The Best Followers

30 July 2010

-Imam Muda 2010

Berakhir la program Imam Muda utk tahun 2010..dekat 3 bulan,Tuya dok tgk tetiap minggu..tunggu kapsul Imam Muda tetiap petang..sonok tengok bakal2 Imam Muda wat macam2 task..


Femes program Imam Muda ni kan..Juaranya dah pun kita tau..


Imam Muda Asyraf..anak kelahiran Pulau Pinang ni memang sempoi..layak dia Juara Imam Muda..masa task akhir yang dia wat kat kg dia tu happening..siap g main futsal lagi..Tahniah Asyraf!!!!


Naib Juara Imam Muda



Imam Muda Hizbur..Ustaz Tahfiz yang sangat cool..isteri dia punya la cantik,manis,ayu..terpegun jap tgk wife dia..Tahniah Ustaz..


pastu ni Tuya nak bangga la kan,sbb Junior Tuya masa sekolah dulu masuk final Imam Muda ni..memula tgk dulu,mmg familiar sangat muka dia ni..pastu bila baca profile n tgk FB dia,sah le junior Tuya masa sekolah menengah dulu..sempat 3 tahun je sekolah ngan dia..sbb lepas form 3 Tuya masuk sekolah asrama penuh..tapi memang bangga la tgk dia sampai ke tahap skang..alhamdulillah.



Imam Muda Taufek..

dan yang best sangat tu,semua calom Imam Muda dapat tajaan melanjutkan pengajian ke Universiti Madinah..Rezeki Tuhan kan..sonoknya la..

Habis dah episod demam Imam Muda kali ni..Tahun depan sure nya ada lagi..kalau la anak Tuya tu dah besar,nak je suh dia masuk..hehheeh..

28 July 2010

-Menu buka puasa sunat

Nak cite pasal menu berbuka puasa semalam..gigih memasak balik sekolah..tekak ni tingin sangat nak makan tempe goreng cicah ngan sambal kicap kawwww kapawww!!!

g kedai nampak lak ikan patin,kat rumah ade tempoyak ma kirim aritu..belasah je la wat masak lemak tempoyak ikan patin..1st time wat..x abis2 dok google..takut salah bahan..heheheh..akhirnya,terhasil le mereka..mereka???hentam je la..

patin masak lemak tempoyak..pedas gilos..berair idung eri makan..dah le dia x bape nak makan klu pedas2 ni..tapi nak jaga hati bini,makan jugak le..hehehheh..


kalau dah tekak jawa tu,x kemana jugak..tempe goreng..nyum nyum..



sambal kicap melenting2 pedasnya..hehehheeh..bedal je la..


perut kosong tetiba makan pedas2..akibatnya lepas isyak semerbak bau minyak angin hijau..x nak membuang tapi macam senak..kepedasan terlampau agaknya..jangan le cirit birit..sengsara..so far sampai skang ni xde la berulang ke jamban..maknanya ok2 je la tu kan..hik hik hik..

27 July 2010

-Affiliate..aPa pendapat kawan2?




lately kita tengok banyak je kan promo2 bisness internet..mcm2 cara..ade yang guna kredit card,ade jual2 barang,MLM..mcm2 le..

baru2 ni kazen Tuya lak sibuk dok promote kat Tuya joint ngan dia satu bisness ni..jenis bisness Affiliate..taja menaja antara downline..mcm sistem piramid lebih kurang nye..pada pemahaman Tuya la..

bila Tuya tanya dia,dia kata sistemnya lebih kurang mcm main undi@kutu..tapi pada Tuya kalau main undi@kutu,pendapatan yang kita dapat akan sama jumlahnya,kumpul sama2 cuma masing2 akan mengikut giliran utk dapat hasil..tapi sistem Affiliate ni lak,kita kena cari org jadi downline utk taja kita..kalau ramai yang joint,byk la yg kita dapat..

seandainya la org yang taja kita tu x de kawan..ataupun x dapat nak cari orang utk taja dia lak,hangus gitu je la duit yang dia bg kat kita tu kan??kan x adil tu,mcm naya je..

apa lak pendapat kawan2?bg otak Tuya ni paham sket ngan sistem bisness internet nih..

