : kantin sekolah
masa : 8.30 pagi


biasa la Tuya kalau x de kelas pagi mesti dok melepak lepek kat kantin dulu..baca paper ke,gossip2 ngan makcik kantin ke..heheheheh..kantin sekolah Tuya ni dekat ngan padang..masa dok minum bfast pagi td,ade kelas darjah 2 tengah bersenam..

tetiba dengar satu budak pompuan ni terjerit2 nangis.."jangan2"!!!,dia jerit mcm tu..Tuya ngintai2 jugak la nyibuk nak tau kenapa..cikgu PJ ni pun bawa dia g kantin..menangis2 budak ni..

Cikgu Pj : kenapa awak nangis ni?

Budak tu : saya x nak budak lelaki tu cuit2 saya..

Cikgu Pj : x pe la..kan cikgu yang suruh wat bulatan td..

Budak tu : x boleh cikgu!!!!!!x boleh..

Cikgu Pj : kenapa???

Budak tu : mak saya kata kalau budak lelaki pegang cuit2,nanti saya mengandung..saya x nak mengandung..saya nak sekolah lagi!!!


cikgu Pj tu tengok Tuya,Tuya tengok dia..sama2 kelu..nak jawab mcm ne kat budak darjah 2???masa ni la baru Tuya sedar,betapa pentingnye pendedahan tentang pendidikan seksual ni..x kira la peringkat umur..x cukup ilmu lagi rupanya Tuya..huhuhuhu..

12 April 2010

Dah macam x de nama lain..

ni cite weekend baru ni..Tuya balik Jhr..tapi nyinggah ke Kota Tinggi rumah adik Tuya dulu..sbb dia nak balik kg jugak, asben dia sibuk x leh nak hantar..jadi nya nak tumpang kitorg la..dr KL Tuya terus ke Kota Tinggi..sampai Kota Tinggi dah maghrib..sebelum balik Mersing tu,singgah makan jap kat kedai area rumah adik Tuya kat Sri Saujana..

masa nak minta order tu,Tuya ngan adik menelek la menu..dalam dok belek2 menu nak makan ni,terpandang le satu menu yang wat Tuya gelak x hingat dunia..nak tau ape menunya????
v
v
v
v
v
v
v


amikkk..KUPANG JANDA PECAH LADA..ade berani????Tuya bgtau Eri,Tuya nak order nak tgk mcm ne pecahnye janda kupang nih,Eri x bg plak..dia kata tengok tajuk menu pun dah x selera..hahahahahhahaha!!macam2 nama deorg letak nak melariskan jualan kan??tapi agak2 le nak letak pun..geli betul nak nyebut..


sampai skang ni Tuya tersengih2 tengok menu makanan tu..x masuk akal betul..

09 April 2010

Berita Hari Ini..macam lahanat..

Disimbah asid kerana nafsu suami


KEADAAN wanita yang disimbah cuka getah ketika dirawat di Hospital Tengku Ampuan Afzan, Kuantan semalam.

KUANTAN - Gara-gara isteri enggan mengadakan hubungan seks, seorang suami yang dipercayai tahi judi naik berang sehingga sanggup menyimbah asid ke muka dan tubuh isterinya menyebabkan wanita itu cedera parah dalam kejadian di rumahnya di Felda Bukit Sagu 2 di sini kelmarin.

Timbalan Ketua Polis Daerah Kuantan, Supritendan Zulkifli Taha berkata, ketika kejadian pada pukul 2 pagi, lelaki berusia 47 tahun itu dikatakan baru sampai ke rumah selepas dipercayai keluar bermain judi.

"Suspek yang bekerja sebagai peneroka itu pulang dalam keadaan marah-marah. Dia terus masuk bilik tidur sebelum mengejutkan isterinya untuk mengadakan hubungan kelamin.

"Bagaimanapun, wanita berusia 30-an itu menolak keinginan suaminya kerana dia tidak sihat dan sakit kepala," kata beliau ketika dihubungi di sini semalam.

Menurut Zulkifli, tindakan si isteri itu menyebabkan suaminya secara tiba-tiba naik angin lalu mengambil cuka getah yang diletakkan di dalam botol di luar rumah.

"Suspek masuk semula ke dalam rumah lalu menyimbah cuka getah itu ke arah muka dan badan mangsa yang bekerja sebagai pencuci pejabat.

"Tindakan suspek itu menyebabkan isterinya melecur teruk," kata beliau.

Zulkifli memberitahu, dua orang anak pasangan itu berusia belasan tahun yang turut berada di rumah semasa kejadian terus mendapatkan ibu mereka untuk memberi bantuan.


****kenapa la bangsat sangat jantan ni kan..



KFC oh KFC

bz nya Tuya minggu ni..mcm2 benda kena settle..kehulu kehilir kejar g sekolah,g UM,handle tuisyen bebudak..sampai kering idea nak hapdet blog..kat FB pun dah x beriya nak men game update status..x de idea n jadi malas,penat kot..


skang ni Tuya bebebtul terasa nak makan




..huhuhu..ade sape2 nak belanja???hik hik hik..

05 April 2010

Kesian Dia

selalu sangat dah org tnya Tuya pasal Eri.."Eri tu sakit ke?"..balik kg pun family dok tnya soklan2 sama..penat Tuya nak menjawab..nak tau sebab ape org tnya dia sakit ke ape ke..sebab dia KURUS..Kurus sangat2..semalam kitorg kuor,jumpa penimbang kat The Store,timbang le berat dia..56kg..terkujat beruk dia..dr 70kg leh turun 56kg..

kalau le Tuya leh bg lemak2 yang ade ni kat dia..hehehehehe..kesian tgk dia,frust sangat sbb berat dia turun banyak..org lain sibuk nak kurus,ni terbalik dah..

bukannya dia x de selera makan..makan on time..bfast,lunch,dinner,kekadang supper..tapi nape la x naik2 berat badannya...doctor kata susah utk berat badan dia naik ideal semula sbb dia pernah 2 kali kena denggi dulu..mujur la masa tu g spital awal,mmg suspek Denggi berdarah..memula g HKL,kena tahan ward,minta tukar hospital Gua Musang,sbb nak balik kg,mak dia nak sama2 jaga..tapi sampai hospital Gua Musang x terima lak..kena hantar hospital Kota Bahru kena dok ward dekat sebulan..start dia sembuh tu la berat badan dia skit2 turun..

mcm ne nak tambah berat badan dia balik ek???ade jugak yg x sayang mulut tnya Tuya soklan mcm ni..''laki ko tu drug addict ke?"...sedih tau..huhuhuhu..

04 April 2010

Perasan ke Perasaan..

pernah x kekadang terasa annoying sangat ngan pasangan kita..padahal dia x wat salah ape pun..tetiba je kita rasa sangat2 menyampah mcm nak muntah tengok muka dia..hehehhhe..

x pasal2 lak kan nak menyampah x de sebab..mcm tu la Tuya rasa kat Eri 2,3 hari lepas..tapi Tuya x bgtau dia,kesian lak dia tetiba kena menyampah2 ni kan..

dah le kitaorg 2 je dok dalam rumah tu,bile dah Tuya nyampah ngan dia,maka senyap sunyi le rumah..Eri pun pelik..tapi dia x tnya..tau dah pangai Tuya..ari ni Tuya dah ok..x nyampah dah tengok muka dia..boleh lak mcm tu.perasaan yang x leh nak kawal..nape ek?