The Best Followers

30 April 2009

Suami vs Isteri

Keluhan seorang SUAMI:

Subuh,bangun sesiap nak pergi kerja.
Pagi, naik kereta ngadap jem pergi kerja.
Tengahari,relax jap..lunchtime,tak payah kerja.
Petang,ngadap jem lagi, balik kerja.
Maghrib, dok lepak depan tv je,tak ada kerja.
Malam, usha,tanya bini bole ke bekerja.
Bangun pagi,penat malam tadi dok wat kerja.
Tak sudah-sudah dengan kerja.


Keluhan seorang ISTERI:

Subuh bangun pagi basuh kain.
Pagiwat sarapan,kemas umah, sidai kain.
Tengahari,ari panas..cepat la kering..angkat kain.
Petang dr dok melepak kepoh baik lipat kain.
Maghrib tengah kalut2 baru ingat nak susun kain.
Malam ade lak permintaan si suami,hmm.. BUKA KAIN.
Bangun pagi,dalam blur2 tu mengagau..hilang kain.
Tak sudah-sudah dengan kain……..



***n3 tu x de kena mengena ngan sape ye..saje nak relax2 gurau2..enjoy ur day kawan2..muahhh!!!


29 April 2009

ble buku jupe ngan pen..jenuh la nak menulis..



awal pagi ni MU lawan Arsenal..
musuh tradisi ni..macam buku ngan ruas..kena sangat la tu
aku x nak la ober2..tau dah Arsenal mcm kuat je kan..
so,aku cuma harap2 MU leh la tebas Arsenal nanti..
aku fanatic MU,eri fanatic Arsenal..
macam ne tu?tggu je la kul 2.30 nnti ape akan jadi pada kami..hehhe
lg tadi eri dok perli2..bikin panas hati je..perlekeh MU..
x pe Tuya,biarkan eri dengan kesombongannya yang sumbing itu..we'll see..
ok le..nak zzzzzzzzz dulu..nanti nak bangun lak..kena alarm nih,takut eri dengki x kejut aku...dia tengok sorg.melepas aku...
nite kawan2..muah!!!


++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++


30.04.2009
4.30 am
MU 1 - Aresenal 0

huyeh2..MU menang.. walaupun 1-0,tapi memang berbaloi pada aku yang asik kena perli je ngan eri nih.. sakit mata tinge eri tengok kegedikan aku dok nyanyi Glory2,dok puji2 players MU.. suke!!!

R.O.K.O.K



Surat Perokok Tegar


Nama saya dulu Din(bukan nama sebenar), saya mati ni sebab rokok. Tadi saya tulis warkah ini khas untuk anak-anak naga sekalian. Saya mula merokok ketika usia 12 dan mati sebab rokok pada usia 24. Dulu, saya anak naga part time je, lebih kurang 2 batang sehari, tapi lepas 2 tahun berkecimpung secara aktif, saya menjadi pro dan mula mengasap 5 batang rokok sejam dan memenangi anugerah perokok pantas sedunia dengan rekod 1,779 batang seminit.

Selain itu, saya juga memenangi anugerah gudang garam tahun 1999 dan anugerah dunhill 2001 untuk pembelian rokok terbanyak dalam masa 12 jam. Pada tahun 2002, saya mendapat tempat kedua anugerah mild seven untuk asap paling tebal.selepas mendapat anugerah tersebut saham saya naik mencanak2 dan mendapat tawaran menjadi duta utk semua jenis rokok yang ada di Malaysia ini.

Namun,pada tahun 2004, saya menemui ajal dalam acara marathon sambil mengasap bandar KL anjuran malboro, saya dilanggar trak pengangkut lucky strike yang datang dari Batu Pahat menuju ke Baling. Disebabkan oleh kesan pelanggaran yang kuat hingga memecahkan kepala, paru-paru,jantung, dan otak saya, saya mati di tempat kejadian. Jadi, nasihat saya, jangan merokok sambil berlari,kalau nak merokok sila la dengan penuh kesopanan dan kesusilaan duduk dengan tertib,jangan mengangkang mahupun menonggeng..pasti korang mati dengan aman..x macam saya. sekian.