26 July 2010

-Nisfu Sya'ban



“Allah melihat kepada hamba-hambaNya pada malam nisfu Sya’ban, maka Dia ampuni semua hamba-hambaNya kecuali musyrik (orang yang syirik) dan yang bermusuh (orang benci membenci).

(Riwayat Ibn Hibban, al-Bazzar dan lain-lain). Al-Albani mensahihkan hadith ini dalam Silsilah al-Ahadith al-Sahihah. (jilid 3, .m.s. 135, cetakan: Maktabah al-Ma`arf, Riyadh)




1. Selepas solat maghrib (15 Sya'aban 1431H, Isnin malam Selasa)

Solat sunat nisfu sya'aban, 2 rakaat
Rakaat 1 : baca Al-Fatihah & surah Al-Qadar 1x

Rakaat 2 : baca Al-Fatihah & surah Al-Ikhlas 3x


2.
Membaca Yasin 3x selepas solat Maghrib(15 Sya'aban 1431H, Isnin malam Selasa)

i) Selepas Yasin pertama : mohon dipanjangkan umur untuk beribadat kepada Allah

ii) Selepas Yasin kedua : mohon rezeki yang halal untuk beribadat kepada Allah

iii) Selepas Yasin ketiga : mohon ditetapkan iman dan Islam & mati di dalam iman &

pohonlah segala yang baik dan munafaat.


Kemudian baca Istighfar 11x & selawat 11x

Baca doa Nisfu Sya'aban


3.
Baca surah al-Ikhlas 1000x

4.
Berpuasa pada siangnya)


Antara kelebihan bulan Sya'aban:

1. Sesiapa berpuasa sehari dalam bulan Sya'aban maka Allah haramkan tubuhnya dari api neraka dan dia akan menjadi teman kpd nabi Allah Yusof d ida lam syurga.


2. Riwayat dari Osman Bin Abi Al-As, Sabda Nabi Muhammad (saw)

: pada malam nisfu sya'aban setelah berlalu 1/3 malamnya, Allah turun ke langit dunia lalu berfirman : adakah orang-orang yang meminta maka Aku perkenankan permintannya, adakah orang yang meminta ampun maka aku ampunkannya, adakah orang yang bertaubat maka aku terima taubatnya dan diampunkan semua orang mukmin lelaki & perempuan , melainkan orang yang berz ina atau orang yang berdendam marah hatinya kepada saudaranya.
Sebaik-baiknya minta ampun dengan ibubapa sebelum hari nisfu sya'aban kerana amalan kita akan terhalang dari diangkat ke langit sekiranya kita derhaka/berdosa dengan ibubapa kita.


***pejam celik,pejam celik dah sampai ke Nisfu Sya'ban..bermakna 15 hari lagi kita akan menyambut bulan Ramadhan..sekejapnya masa berlalu..sempena malam nisfu Sya'ban malam ni,sama2 la kita memohon doa,semoga segala taubat,amalan kita di terima Nya..amin..

22 July 2010

-Tak De Otak..Jahil sungguh



Benci dapat bayi perempuan

AMPANG: Bagai hidup pada zaman jahiliah, seorang bapa tergamak mengasari isterinya disebabkan kecewa wanita itu melahirkan bayi perempuan yang juga anak sulung hasil perkongsian hidup mereka.

Sejak isterinya hamil dan diberitahu doktor anak dalam kandungannya dijangka perempuan, lelaki terbabit sering memukul isterinya.

Lebih menyedihkan, selepas bayi perempuan itu dilahirkan, dia menjadi mangsa perbuatan zalim bapanya dan perbuatan itu berterusan sehingga usianya kini lima bulan.

Dalam kejadian terbaru, dua beranak itu diperlakukan dengan kejam apabila lelaki terbabit memukul bayi dan isterinya selain turut mengurung wanita berkenaan apabila mangsa cuba melarikan diri.

Menurut sumber polis, kejadian berlaku kira-kira jam 1 pagi, 7 Julai lalu apabila mangsa yang berusia awal 20-an ketika itu berada di rumah manakala suaminya yang bekerja sebagai pengutip barang lusuh baru pulang.

“Sebaik tiba di rumah, lelaki terbabit tiba-tiba menghampiri bayi perempuan mereka dan dalam keadaan naik angin dia melepaskan tendangan ke arah bayi itu yang berada dalam buaian.

