The Best Followers

18 October 2012

-Diari Itu Masih Ada






diari..
satu masa dulu pernah menjadi kawan baik Tuya..tetiap hari mesti nak report dlam diari..
rutin dari bangun tdo,sampai nak tido plak semula..
selalunya tulis diari masa nak tdo tu,dok la bercerita kat situ apa jadi satu hari..
kdg2 dah mcm cerpen lak kekdahnya..
tak pernah jemu nak tulis tetiap hari..
simpan lak sorok2,dalam almari bawah lipatan baju ler..
dalam kotak bawah katil ler..
x nak bg org baca kan..heheheheh

dr zaman sekolah,sampai la abis sekolah,keja..
cuma lpas 2,3 tahun keja tu mcm bz sket kan...
skip2 la tulis rutin tu..
kalau zaman sekolah tulis dalam note book,buku tebal kecik tu..
zaman dah keja ade duit sket,beli la diari muslimah la,mcm2 ade..
kalau x pun guna je diari sponser dr opis..hehehehe..

sedar x sedar,zaman2 diari ni dah lama Tuya tinggalkan..nampak sangat dh kertu
skang dah ade blog kan..dah leh ganti diari..tulis ape je rutin n cerita dalam nih..
siap ade gambo bagai lagi kan..
lebih praktikal katanya..

aritu kemas2 segala kotak lama dgn nawaitunya nak cr geran keta yang tah kat mana hilangnya..
x sengaja jupe lak koleksi diari yang ade..saki baki yang x dimusnahkan..yang lain dah bako api,nyakitkan hati jer..
dok dendiam belek satu2,baca selai selai,x tau nak suka ke nak sedih..
such a good feelings..and dengan sendiri terasa diri ni kembali ke zaman dulu2..
dengan tulisan yang ala2 doktor pencen,cacing kerawit,awan larat..
kdg2 kalau geram ke ape ke kat org,siap lukis pic org tu bagai rupa..heheheheh

korang ade diari x?

17 October 2012

- wordless wednesday..





ni namanya,masuk bakul angkat sendiri..
ade berani???


24 September 2012

- Pengharapan yang tak sudah..


eceh!!!tajuk mautttt!!
macam tajuk lagu dah ek..
saja la nak bermadah helah sket,bg ade mood nak menulis n3..

bukan mengharap ape,tapi mengharap kehadiran orang baru dalam hidup kami 3 banak..
jangan wat spekulasi yer..sentap ai nnti..
belum ade lagi..Tuya x ngandung pun lagi..
setelah bertahun2 menanti,masih x menampakkan tanda2 utk ade baby dalam perut nih..

selalu excited kalau lambat period..
berangan bukan main..kot ade baby dalam perut..
selalu bgtau Eri,rasa mcm ngandung..over kan..hehehehe..
selang 2,3 hari elok je kuor bendera Jepon..sadis!!

kesian ngan 2 hero Tuya tu..
menanti dengan penuh kesabaran..
asal ade budak kecik,habis deorg kejakn..
kdg2 hati ni tersentuh jugak,rasa sedih bila mengenangkan..
tertanya2 kat mana la silapnya..
dah g doktor,doktor kata x de masalah antara Eri ngan Tuya ni..
cuma lom rezeki..
sabar lah wahai hati..

sementara nak nunggu baby sendiri kuor,kelek lah anak sedara yer.
pulaknye si kecik ni mmg rapat teramat sangat ngan Eri..
kdg2 kitorg siap kidnap bawa lari balik rumah..
skang ni x pe,dia boleh dah minum air susu biasa..
campur2 ngan BF umi dia..senang sket nak culik..


 see..naik keta nak dok ngan paklong..padahal masa ni umi n ayah dia kat depan..masa ni nak g beraya..naik satu keta..


 manja sangat ngan paklong..ngan abg amaD pun dia rapat walaupun dok jauh..


bila la nak ber4 mcm ni family kami..sonok je kalau nengok pic ni..haihhhhh..

 
dalam hati ni Tuhan je tau..semoga doa kami akan di makbulkan satu hari nnti..usaha tangga kejayaan..dah,stop sini dulu..nak g berusaha nih..hehehehehehehe..


