The Best Followers

31 December 2008

HaPPy New YeaR 2009


selamat tahun baru 2009
semoga kedatangan tahun baru ni akan memberi sejuta makna kepada kita..
semoga Allah memberkati kita..amin...

Bz..

dah 3 hari x hapdet blog nih..
bz..bz..bz...
pagi sampai tengahari kena g skoll..
mcm2 kena wat kat skoll,parents bayar yuran...
balik umah je dah penat,zzZZZZzzz..
hehehhehehehe...nanti2 aku hapdet lagi eh..
jap lagik nak g KL Central hantar Faris ngan adik en.eri nak balik Klntn..
sedih sbb x dapat hantar anak aku balik..
dia sonok je sbb leh naik tren..
dia x tau punya la busan dalam tren berjam2..
bubye...

28 December 2008

SaLam Ma'aL HijRaH...

selamat menyambut tahun baru Maal Hijrah 1430..
semoga di berkati Allah,di murahkan rezeki kita semua...
mulakan hari baru dengan azam dan tekad baru...insyaAllah...

27 December 2008

BLur....


Lost in Da world....
tak de mood..
pening kepala,loya,sakit lenguh2 badan...
2,3 hari ni asik minta en.eri urut je..
nape aku nih?
x sukanya letih macam nih..

25 December 2008

MerY ChrisTmas...

pas maghrib tadi aku dah janji ngan Malar (member sama ngajar kat Seri Kembangan dulu) nak g beraya Christmas kat umah dia..so,sesiap je sembahyang maghrib,aku pun ajak en.eri g sana..Faris x ikut sbb nak ikut adik en.eri g 1 Utama..jejalan..Malar ni India tapi penganut Kristian..masuk tahun ni dah 3 tahun aku beraya kat umah dia...lama gak x jupe si Malar ni,mcm2 cite kuor..gossip pasal akak kerani la,tukang sapu la,pakcik jaga sekolah la..memacam..haru biru jadinya..sampai en.eri naik ngantuk tggu..bile dah kenyang,mata pun ngantuk...dalam kul 9pm kami pun reti2 bahasa la balik..x kan nak bertilam bantal kat umah org kan..hehehhe..kat bawah tu ade la pic2 yg sempat di amik..kenangan2..


en.eri yang kekenyangan..makan mcm2 biskut,kek,pastu hentam nasi beriani kari kambing lak...x hingat2...

aku ngan Malar..ish..nape aku nampak tenggelam pendek je nih..sofa umah Malar tu kot..hehehhe

adik bongsu Malar pun nak bergambar ngan artis gak...wakakakaka...

yang best tu siap ade pokok Christmas lap lip..lap lip...cumel je..kat bawah dia banyak hadiah..tapi bukan untuk aku...uwaa!!!sebab aku datang x bawa hadiah pun...

24 December 2008

aPe PunYa SeTaN La Ni...

aku belek2 paper Metro semalam (23.12.2008),sangat2 laterkejut bila baca cerita ni...bangang punya jantan,x de otak,bodoh nak mampus...ishhhhh,tak tau la nak maki ape lagi..korang baca le sendiri..bencinya aku...
--

BUTTERWORTH: Bernafsu haiwan adalah perkataan paling sesuai untuk dua beranak, termasuk remaja lelaki berusia 16 tahun yang ditahan polis selepas disyaki menodai seorang bayi perempuan baru berusia 20 bulan.


Kejadian itu hanya disedari ibu bayi berkenaan apabila pulang ke rumahnya di sini kira-kira jam 11 malam Jumaat lalu apabila melihat bayinya menangis begitu lama.
Sebelum itu, sumber berkata, wanita berusia 32 tahun yang bekerja sebagai juruwang itu meminta ibunya mengambil bayinya yang ditinggalkan di rumah pengasuh kira-kira 50 meter dari rumahnya.


Katanya, wanita itu kemudian mendapati bayinya menangis dengan kuat apabila dibawa pulang ke rumah, tetapi dimaklumkan ibunya dia mungkin demam.

“Wanita itu yang tidak berpuas hati kemudian memeriksa dan mendapati ada kesan darah dan luka pada bahagian sulit bayi perempuannya.

“Dia kemudian terus membawa bayinya yang menangis dengan kuat tidak berhenti-henti ke Hospital Seberang Jaya (HSJ), di sini.


“Hasil pemeriksaan doktor mengesahkan terdapat kesan koyak pada kemaluan mangsa. Bagaimanapun, keadaannya kini dilaporkan stabil dan masih menerima rawatan di HSJ,” katanya.


Berikutan itu, ibu mangsa membuat laporan polis.
Ibu kanak-kanak itu yang enggan dikenali, berkata dia tidak menyangka kejadian berkenaan boleh berlaku ke atas bayi perempuannya.


Menurutnya, dia menghantar anaknya ke rumah pengasuh berkenaan sejak 14 November lalu dan menjelaskan bayaran RM150 untuk bulan pertama.


“Kejadian itu memang di luar jangkaan kerana tiada siapa memberitahu perangai sebenar lelaki berkenaan. Dia tergamak melakukan perkara itu ke atas bayi saya,” katanya.


Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Seberang Prai Utara, Superintendan Mohd Sukri Awang ketika dihubungi mengesahkan kejadian terbabit.

Menurutnya, polis sudah menahan seorang lelaki berusia lewat 30-an dan anak lelakinya pada Sabtu lalu untuk membantu siasatan kes berkenaan yang dibuat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan.

“Kami masih melakukan siasatan berhubung kejadian berkenaan,” katanya enggan mengulas lanjut.

23 December 2008

CeRiTa CeRiTi

cite dr kampung...kenduri sume ok2 je..lauk cukup,jemputan Yassin ramai,penuh umah mak..penat tuhan je yang tau..sbb kitorg sefamily wat ape yg patut sendiri sebelum makcik2 kepochi tetepi umah mak aku tu datang merewang...pic masa kenduri x sempat nak di snap sbb ke'bz'an yang terlampau..biasa la kan,mak2 sedara aku kan ala2 mak datin gitu..datang makan je..nak tolong kemas,basuh pinggan sume tu,harrrrraaaaaaaaaammmm...tapi x pe,kitorg dah biasa..wat x nampak je la..VVIP kan..mcm ampeh..kat bawah tu ade la 2,3 keping pic yang sempat diamik adik aku..aku langsung x pegang camera..ecehhhhh..bz bebenonye...wakakakaka..

ni la budak yang diraikan sempena Majlis Kenduri Kesyukuran Berkhatan..dah beso dah adik kesayangan aku nih..

abah,mak,aku ngan adik lelaki aku..lokasi kat blakang umah bangsal port abah..prepare ape2 yang patut sehari sebelum kenduri.

bile dah penat,memasing terbongkang..padahal baru kul 11..laki aku dasyat tu siap bentang toto,berselimut bagai lagik..

kanak2 riang kat umah mak aku..umaeirah cucu kesayangan,faris cucu harapan (ecehhhhh,tgk la anak sape kan),geng beskal tua budak terencat suka memekak..

16 December 2008

BaLiK KamPunG..


blog ni direhatkan sekatika dari catatan meghapu sebab aku nak balik Kg..yea..yea..balik Kg..finally aku berjaya gak memujuk en.eri membenarkan aku balik MERSING awal sket ngan anak...mak wat kenduri sunat adik bongsu aku sabtu nih..so,kekonon aku sebagai akak sulong yang perihatin kena la menyibukkan diri,tolong2..kononnya!!!!hehehehhe..x sabo2 aku nak balik..naik bas je 2 banak..sbb en.eri keja lagik,ari Jumaat malam baru dia balik Jhr..beshnye naik bas,dah lama x menggedik dalam bas..doakan aku n anak selamat je eh..sambung nanti2 ye..da!!!!!muah muah..