Bayi berusia lima bulan itu diperlakukan dengan kejam apabila dia bukan saja ditendang, malah turut ditumbuk dan ditampar bapanya sehingga cedera di badan, mata dan kepala,” katanya.

Sumber itu berkata, sambil membebel kepada isterinya, lelaki terbabit terus menerus memukul, menumbuk dan menampar bayi berkenaan walaupun cuba dihalang wanita berkenaan

Lelaki terbabit turut mengatakan rasa tidak puas hati dan mendoakan supaya bayi berkenaan mati selain mempersoalkan isterinya mengapa tidak melahirkan bayi lelaki,” katanya.

Sumber berkenaan berkata, isterinya yang tidak tahan perangai lelaki terbabit menghalang suaminya dan cuba melarikan diri bersama bayi mereka ke rumah ibunya tidak jauh dari situ.

“Bagaimanapun, tindakan wanita berkenaan mengundang kemarahan suaminya apabila dia sekali lagi mengamuk.

“Lelaki itu memukul dan menumbuk isterinya tanpa belas kasihan dan mengurung wanita berkenaan serta bayinya selama tiga hari dalam rumah bagi mengelak dua beranak itu melarikan diri,” katanya.

Menurutnya, bagaimanapun dua beranak berkenaan dapat melepaskan diri selepas lelaki terbabit keluar bekerja dan terlupa mengunci pintu rumah.

Ketika dihubungi Harian Metro, wanita itu yang meminta namanya dirahsiakan berkata, kekejaman suami ditanggungnya sejak hamil dan dia kurang pasti kenapa suaminya benci serta marah apabila dia melahirkan anak perempuan.

“Apapun saya bersyukur kerana suami terlupa mengunci pintu rumah. Jadi, saya dan bayi saya dapat melarikan diri ke rumah ibu yang tidak jauh daripada rumah kami,” katanya.

Menurutnya, akibat kejadian itu dia membuat laporan polis dan membawa bayinya mendapatkan rawatan di Hospital Ampang.

“Anak saya cedera di beberapa bahagian badan dan ditempatkan dalam wad Hospital Ampang selama empat hari,” katanya sambil memberitahu suaminya tidak pulang ke rumah sejak kejadian itu.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Abd Jalil Hassan ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan mangsa.

Menurutnya, polis masih menjalankan siasatan lanjut dan menjejaki lelaki terbabit yang dipercaya sudah melarikan diri.

[Metro]

***geramnya Tuya baca berita tu..dalam hati memang maki2..x bersyukur ngan rezeki Tuhan bg..esok2 dah dapat bala Tuhan baru la dia akan ingat dosa naya anak bini..anak darah daging sendiri pun nak wat mcm tu..apa la org jenis mcm ni kan..ishhhh!!!

21 July 2010

-Demam




Tuya demam..batuk..selsema..sume cukup..dah g klinik mggu lepas,habis dah ubat telan,x baik2 jugak..melarat2,berepisod2 lak..rimas nye bila demam ni kan..letih betul badan..

Terbaca petikan hadis dr FB Kak Ai :

Dari Abdullah r.a katanya:

”Aku datang mengunjungi Rasulullah s.a.w ketika beliau sakit, lalu kusentuh baginda seraya berkata:

”Ya Rasulullah! Demam anda bertambah teruk.” ...

Jawab baginda,

”Memang demamku sama dgn demam 2 org kamu.

Kataku pula,

“Semoga anda mendapat pahala berganda pula.”

Jawab baginda: ”Semoga!”

Kemudian sabda baginda pula:

”Tidak ada sorg muslim yg ditimpa cubaan berupa sakit & sebagainya melainkan dihapuskan Allah Taala dosa-dosanya, seperti pohon kayu menggugurkan daunnya.”

~Muslim~

sesungguhnya demam dan sakit tu adalah ujian dan tanda sayang Allah kat kita kan..x nak ngekuh2 dah lepas nih..