19 September 2012

-Apa salahnya???



tak reti nak tulis mcm ne tah..
ayat nak marah,geram..sume ade..
nak maki pun ade jugak..mmg layak pun di maki kan..

walaupun cerita ni dah 2,3 hari lepas punya issue..
tapi Tuya rasa ianya akan terkesan sampai bebila kat hati sanubari ku ini..ceh!!apa perkataan skema nih..
sumpah!!!sangat2 terkesima nengok kebodohan si pelaku..
ape yang tak pandai sangat la budak ni kan..
kita yg waras ni pun,nak balik kucing luar rumah pun x sanggup..
ni kan pulak nak campak anak baru lahir dr tgkat yg tinggi..
bongok x de tahap..tu la kalau setan dah dok atas kepala..

Tuya ni ha,bertahun tunggu anak baru,x dapat2..
deorg senang2 je nak campak buang anak mcm tu..
ko tak rasa mcm ne sedih,penderitaan,kekecewaan org yang nak anak,tapi x dapat2..
esok2 kalau ko kawin,merasa la ko budak oiii..
masa tu baru la ko tau,pembalasan kat dunia..
haihhh..emo terlebih lak Tuya..

PETALING JAYA – Seorang wanita dipercayai ibu kepada bayi yang ditemui mati di Blok 1, Desa Mentari kelmarin ditahan reman sehingga 23 September ini bagi membantu siasatan.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Arjunaidi Mohamed berkata, wanita berusia 21 tahun itu ditahan dalam rumah di situ dan dipercayai baru melahirkan bayi perempuan yang cukup sifat itu.

Menurutnya, suspek yang bekerja sebagai operator pengeluaran di sebuah kilang tinggal bersama keluarganya.

“Siasatan awal mendapati suspek belum berkahwin dan keluarga tidak mengetahui mengenai kandungannya.
“Kita percaya bayi itu masih hidup sebelum dia dicampak dan meninggal dunia akibat cedera parah di kepala,” katanya.




Beliau berkata, bayi yang masih bertali pusat itu dicampak dari tingkat tiga melalui bahagian dapur rumah suspek.
Menurutnya, kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.
Dalam kejadian kira-kira jam 11 pagi kelmarin, seorang penduduk terkejut apabila menemui mayat seorang bayi perempuan ketika sedang membaiki motosikal di kawasan tempat letak kereta pangsapuri terbabit.
Penduduk terbabit menyedari ada bunyi benda jatuh namun tidak menyangka ‘benda’ itu adalah bayi yang dicampak dari bangunan tempat tinggalnya.
Mayat bayi dihantar ke Hospital Kuala Lumpur untuk dibedah siasat dan siasatan dijalankan menjurus pelbagai aspek termasuk mengenal pasti motif sebenar kejadian. – SinarHarian



14 September 2012

-Raya dah nak habis..


raya dah nak habis dah baru le nak update blog..
mcm ne tah ek pangai jadi mcm tu..
sangat2 malas nak update..
gambo raya sejuta enam ade dalam draft tu..x publish pun..
x reti nak wat ayat dah..





ade yang rindu Tuya ke?
walaupun raya dah nak sampai ujung dah ni,Tuya nak wish jugak2..
Selamat Hari Raya,Maaf zahir dan batin utk sume kawan2 blogger..
andai ade terkasar bahasa,tersilap kata masa kunjung mengunjung,melepak membuang masa bergossip kat rumah2 korg tu kan..

tatap lah pic tuan tanah kedaung tu sepuas hati kamu yang merindui ku..
ayat minta penampo laju2..
esok lak sambung cite..[insyaallah..kalau tuan tanah ni masih sedar diri yg dia telah mengabaikan blog hijau nye]


18 July 2012

-be ware!!


Sekadar berkongsi peringatan untuk kita.Zaan skang ni macam2 taktik org nak culik bebudak..ni lagi musim nak puasa raya ni..jom baca..