15 December 2008

nTaHaPeaPe

'Abang ni, pakai tu elok-elok la sikit,' kata Liza lembut sambil membetulkan pakaian Usin. Usin tersenyum memandang isterinya.

'Cantik isteri abang hari ni,' Usin mencubit pipi Liza lembut.

'Ayah, ayah, cepat la yah,' Farah dan Adi meluru masuk ke bilik kerana dah tak sabar-sabar nak bertolak pulang ke kampung.

'Yelah, yelah, ayah dah siap ni.'

Liza hanya tersenyum melihat suaminya itu melayan karenah anak-anak mereka yang comel dan manja.

'Abang, dah lama kita tak balik kampung macam ni ye?'

'Iyelah, maklumlah abang ni sibuk dengan urusan perniagaan. Baru kali ni abang ada peluang untuk cuti panjang.' Usin berkata kepada isterinya tercinta.

Perjalanan daripada KL ke Tangkak mengambil masa lebih kurang empat jam. Farah dan Adi dah pun terlelap kat kerusi belakang. Begitu juga dengan isterinya, Liza.

'Tak sabar rasanya nak tiba kat kampung,' Usin berkata dalam hati.

Sedikit demi sedikit Usin menekan minyak keretanya. Semakin lama keretanya semakin laju dan Usin semakin seronok. Usin dah tak sabar untuk segera sampai ke kampungnya. Pedal minyak ditekannya lagi dan Honda Civicnya mula memecut.

Usin cilok kiri, cilok kanan. Habis semua kenderaan dipotongnya. Bangga betul Usin masa tu. Terlupa dia sekejap pada anak dan isterinya yang sedang tidur.

'Eh abang, kenapa bawa laju sangat ni?' tiba-tiba Liza terjaga dari tidurnya.

'Tak ada apa la sayang, rileks...cepat sikit kita sampai kampung nanti.'

'Sabar bang, sabar. Biar lambat tak apa....jangan laju sangat bang, Liza takut.' Liza cuba memujuk Usin supaya memperlahankan kenderaannya.

'Rileks Liza.tak ada apa-apa,' Usin terus memotong bas ekspres di depannya tanpa was-was.

'Haaa..kan, tengok. Tak ada apa-apa kan?' kata Usin setelah berjaya memotong bas ekspres tadi.

'Sudah la tu bang.'

'Ha... tu ada satu lagi bas ekspres. Liza tengok abang motong dia aaa....'

Usin terus masuk gear 5, pedal minyak ditekannya hingga jejak ke lantai. Usin terus membelok ke kanan untuk memotong dan.... di depannya tersergam sebuah lori balak yang besar dan gagah dan.....

BAAANGGG!!!

'Usin....bangun Sin,' sayup-sayup terdengar suara emaknya. Usin membuka matanya. Dia terlihat emaknya di situ.

'Mak, Usin di mana mak? Mana Liza mak? Macam mana dengan Liza mak? Farah, Adi.... mana anak-anak saya mak?' Bertubi-tubi Usin menyoal emaknya. Usin tak dapat menahan kesedihannya lagi. Usin menangis semahu-mahunya di depan emaknya.

Emaknya memandang Usin tepat-tepat.

'Macamana dengan isteri Usin mak, Liza?' Usin masih terus menangis.

PANGGG!!!

Kepala Usin yang botak itu ditampar oleh emaknya dengan tiba-tiba. Usin terdiam. Kenapa emaknya buat dia macam tu?

'Banyak la engkau punya isteri! Keja pun pemalas ada hati nak berbini. Tu la, tidur lagi senja-senja macam ni! Dah! Bangun pegi sembahyang!' emaknya terus merungut sambil berlalu keluar....

...Dan Usin tersengih keseorangan. Rasa macam nak masuk dalam tin biskut!

Malu beb!!

p/s : len kali jangan tido waktu nak maghrib..mcm2 mimpi leh datang..

13 December 2008

MaCaM MaCaM La...



Mak Minah dan Pak Mat ada 4 orang anak perempuan yang sangat disayangi. CT, SERI, MURNI dan SURI.

Suatu hari mereka berpakat untuk kawinkan anak-anak mereka serentak. Selepas diijabkabulkan, keempat-empat anaknya bercadang untuk pergi berbulan madu.

CT berbulan madu ke Pulau Langkawi, SERI ke Pulau Tioman, MURNI ke Pulau Kapas dan SURI ke Pulau Pangkor.

Sebelum pergi Mak Minah dan Pak Mat berpesan, “nanti jangan lupa hantar berita pada mak dan abah, ceritakan macam mana bulan madu korang. Tak payah tulis panjang-panjang, pakai KOD IKLAN aje dah cukup. Ringkas, padat dan cepat”. Panjang lebar Mak Minah memberi arahan pada anak-anaknya.

Seminggu kemudian mereka terima surat dari CT yg bertulis “KFC”. Tercari-carilah kedua suami isteri tu iklan KFC, bila jumpa tersenyumlah kedua-duanya bila membaca iklan yang bertulis “HINGGA MENJILAT JARI”. Berbahagialah si CT tu rupanya kata mereka.

Esoknya terima pula surat SERI yang bertulis “PEPSI”. Maka mereka pun carilah iklan Pepsi dan tersenyum lagi keduanya bila membaca iklan yang bertulis “NIKMATNYA HINGGA KE TITISAN TERAKHIR”. Bahagia juga si SERI rupanya.

Selang beberapa hari kemudian, tiba pula surat MURNI yang bertulis “STANDARD CHARTERED”. Maka dicarilah iklan Standard Chartered, sambil tersenyum mereka membaca iklan tu “BESAR, TEGUH DAN PERAMAH!”.

“Bahagianya si MURNI tu bang,” kata Mak Minah pada Pak Mat.

Seminggu berlalu tapi masih tiada surat atau perkabaran dari SURI. 2 minggu, tak ada juga. Pak Mat dan Mak Minah mula risau dan tertanya-tanya. Masuk minggu ke-3, barulah mereka menerima surat dari SURI dengan isi kandungannya yang bertulis “AIR ASIA”. Maka bergegaslah kedua-duanya mencari iklan penerbangan Air Asia tu, sebab dah tak sabar nak tahu apa yang berlaku pada anak bongsu mereka.

Tapi, bila dibaca Mak Minah dan Pak Mat terkulat-kulat tak tau samada nak senyum atau nak nangis.

“Bahagia ke si SURI tu bang?” tanya Mak Minah pd Pak Mat.

“Ntah…” jawap Pak Mat sambil menerung dan membaca berkali-kali iklan Air Asia tu.

“APA MOTTO IKLAN TU” tanya Mak Minah lagi.

Dengan selamba dan kuat Pak Mat menjawap “7 KALI SEMINGGU - 3 JAM SEKALI - NON-STOP!!”

P/s : adeyaiiii..pakcik makcik pun reti guna shortform2..slogan lagi tu..sungguh canggih!!!!hahahahhaha

11 December 2008

IstimeWanYa WANITA

Mengapa WANITA sangat Istimewa......


