The Best Followers

30 June 2011

-alhamdulillah..bertambah ahli lagi..

alhamdulillah..
syukur sangat2 adik Tuya dah selamat melahirkan anaknye yang ke 3..
sonok x kira dah maklong ni ha..
dr dia masuk ward pg semalam,sampai la nak meneran tu,Tuya dok tepon je..
dia pun siap suh Tuya sama2 baca zikir utk dia..berzikir la kami 2 badik dalam tepon..
bila dapat tau dia dah selamat meneran dengan jayanya kuor seketul 3.6 kilo,fuhhhhhhhhh!!!lega..
Tuya lak lega,dia apelagi kan..sampai serak suara dia,dk meneran dia kata..hehehehe..
x sabo nak balik kg..nak kelek anak sedara..
kelek anak sendiri dah beso panjang,nak kelek baby sendiri tah bile..
mana tau dapat aura baby,melekat le hendaknya..


taraaaaaaaaa!!!ni le buah hati baru kami.td adik Tuya mms..montel sangat!!sekali imbas muka dia sebijik macam adik Tuya no 3 kat UUM tu..mulut,mata,hidung..x de pun ikut maklong..mak Tuya kata,esok2 dah beso,x de la dah muka tu..ngikut makpaknye la..heheheh..

Cayang baby!!!muah..

29 June 2011

Salam Israk Mikraj..

sama2 la kita menghayati dan mengingati perjuangan Rasulullah S.A.W dalam mengharungi perjalanannya..

peristiwa Israk dan Mikraj bukan hanya sekadar sebuah kisah sejarah yang diceritakan kembali setiap kali 27 Rejab menjelang. Adalah lebih penting untuk kita menghayati pengajaran di sebalik peristiwa tersebut bagi meneladani perkara yang baik dan menjauhi perkara yang tidak baik. Peristiwa Israk dan Mikraj yang memperlihatkan pelbagai kejadian aneh yang penuh pengajaran seharusnya memberi keinsafan kepada kita agar sentiasa mengingati Allah dan takut kepada kekuasaan-Nya.

Seandainya peristiwa dalam Israk dan Mikraj ini dipelajari dan dihayati benar-benar kemungkinan manusia mampu mengelakkan dirinya daripada melakukan berbagai-bagai kejahatan. Kejadian Israk dan Mikraj juga adalah untuk menguji umat Islam (apakah percaya atau tidak dengan peristiwa tersebut). Orang-orang kafir di zaman Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam langsung tidak mempercayai, malahan memperolok-olokkan Nabi sebaik-baik Nabi bercerita kepada mereka.

Peristiwa Israk dan Mikraj itu merupakan ujian dan mukjizat yang membuktikan kudrat atau kekuasaan Allah Subhanahu Wataala. Allah Subhanahu Wataala telah menunjukkan bukti-bukti kekuasaan dan kebesaran-Nya kepada Baginda Sallallahu Alaihi Wasallam.

Mafhum Firman Allah S. W. T. : “Maha Suci Allah yang telah memperjalankan hamba-Nya pada suatu malam dari Al-Masjidil Haram ke Al-Masjidil Aqsa yang telah kami berkati sekelilingnya agar Kami perlihatkan kepadanya sebahagian dari tanda-tanda kebesaran Kami. Sesungguhnya Dia adalah Maha Mendengar lagi Maha Melihat.” (Surah Al-Israa’: Ayat 1)

sumber : Beruwang

p/s : bila baca sejarah islam nabi2 dan para pejuang,terasa sangat jahil dan cetek ilmu pengetahuan dalam sejarah islam..banyak sangat cerita yang Tuya lupa n x tau..

27 June 2011

-Kuatnya aura HIjau


Tuya ni pantang nampak ape je warna hijau..mesti nak beli,kumpul..aritu g kedai buku nak belikan bebudak tuisyen buku latihan Math,ternampak satu novel ni..sbb covernya HIJAU,terus amik..x baca pun sinopsis nya,x nengok pun sape penulis..

