The Best Followers

31 July 2009

aGaKnYe DaH aBis aNaK oRanG Dah KoT


KUALA LUMPUR: Sukar dipercayai apabila perasaan terlalu sayangkan anak kera yang dipelihara tidak ubah seperti anak kandung sendiri menyebabkan seorang wanita sanggup menyusukannya.

Malah, anak kera berkenaan turut diberikan layanan sama seperti bayi apabila dipakaikan pakaian bayi dan kelengkapan lain.


Sumber Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) berkata, perbuatan itu terbongkar apabila sepasukan anggota Perhilitan menerima aduan daripada jiran seorang wanita memelihara seekor anak kera di rumahnya di sekitar ibu kota sehingga menyebabkan ketenteramannya terganggu selain mengotorkan kawasan.

Susulan itu, sepasukan pegawai Perhilitan melakukan pemeriksaan ke rumah wanita berkenaan dan tidak menemui sebarangbukti kekotoran atau bunyi bising seperti didakwa jiran.



“Kami hanya menemui seekor kera jantan dalam rumah itu dipercayai dipelihara wanita terbabit tanpa lesen.

“Wanita itu mendakwa memelihara kera itu ketika baru dilahirkan,” katanya.

Difahamkan, wanita berkenaan sanggup memberikan payu daranya untuk disusukan kepada anak kera berkenaan setiap hari.

Malah, wanita terbabit turut membelikan susu bayi tambahan untuk diberikan kepada kera berkenaan.

“Siasatan mendapati, kera itu diberikan layanan istimewa sama seperti bayi biasa apabila turut dipakaikan lampin pakai buang yang ditukar setiap hari.

“Wanita berkenaan didapati tiada anak menyebabkan dia melayan kera itu sebagai anak,” katanya.

Menurutnya, menyedari wanita terbabit tiada permit atau lesen untuk menyimpan hidupan liar, pegawai Perhilitan terpaksa merampas haiwan berkenaan.

Bagaimanapun, wanita itu merayu supaya kera terbabit tidak dirampas sambil meratap hiba seolah-olah kera itu anak kandungnya.

“Walaupun kera itu nampak jinak, dipelihara seperti anak manusia, ia masih hidupan liar dan mempunyai naluri buas dan boleh bertindak di luar jangkaan,” katanya.

-sumber dr HarianMetro-

**macam2 halnye dunia sekarang..sayang binatang pun berpada2 la..ni sampai bagi susu badan bagai.ape cite nih?ishhhh!!!x sesuai betul..



30 July 2009

RoadTax YanG MaLanG..



aku sebenarnya dah lama x naik keta wira eri..
aku x nak naik sbb x de air cond...heheheh
dah berbulan rosak lom betulkan..
dia je la rela berpanas bawa g keja g site..
kalau kuor mmg bawa viva je dah skang nih..
ptg semalam aku saja la nak belek keta dia..nak wat spot check la konon...
x sempat tgk ape2 lg,aku nampak dah sesuatu yang wat aku mcm nak naik hangin tsunami..
nape la leh jadik mcm tu kan..
leh je dia wat x nampak pastu x tampal ke ape ke..
ishhh!!!tgk la sendiri..

boleh plak dia tgk je roadtax yang mmg dah separuh hancur tu tersadai kat dashboard tu..bile aku tnya dia kata "panas sangat..tu sbb roadtax tu tertanggal..nak lekat semula dah x leh sbb dah keras,nak ratakan nnti dia koyak retak lak"..alasannn!!!


aku pun x paham mcm ne la leh koyak mcm tu sekali..aku try la amik..mmg keras dah plastiknye..leh patah2kan lagi..hahahhahaha..sengal tol la..eri siap sound..jgn usik2 takut terbang jatuh lak nnti..

macam2 hal nye..x abis memikir aku..nasib bek la expired x lama lg..bulan 9 ni..leh dapat roadtax baru lak..