Si isteri dan Suami sedang menonton TV, seraya isteri berkata. "..i letih la..dah
lewat ni, i nak tido lah...."
Isteri pun pegi dapur nak tutup tingkap dapur, nanti masuk pulak
lipas...leceh pulak nanti..dah tu, ade pulak rice cooker dalam sink..rendam
lepas makan tadi..basuh jap...susun pinggan kat rak, lap dapur..terpercik kena sambal masa masak tadi...check air panas dalam flusk..takut habis pulak nanti malam anak nak
susu...memang dah kering pun flusk ni, jerang la air...sementara tunggu air masak, nampak pulak bekas gula dah kosong....salin la gula...check bubur untuk anak nak hantar ke taska esok..nasib baik ade lagi...ishh...ni lauk bila ni, semalam...dah beku dah...basuh la kejap....pegi yard, masukkan baju kotor dalam mesin basuh...penat dah ni, besok je la basuh...sidai
kaian lap je lah... tik...bunyi air dah masak...salin air dalam flusk...ok settle...

baru teringat tak semayang lagi...on da way nak g bilik, si suami tgk tv lagi...nampak pulak beg anak untuk hantar ke taska...check...baju 2 pasang, towel...towel kecik utk selsema...calamine lotion untuk sapu ruam...pampers 4 keping....alamak..telupa pulak masukkan botol...basuh botol jap...ok settle...

ternampak pulak beg g keje...emm..besok nak pakai beg polo coklat lah, asik2 pakai beg hitam ni je...salin jap barang2 g beg coklat...cek sume 6 poket beg, takut la tetinggal apa2..leceh pulak..selalunya barang yang tertinggal tu la yang nak pakai nanti...hishhh sempit la beg ni...hangin je...nak kena beli ni beg baru...rasenya 25 hb ni Sogo sale nih...mana flyers tadi ek...ha ni die..ok, catit jap kat yellow sticker, nanti lupa..ok settle...

Tetiba dengar suara si suami..."..u buat apa lagi tu..tadi kata nak tido.."...."..yelah nak tido la ni..nak smayang jap..."

masuk toilet..buat apa2 yang patut...cuci muka dulu..2 jenis lak tu...adoi..gosok gigi...smayang...pakai toner...pakai treatment cream...nak lawa and maintain punya pasal lah ni...
nanti orang kata baru anak satu dah macam anak 4 pulak...huhuhuhu...

bukak almari...emmm...pakai baju hijau ni lah besok...gosok kejap..check baju si suami, baju suami pun kena gosok jugak ni...kat bilik belakang...la, napa komputer ni tak tutup ni..gelas kopi pun ade lagi, dah bersemut dah..ishhh ...g dapur, basuh, sambung gosok baju...gantung elok2...kemaskan baju gantung2...masukkan seluar si suami yang dah kotor dalam tempat kotor...ok
settle..

dgr suara suami lagi..."..i dah ngantuk ni.."..dalam pada nak masuk ke bilik...owh...pokok aku dah nak mati ni ha..lupa dah 3 hari tak siram...ok,siram jap...check jap pintu ni...sah tak kunci lagi...grill pun tak tutup..ni kalau tak check ni, senang2 je mat indon masuk rompak umah
aku...bukak lampu luar..

ni mainan ni sepah2...masukkan la dalam bakul mainan budak ni...banyaknya...sampai bawah meja makan pun ade...adoi....ok dah ...

ok dah boleh baring...adoi sakitnya pinggang...cium si comel ni kejap...selimutkan die...la..napa basah ni...emm, tukar la pempers ni...tak bagus la brand ni, nanti nak tukar lain la...nanti g Sogo 25 hb ni beli la sekali...ok sayang tido k...kalau boleh jangan la bangun tgh malam ni eh..tido sampai pagi k...gud nite..sweet dreams...

aaahh...sedapnya dapat baring...mana pulak lotion sapu kurus aku nih...ha,ni dia...sambil sapu lotion kurus,,,setkan alarm...setkan program kerja besok...pg kul 9.30 ade meeting..
ahh...boring...panas pulak lotion nih..dah la...emm..sedapnya lelapkan mata...Ya Allah...terima kasih untuk rezekiMU hari ini,...mohon keberkatan dari mu tuhan...si suami pun bangun tutup tv..."...i dah ngantuk sangat ni...nak tido lah...citer pun tak best malam ni, bola pun
takde..."...selang seminit ...dengar suara si suami berkeruh...dah agak dah....

So?....apa yang peliknya..??

Anda tahu kenapa wanita hidup lebih lama?...*SEBAB ADE BANYAK KERJA NAK KENA
BUAT*....tu yang tak boleh nak mati cepat tu...


JaWaB Tag HiDaYaH LaK..

Hidayah,akak jawab dah tag awak...

Did anyone watch you the last time you kissed someone?
- yup..rasanya macam jiran nampak aku syiummm eri pagi tadi masa hantar dia depan pintu..

When you're walking, do you stop to drink?
- always..

Do you believe that if you want something bad enough you'll get it?
- Yuppo..

Have you ever kissed someone in a vehicle?
- yerp..my lovely en.eri n Faris..

Ever snuck out of your house?
- No

Kill or Be killed?
- Be Killed…aku kan pembunuh bersiri..

Break someone’s heart or have your heart broken?
- Heart broken…nyampah tau..uwaaaa!!!

What did you do today?
- kemas rumah,basuh baju,bawa Faris g playground sambil makan bger..

Do you like someone right this second?
- Yezz…I miss him..

Would you ever get a tattoo?
-No..x akan..x mungkin..x pernah terpk..

What was the last thing you ate?
- kek gula hangus..buat kat Kg aritu..

Are you a morning person or a night person?
- Morning person…byk kena settle bila siang datang..

Do you snore?
- Nooooooooo…I hate snore..

Do you know anyone who has gotten an abortion?
- Yuppo..no komen..

What would you do if you opened up your front door to a dead body?
- Jadi macam patung jap kot..kaku..batu..beku…then screaming…

Do you like to spend time with people?
- Yes!!I’m the “kepochi”..wakakaka..

Are you hungry?
- No..i’m on diet..hahahahhaha..

Are you a forgiving person?
- Yes..tapi sangat2 la simpan n ingat ape dah jadi..

When was the last time you did the dishes?
- 5 hour ago

Are you talking to anyone while doing this?
- No..en.eri bz ngan game…Faris dah zzzzzzzzz…

Do you want a relationship right now?
- I already in relationship…

What are you about to do?
- Yawn…hahahahha!!

Have you ever thought someone died, when they really didn't?
- Yup..zalim..mmg zalim..

If you could be a superhero what would you want to do?
- Make everyone hepi n smile…

Your name plus "ness"?
- Mengarut…dah macam Nescafe lak…Tuya”nes”..x kuasa aku…

Three feelings at the moment?
- Sleeping…missing…sadness…huhuhuhuhu!!!

Done anything you regret so far in life?
- Yes..banyak…

Are you listening to anything?
- No

Where are you right now?
- atas sofa,depan Tv..in my house

What are you scared of?
- Allah,dead…hilang makhluk2 yang aku sayang..

Last movie you watched?
- Budak Kelantan..teman en.eri la,ape lagi..

Last song you sang out loud?
- The reason-hoobastank…bagai nak rak aku menyanyi dalam keta semalam..

Are you thinking of someone right now?
- Yes..think bout en.eri..bile la nak berenti main game nih..huh!!!

Who is the last person you talked to on the phone?
- En.eri…

Last thing you downloaded on your computer?
- uPin n Ipin ..betul..betul..betul…

Have you changed much this year?
- Yes..so many changed..

Where was the last place you went besides where you are?
- umah mak gue kat Mersing,Johor…

Has anyone ever said you looked like a celebrity?
- hahahhahahahah..ape la soklan nih..ade ke x?tah…ade org kata aku gile glamour ade la..