Seorang ibu sedang membongkok untuk membelek-belek daging dan apabila berpusing mendapati anak perempuannya berusia 4 tahun telah hilang. Saya berdiri betul-betul bersebelahan dengan si ibu, sementara si ibu tadi terus memanggil-manggil anak perempuannya tapi hampa.
Saya meminta seorang pekerja lelaki Carrefour untuk umumkan kehilangan tersebut melalui sistem pembesar suara. Beliau terus melakukannya apabila diminta berbuat demikian dan kemudian terus meninggalkan saya untuk membuat panggilan telefon.
Panggilan itu untuk memaklumkan supaya semua pintu dan pagar dikunci menggunakan kata kod atau seumpamanya.Jadi mereka telah mengunci semua pintu dengan serta-merta.
Hanya 3 minit diperlukan untuk melakukannya selepas diminta. Mereka menjumpai kanak-kanak perempuan itu 5 minit kemudian di dalam bilik air dalam keadaan masih khayal. Kepala budak perempuan itu sudah separuh dicukur , dan hanya berpakaian dalam.
Ada sebuah beg mengandungi baju, pisau cukur dan rambut palsu terletak di lantai bersebelahannya untuk menukar wajahnya.
Siapa pun yang melakukannya – iaitu mengambil lalu membawa budak perempuan ini ke dalam bilik air, cukur rambut dan tukar pakaiannya – melakukannya kurang daripada 10 minit !Ini buatkan saya menggigil tak sudah-sudah.
Tolong perhatikan anak-anak anda apabila berada di tempat luas di mana adalah senang untuk kita terpisah dengan me reka seperti di gedung beli-belah. Hanya beberapa minit diperlukan untuk melakukan semuanya. 5 minit lagi maka anak perempuan itu tentu sudah berjaya dibawa keluar.
Saya masih amat terkejut ada manusia yang sanggup melakukannya, apa lagi dalam masa hanya beberapa minit.Masa anak-anak kecil boleh berlari tanpa hirau telah berlalu. Budak perempuan itu kini selamat. Syukur ke hadrat Allah SWT, dan tahniah kepada pekerja Carrefour yang bertindak pantas

11 July 2012

-senyum..x perlu kata apa apa.


ada berani??
dah mcm tanduk rusa dah kekdahnya..
tu kalau kata x nampak kiri kanan depan belakang tu..x tau ler..

10 July 2012

-anak mu anak ku jugak!!


nak mengelek anak sendiri,x de beranak kecik..
nak kelek anak bujang sorang tu?
x kan naknye dia..dah bujang,dah sunat..
sejak dah sunat ni lagi la si amaD ni jadi pemalu..
ngan mama dia sendiri pun dia malu segan bagai..
dia masih kat kg Klntan lagi..
misi utk menculik bawa balik dok ngan Tuya masih x berjaya..
dok makan hati ulam jantung ni tau!!

dah anak sendiri dok jauh,pinjam le anak orang..
anak adik Tuya ni dah setahun dah..
dah cerdik..sedap wat gomol2,wat dia jerit2..



nasib baik la maklong ko ni x de susu fresh gantungan dik..
kalau x,memang asik kena kidnap je la budak kecik ni bawa balik rumah..
kalau setakat kidnap bawa jalan sana sini kejap2 tu,mmg selalu Tuya seludup..




kalau g playground,paklong jadik mangsa keadaan..
kena melayan dua badik nih..
maklong jaga air,kopok sambil duduk santai..hehehehe..


budak kecik ni nampak je waras..
tapi sebenarnya senget mcm maklong jugak..
dan..sangat2 suka kan kelasakan tahap maksimum..
al kisah,pada suatu petang....


dr bawah,dia panjat sofa..dr sofa dia panjat lak nak ke tgkap..
tgh usha2 line,org2 ewasa tengah leka bergossip mak jemah..
line clear!!!



usha lak tahap ketinggian dr paras laut..
agak2 boleh ke x nak menuju ke puncak..
yeah!!yakin buleh je lah..



tawakal je la nih..
sebelah kaki dah naik,takkan nak ngalah..
adik akan membanggakan baby2 seangkatan..



yeay!!!sampai jugak akhirnya..
tapi mcm ne nak diri nih..
x leh imbang badan..nak turun takut,kaki x sampai..mcm ne ni????nangis lah..
kalau nangis baru geng2 mak jemah tu nampak kita tersadung kat atas nih..tolongggggg!!!

masa ni mmg Tuya saja nengokkan kehandalan dia manjat..
handal sangat kan,last2 melalak melekat kat tgkap tu..
tapi x serik..5 minit je kat bawah,dia naik semula..
hai lahai anak..dah x leh letak sofa dekat2 ngan dinding..
kang x pasan sampai ke bumbung perginya..