Tu le pangai Tuya..kalau novel ni jangan nampak penulisnya Aisya Sofea,Damya Hanna,Fauziah Ashari,mesti nak beli..kalau x beli selagi tu la dok terbayang2..lepas dah bayar novel ngan buku2 latihan bebudak ni aritu,baru la dok belek2..penulisnya rys areesa..x pernah dengar pun..hentam je la,kalau x best simpan je la sbb covernya menarik tertarik..

start baca,dah x leh nak tggal..dok kelek la buku tu kehulu hilir..sampai Eri kata dah macam nak amik exam lak..ngalahkan wat assgment gayanya..hehehhe..dari duduk,ke baring,meniarap..mcm2 position dah le nak menggayakan menghayati cite nya..tapi memang la puas hati..x nyesal beli..x pernah2 Tuya nangis baca novel,boleh lak nangis baca novel ni..Eri kata sakit jiwa!!!hahahahahaha..pestime tau baca novel nangis!!!

p/s : Berangan tahap dewa dah ni nak menulis..berangan x kena bayar kan..hehehe..akak ipar Tuya dah siap satu novel,tggal nak bg kat Norhayati Berahim je,nak suh semak..tu yang mcm terikut2 moodnye..tah bila nak menulis tak tau le,sila jangan percaya ngan niat Tuya nak menulis hangat2 taik ayam ijau ni..hehehe..

26 June 2011

-Sedara pun mulut macam longkang..

........

dah banyak kali Tuya bgtau,Tuya bukan x nak mengandung,banak..tapi lom ade rezeki utk dapat yg no2.jangan le dok pot pet2 ngata Tuya..sedih tau bila org kata kat kita macam2..rezeki,ajal maut kan kat tangan Tuhan.kita manusia x tau pun apa akan jadi esok lusa akan datang.jangan le kata Tuya ni mandul,tersumbat..sedihh!!!

dari mengata Tuya macam tu,ade baiknye doakan Tuya cecepat ngandung dapat baby..x de la amaD sunyi sepi x de adik..
jangan le ngata Tuya dah yer,Tuya tau 'awak dan awak' ade baca blog Tuya ni sbb kita kan sedara dekat.'awak dan awak' selalu mengikuti perkembangan Tuya melalui blog ni gak kan..jangan bandingkan Tuya ngan adik Tuya ek..sbb rezeki masing2 x sama..

insap ye,dah..g la wat keja berfaedah sket..jgn jadi org yg kurang kasih sayang..lagi satu,harapnya sediakan lah jawapan yang waras sebab Insyaallah minggu depan Tuya balik kg..nak jumpa bersoal jawab sket..jangan sampai Tuya kuorkan ayat makian..

jangan wat2 x tau lak,dunia dihujung jari..ade je la reporter kat kg tu bgtau..sila jaga rumahtangga masing2..jangan nak nyibuk sangat!!!syiohhhh!!!

p/s : 'awak dan awak' tu bukan kawan2 blog n fb Tuya..deorg tu sedara yang kekononnya prihatin pada Tuya..kononnnnnn..

25 June 2011

-Sebab aku kan kakak..

pagi2 td mak dah call..nak bertanya khabar anak yg jauh dimata..hehhhe..padahal baru semalam Tuya call mak..mmg mcm tu la rutin,selagi x habis kredit,selagi tu la dia akan call anak2nya..skang Tuya sorg je yg jauh di mata,adik yg kat UUM tu bercuti lama [3 bulan],ade kat depan mata dia..adik no 2 pun,dah angkut barang2 dok ngan mak,nak tggu hari beranak je tu..sume 4 org anak2 dia ade kat rumah kecuali yg sulong ni kan..mesti la rasa x lengkap..tu tetiap hari calling2..

td dia baru balik kebun,gossip macam2..pasal pemergian arwah pakcik Tuya secara mengejut..cite pasal masak bfast ape la..bla..bla..mcm2,x lupa jugak dia wat ceramah bebas 2 minit..mengingatkan Tuya,jaga diri,rumahtangga,jaga pergaulan ngan jiran2..padahalnye setiasp kali call pun dia akan pesan benda yg sama..Tu la namanya ibu kan,dia akan sentiasa menasihati anak tanpa jemu..