29 July 2009

JaDi BaBy SiTTeR JaP



malam td lepas maghrib tengah aku melipat kain,datang lak si mak Piqah..
nak minta aku tolong jagakan si Piqah..
dia ni dok selang 4 rumah dr rumah aku..
dia nak g tgk umah baru..dia nak pindah bulan depan..
eri lak g umah adik dia..tggal aku sorg2..
ok gak kalau aku jaga budak kecik nih..ade gak la wat riuh rendah umah..


memula datang suka suki ko yer..senyum gelak lg..


mak dia siap bawa mainan bunyik2..nak suh anak dia main..takut nangis..ketumbuhan kat idung dia yang merah tu dah susut dah..aritu mak dia bawa g doc,sedut sket2..kesian budak nih..



dia nampak lak laptop aku kat bawah..bukan main lagi dia ngetuk keyboard..mcm pandai je kan..pastu gelak2 sendiri..


masa ni dia dah mula nak intro2 nangis..dah penat main agknye..kena la aku dukung2..pastu melalak bagai nak raknye..
nasib bek mak dia tggalkan susu..kalau x haru gak la aku nak cari kat ne la susu bg dia..susu yang adoo dah lama expired...ngeh ngeh..hehehe..



abis sebotol susu dia..senyap..rupa2nya zzzzzzzzzzzzz..nyenyak sampai x sedar ape dah..mak dia dtg amik pun dia tido lg..letih la tu main..





abis tisu dia kuorkan dr kotak..pastu dia dok koyak2kan..bile aku tegur dia wat sampah..leh lak dia senyum2..geram aku tgk..mcm nak gigit lak anak org nih..



28 July 2009

MoK BaLiK Kg..KuaRanTiN..



malam semalam aku tggu adik aku (mok) kat Pudu..
dia kena kuarantin..satu UUM kena balik..kuarantin H1N1..
abis sume IPTA kena kuaratntin dah ni..sek aku pun dah cuti seminggu..
ade 4,5 org budak demam x elok2..
jangan jeles teacher Tuya coti..hehehhe
jadiknye aku le yang dipertanggungjawabkan oleh mak ngan abah utk menunggu dia kat Hentian Puduraya..
dia nak balik kg terus..so,aku terus belikan tiket ke Mersing..
dapat tiket pkul 11.00..masa sampai Pudu tu baru kul 8.00..
nak balik umah aku mcm malas je,nak patah2 balik..
so kitorg pun melepak la kat Dataran Merdeka sampai kul 10.30..

melepak time..banyak cite Mok ngan aku borak..mcm dah bertahun x jupe..padahal baru sebulan x jupe..huhuhu


eri cover mata..ngantuk dia kata..pas amik pic,dia masuk keta..zzzzzzzzzz..senang betul..


bercahaya n warna warni..tapi x clear sangat sbb guna hp..x bawak camera..aku bukan main lentok posing..eri lak wat muka tah ape2..


bye Mok..sonok ye ko nak coti balik kg..x nyabo2 nak jupe mak abah..

pg td mok sms selamat dah sampai umah pkul 4.20 am..abah dah dok tggu dia kat Busstand Mersing..alhamdulillah..dok la cuti kat kg menghabiskan durian ngan rambutan kat kebun ye Mok..akk x leh balik kg walopun cuti..banyak assgment x siap..ni la masa nak siapkan assgment research aku..



27 July 2009

PanDai SanGaT La Tu..




adeiiii..
mcm ne la dia leh terpk nak letak huruf F lak kat situ..
kreatip sungguh..
mmg nak kena la budak nih..siap ko..

26 July 2009

aLFatihah...

Yasmin Ahmad meninggal dunia




KUALA LUMPUR: Pengarah filem dan iklan terkenal Yasmin Ahmad meninggal dunia kira-kira 11.25 malam ini.

Perkara itu disahkan oleh Ketua Pegawai Operasi Kumpulan Media Prima Datuk Seri Ahmad Farid Ridzuan yang berada di Hospital Pakar Damansara ketika dihubungi Bernama.

Yasmin, 51, rebah ketika membentangkan kertas kerja di Sri Pentas, ibu pejabat stesen televisyen TV3, pada Khamis dan dikejarkan ke hospital berkenaan.

Beliau dilaporkan mengalami strok dan pendarahan di bahagian otak. - Bernama


24 July 2009

SeMaK oTaK




kata katamu mengguris,mengecikkan hati aku..

namun kebisuan mu membunuh aku..

bgtau la aku..

tak kisah la kalau alih2 kata2 mu wat hati aku retak seribu..

sebab aku tau,sume ni salah aku..


23 July 2009

TaG Dr KaK Yan...SiaP dah..




Kenali saya..TuYa..

-keras kepala,cerewet,peramah,suka suka hati je....

Apakah perasaan anda?
-Sedih..sbb dah gemuk..seyes aku dah gemuk..x suka tau..