09 July 2012

- merepek di hari Isnin


time semangat nak bercerita ni la tenet wat hal..
dah mcm biskut cipsmore..jap2 ade,ehhhh jap2 dia ilang di belakang tabir..
sakit hati!!!
agaknya line jadi slow melow ni sbb hujan kot ek..


cite pasal hujan,kat Mersing nih,boleh di katakan tetiap petang hujan..
kalau hujan saje tak pe..ni siap pakej..
kilat,petir,ribut angin lintang bagai..
lagi la Mersing ni kan tepi pantai,bile angin laut tu dtg,mau terbang sume..
sejuk je..kalau nak mendobi tu,malam2 dah siap basuh,sidai bagai..
esok pagi2 nya tolak je la ampai tu kuor sket cr matahari..
masa tu la kalau nak keringkan baju pun..
lepas kul 1,confirm hujan..
tak pe la,rezeki Tuhan nak bg hujan..
mengeluh plak kan..

eh,dah mcm ramalan kaji cuaca lak..
hehehehehehe..


sape tengok cite Dejavu Di Kinabalu?
Tuya memula tu mcm tgk,lpas tu on off..
semalam nengok mak Nadira tu sakit pengsan bagai lak bila dapat tau Nadira bebetul nak ngan Amar..
Tuya rasa la kan,mesti lpas ni mak Nadira tu sakit jantung jugak..
lpas tu Nadira lak derma jantung dia tu kat mak dia..
lpas tu mak dia lak tangkap cintan ngan Amar..
hehehehehehe..boleh??
tapi Aqasha ngan Nazim adalah sangat ensem!!!
tapi ensem lagi laki Irma Hasmie ek..
dah kenapa dok ensem2 kan laki org ni kan..
kejadian Tuhan..sume cantik2 ensem2..

sudah merepek2 tu Tuya..
jangan nak over..esok lak sambung..


08 July 2012

- Tuya ade ni..[macam la ade yg cari kan?]

 i'm coming home..i'm coming home..
tell the world that i'm coming home!!
[siap lagu tema..boleh?]

taip..delete..taip..delete..
kelu lidah,kaku jari nak menaip..
lama sangat dah Tuya x berceloteh kat sini kan..
ade la dekat 3 bulan.

rindu sebenarnya ngan blog hijau x bape nak hijau nih.
masuk2 blog nih,tgk mmg sunyi sepi mcm kena tsunami..
bersawang jangan cakap le,dah le wane hijau,dah sama warna ngan lumut..
hehehehehehe..rindu sama kamu semua tau!!

lately sejak dok kat Mersing ni,bz sket..
bukan x de cite nak share,banyak sangat.tapi x sempat nak mengarang bagai.
banyak update status kat FB je,
kesian blog,x de n3 terbaru..
mulai hari ni,dah berazam nih..nak update n3 selalu kat sini..

skang Tuya dah wat bisness wat kuih muih kek bagai sesikit tau..
masih amatur dan bertatih.
tapi alhamdulillah,sambutan kat sini sangat2 menggalakkan.
lagipun kat sini Tuya ramai kawan2,jadinya senang lah nak wat sale..
Tuya dah x ngajar dah..sambung study yang x habis2 lagi kan.
tak tau la ni boleh bawa ke x..kena kuat semangat.malasnya lebih..

okeh..
stop sini dulu la yer.
esok2 Tuya sambung lagi cerita ceriti.
promise,lepas ni akan ade n3 baru dr Tuya..
daaaaaaa!!!


03 April 2012

-Bercerai Kasih?


salam hari Selasa..
sekejap beno dah masuk bulan April4 rasanya..
pejam celik,pejam celik dah nak puasa lak nanti..
haihhhh..puasa lom ganti lagi..

ni td pagi2 belek paper..
cite pasal pemain bola sepak femes amos kita ni ha..
Safee Sali sah bercerai..
lahainye lah..anak dah 2,kaya raya..nak bercerai bagai pulak dah..
tapi takdir Tuhan x sape leh halang kan..
masalah dalaman deorg pun kita x tahu..
mungkin ade sebab yang x leh nak di elak n baiki..
jalan penyelesaiannya..bercerai..

x mo gossip banyak2..
jom baca apa kata bekas isteri nya..






