The Best Followers

07 July 2009

RuMaH MaLanG...





Seorang lelaki baru sahaja bertengkar dengan isterinya. Habis bertengkar, secara tiba-tiba sahaja isterinya terus mengemas barang-barangnya ke dalam beg.

" Kenapa ? " lelaki itu bertanya.

Isterinya terhenti sebentar. Dia merenung lelaki itu lalu berkata,

" Kita sudah berkahwin lebih lima belas tahun. Dalam masa itu, rumah ini tak pernah aman. Asyik bertengkar saja. Saya sudah tak tahan. Saya nak tinggalkan rumah ini ! "

Lelaki itu berfikir sebentar. Dia kemudian berlari ke dalam biliknya dan membawa keluar sebuah beg pakaian.

" Betul juga kata awak. Aku juga dah tak tahan dengan rumah ini. Aku nak ikut awak keluar dari rumah ini ! "



****wahahahahahah....huiii!!!leh lak selamba badak salahkan umah..kalau mcm tu tah berapa ratus bijik rumah le deorg dok pindah randah...sengal!!!




5 comments:

dkama said...

hahaha rumah tuh berantu... diorang ok... mudahan diorang dapat rumah KEDAMAIAN... hahaha PEACE...

suhaila-ab said...

aku jarang bertengkar lam umh..kat umh aman je...tp kalau lam kete selalu...jadi kene jual kete gamaknya...

s@y@ngh@sni said...

untuk mengelakkan rumah jadi malang,
gaduh arr kat luar rumah..

mmg sengak arr..

mamai said...

tu namanya banggang.....mau makan penyepak tu

Jess said...

Hi, saya tinggal kat Johor juga

dah tak de apa lagi yang boleh di salahkan. salahkan rumah je lah...