Do you speak any other language?
- Yes..malay,English,klate n Jawa..hahahha..amik ko..

Do you dress for style or comfort?
- Both…style n comfort

Ever had a drunken night in Mexico?
- ape kebedah la soklan ko Tanya aku nih labuuuu…

What's the craziest thing you've done?
- Meroyan..hahahahahaha…

Favorite color(s)?
- Green...i luve green very mucho2…

What is your favorite Nickelback song?
- sape dia nih..x kenal la..aduyaiiii…

What are you looking forward to this summer?
- Sama sama…hehehehehehehe..

Last time you smiled?
- now... :)

If you could choose any fate what would you choose?
- Tak nak jadi bodo..

If you could have anything in the world, what would you want?
- Peace..

10 December 2008

JaWaB Tag JiWa KaCo

a) 7 fakta tentang aku :

-seorang pompuan
-seorang cikgu
-ade sorang en.eri dan sorang anak lelaki umur 7 tahun
-suka ketawa
-cepat marah tapi cepat ok semula
-x suka kena pujuk
-x ske tengok org sekeliling sedih

b) 7 perkara menakutkan aku di duniawi ini :

-hilang orang yang aku sayang (mak abah,adik2,en.eri n anak)
-tikus...eeeeeeeee...uwekkkk..
-bencana alam..banjir,tanah runtuh etc..
-bila en.eri marah
-mimpi ngeri2,mengarut2..
-kawan yang makan kawan
-talam 5,6 muka..depan baik..blakang kita mcm setannnnnnnnnn..huhuhu

c) 7 lagu yg paling aku suka :

-negaraku-tetiap pagi isnin kena nyanyi..time perhimpunan kat sekolah je la..hehehehe..
-the reason -hoobastank
-because of u -kelly clarkson
-fall for you-secondhand serenade
-tanpa-6sense
-i'm yours-jason mraz
-tiada lagi-amy search

d) 7 perkara yg aku selalu sebut :

-ampeh
-aiyarkkk!!!
-no..no..no..
-b!!!
-i love u (utk en.eri n Faris)
-padan muka..
-siottt jerk..

e) 7 perkara yg bernilai bg aku :

-nyawa aku
-en.eri n Faris,mak abah n adik2 aku
-lip balm
-benda2 dalam handbag aku (henpon,wallet,etc)
-laptop
-kawan2
-udara..klu x de mati la aku..

f) 7 pertama kali dalam hidup aku :

-pertama kali jadi bini,mama..ade family sendiri
-pertama kali jadik cikgu sandaran umur 20...
-pertama kali tampo classmate (tgkatan 3 sbb mulut mcm longkang,mengata aku)
-pertama kali aku benci pompuan nama Ayu Zuliani Zul (sbb mcm cinabeng)..aku benci dia sampai mati..
-pertama kali ade bestfriend pompuan tahun 2007..
-pertama kali beli henpon sendiri masa pas SPM
-pertama kali dapat gaji cikgu sandaran RM 700..mcm dapat 7ribu..x ingat2..

g)7 org yang akan terkena lak :

-YanDarwisy
-Hidayah
-Kak aizah
-Kak Yus
-Lina
-Eiza-sorry beb aku tau ko nyampah nak jawab tag..
-puterikurekure..

aLhamDuLiLLaH..



alhamdulillah..selamat juga aku sekeluarga menjalankan ibadah korban raya haji aritu..meriah sangat2 sbb family en.eri buat korban sekor lembu..bagi pada 7 bahagian adik beradik en.eri..dia pun amik satu bahagian wat aqiqah anak..dalam hujan gerimis tu selamat sumenya..dari awal nak menumbangkan lembu sampai la melapah..bagi2 daging,en.eri joint..aku memula x nak g tgk lembu tu kena sembelih,abah suh g sbb ade bahagian kitorang..niatkan aqiqah untuk anak..seram sejuk jugak la..kesian pun ade kat lembu tu..x byk pic yg ade kat camera aku sbb bateri kong,charger tggal KL lak..byk pic kat camera adik ipar aku..
nnti2 aku hapdet lagik eh..so far,sumenya berjalan lancar..sonok sangat2 sbb sume adik beradik en.eri balik..bayang kan la..adik beradik dia 12 org..ipar duai lagi..anak2 sedara lagik..mmg happening mcm nak roboh umah mertua aku..
anak aku awal2 lagi dah tggu org nak sembelih,x sempat2 nak bergambar..asik ilang je..sampai aku ngan en.eri kena sound ngan akk ipar aku..dia kata anak tah kemana tah,mama ngan ayah dia jadi pengantin baru dok posing2...ahahahhaahha...x dapek den nak nolong..

06 December 2008

SaLaM RaYe HaJi..


selamat hari raya aiDiladHa untuk sume pembaca blog aku nih..aku akan menyenyapkan diri sekejap dari berblog bagai nih..ade ke pkataan 'menyenyapkan'?hentam saja le labu....aku tnya en.eri,dia kata "awak dah x de ape nak dicabul ke,sampai jadi pencabulan bahasa"...ha????fening2..masa bila lak aku mencabul rogol nih...hahahahhaha...
aku akan balik KELANTAN...di ulangi ->KELANTAN selama 7 hari katanya...(minta2 la x sampai 7 hari)hehehehehe...en.laki aku cuti banyak sbb nak abiskan cuti...kononnya..lagipun Selangor kan 11hb cuti am..insyaallah,balik semula nanti aku akan menghapdet kan blog aku ni..

semoga kekawan semua berhepi2 sepanjang cuti ni,kumpul banyak2 cite nanti aku nak bace...doakan aku n sekutu2 ( kutu?hahahhahhaha..malang en.eri n adik2 ipar aku..kutu lak aku panggil korg) selamat sampai ke Gua Musang...pehal aku asik taip nama menatang je nih?enjoy ur days..muah muah..cemolot sket..

05 December 2008

KuiH RaYa aiDiladHa...

almond london ala Tuya...

popia ikat (penat aku mengikat,sebab tu panggil ikat)


sebab dah tau mesti balik KELANTAN nye,(wlupun kekonon wat x tau,kot2 la leh balik Johor..hehehhe) aku wat la kuih raya..aku wat almond london...sebab badam x cukup,aku pun belah2 le badam tu jadik 2,so almond london aku jadik bulat2 bukan lonjong2..selalu wat guna sebijik badam,nampak besar sket,ni jadi cumel2 je..semalam g tesco pun x de badam,mujur la ade kat kedai runcit area umah aku ni,tu pun saki baki raya puasa aritu aku rasa..dah niat nak wat,aku wat je la..
pastu wat popia ikat...aku panggil popia ikat,x tau la korang panggil ape ke namanya..inti dia serunding daging..bagai nak rak aku mengikat popia nih..buatnye mcm nak lumpuh,sakit2 pinggang,tapi time perabis nanti kejap je..gerenti la..ngan askar2 kat kg en.eri tu lagik..anak2 buah buih lagik..tak kisah la kan..janji hepi...

RaYa BaLiK MaNa...


Raya aji lagi 2,3 ari je..tapi kitorg x decide nak balik mana lagi..klu ikut aku dah tetentu la nak balik Johor,tapi en.eri mesti menang nye..ade la alasan dia nak balik Klntan sbb anak ade sana..nak amik anak balik la,anak lama dah tungu la..bla..bla..bla...tapi klu nak di bandingkan kemeriahan raya,meriah lagi raya kat Klntan klu raya Aidiladha..ape2 pun,ikut je la..boss is always right..dalam pk2 nak balik mana,sempat lagik aku wat kuih utk bawa balik kg..nnti bebila aku tunjuk kuih ape yang aku wat..tggu eh..