SHAH ALAM: “Alhamdulillah, semuanya sudah selesai,” kata Sabrina Yusof, bekas isteri penyerang Harimau Malaya, Safee Sali selepas Mahkamah Tinggi Syariah di sini, membenarkan permohonan pasangan itu untuk bercerai secara baik, semalam.
Sabrina, 30, ketika ditemui sejurus selesai prosiding tertutup itu berkata, dia mengharapkan perceraian itu menutup segala spekulasi berhubung kemelut rumah tangganya. 
“Ini kenyataan pertama daripada (mulut) saya. Saya harap supaya tiada cerita buruk selepas ini,” katanya yang berasal dari Kuching.

Menurutnya, meskipun tidak hidup bersama lagi, dia dan bekas suami sudah berjanji untuk mengutamakan kebajikan anak mereka.

“Hubungan saya dengan Safee akan kekal baik. Lagipun kami memiliki dua anak (Nur Syaza Syaqina, 4, dan Nursyasya Safirna, 2). Kami kena jaga perasaan mereka.



28 March 2012

wordless ambangesss..


jemput tengok..
ayam 2 ketul..baik punya nasi ambang..

ARWENDANISH 1ST GIVEAWAY


wordless la ni kiranya ek..
nak tau detail pasal GA nih,jom kita pi rumah dak El ni ha..
sila sila sume beratur nak menang hadiah..
ketuk pintu ni ha kalau nak menang hadiah : Assalamualaikum..ade org tak??




untung2 korang dapat hadiah yang macam2 adaaa..
hilang akal la kan kalau x nak hadiah nye..
jom nengok hadiah warna warni yang Tuya sukaaaa!!




kain cotton cantik warna warni ni ha..
buleh wat baju raya..saya nak yg tu,yang tu ngan yang tu..buleh??
buleh la tokei kain baju ..






handbag leh simpan utk raya..x yah nak sebok cari handbag wallet bagai dah..
jimat..x gitu tokei handbag tokei tokei ?






topi berapi ni pun dapat jugak..
ishhh..betul ke ade api kat topi tu tuan topi ?




cantik betul purse coin, keychain dan headband tu..
korang kreatip?x kan??
untung le jadi org kreatip ni kan..





ni lagi satu kreatip..
kagum2..





ade lagi cangih punya kreatip..
nak jugak la hadiah dr tlf ni..






ni lak hadiah dr tuan tanah GA..amboi,sume nak sponser..hehehhehe..

ape lagi..jom le joint!!

12 March 2012

-Family Dinner


cerita bulan lepas masa adik Tuya kat UUM balik kg..
dah berzaman basi dah cerita nih..
baru nak publish..dok terperap kat draft..
kesnya malas nak mengarang ayat2 pujangga..

2,3 hari sebelum adik Tuya ni balik semula ke UUM,abah dengan sukarela menaja makan malam kitorg..
Family dinner la kiranya ni..bukan senang nak kumpulkan semua askar batalion nih..
masing2 sepakat membawa berkat nak makan kat satu kedai yg famos amos jugak lah kat Mersing nih..
harga berpatutan n makanan dia pun sedap..

jom la layan pic yang x berapa nak jadi ni..
masing2 dok gelak ngan lawak ape2 tah..


tak tahan ngantuk dah budak kecik nih..


menunggu order sampai..


Tuya gegar n gemuk..seyes,Tuya dah gemuk!!


x peduli ape dah..zzzzz is heaven..


mak n abah..


pindahkan dlm stroller adik dia pun,masih x sedar2..zzzz


perbincangan ipar duai..men talk kot..


sape kentot nih?haihhh...


abah susun pinggan n sudu la dulu..


bila makanan dah sampai,masing x hingat dah nak amik pic ke ape ke..
nak menghayati katanya..lagi2 si kamera girl tu kan..
dah sampai rumah baru pasan pic masa makan x de.
x kisah!!!asalkan perut kenyang..


29 February 2012

wordless


incik google bertema katak..
comel kah??

28 February 2012

ape tah tajuknya..


kalau x tulis pun memang dah tugas binik kan?
haihhhhhh..

25 February 2012

redha..





"belum rezeki kita Yang"..Eri kata..
nampaknya lom leh beradik la anak bujang Tuya tu..
usaha tangga kejayaan..hiyak2..x mo sedih2..

22 February 2012

wordless..
























speechless..
Allah maha kuasa..
Allahuakbar..