Dah habis dok pot pet segala mcm cite n pesanan,baru la buka cite sebenar..rupanya dia nak meluah pasal adik bongsu Tuya.semalam ade hari terbuka sekolah adik bongsu Tuya ni..adik Tuya ni tgkatan 2,lelaki..mak kata cikgu bgtau yg adik Tuya ni mmg pendiam kat kelas,tapi malas..homework x buat,buku x bawa g sekolah..tetiap hari cikgu bg homework,x pernah sekali pun dia wat.."malu mak Yang oii,bila cikgu adik kata gitu kat mak"..sentap tau Tuya bila mak kata dia malu..sedihnya!!

Mak kata sume dah tegur nasihat kat dia,x jalan jugak..Abah yang segarang2 org dalam rumah tu pun dia kalis..kena belasah dah ngan abangnye,merajuk sampai x nak makan,x nak kuor bilik..mak suh Tuya lak tegur sbb dia paling rapat ngan Tuya..

Tuya pun hangin la satu badan,suh mak panggil dia.Tuya nak cakap sket..Tuya bebel macam2 kat dia,dr benda yang elok sampai x elok..sume Tuya ungkit..dr dia Tadika Tuya kelek g sekolah tetiap hari sampai skang abah lak yg hantar dia g sekolah..Tak sedar Tuya dalam marah2 tu melalak2 dah Tuya nangis..dia pun sebak!!!sama2 nangis..Tuya suh dia esok,g tempat abah keja,tgk mcm ne abah keja nak cari duit utk anak2 senang lenang..tgk mcm ne abah berpanas berhujan menyapu bersihkan daun2,sampah sarap..[abah Tuya pencen Pej Majlis Daerah,skang keja ngan SWM,lebih kurang mcm Alam Flora].Tuya suruh dia ngintai abah keja..nak tau apa dia rasa..

Sedihnya Tuya..x larat nak cakap dah,Tuya letak je tepon..Ya Allah,buka kan le pintu hati adik Tuya tu..result dia 2E,yang selebihnya D..Agama boleh dapat 10 je..ape la nak jadi..tahun depan nak PMR..adoilahai..

p/s: n3 panjang berjela sbb nak meluah..heheheh..emosi x stabil..

23 June 2011

-Tatto seluruh badan?


Wanita ini, Julia Gnuse terkenal kerana 95 peratus daripada badannya (termasuk mukanya) dipenuhi dengan tatu.

Gnuse memegang Guinness Record sebagai wanita paling banyak tatu di dunia.

Berusia dalam lingkungan 30-an, Gnuse menghidap penyakit porphyria, satu keadaan di mana cahaya matahari mengakibatkan kulit melecur, melepuh dan seringkali mengakibatkan parut.

Dia mula mendapatkan tatu sebagai satu cara untuk menyembunyikan parut-parutnya.

Bagaimanapun, tatu-tatu berkenaan tidak dapat menghalang kulit daripada melepuh kerana ia bersifat estetik semata-mata.

yewwww!!!!nak tengok pun x tergamak.x rimas ke dia ek..



22 June 2011

-wordless...air oh air..



sana sini dok kecoh pasal x de air kat Klang VAlley..Tuya baru tau pg td sbb x de notis ape2 pun kat rumah Tuya ni..dok selak2 baca the star,lega sket sbb kawasan rumah Tuya x tersenarai..jom tgk kalau2 tempat kawan2 kena gangguan bekalan air..

Kuala Lumpur
Bukit Kiara, Royal Selangor Club, Bukit Kiara Resort, Bukit Kiara Sports Complex, National Science Complex,
National Institute of Public Administration, Securities Commission, Sime Darby Convention Centre, Jalan Segambir; Jalan Belimbing; Jalan Setiabistari; Jalan Setiamurni 1 hingga 12; Jalan Setiabudi; Jalan Setiarasa; jalan Setiaraya; Jalan Setiajaya; Jalan Medan Setia; Jalan Setiabakti; Jalan Setiakasih; Plaza Damansara; Taman Seri Beringin.