17 July 2010

-Percubaan yang sucsess..

pojek petang semalam..tekak tingin sangat la nak makan cistat blueberry..g blog2 otai2 memasak kat blog Tuya ni,asik dok tayang cistat blueberry tu je..dengan keyakinan yang mcm hangat2 taik ayam ni kan,Tuya pun beli la bahan2 n nak try..

dia nye kulit Tuya dah pernah wat,jadiknya x de masalah ler kan..sbb sama je ngan kulit tart telur..cuma intinya je Tuya mcm iye x iye je..tah jadik tah tak..

semangat berkobar2 jadik la pojek cistat Tuya..

ni masa baru siap letak inti blueberry ngan cheese nya..lom bakar lagi..dia nye lorek2 tu Tuya hentam saja..asalkan ade corak mcm ular..hehehe..

ni yang siap dibakar..berjaya jugak Tuya wat..x sesia berpenat lepas balik skolah gigih wat..berbaloi2..hik hik..

Eri kata "2 thumbs up utk Tuya"..best2..len kali leh wat lagi.

15 July 2010

-Apa yang x naik???

PUTRAJAYA: Kabinet hari ini mengumumkan pelarasan harga petrol RON95 dan diesel akan meningkat lima sen setiap liter mulai esok manakala harga petrol RON97 akan diapungkan berikutan penyelarasan harga subsidi yang diumumkan kerajaan hari ini.

Sementara gula akan dijual pada harga RM1.90 sekilogram mulai esok berikutan pelarasan subsidi sebanyak 25 Sen.

[ Metro ]

**nak cakap mcm ne tah..gaji x naik2,tapi barang2,tol,kos sara hidup makin lama makin naik..hmmm..nak salahkan sape lak pas ni?

12 July 2010

-Mengimbau Kenangan

semalam kekemas bilik study yang dah mcm tapak pelupusan sampah..buku,kertas,dah bersepah2..ade je selit celah meja la,bawah rak la..dah mcm bz sangat kan x leh nak ngemas..hehehhe..kalau namanya pemalas tu,tetapp jugak..

tetengah kemas susun ape yg x guna tu,jumpa lak la 2,3 keping pic yang sangat2 touching perasaan..ada terselit dalam tafsir Al-Quran..Tuya ni kalau mengemas suka selak2 buku,novel,kertas2..sbb Tuya selalu selit duit dalam buku,dalam novel..habit!!!

ni pic ngan mak,masa ni raya ke 3..ade note mak tulis belakang pic ni..lupa nak scan..Tuya malu2 konon nak tengok kamera..

ni pic Tuya ngan abah..sayang abah sangat!!!raya 1st..Baju yang Tuya pakai tu,sepasang ngan abah..sama corak n warna..tapi picnye ade kat kg..dalam album mak..


see!!!Tuya mmg rapat ngan abah..tapi selalu x sefahaman..ade je x kena..tapi Tuya tau abah sayang Tuya..heheheh..
sume pic tu masa umur Tuya 2 tahun..lom ade adik lagik..

bila pk2 sambil tgk pic2 tu..insafnya Tuya..kenapa la dulu2 masa tengah nak membesar,nak belajar hidup sendiri,selalu bangkang kata mak abah..selalu nak ikut kata hati sendiri..sedangkan deorg sayang anak dr kecik sampai dah besar panjang ni x kurang sikit pun..apa pun sanggup di korbankan utk anak..sedihnya!!!

kalau le boleh Tuya ni undur masa,wat yg terbaik utk mak abah..tapi kalau dah undur masa x de la jadi Tuya skang ni..hehehehhe..segalanya ketentuan Nya..x de harga dah nak nilai kasih sayang mak abah..


-Bravo Spain

Berakhirnya Piala Dunia yang dekat sebulan menghantui hidup peminat2 bola..yang wat org masuk keja lambat,tdo waktu keja,mc seminggu 2 kali..mcm2 la..dah habis Piala Dunia ni lega la sket..nak2 en laki Tuya kan..addict pada sebiji bola..Tuya lite2 je..hehhehe..

Awal pagi td,satu dunia dah tau,Spain menang 1 gol..last team dia g final 1978,tahun ni mmg ade rezeki la..Holland x de luck..cuba lagi 4 tahun akan datang..



gol Andres Iniesta yang menjadikan Spain juara..