Saya nak makan....
-tak nak makan ape2..kuarantin dr makan..diet konon!!!!tapi tekak ni tingin nak makan tosei..huhu..

Saya tak suka...
1. menunggu dan di tunggu..
2. rumah bersepah..ashtray penuh (eri la tu )..buat sofa mcm tempat sangkut baju..
3. kawan makan kawan..

Impian saya...
-nak kurus!!!nak kurus!!nak kurus!!!

Haiwan yang saya tak suka...
-tikus..eeeeeee..geli betul..leh hesteria kalau nampak tikus..

Harapan saya...
-Hidup akan aman bahagia,di lindungi Nya..

Jika masa boleh berputar...
-aku minta maaf kat arwah nenek atas ape yg dah aku wat..tapi nak wat cane,x sempat..:-(

Hp saya adalah...
-sony ericsson walkman

Saya pernah bercinta sebanyak...
-3 kali..wakakakakka..cinta munyet kot..ngan eri gak melekat..

Saya suka pada...
-bau rumput baru lepas dipotong..kecantikan..kehijauan..kamus..

Kawan2 saya ada...
-kat mana2 ade kawan aku...korang2 yang baca ni..pakcik tukang baiki kasut..adik keja 7e..makcik cleaner kat sekolah..sume la kawan aku..

Pernah dikhianati?
-pernah..banyak kali..dikhianati oleh kawan2 yang aku caya..

Apa yang anda mahu lakukan kepada orang yang khianati anda?
-dah wat dah pun..terjumpa kat pasar malam,dia tegur aku..aku wat x kenal je..wat x nampak..pastu ade satu masa dia susah minta tolong aku,aku wat pekak beku..aku benci tol ngan minah tu..

Senaraikan 8 orang yang anda nak tag:
-sape nak wat,dipersilakan..sape x nak wat..sila abaikan..hehehhe..


16 July 2009

MaCaM MaCaM HaLnYa



1. Kondominium tidak ada kena mengena dengan kondom. Tetapi di kondominium kita boleh dapat banyak kondom terpakai.

2. Aurat dan urat adalah dua benda yang berbeza. Namun begitu, apabila melihat perempuan yang mendedahkan aurat, urat lelaki akan krem di sesetengah kawasan.

3. Kuih tat enak di makan. Tapi apabila kita makan lapan keping kuih tat, kita mungikin dituduh mencarut. Kalau tak percaya, cuba kira satu tat, dua tat, tiga tat, sampai lapan.

4. Laksamana adalah jawatan besar di dalam kesultanan Melayu Melaka. "Laksa kedah" pula adalah contoh jawapan kalau orang tanya kita "laksa mana ni?"

5. Barbeque adalah makanan yang enak. Namun begitu 'babi queue' haram dimakan oleh orang Islam.

6. Membuat tahu sumbat sungguh meletihkan. Lebih letih lagi kalau orang lain hanya tahu nak sumbat je tahu sumbat dalam mulut.

7. Si Bosia dan Bojan dipandang hina oleh masyarakat. Namun begitu si Boroi yang makan duit rakyat mendapat sanjungan.

8. Bermain bola keranjang memang meletihkan. Bermain di ranjang juga boleh meletihkan.

9. Allahyarham P.Ramlee tak pernah dapat Lesen P sebab baru diperkenalkan. Penyanyi pop yeh yeh L.Ramli mungkin pernah dapat lesen L. Tapi Allahyarham A.Ramlie tak pernah dapat lesen A sebab tak ada.

10. Ramai orang lelaki takut kalau-kalau mati pucuk. Tapi tak takut kalau-kalau mati esok.




14 July 2009

WeeKenD

alhamdulillah..selamat aku sampai kg Jumaat lepas dan selamat gak balik semula KL pg semalam..naik bas..best sbb dah lama x naik bas..

pic tu masa ari Jumaat lepas nak g JB...eri hantar kat Pudu..naik bas Transnasional..aku g JB sbb nak g umah adik aku dulu...ade pojek sket..pas tu baru sama2 balik Mersing..