Hulu Selangor District
Kampung Serai, Kuang; Kampung Kuang, Kuang; Kampung Cempedak, Kuang; Kampung Gombak, Kuang; Kampung Baru, Kundang; Kampung Melayu Sri, Kundang; Kampung Permata, Kundang; Taman Desa, Kundang; Bandar Baru Kundang, Kundang; Kundang Jaya, Kundang; Taman Rahmat Jaya, Kundang; Industrial zone Kundang; and Bandar Tasik Puteri.

Gombak District
Bandar Sri Damansara; Kepong Industrial Park; Industrial Park Tago; Sunway SPK; Wangsa Permai; Desa Park City; Taman Bukit Maluri; Manjalara Kepong; Desa Aman Puri; Medan Putra.

Petaling District
Taman Bukit Mayang Mas, PJU 1; Kampung Cempaka, PJU1; Dataran Prima; PJU 1; Taman Aman Sari, PJU 1; Taman Bukit Emas, PJU 1; Taman Megah Mas, PJU 1; Ara Damansara; Taman Sunway Mas; Eastin Hotel; Phileo Damansara; Universiti Malaya; Pusat Perubatan Universiti Malaya; Seksyen 17, Seksyen 17A, Seksyen 19 22; SS1 hingga SS9 Kelana Jaya; SS 20 hingga SS 26 Damansara; Subang airport (MAS Kargo, MAS Catering, APAC); keseluruhan Kota Damansara; Kampung Baru Sungai Buloh; Mah Sing; Pinggiran Subang; Subang Bestari; Kampung Sungai Kayu Ara (Jalan Kekwa dan Jalan Dahlia), Damansara; Damansara Idaman (PJU 1A), Damansara; Damansara Lagenda (PJU 1A), Damansara; Damansara Indah (PJU 3), Damansara; Tropicana Golf & Country Resort (PJU 3), Damansara; Tropicana Indah (PJU 3), Damansara; Pelangi Damansara, Damansara; Bandar Utama (PJU 6), Petaling Jaya; Bukit Rahman Putra, Sungai Buloh; Bukit Rahman Putra industrial area; Taman Seri Putra, Sungai Buloh; Taman Impian Indah, Sungai Buloh; Taman Matang Jaya, Sungai Buloh; Saujana Akasia, Sungai Buloh; Kampung Matang Pagar, Sungai Buloh; Seksyen 11, 12, 13, 14 dan 16; Seksyen 51A; Kampung Sungai Penchala/ Bukit Lanjan; keseluruhan TTDI; Mutiara Damansara (PJU 7); Damansara Perdana (PJU 8); Flora Damansara (PJU 8).

sumber : The Star


pada kawan2 yang tempatnya tersenarai,tadah air sesiap..ni pun nak hujan dah ni,boleh gak tadah air kat luar rumah..
tak de api letrik x pe lagi,kalau x de air,x leh nak imagine..

20 June 2011

-Burung Marah??



skang sana sini org dok nyebut game ni..'angry bird'..
x terkecuali la Tuya pun,dok melayan game ni..stresss!!!mmg patut marah pun..heheheh
game ni kisah burung2 yang dok nak me'nyah'kan oink oink..
x de ke menatang lain yang deorg leh wat ek..menatang haram ni jugak.siap bunyik2 lagi tu..
tugas kita ialah menolong burung2 ni menghapuskan menatang haram oink oink ni..
penat tau main game ni,ligat kepala otak dok memikir angel mana nak aim supaya meletup sume oink oink ni..

Tuya stuck kat sini..dr malam sampai siang esoknya x lepas2..payah yang amatnye..walaupun sekor je oink oink tu,tapi skill nak jatuhkan batu atas dia tu susah.akhirnya setelah penat otak mikir,lepas gak..heheh



dah level 2.nak nyampai ke level 2 tu punya lah susah..siap jerit sorang2 nak bunuh menatang tu...ok la game ni wat release2..


Eri kata ''habis le pc ngan laptop kita ni kena samak lpas ni Yang oii,x de ke menatang lain nak diletak"..hehehehe..yang suka main game tu try la main game ni..syok gak.

19 June 2011

-Selamat hari bapa

first sekali Al-Fatihah untuk arwah abah mertua Tuya..