11 February 2012

-Cabaran sehari rm 5





















nak cite pasal tabungan n simpanan..
Tuya sebenarnya cabar diri sendiri utk menabung sehari rm5 atleast la..
start dr bulan Jan aritu dah wat..
dapat je duit lauk dr Eri,tetiap hari,mesti Tuya tarik singgit dua utk menabung..
lpas tu kalau ade order kuih dr org,pun Tuya nyelit singgit dua..
dah x keja ni kan,mcm dah x de tabungan dah..susah hati lak kalau ape urgent ke nak pakai duit..
Alhamdulillah,bila wat pojek mega menabung sehari rm5 ni,hujung bulan,boleh la masukkan sume duit tabungan tu dalam buku2 bank yang ado..kadang2 kalau ade lebih tu,mmg menabung lebih dr rm5..ikut pd kemampuan jugak..hehehe..
kena bahagi kan pd 5 buku..
2 buku ASb Tuya ngan Eri..
3 buku tabung haji..Tuya,Eri n amaD..

duit2 syiling tu sume letak dalam tabung haji amaD..
mmg tabung tu khaskan utk dia..
ayahnya balik keja,ade duit syiling belen2 beli rokok,dia masuk dalam tabung..

aritu masa dah agih2kan utk masuk dalam bank,mcm excited lak..
sbb banyak jugak yg dah kitorg tabungkan..
x perasan sbb tetiap hari nabung,bila kira hujung bulan,boleh tahan banyak hasilnya..
kalau x buat mcm ni,x bertambah le simpanan dalam bank tu ha..
asik guna je,menambah tah bila x tau..
Tuya ni boros kalau ade duit dalam tangan..

betul la kata pepatah, ''Sikit2 lama lama jadi bukit''...
yeay!!semangat Tuya..

01 February 2012

-Wordless





































kagum!!!
walaupun rm3,tetap ada perjanjian..
siap saksi bagai..
ade rasa tanggungjawab dengan apa yang deorg wat,tu budak2 tu..kita org dewasa???

27 January 2012

-Rezeki..


hamboi nye lahai..
bukan main lama x update cite dalam blog ni ha..
sibuk kemain lagi agaknye kan..padahal,tension henpon rosak..
ape kena mengena henpon ngan blog?
berkenaannya ialah [ape ayat Tuya wat tu?],gambar2 nak wat n3 sume ade dalam henpon..
jadinya bila gambo dalam henpon,x best la wat n3 x de gambo..
dah le kamera ilang x berganti2 lagi..
jadinya,mcm ne nak tayang gambo2?teka??
kena la pinjam henpon Eri..x best!!

ni nak kabo..igt x Tuya ade mohon BR1M aritu?
Alhamdulillah,dah diluluskan..
makanya,maknanya..itu uwang Tuya yang punya..hahahahahaha..
eh,x de la..Tuya bukan la tamak haloba sangat..
jangan derhaka ngan somi..hik hik hik..




















memula nak bg 2,Eri ngan Tuya..lpas tu pk2,Eri ade niat nak amik lesen GDL..
lesen bawa lori,so rasanya bg la dia amik lesen tu dulu..
sbb ramai kawan2 abah Tuya yg selalu cari driver partime,nak2 weekend..
tu Eri kata dia nak amik lesen,at least weekend ade gak side income..

esok pg2,nak g Dewan Jubli Intan Mersing..
nak g ngambik duitnya..hehehehehe..
Tima Kasih PM!!!

18 January 2012

-Wordless Wednesday Jugak!!





luka di hati xkan ade sape nampak..luka kena minyak panas meletop2 kat muka??sume org nampak!!!ni le penangan menggoreng ikan keli..nasib bek x kena mata kan..kalau x,buta la mata acik nih..huhuhuhuhuhu..

dah,tu je nak update..daa!!!

10 January 2012

-Emas???

GEMBIRA...Rawi Ilias menunjukkan batu untuk membaiki jalan yang mengandungi hablur emas.



JOHOR BAHRU: Ratusan individu bakal bergelar jutawan sekiranya puluhan ketulan batu didakwa bersalut hablur emas yang dikumpul keluarga masing-masing sejak empat hari lalu di Jalan Mewah, Kampung Melayu Majidee disahkan emas tulen.
Setakat semalam, kumpulan berkenaan tinggal selangkah lagi untuk bergelar jutawan selepas wakil pemilik kedai emas yang beroperasi di sebuah pusat beli-belah di Tampoi mengesahkan ia emas tulen.