Yang benar,
din naga


28 April 2009

My day..

yea yea..
suka nya Tuya..panjang lagi umur aku rupa2nya..
dapat lagi sambut hari lahir tahun nih..
harap2 idup aku akan sentiasa ceria gumbira suka duka bersama ngan org2 yang tercinta n kawan2 yang tersayang..kamu..kamuu..kamu..dan kamu sume la..
azam baru..buku baru..kebun baru..heheheh..ko jgn sengeh atan..


27 April 2009

tagged kak ai..settle..

A. Snap the picture of both inner and outer of your purse

outer :berkarat dah besi yang macam butang tu dah..heheheh..

inner :

B. Introduce your purse brand, price & where you buy.

tak de brand pon purse aku nih..cokia2 je..GIOSSARDI..aku beli kat Jusco Equine Park,Seri Kembangan masa aku dok sana dulu..tahun 2007 aku beli purse ni..harge dia masa tu sebelum offer rm69.90,pas offer rm29.90..aku beli sbb wane wane nye ijau..suka akuu..serasi lak ngan purse ni,belum koyak pun lagi..tahan..


C. Take out whatever its inside your purse

duit elaun eri bg..dah tggal separuh dr amaun asal..aku bab mengabiskan duit no 1..duit syiling x letak dalam purse tu,ade satu beg cenonet lain..

kad alarm keta..kalau x de kad ni x leh start la keta laki aku tu..pada aku satu,pada dia satu..

kad2 aTm..tapi haramm x de duit pun dalam nye..pastu ade touch n go kad,aku je ade nih,sbb eri dia x guna,kalau g keja dia leh claim..kad JUsco,sudah semestinya tepat aku menghabiskan duit..kad kedai rm5..macam2 ade kat kedai tu.. kad ahli utk beli jenama levis..kad pengenalan..


boucer McD..beli burger 1 dapat free satu lagi burger..aku dapat masa jadik pengadil pertandingan mewarna aritu..tp kena beli kat McD Bukit Rahman Putra je..kat Sg Buloh..


ni lak kad klinik aku selalu g..ngan alamat umah aku,umah kg Klntan.Jhr..takut la anything happend kan..senang nak cari waris..


lesen..lesen ni sepatutnya ade dlam purse aku,cari2 rupanya dalam beg lain sbb aritu aku merempit bawa moto member aku g pasar malam..utk pengetahuan kawan2,aku x de lesen keta ye..diulangi x de lesen keta..walaupun aku bawa keta sana sini,(jejauh aku x berani bawa sorg,kena ade backup)..aku tetap x amik lesen keta..x tau la nape susah sangat aku nak amik..aku takut x lulus..sbb aku x expert bawa manual..harap maklum..heheheh..eri selalu kata ngajar bebudak "kedaulatan undang2"..tapi cikgu nye ampeh..lesen keta pun x mo amik..

ok kak ai..dah settle eh..Tuya x de nak komen ape2 la pasal purse kak ai..mana leh lawan purse tokei kedai ngan purse kita..hehehe..dan Tuya x de nak tagged sape2 sbb x nak kena maki nnti..heheheh..deorg sume pemalas nak wat tagged..
sape2 yang tagged aku dolu2 yang aku lom wat,bgtau eh..lupa dah la..maklum la dah beralih angka..heheheh


bagai menatang minyak yang penuh...bila la nak abis mengeluh..




huhuhuhu..sendiri tengok sendiri pk..