BaRanG FaRiS


Lepas maghrib semalam aku tengok2 buku katalog Tesco yang sampai kat umah..banyak gak offer,nak Christmas ni..macam2 la yang turun harga..belek2,terpandang lak promosi 'back to school'...tengok stationary,beg murah2 lak..ajak en.eri g,sambil2 survey tu leh la belikan anak nye kelengkapan sekolah tahun depan...aku bgtau en.eri,belikan alat2 tulis, beg je dulu..nak belikan kasut,baju etc tggu dia balik sini..en.eri pun on je..kitorg pun g la...sampai sana,mmg bahagian barang2 "back to school",banyak gile offer..klu leh sume aku nak amik utk Faris..ayah dia kata,"jangan tamak,mama!!"..hehehhehe..so,aku amik yang perlu2 je la..beg,kaler,set pensil case,drawing paper,etc...nak balik tu nampak la satu kiosk makanan Siam..macam pulut mangga,mee kari,somtam(kerabu mangga)...aku singgah beli somtam,lama dah x makan...sampai umah x sabo2 nak makan somtam,punya la pedas..merah2 mata aku makan,kalau en.eri tu mau menangis dia makan..last2 x abis gak somtam tu..dah membazir...huh!!!

03 December 2008

McD



en.eri tdo pas maghrib sampai kul 9.30...bangun je dia kata :

e : yang,kita makan kat luar la..malas la..
aku : aik..sape yang masak ni?kita yg masak awk lak yg malas..
e : banyak bunyik lak..nak belanja ni..jom la..sesiap..
aku : hehehehheehe..lain macam je,ade wat salah ke?

kitorg g makan kat McD Damansara Damai..ramai orang..meriah je nampak..aku rasa en.eri ni mesti dah pasan aku lain macam je asik perli2 dia..kat mcD aku tnya pasal henpon tu,dia kata kekadang speaker dia ting tong,x dengar ringtone..dia wat la vibrate,ade la gegar klu org tepon..bukan silent pun..huh!!!leh caya ke?pas2 aku kata klu ade scandal ke hapa ke bgtau la..senang lak aku nak wat persiapan..dia tnya nak wat ape?aku kata"anak, gue bawa lari dulu''...hehehhe..dia senyum je..dia kata jangan la pk bebukan..aku ingat sampai bebila dia kata "kalau B tipu sayang,ade pompuan lain,kena panah petir B"....ek'eleh..nama pun lelaki...
-CASE CLOSED-

Iye Ke TaK???

2,3 ari ni aku pasan yang en.eri selalu silent henpon...pastu mesti dok belek2 henpon,sms...pendek kata x leh jauh ngan henpon dia..aku dah mula terpk macam2 yang bebukan..ade pompuan lain ke???ade scandal kat luar ke???tapi balik keja mcm biasa,malam x kuor pun,kat umah x bergayut kat tepon pun...(x tau la kalau masa keja)..aku wat macam biasa je,tapi musykil..tak bek syak2 bebukan kan,tapi hati aku ni mcm nak tau jer..memang aku x pernah check henpon dia sbb aku percaya dia..aku nak tanya takut jadik hal lak nanti..tetau je la aku ni,x leh handle, emo lak..dia mmg cool je,takut aku yang melebih nanti..what should i do????blurrrrrrrr...

02 December 2008

JanTaN TaK GuNe....



Hello sayang...

kenapa sayang tak nak angkat tepon bila abg call handset sayang tadi... janganlah sayang merajuk lelama sangat, betui... abg tersangatlah rindu kat sayang..... walaupun muka abg ni agak macho dan comel.... janganlah sayang jeles kat abg kalau-kalau ada awek lain yang asyik pandang-pandang dan senyum-senyum kat abg masa kita gi dating.... biasa la tuh...

Apa...tak muat...??? kan sayang dah test cincin tu masa kat kedai emas apek tu tadi... apsal la tak muat pulaks.... janganlah sayang risau.... duit cincin yang sayang bayarkan tadi..esok-esok abg bayarla balik kat sayang..... sayang pun sedia maklum....abg bukannya takde duit.. tapi duit tu abg dah belikan graphic card baru kat pc abg.... RAM pun abg dah beli yg baru... tambah lagi sekeping...kasi power sikit.... tu belum masuk nak tukar harddisk baru lagi tuh....

Abg tau sayang marah sebab abg yang selamba katak jer... melompat longkang depan kedai apek tu tadi... tanpa menunggu sayang melintas titi.... bukan abg tak gentleman.. tapi abg cuma memeriksa kalau-kalau ada bahaya di seberang sana.... maafkan abg...tobat.. lain kali abg tak buat lagi.......

Kes masa makan kat kedai mamak tu tadi...sorry la... abg ingatkan nak test jer mee goreng sayang tuh..... soksek..soksek...masa sayang gi toilet.. tak perasan pulak..dah abih... sedaaaaaaappppp....!! tapi kan abg dah ganti ngan roti canai kosong abg?? tak sedap ker roti canai kosong tuhh??? udah ler tu... .janganla merajuk lama lama...

Oh yaa..!! henset kita ni kita tukar dulu la yee... abg pinjam jaap henset sayang... nanti abg tukaq la balik.... sayangkan ader handbag besar..senang nak simpan henset abg yg besar tu... Hehehehe .! . henset sayang kecik...buleh abg simpan dalam kocek abg...

Betuuuul...........! semalam abg dah booked tiket citer Madagascar 2 tuh... abg ingat la kan... cashier cineplex tu lupa nak key in dalam komputer dia la... pasal tu la tiket dah abis..... lagi satu....sampin dan songkok ayah sayang yang abg pinjam utk hariraya aritu... kira pinjam terus la yee.... boleh gaks guna masa ari nikah kita esok-esok... bukan abg taknak beli baru... tapi sayang la...benda elok lagi... buat apa nak beli baru kannn... tapi sayang jgn bagitau kat ayah sayang plaks... ayah sayang sure tak pasan punya sebab nanti abg dye la sampin tu ngan kaler lain....

Buat masa ni motor abg masih dlm wokshop.. ntah apa ntah pomen tu buat tak siap-siap lagi... jadi Gen2 sayang ni...kira abg pakai dulu la yee utk pergi keje... sayang bukan tak tau... tempat keje abg kan jauh... sayang pergi keje naik LRT pun bolehh........! ...

Lagi satuu.... besok sampai kat opis sayang nanti.....sayang tlg bank-in kan RM300 kat akaun abg ye... bukan apa...Gen2 sayang ni kuat mentekedarah minyakk betuii... motor kapcai abg pun tak camni...

Okeyla sayang...dah cakap lama ni... jgn lupa top up kan prepaid abg nii... esok2 senang abg nak call sayang lagi...

bye-byee....


betapa malang dan bangangnye la kalau dapat bf ke,tunang ke,laki ke mcm tu kan...memang x guna satu sen habuk...sayang melayang..hahahhaha!!!