Penduduk memaklumkan, mereka mendapat kerjasama wakil kedai emas berkenaan yang datang ke lokasi dan melakukan pemeriksaan ke atas ketulan batu itu, kelmarin.
Hasilnya, wakil berkenaan mendakwa ketulan batu diselaputi warna kuning tua itu adalah emas tulen yang mempunyai gred terbaik.


Bagaimanapun, perkara itu belum ditentukan kesahihannya 100 peratus kerana banyak lagi kajian serta ujian perlu dilakukan sebelum menyatakan ketulan batu berkenaan sahih diselaputi emas tulen.


Idham Mohd Diah, 36, berkata, wakil pemilik kedai emas yang mengunjungi tapak pencarian itu turut dikatakan menempah batu kononnya mengandungi hablur emas.

“Ada penduduk yang mendakwa batu yang dikumpul mereka itu sudah ditempah pembeli emas dengan harga hingga RM15,000.

“Saya dan bapa menemui beberapa ketulan emas sejak mencarinya empat hari lalu,” katanya.
Suri rumah dari Stulang, Munawarah Rashid, 29, berkata, sejak jam 10 pagi hingga 3 petang semalam, dia serta suami mengumpul 40 batu bersalut hablur dipercayai emas.

“Kami bercadang kembali semula ke sini pagi ini dengan harapan dapat menemui lebih banyak batu berkenaan.

“Saya mendapat tahu berkaitan penemuan batu terbabit menerusi rakan yang mendakwa mengumpul 20 ketulan batu bersalut hablur emas dalam tempoh dua jam, kelmarin.

“Sekiranya benar ia emas tulen, kami menganggapnya rezeki,” katanya.

Munawarah berkata, dia turut tahu berkaitan kesahihan yang dimaklumkan wakil kedai emas berkenaan dan berharap ia benar.

Penduduk, Mohd Diah Abdullah, 63, berkata, suasana perkampungan itu bertukar riuh selepas penemuan batu bersalut warna keemasan terbabit.

Menurut Diah, individu pertama menemui batu itu adalah keluarga besannya, empat hari lalu..

------------------------------------------------------------------------------------------------------------

** Hek'eh..kalau betul la batu tu bersadur hablur emas,gila kentang punya kaya org2 Majidee..maunye Tuya kerah Eri g sana bawa baldi,tapis bagai nak ngutip batu yang bersadur emas tu..

"Hujan emas di negeri orang,hujan batu di negeri sendiri"..Dah tak yah g negeri orang le,negeri sendiri dah ade batu bersadur emas,x yah nak tggu hujan..korek je la batu jalan tu..hehehehhe..

Rezeki..rezeki..

04 January 2012

-Happy Birthday Mak!!






















Selamat Pagi..
Hari ni hari lahir mak Tuya..
Happy Birthday Mak..
Semoga panjang umur,murah rezeki dan berbahagia selalu..


02 January 2012

-Selamat Datang 2012


Dah 2012.
Sekejap je rasa masa berlalu meninggalkan kita..
bertambah lagi seangka umur kita utk tahun ni..
Insyaallah,jika di panjangkan umur..

Azam 2012???
Tuya x de azam..sbb azam tahun lepas pun x tercapai sepenuhnya..
kena sambung azam tahun lepas..hehehehe..

Cuma harapan setinggi gunung nya semoga panjang umur,murah rezeki..
Sentiasa deberkati hidup didunia ni..[dah mcm birthday wishes la plak]
Malam tahun baru aritu x de pun countdown kat mana2,sbb bz ngan tempahan kuih org..
Plus,hujan kat sini..malas la nak kuor..
Nengok bunga api dr rumah je..Tgk tv org countdown kat KL nu..

Yang bestnya Tuya sangat tertarik menarik mmg da bomb la 'ostad' ni wat sambutan tahun baru kan..
Admire ngan dia sebenarnya..tapi mcm malu nak bgtau..hihihihihihi..
Dok ngadap ceramah dia kat YouTube,x bosan2..
Kalau la dapat jupe depan2..haihhh!!!



see..betapa ramainya..dengar2 lebih dr konsert di ICT Shah ALam..kuatnya aura ostad nih..




Ustaz Azhar Idrus..

Whislist 2012,nak jupe ostad Azhar Idrus..
dapat ke idok tahnye..hehehhe


Semoga tahun baru ni membawa semangat dan kehidupan yang sentiasa bahagia utk kita sume..
Happy New Year all!!