1st day kat JB..kitorg g Jakel..tu le pojeknya..heheh..nak g beli langsir utk mak..sambil2 tu beli baju raya sekali..kebetulan Jakel ade sale..ape lagi,serbu la..si umairah sampai tertido2 kepenatan..


malamnye kitorg g umah member aku a.k.a akk adik ipar aku, kat Nusajaya..tengok anak dia kena campak..tapi yg bestnya,anak dia x nangis merengek pun walopun demam..bgus tol..

makan kat Anggun Restoran kat Larkin..makan malam di taja oleh adik ipar aku.


sampai Mersing ari Ahad pagi..x banyak pic aku amik..leka makan buah2,sampai x ingat nak kelek kamera g kebun..aku makan durian sampai muntah2,muak..tapi tamak..amik ko Tuya..


nak balik KL abah dah sesiap bungkuskan aku rambutan,durian,buah sukun dalam satu kotak..dah macam nak meniaga..nasib le tempat letak beg bawah bas tu kosong je..sumbat je la..ptg tadi aku dok bagi2 hasil..mak siap pesan suh bg jiran2 kat umah ..dr ujung ke ujung floor aku ni aku bg..dapat le sikit sorg..merasa..


10 July 2009

TuYa BaLiK Kg


balik kg..hooo..hoo..hooo balik kg..
aku nak balik kg jap lg..
nek bas..sorg..solo,single..hehehe
doa2 kan aku selamat sampai ke JB dgn selamatnye..
bye kawan2..



LemBu PuN aDe GuNanYa





Ada kisah seorang anak yang diberi peluang untuk belajar di Amerika untuk dapatkan Degree, tapi selepas 15 tahun, x pernah lulus, akhirnya bapak dia dah x sanggup lagi tanggung beban wang untuk anaknya itu,terpaksalah dia bawak balik ke Malaysia.

Sepanjang perjalanan dari airport ke rumah, bapaknya diam aje (marah la tu).
Sianak dah rasa x best, so dia pun cari la idea untuk berbual & tunjuk pada bapak dia yang dia kat Amerika ada gain something la dgn pekembangan teknologi. So dia ckp dgn bapak dia:

Anak: Bapak tau x,kat Amerika sekarang teknologi dah maju giler. Sekarang nak buat sosejx payah nak sembelih lembu, buang kulit, masuk je lembu dalam machine,dah jadi sosej....

Bapak: Itu teknologi dah lapuk. Kat Malaysia lagi advance. Aku 32 tahun dulu, masukkan sosej aje dah keluar lembu sekor... menyusahkan plak tu..(sambil jeling kat anak yang dah x syak lagi kelembapan otaknye)


***haahhahaaha..moral pada cite tu,kalau nak pandai,berjaya kat mana2 pun leh jadi...yang penting hati,niat dan kesungguhan kita..lembu pun banyak jasa tau..



09 July 2009

PPSMI dimansuh???



Tingkat pengajaran bahasa Melayu, tanpa ketepi bahasa Inggeris



KUALA LUMPUR: Isu Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) yang mendapat bantahan beberapa pihak, terutama pejuang bahasa dijangka berakhir berikutan keputusan kerajaan memansuhkan dasar itu.

Sebagai ganti, kerajaan akan mengumumkan strategi yang lebih menyeluruh untuk meningkatkan pengajaran bahasa Melayu dan pada masa sama tidak mengetepikan kepentingan bahasa Inggeris di semua peringkat sekolah.

Menurut sumber, dasar baru itu dijangka bermula pada 2012 dan akan dibentangkan pada mesyuarat Kabinet hari ini untuk kelulusan.

Antara langkah yang dijangka diumumkan kerajaan untuk meningkatkan penguasaan bahasa Inggeris adalah menambah bilangan guru dan waktu pelajaran bahasa itu di sekolah, memperkenalkan subjek baru serta merapatkan jurang perbezaan pencapaian murid luar bandar dan dalam bandar.

Sementara itu, Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, ketika diminta mengulas perkara itu, berkata beliau akan mengumumkan keputusan muktamad kerajaan selepas membentangkannya kepada Kabinet tetapi enggan menyatakan butirannya.

Beliau yang juga juga Menteri Pelajaran, berkata keputusan itu dibuat selepas kajian teliti termasuk perbincangan dengan pelbagai badan atau pertubuhan berkaitan pendidikan.

"Tunggulah esok (hari ini). Saya sudah mengemukakan memorandum kepada Kabinet mengenai kedudukan PPSMI dan apa yang telah dilaksanakan dan bagaimana kedudukan penguasaan bahasa Inggeris serta subjek Sains dan Matematik sejak kita melaksanakan dasar itu," katanya selepas melancarkan Projek Gerak Bakti Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR), di Kompleks Seri Pekembar Pagoh, dekat Muar, semalam.