-Durian vs Bola

masa Tuya tulis n3 ni,jam dah pkul 2 pg..Tuya x tdo lg,sbb nunggu bola final..gigih menahan mata dr lelap..heheheh..

tadi adik ipar Tuya ade hantar durian,petai,manggis dr kg..sbb dia balik kg Kelantan Jumaat lepas..bebosan nak nunggu bola start tu,Tuya ngan Eri layan makan durian dulu..tetengah malam makan durian kan,mana leh tahan bau je..x nyabo nak tggu siang..


masa kitorg makan tu jam dah kul 1.30 pagi..siap amik pic jam,bukti..hahahah!!apakah??


sebiji je yang Eri belah durian ni..ade lagi 4 bijik..siang esok wajib la Tuya kerjakan..


heavennya dapat makan durian..mmg sedap lemak pahit sume ade rasanya..

okey la,Tuya nak tunggu bola start nih..Eri sokong Spain,tapi dia nak Belanda menang..sbb dia suka dedua..Tuya lak???mana menang tu la Tuya sokong..boleh?hehehhe..

10 July 2010

-Di Mana Anak Kita???

KUALA LUMPUR: Umur baru mencecah empat dan lima tahun, tetapi dua kanak-kanak perempuan bersaudara sudah pandai melakukan aksi lucah sesama mereka sebelum perbuatan tidak senonoh itu disedari ibu seorang daripada budak terbabit.

Menurut sumber polis, kejadian memalukan itu berlaku Ahad lalu di sebuah pangsapuri di Ampang di sini, apabila kedua-dua kanak-kanak yang layak digelar budak tabika itu ditinggalkan di bawah jagaan nenek mereka.

Pada kira-kira jam 5 petang, ibu seorang daripada kanak-kanak terbabit yang baru pulang dari pasar raya diberitahu adik perempuannya anaknya sudah pandai melakukan aksi dan perbuatan lucah bersama sepupunya.

“Wanita itu terkejut dengan kata-kata adiknya dan pada masa sama, dia sendiri terdengar bunyi mengghairahkan dari dalam bilik sebelum bergegas membuka pintu,” katanya.

Menurut sumber itu, sejurus membuka pintu, ibu kanak-kanak terbabit terperanjat apabila mendapati anaknya yang baru berusia lima tahun sedang tidur sambil berpelukan dan bercium dengan sepupunya yang berusia empat tahun dalam keadaan mengghairahkan.

“Melihat aksi menjijikkan dua kanak-kanak terbabit, ibunya memarahi dan bertanyakan anaknya siapa mengajar kelakuan tidak bermoral itu. Anaknya memberitahu semua perlakuan itu dipelajarinya daripada seorang kanak-kanak lelaki berusia lapan tahun yang juga anak jiran mereka,” katanya.
Sumber itu berkata, anak wanita terbabit turut memberitahu kanak-kanak lelaki berkenaan pernah memeluk dan memasukkan jari ke dalam kemaluannya.

“Mendengar jawapan itu, ibunya yang berusia lingkungan 20-an terus ke rumah jiran mereka dan bertanyakan kepada kanak-kanak lelaki terbabit sama ada benar atau tidak dia mengajar anaknya melakukan perbuatan tidak bermoral itu.
“Bagaimanapun, kanak-kanak lelaki berkenaan tidak mengaku. Wanita berkenaan kemudian membuat laporan polis kerana tidak puas hati dengan kejadian itu,” katanya.

Difahamkan, kanak-kanak perempuan itu kerap berkunjung ke rumah jirannya untuk bermain dengan adik kanak-kanak lelaki berkenaan.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Abd Jalil Hassan ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan ibu kanak-kanak perempuan terbabit.

“Polis sudah mengambil keterangan daripada kanak-kanak perempuan berkenaan dan mereka sudah dihantar ke hospital untuk menjalani pemeriksaan.

“Setakat ini, polis masih menjalankan siasatan lanjut berhubung kejadian itu dan kes disiasat mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan,” katanya.

Menurutnya, kes itu sewajarnya menjadi iktibar dan pengajaran kepada ibu bapa supaya meningkatkan pemantauan terhadap anak termasuk yang di peringkat usia prapersekolahan kerana mereka amat mudah terdedah dengan pelbagai gejala negatif yang banyak berlaku di sekeliling mereka.

[ Metro ]

***bile baca berita ni tadi..terus Tuya dok tingat kat anak..tengah wat ape la dia skang,kat mana,main ngan sape..ishhh..risau la..