01 December 2008

TiReD...

weekend yang memenatkan : adik ipar aku kan nak pindah rumah..berangannya nak dok dedekat ngan aku..yang mencipankan otak aku,rumah x dapat lagi..rumah yang dia nak blah ni owner dah suh clearkan.sbb adik ipar aku dah bg notis..aku yang bagus ni la jadik sukarelawan carik rumah sewa kat area2 umah aku..ekceli dah beberapa mggu kitorang dok melilau cari rumah,sume x kena..over budget la,nak ade swimming pool la,nak ade guard la,bla..bla..bla...last minute bile mmg dah x de rumah,kelam kabut..secara otomatiknya,aku telah menjadi gile kuasa,aku kata biar aku yang carikan..jangan banyak cakap,banyak komen..kalau x korang leh dok dalam khemah..x kuasa aku...hari sabtu 29.11 petang,aku ngan en.eri n pompuan2 yang x ade rumah tu g ronda kat aptmnt sebelah blok aku,lain taman tapinya..ade pagar la..lama menggedik,finally nak maghrib tu jupe gak satu umah ni..tgkt 4..tepon,deal,confirm...settle..terkejut beruk owner tu dengar bile en.eri kata nak masuk esok (ahad 30.11)..aku rasa mesti owner tu kata "rezeki..rezeki..nak beraya ni"..nak x nak,pompuan2 tu kena la anguk kepala je..setuju!!!balik Pantai Dalam,dengan kuasa vetonya aku mengerah tenaga bebudak ni packing sume barang deorang..makkk aiiiiiiii...dok 3 oarang,barang dah mcm sekampung..pkul 3 pagi baru tdo..tu pun ade yang lom settle..

ahad 30.11 : pkul 7 aku dah buka siren..(aku la bising suh sume bangun).pas bfast,sambung packing sume barang..en.eri cari lori..good news dia kata..."yang,lori rm 90 je"..wahhhhhhhh..adik ipar aku pun kata "ok kak ngah,save budget"..aku mcm tekejut..murah giler..Pantai Dalam -----Damansara rm90..pastu en.eri kata "but,without workers yer"..maknanya x de mat2 bangla yang tolong angkat barang le naik umah baru..dah le tgkat 4,x de lift..uwaaa!!!seperti yang di kepohkan..pkul 3 kitorg dah siap punggah bawak turun barang naik lori..pkul 4 sampai damansara..nasib baik abang en.eri datang,pastu adik dia, bujang2 rempit tu pun dah abis exam,tengah cuti sem..apalagi..kerahan tenaga la..penat nak mampos...ketaq kaki nak sampai tgkat 4..terkengkang2..tekangkang2 sume..adoiiiiiiiiiii...abang en.eri tnya..."mu dok raso tule belikak mu pendek ko?"..en.eri kata "doh pendek 3 inci doh ni"..hahahaha..lain macam je bunyiknye..sebelum pkul 7pm sume beres..alhamdulillah..malam td deorg sume tdo umah baru..aku n en.eri balik,tdo kat umah..pepagi tadi datang lak adik ipar aku ngan satu plastik itam besar..."ngoh,x chekak bena doh nih,basuhkan buleh..sume baju hok kotor ..nok g khijo lak ni''...bertuah tul..aku kata ok..tapi aku x kira kilo..aku kira selai bape...kesian lak bebudak ni,kat umah deorg x de mesin basuh..lgpun aku kan akak ipar mithali..heheheheh....yang pastinya lenguh2 kat badan aku ni x ilang lagi sbb memindahkan deorg..tapi puas ati -MISSION COMPLETE-...

29 November 2008

SeJeNaK


HULU TERENGGANU 26 Nov. - Selepas tiga tahun menjalani kehidupan berumahtangga, Wook Kundur, 106, mempunyai rahsia tersendiri untuk memastikan kebahagian bersama suaminya, Mohd. Nor Musa, 37, terus berkekalan.

Menurut warga emas itu, dia mengamalkan beberapa perkara untuk membahagiakan Mohd. Nor yang jauh lebih muda, antaranya sentiasa berfikiran positif, ceria dan mengurut tubuhnya sendiri.

Wook yang lebih gemar membahasakan dirinya 'saya' kepada tetamu berkata, tiga perkara itu membuatkan dirinya sentiasa muda dan mampu melayani suaminya dengan baik.

"Layan suami ada banyak maknanya. Pertama, layan makan minum dan pakaian. Yang itu, saya buat seperti wanita lain yang bersuami. Saya memasak, membasuh dan buat kerja rumah yang lain.

"Kedua, layan tempat tidurnya. Yang itu tak payahlah cakap dalam-dalam. Faham-faham sendirilah apa maknanya. Biar saya cakap, yang itupun tak saya abaikan. Berdosa abaikan suami dari segi itu," katanya ketika ditemui di rumahnya di Kuala Berang semalam.

Menurut warga emas itu, dia tidak akan berkahwin dengan Mohd. Noor jika tidak mampu melaksanakan semua perkara berkenaan dan lebih baik tinggal seorang diri sehingga akhir hayat.

"Saya nak cakap kepada orang yang buat fitnah, saya tidak abaikan suami dalam semua hal, kecuali masa demam dan tak larat.

"Memanglah, kita ini bukan sentiasa segar (sihat). Ada masanya sakit demam juga. Kalau kita sakit dan tak dapat layan suami, itu bukan abai namanya, itu di luar kemampuan pada masa itu," ujarnya.

Wook berkata, sejak muda dia melakukan amalan mengurut diri sendiri untuk memastikan tubuhnya sihat selain sentiasa lapang dada dalam menghadapi apa juga cabaran hidup.

Sepanjang usianya, wanita itu berkata, banyak pahit maung dialaminya, namun dia sentiasa berfikiran positif dan percaya semua masalah mampu diatasi dengan keimanan.

Menurutnya, dia pernah menghadapi saat kematian berbelas-belas suaminya dan menjadi ibu tunggal dalam tempoh tertentu namun semua itu dihadapinya dengan tabah.

"Saya ada lebih 20 anak, berpuluh cucu, berbelas cicit. Ada yang dah balik (meninggal dunia) lebih dulu daripada saya. Saya akan terus senyum (ceria) dan mahu habiskan baki usia ini dengan amal ibadat," katanya.

Menurut Wook, Mohd. Nor merupakan suaminya yang ke-22 dan antara yang termuda ketika mereka berkahwin.

baca artikel kat Utusan tu membuat aku berfikir,terfikir dan x abis pk...impressif...insaf jap...huhuhuhuhu...pas ni dah tak leh meroyan x tentu hala..ade lak en.eri cari cari nenek2 nanti..wakakaka..mengarut la..nauzubillah,minta di jauhkan..

28 November 2008

BeWaRe

JANGAN BELI BUAH-BUAHAN YANG TELAH SIAP DI POTONG

aku dapat email tadi..so nak la share ngan kekawan sume...Good to know.

A 10 year old boy, had eaten pineapple about 15 days back, and fell sick, from the day he had eaten.

Later when he had his health check done...doctors diagnosed that he had AIDS. His parents couldn't believe it...

Then the entire family under went a check-up... none of them suffered from Aids.

So the doctors checked again with the boy if he had eaten out...The boy said 'yes'. He had pineapple that evening.

Immediately a group from Malaya Hospital went to the pineapple vendor to check. They found the pineapple seller had a cut on his finger while cutting the pineapple, his blood had spread into the fruit. When they had his blood checked...the guy was suffering from AIDS..... but he himself was NOT aware.

Unfortunately the boy is suffering from it now. Please take care while you eat on the road side.

KenaNgaN

lepas sembahyang zohor,henpon bunyik,heheh..anak call..