25 April 2009

Sabtu at CTY Beuty House...

sebenarnya aku plan nak g umah kak cT wat facial esok..
dah janji pun ngan kak cT..x dirancang member sekamcengan zaman sekolah aku hello2 nak jupe,aku ajak dia g umah je la..eri on call kat Holiday Villa .so,aku melahu la sorg kat umah,ok gak minah ni dtg umah..leh lepak2 ngan aku..

dok melepak borak2..rasa mcm busan tahap kambing gurun lak..aku bgtau dia nak wat facial esok..dia lak gedik nak ikut..hello2 kak cT lak,tnya dia free ke x..line clear,dia kata free..so,seranggg la umah kak cT..

sebenarnya x de la jauh sangat nye umah aku ngan umah kak cT ni,tapi bile dah memasing nak tunjuk tererr tau jalan,ade la kat 1/2 jam nak sampai.dr umah kul 4.30,sampai umah kak cT kol 5 lbih.ampeh..ade la sket pic yang sempat disnap..pic ngan 'aiman tote kak ai' x sempat nak amik lak sbb masa abis facial tu dia dah lena zzzzzzzzzz..ngan dak Anis je sempat..tgk je la pic tu..

aku bukan nak bodek ke hapa la kan..tapi mmg aku dapat rasa kan la sebelum muka aku ni difacial,rasa kasar je..ye la dah bape lama lak x g facial..lepas je digodek dek kak cT,fuyyooooo!!!licin tu..nak2 kat batang idung..kawan aku ni lak seumur idup x pernah wat facial lagi,dia wat dia kata rasa muka dia ringan je..tah macam ne ringan pun aku x tau la,dia je yg rasa..bak kata kak cT,"aku x de nak suh korang uPP ke ape eh,korang leh rasa sendiri mcm ne,ok ke x ke,kalau nak puji2 ni x best..kalau nak bg duit lebih tu baru la namanya best"...heheh..lebih kurang macam tu la ayat dia..

lepas wat facial bagai,dah lpas maghrib..nasib bek aku x leh sembahyang..so x de la kalut sangat..kesian kak cT,dia ade janji nak g Birthday Party anak blogger gak,pasal kitorg g wat facial,dia lak lambat..sorry kak..hehehe..yang kelako tu,dalam keta otw balik,masing2 dok cuit idung sendiri je..kelasssssssssss...licin pastu lembap je rasa..selamat tggal segala anasir2 jahat dimuka ku..hahahahah..

sape2 yang rasa nak save budget,tapi hasil memuaskan try2 la wat facial kat kak cT..sangat2 berbaloi dan tak akan seriknye..lagi nak dtg ade la..ade air oren ngan goreng pisang tau..hehehehh..

sebelum balik umah,sempat gak melepak makan..lapo cipan dah memasing.makan kat area umah aku je..aku makan bubur nasi,Mila makan nasi,sup campur ngan telor dadar..burrrpppp!!!alhamdulillah..kenyang..

kenapa ko Tuya?


mata aku x reti2 nak tido...
otak asik memikir je..pk ape???nanti la aku cite..
soo annoying..
ni sambil2 kemas umah..
pkul 4.30 pagi kemas umah ok!!!!
apakah?
tensen2...urggggghh!

24 April 2009

Lembu punya susu,maid lak dapat nama,mak abahnye x dapat ape..


aku dapat email dr sorang cikgu kat sekolah lama..kat JB..aku nak share ngan korang..mgkin dah ade yang dapat,tapi aku tetap nak tayang kat n3 kali ni..kalau korang tengok jawapan yang student ni bg utk soklan no 2 tu..sangat2 la sadisnya...tu la bahana kalau mak bapak dok tggal anak ngan pembantu je..

23 April 2009

bagai enau dalam belukar,kenapa pangai kau selalu bertukar tukar?

Bila benci dan suka

Didepan senyum ala lepat liat,
Dibelakang bagai nak rak dikata diumpat,

Bila kaya x disuruh pun diangkat,
Bila kedana dipijak di sagat,

Masa senang kau lah teman kau lah kawan,
Masa susah bukan main dijadikan lawan,

Bila berkuasa sentaisa dikelek disanjung,
Bila jatuh tak de ribut petir terus di humban sampai kejung,

Masa suka tinggi gunung Everest dipuji,
Masa duka habuk pun x de..semua lari,

Bila cinta semua elok,sedap,manis, indah,
Bila benci mula la rasa meluat,geli, menyampah,

Mustahil seribu kawan ada disisi untuk bersedih,
Tak mustahil tah dari mana timbul bila senang datang menagih ,

Mungkin benci boleh jadi cinta,
Tak mustahil juga cinta boleh jadi benci,


22 April 2009

Mak bapak borek..anak torek..sengal abis...