-Tolong menolong..iye tak?

semalam petang plannya nak g pasar malam kat Damai ni..Eri lak balik keja lambat,dia sampai rumah dalam pkul 8.30 mcm tu..dah tetentu la nasik kerabu abang feberet Tuya tu dah habis..nak g pun wat penat je..

Tuya mmg x masak semalam,cuma panaskan lauk yang ade lg je..masak nasi sket..dah plannya nak g pasar malam kan..bila x jadi g,makan je la apa yg ade..

Dalam pkul 11.30 mcm tu,Eri kata dia lapar..tp x nak makan nasi..dia nak makan megi goreng..masa tu Tuya punya la pemalas tahap dewa dewi..mcm x larat sangat nak pegang sudip kuali bagai..kena la Eri wat sendiri..hehehhe..jom layan pic nya..

masa ni dia x pasan lg Tuya jadi mamarazzi..


beria dia masak..lapar nye pasal..tapi Eri kalau wat megi goreng nih,memang superb sedap..terbaik!!!

carrot susu homemade..dalam malas2 tu sempat lg la Tuya blend carrot,nak minum carrot susu kekdahnya..


taraa!!!siap dah..cukup sifat megi goreng Eri..sotong,udang,ayam,sosej,daging,telur...Tuya nye yg ade sos tu ek..

Tuya mmg x reti nak wat megi goreng yang x de perencah ni..Tuya selalu watkan dia megi biasa yg siap perencah tu..hehehe..Bila dah kenyang,mata pun ngantuk..lupa la jap pasal diet sume..haihhhh..mcm ne nak kurus selim mcm pasha sandal..ishhhh..


09 July 2010

-Sakit mata nengoknye la..

dapat email dr kawan Tuya..berani ngan x je la kita nak pakai mcm deorg pakai nih..x sanggup la nak berpesen mcn ni kan..

dah nampak mcm makhluk asing dah aihhh..


makhluk asing menyerang bumi..


x ke pelik bile dia sorg je yang lain dr lain..ishkkk..


ko dah kenapa??g jamban sana..hehehhe..


ngeri dah tengok bibir dia..

macam2 la pesen deorg bila dah akhir zaman ni kan..alahai..

08 July 2010

-Lalat perisa butter..

malam td,lepas settlekan urusan kat mesin ATM Maybank Damnsara Damai nih,Tuya n Eri g satu pasaraya yang agak glemer kat sini..tujuannya nak cari barang sket..saja wat standby kat peti ais tu..kot nak masak ke ape ke kan senang..

Tuya g kat tempat butter,nak cari butter..biasa la Tuya ni jenis suka membelek dr kulit ke kulit kalau beli ape2 je barang..tu yg lama tu dok dalam mana2 supermarket pun..hihihihihi..belek punya belek,nampak la satu unggas ciptaan Tuhan nih elok je melekat mati syahid kat celahan lipatan kertas pembalut butter tu..amik ko,panjang ayat Tuya x de noktah..hik hik..


nampak tak ade hitam tu..unggas ye kawan2..


unggas yang bernama lalat..nyum nyum..mesti lemak berkrim rasanya..mau cuba??ngeh ngeh..

nasib bek Tuya belek kan?kalau main amik je tu,maunya menyumpah2 bila dah sampai rumah..so,Tuya amik le butter yg lain..selesai problem..Tuya bgtau ngan pekerja kat siu,ade lalat kat butter tu,dia mcm terpinga2..leh lak tnya kita balik.."iye ke kak"?...poyo sungguh..

moral of the story,elok la kita berhati2 bila nak beli ape2 pun..wajib di belek2 dulu..takut ade bendasing yang x dikehendaki kat barang yg kita nak beli..pekerja2 yang jaga barang2 tu x pasan kot..manusia ni x lepas dr kesilapan,selalu terlepas pandang..

-Gemuk la kalau asik majuk..

bile korg majuk,mcm ne pasangan pujuk??

ni Eri nye stail..kalau dia ade salah cakap ke,wat Tuya mcm terasa ke,mesti dia minta maaf n bg sesuatu,mcm mcD ke,burger ke..tapi makanan la..semalam ade la ayat dia nyindir2 Tuya sket..Tuya terasa sket je,x de la bawa dalam hati..cuma Tuya senyap je..dia pasan bila Tuya senyap tu adela something wrong..



balik keja,dia bg ceklat tu..ambik!!!!!selalunya dapat satu,ni dia bg 4..hehehehhehe..suka!!!kalau mcm ni tetiap hari le nak majuk..kui kui kui..