::: mama,uje turun lebak sokmo sini,guane mama nok kelik amik amad g Key ell?
aku : lebat sangat ke?banjir ke umah atok?
::: lebak ma..air sunga naik doh..abih umoh 2,3 butir tenggele..
aku : awak main hujan x?kalau main hujan mama x nak balik raya nih..
::: dok pun..atok maroh kalu amad main luar..
aku : pastu,ni tadi wat ape?
::: sakni amad tengoh main huruf2 nga wawa,atis,abe,aina --(sepupu dia yang bercuti kat Kg)
aku : main huruf macam ne?mama x tau pun..
::: aloh..main teka memulo huruf tu ma..
aku : oooo..ha,dah la..abis kedit atok nanti.atok tahu x amad call mama ni?
::: tahu..amad yang soh atok dail..bye mama..royak ko ayoh deh,amad nok g jugok2 KL.
aku : iye nanti mama bgtau.bye mad.i love u...


klik..



lepas anak tepon tadi aku dok senyum sorang2..bile la anak aku ni nak betul cakap bahasa melayu.mama cikgu,anak bahasa melayu pun tonggang terbalik..rumah dia kata butir..wakakakaka...adeyai...

tingat gak aku masa aku darjah 2,3 dulu..main mainan sebutan huruf depan tu..main dalam 4 orang kan..kat depan laman umah jiran aku,masa tu mak dia tengah sapu laman.kitorg pun melepak main huruf2 ni..temanya buah..
aku,ita,emi,adik aku(umi umaeirah)..memasing hulur jari..kira huruf berenti kat jari mana..A,B,C,D,E,F,G,H,I,J,K,L,M,N...>>>N

emi : Nangka!!
ita : Nenas!!
aku :Nona!!
adik aku : N..N...N..ha..tau dah..N=Nonok

dengan tak sopan nya kitorang ketawa pecah perut...mak jiran aku ni pun datang,''sape yang ngajar adik cakap macam tu?''...sume x ngaku..dah mmg x de sape ajar dia cakap perkataan tu..makcik tu pun cakap "dah2,g balik..g mandi...dah nak maghrib.."adik aku dengan sengalnye tnya.."akak,Nonok tu ape?bukan buah ke?"sambil blu2...hahahahha..kenangan...


27 November 2008

petang tadi kak Sya hello2 aku..dia kata foundation aku order dah ade stok..yea..yea..x yah la aku susah2 ati lagi sbb foundation lama dah nak abis..muka aku sesuaiiii gitu guna Mary Kay ni..mahal memang la mahal sket tapi so far aku puas hati..dalam ujan2 tu dia datang gak hantarkan..tq bebanyak..buleh la melawa,menepek tetebal kat muka aku ni..biar en.eri sound macam2..wakakakaka...

PenYaKiT BerJanGKiT..


en.eri demam : pukul 3 pagi lepas dia tgk bola,dia kata seram sejuk..masa tu aku dah zzzzzzzzzzzzzzzz...aku bangun pegang badan ia..panasnye..kaki sejuk..aku pun amik minyak balm sapu kat sendi2 dia,sbb en.eri ni klu nak demam sakit sendi2 dulu..tanda2 awal la tu..yang aku pelik,selimut sampai ke leher..mengigil kuat lak..sejuk dia kata..sah le demam..bahaya kalau en.eri demam ni,mmg x leh wat ape la dia,baring tido je..agknye berjangkit ngan aku kot..aku bgun subuh,tgk dia tdo tp mmg kesian..aku tnya nak keja x?dia kata x leh..x larat..kesiannye en.eri,berjangkit ngan aku..tu pic dia tido kat depan..nak tengok tb katanya,sedar2 tb tengok dia..



26 November 2008

YuHuuuuuuu...

dah a few days aku x update blog...sumenya sbb demam..x larat..tido,baring,menanggung sengsara selsema,sakit tekak,lenguh badan..sume ade..hari ni aku dah ok 95%...cuma kekadang ade gak rasa bengang2 kepala ni..nak2 time sujud waktu sembahyang..ingat2 nak gelak lak,masa aku demam tu macam2 hal aku wat..naik pening kepala en.eri..meroyan tah ape2..siap ugut2 dia..yang x bestnye sebab sepanjang aku demam en.eri asik kena standby malam kat Eastin Hotel..hari kedua demam je dia cuti..kalau ingat2 balik macam x masuk akal je aku meroyan tah ape2,dah tetentu la en.eri tu keja..sorry B.



november rain...asik hujan je kan lately..skang dah x kita time,kalau dia nak turun tu..confirm...kalau x lebat,gerimis...tapi mesti lama...semalam dr petang sampai subuh..setiap kali hujan mesti mostly dr kita mengeluh..tapi nak wat macam mana,rezeki Tuhan nak bagi..terima je la...alhamdulillah..



petang tadik,aku malas la nak memanjakan badan asik baring2 je..pk2 nak wat something yang leh diwat menu minum petang..tengok sardin ade,kentang pun dah naik berpokok daun bagai,dr kentang tu idup jadi kebun kat bakul bawang aku,baik aku wat karipap sardin..tu la hasilnye yang lom di goreng..aku rasa masa uli macam x banyak,bile dah jadik..lebih kurang 35 biji jadinya..



jeng2...hasilnya..tu la rupa karipap aku setelah digoreng..x goreng sume,simpan utk esok2 sket..pastu bg jiran depan umah aku tu sket..aku rasa mcm x rapuh sangat kulitnye,en.eri kata ok je..ecehhhhhhhhhh...sama2 amik ati la tu,dah tau ade salah..hehehe..chawwww!!!

23 November 2008

DeMaM..


aku demam...srotttttttt..sretttttttt..srootttt..sreeettt....selsema teruk sangat2..asik bersin je..sakit idung aku dah..agaknya semalam aku terkena hujan..petang semalam aku g teman adikeri cari umah sewa area damansara ni jugak..nak dok dedekat,senang katanya..tetengah jalan satu block ke satu block ni,hujan turun...igtkan kena sikit je,malam semalam x leh handle dah,bersin...pastu mata berair je,tekak pun sakit...confirm demam..eri nak bawa g Klinik,aku kata x pe lagi..makan panadol ok la tu..
pastu pagi td,aku nak g beli bfast ngan adik eri kat bawah...dok lenggang kangkung mcm itik pulang petang sangat...tetiba aku terpelecok...aduhhhhhhhhhhh...tu la.jalan x tgk2 bawah,kan terpelecok..nasib baik x jatuh terjelopok..klu tak..malunye..
masa tulis ni pun pala tengah pening2 lagi,cuma x nak tunjuk kat en.eri sangat,x nak wat dia risau..elok2 nak balik Kg naik bas,dah en.eri x bg..sbb demam...anak lak asik call je bile nak amik..aku kata,ayah cancel plan nak amik this week.ayah kata balik raya aji ni ikut sekali balik KL...sedey..

22 November 2008

FamiLy aKu SaKiT..uwaaa!!

umaeirah ku sayang...



12.10 am : aku lom tido,x ngantuk lagi..sambil2 baca novel..en.eri jupe adik dia..x de kat umah...tetiba tepon aku tuttttt..tutttt..sms.




umi umaeirah : akak,aku kat spital HSI ni..Ya'um semput lagik...batuk2..biru2 muka..
aku : pulak..kena lagi..
aku terus call..leceh sms2 ni..





aku : ello..anak nape?
umi umaeirah : biasa la kak..semput datang lagi..td dia batuk2..pastu x leh nak napas..nasib baik ayah dia ade kat umah..x outstations..
aku : mana dia?
umi umaeirah : kat kecemasan..ngan ayah dia..aku tggu luar je doc kata 2 org je leh masuk..tadi musa kata mungkin kena sedut gas..tah ape cite la dua beranak dalam tu..
aku : ko ni bg anak minum ais ke?bla..bla..bla...bla...
umi umaeirah : mana ade,dah nak kena..dia kan x leh sejuk..bile x buka kipas x nak tdo..menangis kepanasan..bepeluh2..
aku : okey la..ape2 bgtau akk ye..esok tepon mak bgtau..mak demam tu..dah 3 ari..tadik petang akk call mak..
umi umaeirah : ok kak..harap sume ok je..bye kak...


aku x paham ngan anak sedara aku sorang tu..klu korang pasan baru mggu lepas g HSA Jb,malam ni dah g HSI Jb lak..macam2..wat aku risau..petang tadi gk aku baru tau bile aku call adik aku kat Kg,dia kata mak demam dah 3 hari..kena hujan..abah lak skang dah kena injek tetiap hari sbb doc kata berat badan dia dah bertambah susut sbb kencing manis..adik aku kat kg tu la yg jadik nurse injekkan abh tetiap malam..aduyaiii..sush hati aku..next week 25hb,adik bongsu aku lak nak sunat..aku rasa aku kena balik Mersing tengok2kan deorang..aku doa semua nya ok2 aje..key la..nak tepon en.eri cite..sedeynye...