Beliau berkata, kementerian sudah membuat banyak kajian dan menemui pelbagai hasil termasuk prospek masa depan PPSMI sebelum dibentangkan kepada Kabinet.

"Antara yang diteliti dan menjadi perkara pokok ialah bagaimana kita meneruskan usaha memartabatkan Bahasa Kebangsaan, di samping memperkukuhkan penguasaan bahasa Inggeris," katanya.

Beliau juga berkata, keputusan mengenai kedudukan PPSMI tidak dibuat secara terburu-buru dan bukan kerana desakan serta tekanan mana-mana pihak, sebaliknya ia berdasarkan kepentingan pelajar dan keutamaan untuk mempertingkatkan sistem pendidikan negara.

Ditanya sama ada keputusan itu adalah yang terakhir dan tiada lagi kajian selepas ini, Muhyiddin berkata pihaknya sudah menerima pandangan mengenai PPSMI sejak bertahun-tahun lalu dan sepatutnya sudah ada keputusan muktamad dicapai.

Beliau turut mengakui mengadakan perbincangan dengan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad untuk menjelaskan kedudukan PBSMI dan membentangkannya kepada Majlis Tertinggi Umno untuk mendapatkan input daripada pimpinan parti.


****bagus la kalau di beri pilihan utk mengajar dalam 2 bahasa...bukan ape,aku memikirkan bebudak yg x paham BI,mestii ketinggalan..aku pun kat sekolah kkdg berbelit2 nk menyebut n menerangkan istilah2 Sains tu..x pasal2 kena kelek kamus kehulu ke hilir..bukan x elok pembelajaran dalam Bahasa Inggeris,tapi mmg ketara pratus penurunan markah subject yg di ajar dalam Bahasa Inggeris...patutnya kita kena pk pemahaman student..tapi skang alhamdulillah,tak la beban sangat utk student2..kalau pk2,negara China,Jepun,Korea gunakan bahasa kebangsaan deorg je dalam sistem pembelajaran,tapi boleh juga maju kan..


07 July 2009

RuMaH MaLanG...





Seorang lelaki baru sahaja bertengkar dengan isterinya. Habis bertengkar, secara tiba-tiba sahaja isterinya terus mengemas barang-barangnya ke dalam beg.

" Kenapa ? " lelaki itu bertanya.

Isterinya terhenti sebentar. Dia merenung lelaki itu lalu berkata,

" Kita sudah berkahwin lebih lima belas tahun. Dalam masa itu, rumah ini tak pernah aman. Asyik bertengkar saja. Saya sudah tak tahan. Saya nak tinggalkan rumah ini ! "

Lelaki itu berfikir sebentar. Dia kemudian berlari ke dalam biliknya dan membawa keluar sebuah beg pakaian.

" Betul juga kata awak. Aku juga dah tak tahan dengan rumah ini. Aku nak ikut awak keluar dari rumah ini ! "



****wahahahahahah....huiii!!!leh lak selamba badak salahkan umah..kalau mcm tu tah berapa ratus bijik rumah le deorg dok pindah randah...sengal!!!




LaKsa iTu SeDaP..RuGi aKu x MaKaN



hari minggu aritukan aku ade g bestday aiman anak kakcT..
walaupun lambat tapi tetap datang..
lagipun mak datin ni ade tggu..mmg nak jupe pun..excited sangat..
x de banyak la pic,ni pun cedok kat blog datin tu..hehehe..


tapi mmg betul la..laksa kakcT,terangkat...eri makan tambah 2 kali tu.
aku je x makan sbb masa tu kenyang lagik..rugi2..kena mintak resepi la pas nih..


aiman tote dah setahun..


alahai opet cumel ni..mmg cute sangat2..


asik jatuh je skarf dia nih..mcm ne ko pakai pun,ko tetap cumel macam....
(heheheh..mula la ade org pasan..)


x yah le malu2 b..makan je la..sodap dia nye rojak..


kakcT n kak ai..meletop2 korang tau..



alahai..tecit je rupanya mak org nih..aku lak dah mcm mak buyong..adakah????hahahha..

Tuya n KakcT

Tuya n Datin..eceh!!!!


aku beli 2 tudung kak ai..nnti aku pakai aku posing2 gedik tau..


sweet sangat anak2 kak ai..suka aku tau..yang pegang belon tu la bakal menantu ensem aku..kena kumpul duit banyak2 nih..letak deposit..hahahahah..


nanti aku cedok lagi kalau ade pic2 lain kat blog kakcT lak eh..heheh