8 ibu bapa bantu anak menipu dalam peperiksaan dijel ..

BEIJING: Lapan ibu bapa, yang menggunakan peralatan komunikasi berteknologi tinggi, termasuk telefon bimbit dan alat dengar tanpa wayar, untuk membantu anak mereka menipu dalam peperiksaan kemasukan keuniversiti dipenjarakan atas dakwaan mencuri rahsia negara, laporakhbar tempatan.

Semua mereka, daripada wilayah Zhejiang yang kaya, berpakat pada 2007 merancang bagaimana untuk membantu anak masing-masing,kerana tahu pencapaian mereka tidak memberangsangkan, menurut Legal Daily.

Salah seorang daripada mereka mengupah penuntut universiti untuk menyediakan jawapan yang dihantar kepada anak mereka menerusi fontelinga tanpa wayar ketika penuntut berada dalam dewan peperiksaan.

Bagaimanapun, rahsia mereka terbongkar selepas polis mengesan isyarat radio tidak normal berhampiran sekolah.

Ibu bapa berkenaan dihukum penjara antara enam bulan dan tigatahun selepas didapati bersalah mendapatkan rahsia negara secara haram,lapor akhbar, tanpa menyebut apa yang berlaku kepada anak mereka.Kisah penipuan peperiksaan berlaku setiap tahun walaupun hukuman berat dikenakan.

Penuntut dilaporkan membayar untuk mendapatkan soalan bocor,menyeludup masuk telefon bimbit dan kamus elektronik, atau mengupah orang lain mengambil peperiksaan bagi pihak mereka. - Reuters



**macam ne nak wat lagi kalau dah memang mak bapakkkkkk yang nolong anak meniru dalam exam...nasib le kat Malaysia nih x de parents yang mangkok macam kat Beijing tu..makin bengap la anak bile suma benda dihidangkan depan mata,jawapan exam pun nak bg...tah le...



21 April 2009


Aku nak tido, mata dah kuyu, kaki dah kendur,
Aku nak tido, otak dah tepu, mata dah kabur,
Aku nak tido, cakap dah merapu, ayat dah berterabur,
Aku nak tido,jupe lagi esok,kalau panjang umur..

Kita selalu terleka,lupa siapa kita..

Apasal la, kita belum terfikir nak bentang sejadah,
Hidup senang rezeki datang melimpah,
Nak dirikan sembahyang, rakan baik setan suruh lengah-lengah,
Allah tarik nikmat sampai nangis keluar air mata darah barulah padah.


Apasal la kita malas sembahyang,
Allah kasi kita jasad siap dengan bayang-bayang,
Bukan ke lebih baik daripada tiang,
Berdiri tanpa roh malam dan siang.


Apasal la kita malas sembahyang,
Belajar dah tinggi, hidup menjadi senang,
Negara aman damai tak lagi hidup berdagang,
Takkan 5 minit 5 waktu kita tak boleh nak luang.


Apasal la kita malas sembahyang,
Allah kasi otak supaya kita tak bangang,
Allah kasi ilmu boleh fikir susah senang,
Allah kasi nikmat kenapalah kita tak kenang.


Apasal la kita malas sembahyang,
Tengok game bola, layari internet boleh pulak,
Beli tiket konsert, bayar time shopping kita sanggup beratur panjang,
Ingat masuk syurga masuk neraka boleh main hutang-hutang?!!

Apasal la kita malas sembahyang,
Kita kena ingat umur kita bukannya panjang,
Pagi sihat entah petang nanti dah kejang,
Nanti dalam kubur kena balun sorang-sorang.