21 November 2008

MenGaBaiKan..TeraBaiKan...Bye..Bye..

kepada cikgu2 sekalian,mcm ner cuti anda di hari Jumaat ini?sudah seminggu kita bercuti yer...ada yang kena jaga peksa,ada yang ready nak tanda paper peksa,ada yang dah g holiday pun..aku????waaaaaaaa!!!!nyampah...
aku tulis en3 ni sbb rasa mcm diri ni terabai dan di abaikan oleh en.eri...asyik main game je..sanggup x tido..sengkang mata..nyampahh..aku tau kat opis pun klu ade masa dia mesti curik2 main game..sbb kat lappy dia dah install game tu..aku nak report kat Boss dia..en Engineer yg suka ngular main GAME..aku protes ari ni..tunjuk perasaan..hasilnye..jeng2...

aku wat x nampak je pinggan mangkuk yang penuh menimbun2 kat sink tu..


aku saja tabur,sepah2kan sume buku2 aku..novel..tepon aku letak bawah...biar dia yang kemas..menciknye...

20 November 2008

aNaK


aku kemas2 buku nota aku..susun2 yang x guna,yang dah guna n yang akan digunakan..tetengah aku susun buku2,ade satu kertas terselit..aku tengok,rupa2nyalukisan anak aku..dia lukis pic dia (yang rambut cacak2 tu),pastu pic aku,bawah sekali pic ayah dia,pic aku ngan dia muka je dia lukis..pic ayah dia complete..pastu ade lak pic keta ayah dia..pastu tajuk dia "kereta bapa saya"..alahai,masa bile dia selitkan agaknya..aku x pasan..semalam tepon dia..dia tnya lg bile nak amik dia balik KL,nak g balik kg Mersing..aku kata ayah keja lom cuti..kesian dia..sabar ye nak..

ShooPinG...

cite ni dah 2 hari lepas..lepas maghrib aku g Tesco kat Damansara ni..tu je la tempat yang dekat ngan umah aku nak shopping2 barang dapur..banyak dah barang2 dapur dah habis,lama dah x g beli2..en. eri asik bz je memanjang...




masa nk g sempat posing lagi tu..en.eri pelik sket sbb kali ni kitorg kuor x ikut tema..heheeh..selalunya klu dia baju ijau aku mesti baju ade wane ijau2 sket..tudung ke..ni,dia pakai baju ijau..aku pakai sweater itam..





tak de la byk sangat kitorg shopping...tapi leh tahan lama la..dr kul 8 sampai kul 9.30..sbb aku ngan eri dah wat rule baru dalam bershopping,kena bandingkan harga.kelako nye..kat tempat sos je dah dekat 15 minit,namanya pun banding harga...huhuhu





selalu aku mmg listkan ape yang dah habis..list aku sama je tetiap bulan,tapi kali ni aku dapat la nampak perbezaan ketara jumlah belanjanya...klu selalu mesti rm120++,kali ni cuma rm86.00..wahhhhhh..nampaknye en.eri n Tuya berjaya reducekan budget bulan nih...yea... ni shopping barang2 kering je..gula,tepung,milo etc..



otw balik,kat tepi jalan ade orang jual durian...yum..yum..aku pun bgtau en.eri,aku nak makan durian..sedap je nampak...en.eri pun beli la..x banyak..4 biji je..kecik2..4 bijik = rm10..




ni la hasil kerakusan aku melahap durian..balik umah je,terus suh en.eri buka kan durian..x menyabo2..yang paling memalukan tu,aku makan sorg2..langsung x share ngan eri..dia pun x nak..x yah le pelawa..kuikuikui..






19 November 2008

erTi KaWaN


susahnya nak mempercayai seseorang yang boleh kita anggap kawan...sampai saat ni aku masih tertanya2 kenapa kawan baik aku sanggup wat aku mcm ni.sanggup jaja cite,sanggup khianati persahabatan kami...padahal aku percaya dia 100%..aku akui,aku memang senang berkawan dengan sesapa je,hi sana..hi sini..tapi untuk mempercayai someone,shared everythings dengan somebody ni,susah..lelagi ngan pompuan..aku x ramai kawan pompuan,leh dikira ngan jari..tapi aku bebetul2 x sangka kawan baik aku ni leh tikam aku dari belakang,menjatuhkan air muka aku...padahal selama ni aku x usik dia sikit habuk pun..aku hormati dia,percaya dia dan ak simpan semua cerita suka duka dia..tapi apa yang aku dapat????sedih tol...sekali aku suka,aku akan suka wlu ape pun keadaan kawan aku,tapi sekali aku benci,aku akan ingat sampai bila2..aku x memutuskan tali persahabatan antara kami,tapi aku anggapkan aku dah tak ada kena mengena ngan dia,aku x pernah kenal rapat ngan dia dan aku x kenal dia..for my ex bestfriend : thanks 4 everything,thanks sbb kita pernah jadi kawan baik n jangan ulang ape yang dah kau buat masa dgn aku dulu pada orang lain..and one more thing...utk kwan2 aku yang baca luahan geram aku ni,''dunt judge the books by its cover'',aku dah terkena..x semestinya luaran alim,bertutup litup elok dalaman nya pun elok..tah2 lebih busuk dari orang yang terdedah2 tu..huh!!!!aku benci kau @#$%^....

18 November 2008

To My BestFrienD


this is for my bestfriend...skang dia tengah frust,keciwak...sedey sbb asik ade je x kena ngan hubungan dia ngan sape2 pun..aku sedih gak bile dia asik frust,but dun wori za,aku tetap ade ngan ko..sedih ke gumbira ke...harap2 bile baca kata2 kat atas tu semangat dia pulih semula...jgn la pasal sume tu dia jadi putus harapan..

17 November 2008


eri majuk...zzzzzzzzzzzzzzz x nak bgun2...dia majuk sebab aku x kejutkan dia makan sama2..bukan x kejutkan,dah macam ape aku kuor masuk bilik kejut dia.aku dah le lapar tahap cipan pasir masa tu..macam nak hangin pun ade..aku siap baca surah Yassin kat telinga dia,Ya Rabbi..makin sedap dia tdo..aku pun malas tggu2..makan le dengan tekunnya..dah kul 9 kan..perut aku lapar la..dia tdo baru je pas sembahyang isyak,tapi nyenyak nye,x yah cite la..pkul 11 dia bgun jeling2 aku..dia kata "sampai hati sayang makan sorang2 x ingat kat B"..aku masa tu macam nak fire je dia..dia kata ku x kejut dia?????pastu aku idangkan dia nye makanan..still msam muka dia..alololololo B..sorry eh..hehehehheh..sape suh tdo x hingat dunia..sekejap je dia majuk tu..