07 July 2010

-Kalau dia yang kena cucuh karan,ape rasanya??

SUBANG JAYA: Seorang lelaki yang berang kerana ditegah isterinya mengambil anak perempuan tunggal mereka berusia enam tahun bertindak ganas apabila mencucuh alat renjatan elektrik ke tubuh wanita berkenaan sehingga pengsan.

Sebelum kejadian di sebuah kondominium di Bukit Puchong di sini, kira-kira jam 9 malam kelmarin, pasangan yang dalam proses perceraian itu bertengkar mengenai hak penjagaan anak mereka di hadapan rumah mangsa.

Difahamkan, pasangan terbabit mendirikan rumah tangga lebih 10 tahun, namun tinggal berasingan sejak empat bulan lalu selepas dikatakan tidak lagi serasi dan tiada sefahaman.

Menurut sumber polis, semuanya bermula apabila suspek berusia lewat 30-an menghubungi isterinya, awal 30-an, bagi memaklumkan hasratnya menjemput anak perempuan mereka untuk tinggal bersama dengan alasan bagi menjamin masa depan kanak-kanak berkenaan.

“Bagaimanapun, tindakan itu kurang disenangi mangsa sebelum wanita terbabit meminta suaminya datang berbincang di rumah,” katanya.

Sumber berkata, sebaik tiba di rumah mangsa, berlaku pertengkaran lebih 30 minit kerana masing-masing berkeras mahu menjaga kanak-kanak berkenaan.

“Selepas gagal mencapai kata sepakat, mangsa beredar untuk masuk ke rumahnya. Tindakannya itu menyebabkan suspek berang sebelum mengeluarkan alat renjatan elektrik dibawanya.

“Suspek mencucuh alat berkenaan ke tubuh mangsa menyebabkan dia terjatuh dan kepala mangsa terhantuk pada lantai di kaki lima rumahnya menyebabkan dia pengsan,” katanya.

Sumber itu berkata, suspek yang panik melarikan diri sebelum jiran yang melihat kejadian terbabit segera menghubungi polis.

“Beberapa minit kemudian, polis tiba di tempat kejadian sebelum mangsa dibawa ke Hospital Serdang untuk rawatan lanjut,” katanya.

Menurut sumber itu, mangsa bagaimanapun, hanya dirawat sebagai pesakit luar dan dibenarkan pulang selepas sedar, semalam.

Sehubungan itu, mangsa membuat laporan di Balai Polis Bukit Puchong di sini, untuk siasatan dan tindakan lanjut. Difahamkan, suspek masih gagal dikesan sehingga kini.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Zainal Rashid Abu Bakar ketika dihubungi, mengesahkan kejadian berkenaan.

“Kes itu disiasat mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan,” katanya.


**otak x de kot..kalau iye pun marah kat bini tu,x yah le sampai nak karan2 bagai..ni la akibatnya kalau masing2 dah marah,berbincang pun x jadi ape..tau lak dia lari takut..

06 July 2010

-Ilusi Mata

Tuya dapat cite ni dr Fb tadi..memula Tuya x paham apa sebenarnya nak di tunjukkan..bila Tuya wat sendiri..memang jadi..jom la cuba sama..



caranya : lihat pada 3 titik di tengah kalimah Allah ni selama 10 saat..kemudian pandang pula kat dinding kosong..apa yang kita nampak????

lihatlah keajaibannya. ...subhanallah.. rasa sgt KAGUM dgn ilusi mata kurniaanNya ini..

05 July 2010

-Tak de cite


sejak 2 menjak ni Tuya sangat suka minum air Yogurt asli tu..sedap..x masam sangat,x manis jugak..kena la ngan tekak Tuya nih..tetiap kali balik skol mesti singgah Petronas beli air ni..heaven betul bila dahaga2 minum..tekak Tuya la kata sedap,tekak org lain x tau ler.

tu je nak cite..gigih nak wat n3 walaupun x de cite..hehehehhe.