Apasal la kita malas sembahyang,
Seksa neraka cubalah kita bayang,
Perjalanan akhirat memang terlalu panjang,
Janji Allah Taala akan tertunai tak siapa boleh halang!!


***n3 dia atas tiada melibatkan mana2 orang atau pun sesapa saja..hanya utk bacaan dan kesedaran aku dr asik terleka dan panduan utk aku n kawan2..



20 April 2009

kalah lagik


apekehal nye la..
adeiiiiiiiiiiii...
leh lak penalti kena 4-2 ngan Everton..
Berbatov ngan Ferdinand leh main gasing lak depan pintu goal..
aku rasa sebab goal keeper Everton kan bekas MU,dia leh baca dah dah gaya player MU..
miss dah satu piala,x leh gak nak dapat Quintiple tahun nih..MU oh MU..
waarrrghhh..sungguh poyos aku rasa skang..
masak la kena kutuk..redha2..

16 April 2009

Dah nama budak tu,memang lurus bendul

alkisah tadi kat kelas darjah 1 ni..aku ngajar math..arini wat revision pasal tolak tambah je..
pastu dak2 ni kalau nak g jamban mesti cakap.."teacher,toilet!!''..tadi aku sound sape2 nak g toilet mesti minta permission ngan aku dengan ayat yg penuh..kebetulan memang kat kelas ni ade satu chart la utk word2 yang selalu digunakan..

ade satu budak pompuan nih..dia g kat meja aku..dia cuit2 bahu aku..:

student : tacher..
aku : yes..
student : Hello..
aku : (apekehal lak budak nih?)
student : Thank You,Excuse me,I am Fine,Welcome,Please teacher,may i go to the toilet!!!!!
aku : ( ni perli aku ke?)

punya la dia dok hapal sume word kat chart tu..agknye dia igt aku kata kena minta izin guna ayat penuh..amikkk ko..semua dia sebut..nak tergelak lak aku..control2!!!budak..budak..


apa nak di kata..

PorTo vs MU
0-1


walaupun 1-0,dah nama perlawanan bola sepak..tetap Menang..
menang nasib ke menang bomoh ke...
tetapppp MENANG..heheheheh..
tak sia2 la aku berjaga malam tadi..

15 April 2009

salah siapa?


Nape ekkk???boleh plak gitu...kesian cikgu yang ngajo sipolan yang tulis dia atas kertas kaler pink tu..salah penerimaan..asal boleh je la..

14 April 2009

siang terbayang,malam merindu..

korang tgk video tu,pastu komen la ekk..pada sape2 yang dah tgk,x de la terperanjat berok macam aku kan..aku ni sebenarnya penakot yang x de tahap..heheheh..(tadik baru aku kutuk si senget penakot,aku lagi penakot dr ko, senget)..1st time aku tgk klip ni menjerit2,siap nangis aku sampai pucat muka sbb terkejut gile..Eri la kenakan aku..Tuhan je yang tau mcm ne aku masa tu..agaknye berok pun gelak tgk aku terkejut..2,3 ari gak la aku terbayang2 menatang tu kat mana2.bukan menatang berok tau tapi menatang dalam klip tu..cakap byk tak guna,korang tgk la sendiri..selamat menonton..

p/s : eri dah susah hati..dia suh pesan --AMARAN KERAS!!!sape lemah semangat x yah le tengok..takut pengsan lak..satu hal aku nak menjawab ngan waris korang..heheh






apeke hal nye ni?

cobaaaaaaaaa korang tengok kat pic tu...apekejadah la dia masuk kat celah bedah tu??aku dok pk ni,sape yang ngimpit sape ni ehh?calar ke x agknye keta tu..side mirror dia patah x ekkk???confiuse2...tingat lak keta Mr.Bean..mana2 pun dia leh selit..