[ sedang dalam proses menyingkiran lemak..hehehehehe]

04 July 2010

-Mangsa Syahwat Guru [Metro]

KUALA LUMPUR: Guru terlampau. Itulah gelaran yang layak diberi kepada seorang guru yang sanggup menjadikan pelajarnya sebagai mangsa untuk memuaskan nafsu.

Guru lelaki terbabit bermain cinta dengan pelajarnya itu sejak awal tahun ini.
Peristiwa malang itu berlaku dua kali iaitu April dan 18 Jun lalu sebelum terbongkar apabila mangsa menceritakan kejadian kepada ibunya selepas tidak dapat menyimpan rahsia itu lagi.


Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Abdul Rahim Abdullah, berkata selepas mendengar pengakuan anaknya, si ibu membawa mangsa membuat laporan polis kira-kira jam 3 petang Isnin, dua minggu lalu.


Katanya, berdasarkan keterangan ibu mangsa, anaknya didakwa dirogol dua kali di rumah guru terbabit di Rawang.

“Mangsa turut mendakwa guru berkenaan mengajak dia pulang ke rumahnya sejurus tamat waktu sekolah dengan alasan mengambil buku yang tertinggal sebelum kejadian rogol berlaku.


“Mangsa mungkin ketakutan dan bimbang kejadian itu diketahui orang, menyebabkan dia mengambil keputusan berdiam diri sebelum didedahkan kepada ibunya pada 21 Jun lalu,” katanya.


Abdul Rahim berkata, mangsa kemudian dibawa ibunya ke Hospital Selayang untuk pemeriksaan lanjut.


Hasil ujian mendapati kesan koyak pada kemaluan mangsa, bagaimanapun dia tidak hamil.


“Polis mengesan lokasi dan identiti suspek dan hanya menunggu masa sesuai menahannya,” katanya.

02 July 2010

-Lom ade rezeki lagi

ni cite pasal minggu lepas..Tuya jadi babysitter lagi..kali ni Tuya tolong jaga anak kawan Eri..mak ayahnye ade kerja kat KL..parents budak ni org Kelantan jugak..deorg bawa jugak anak nye ke KL..anak deorg ni baru sebulan lebih..

sementara deorg g settle kerjadeorg tu,baby ni Tuya n Eri la tolong jagakan..pagi Sabtu dalam pkul 11 mcm tu mak paknye hantar kat rumah..sonoknya Tuya dapat jaga baby nih..super duper sonok Eri la..jom layan pic2 nya..


nama dia Mohd Darwish Hakeem..



see Eri,nak g keja pun dia sempat belek2 budak nih..Sabtu lepas Eri standby...ade on call masa nih..

baby Darwish tengok je uncle..masa ni Eri asik bercakap je ngan dia..



masa ni lak lepas maghrib..Tuya suh Eri tolong buaikan sbb Tuya nak sembahyang..dediam Tuya snap..heheheehhehe..badan kering lakiku terpaksa di sensor kan..hik hik hik..

tgk la Eri,sebelah tgn dok ayun buai,sebelah lagi dok pegang mouse main game..mulut dia bernasyid zikir..konon nak nidurkan baby ni le..padahal bulat mata baby leka dengar suara sumbang uncle kot..heheheh..

nampak excited Eri jaga baby..nak anak..sedih pulak Tuya pk2..bukan Tuya merancang ke ape,tapi dah x de rezeki nak ada anak lagi..skang pun tengah usaha mcm2 cara..kesian Amad asik nak adik je..

dah lama x jaga baby,sonok jugak rumah riuh2 dengan suara budak nangis,suara Eri ngagah ngagah baby..minta2 la aura baby ni lekat lak kat Tuya..heheheh..amin!!!

-Dah JUmaat ke?

dah hari Jumaat..Tuya x pasan pun hari ni dah Jumaat..cepat sangat rasanya..agaknya sebab minggu ni minggu bz..banyak kelas nak attnd,lesson plan nak kena wat..macam x cukup je 24jam sehari tu kan..

esok pun bebudak tuisyen minta wat tuisyen sbb mggu depan deorg ade KOKO kat sekolah belah petangnya..jadi deorg nak gantikan ngan tuisyen weekend..penatnya!!!

selamat hari jumaat kawan2..