13 April 2009

Dapat anak dah mamat nih

petang tadi tengah leka main game online..ade chatter BUZZ!!! aku..

bigjebat : mas,mana ang g?
Tuya : ade je..nape?
bigjebat : wife z dah selamat bersalin..
Tuya : ye ke?bile?
bigjebat : 040409..teka la boy ke girl?
Tuya : girl kot..
bigjebat : salah...baby boy la..sat2,z share pic..

lagi sorang member aku dapat anak..musin beranak agknye kan..yang ni kawan aku masa dok kat Seri Kembangan dulu..aku sebenarnya x kenal pun bini dia..lom bersua muka,sbb masa kawin dai aku x g..
baby boy dia nama MUhammad Qais Darwisy..kalau korang ingat la,bulan lepas bestfriend aku pun baru bersalin,baby boy gak..nama nye Muhammad Faiq Darwisy..yang aku dok pk ni,laku sungguh nama Darwisy ni kan..sama je nama anak kawan2 aku..senang nak ingat..ape2 pun,tahniah aku ucapkan kat kawan aku z a.k.a zakry..semoga hidup lebih ceria dengan kehadiran orang baru..


tak ade tajuk

ni cite pasal semalam..kekonon plan awalnye saja je la nak tgk anak member aku ni masuk pertandingan mewarna kat McD Bukit Rahman Putra,Sungai Buloh.tadika tempat anak dia blaja tu yang wat.saja nak bg moral support kat budak kecik tu..semangat dia nak mengaler..

sampai2 je..parents dh penuh..crowded gak sbb tmpat terhad..bebudak yang masuk pertandingan tu ade la dalam 50 org..mcm2 ragam..x alih2 cikgu kat Tadika tu suh aku lak jadi pengadil..amikkkkk...plannye nak balik awal,sbb ujan dah..terpaksa la tggu..ade satu budak ni kesian aku tgk..menangis bagai nak rak sebab takut ngan maskot McD tu..dia menang dapat no 2,x nak amik hadiah..menjerit2 nangis..

kat bawah tu ade la pic yang sempat aku snap..x leh nak amik sangat sbb parents yang datang tu dok melekat kat tepi cermin,nak tgk anak2 mengaler kat dalam nu...


tu la member aku..x pasan lak kaler baju sama..pink2 gitu..



>

12 April 2009

Kenapa kamu buat Teacher Mas pening kepala?

baru lepas tengok MU ngan Sunderland main td..huhuhuhuhu..sape lagi kalau x MU yang menang kan..tak byk la..2-1 je..

sambil2 tengok bola td aku belek2 paper ujian student aku.. aku kat sek ngajar BI utk tahap 2 (darjah 4-6),subjek Math ngan Science tahap 1 (darjah 1-3)...ni td aku tengah dok menung tengok paper student aku yang darjah 3,ujian Math..x abis pk aku..penat aku ngajar pot pet..pot pet..harrrraaammmmmmmmm..0/100% yang dia dapat..dia x paham ke ape yang aku ajar?ke aku ajar laju macam ketapi?ke mmg dia yg lembap?

macam ne la aku x ngamuk2 kat kelas bantai student sampai patah pembaris kan,kalau result ujian nya 0...aduyaiiii..bukan senang nak bg anak org pandai nih..besar amanah dan tanggungjawab..kesian lak budak nih,mesti x tahu satu ape..

korang tgk le kertas ujian tu..sampai aku wat question mark bebesar sbb mmg satu muka surat tu dia x jawab..



tu lak kertas ujian Bahasa Melayu budak yang sama..antara soklan yang kacang je la,salah gak..aku kutip semula semua kertas ujian dia bawa balik umah,aku nak belek,telek n pk...mana silapnye..

soklan punya la senangkan..dah terang2 cikgu tu siap lukis gambarnye..tapi kira ok gak la Bahasa Melayu ni dia dapat 20%..

kekadang aku terfikir,bukan senang nak jadi pendidik yang betul2 mendidik anak2 jadi pandai,berjaya..bila ada kes2 anak murid yang macam ni,leh serabut cikgu nak memikir..