Selamat Hari Bapa untuk sume ayah2 kat dunia..untuk Hairinizam Bin Mustafa,thanks sbb jadi a good father to our son.untuk ayah Tuya Mahadi Bin Selamat,terima kasih banyak2 sebab menjaga,mendidik Tuya n adik2 jadi anak yang berguna..walaupun abah cuma keja Majlis Daerah,tapi alhamdulillah,anak2 nye sume di beri keperluan yang secukupnya..besar bapak gajah dah sume..heheheh..untuk adik ipar Tuya yang berdebar2 menunggu kelahiran anak ke3 x lama lg ni,harapnya segalanya selamat n akan menjadi hadiah paling bermakna dalam hidup kita sekeluarga..

abah Tuya yang sangat sporting..walaupun kami selalu x sependapat n selalu dia cari salah Tuya je,tapi Tuya tau dia sayang Tuya lebih dr segalanya..


ayah amaD..walaupun dia ngan amaD selalu buli Tuya,ini je la pengubat duka lara..klon tau..tgk anak nampak ayah,tengok ayah nampak anak..

Selamat Hari bapa!!!

16 June 2011

-Janji

Dear rumah hijau bertukar hitam..
hari ni Tuya sakit hati.
bila orang mungkir janji.
jangan le bg harapan ape2 kalau rasa x leh nak tunaikan..
sedihnya,beriya kita berharap tau..
alih2 x jadi..nyampah..majuk le sorg2 ngadap rumah hijau pengubat duka lara..

nasib baik cite Nora Elena happy ending..pastu tgk cite You Saka Pergi Jauh Jauh,leh la mengubat hati lara ini..majuk di malam Jumaat..apakah??

15 June 2011

-ngek!!!

type..delete..type..delete..
apekejadahnya semua ini??
ini maknanya x de idea!!!!
makanya x de n3..

08 June 2011

-Menyampah



skang kan Tuya dok umah pun macam dok kat pasar malam..bising dah floor umah Tuya ni..sejak ade la sekaum ni dok pindah..tak kira siang malam pagi petang dok memekak..lagi kalau time maghrib kan,time tu la dia pun nak buka la lagu sembahyang kaumya tu sekuat alam..tu x campur ngan bau benda alah yg dia bakar masa sembahyang tu..

bukan Tuya x de jiran jenis kaum ni,depan rumah Tuya pun kaum dia gak,tapi x de la sampai mcm tu sekali..hormat juga kat jiran..yang sekeluarga x paham bahasa ni,walaupun rumah nun di hujung,tapi dia nye suara leh dengar sampai rumah Tuya..

agaknya deorg ni jenis luodspeaker kot ek..kalau dah berkumpul depan rumah,mcm berkumpul bawah pokok kat kg..kita nak lalu pun jadi serba salah..kena la lalu ikut tangga lagi satu..jauh sket la,tapi skang dah x rasa jauh dah..sanggup ikut tangga nun semata2 x nak lalu depan rumah deorg ni..

dah le tetiap hari bergaduh..memekik2 mcm org gila..bukan Tuya sorg je rimas,jiran Tuya yg kaum dia ni pun dok ngadu gak kat Tuya..rimas katanya dengan kebisingan tu..dah report kat ketua blok,bila ketua blok naik,elok lak pangainya sehari dua,lpas tu jadi semula sawan memekik memekaknya..ishhhhhhhhhh!!!tension.

Tuya nak cari rumah lain dah ni..ade x sape2 yg ade nampak2 ke,tau2 ke ade rumah utk disewakan..bgtau la yer..area Klang Valley je ek..jejauh satu hal lak Eri nak g keja..

05 June 2011

-Weekend di PD

sebelum cite,jom melepaskan rindu tengok pic tuan tanah kedaung..ade ke yang rindu???non adooooo!!!

sabtu semalam,kebetulan adik ipar Tuya yang kat Klntan datang KL..cuti sekolah..nak dok rumah je,kesian lak dia boring weekend kan..dia nak sangat g mandi laut..so kitorg plan g PD je la..PD je pantai terdekat kan..

bertolak dr rumah kul 10..masuk je hgway PLUS lepas tol sungai besi,kenderaan dah start slow melow..gile panjang jem..tah nak g mana la sume org..bygkan le dalam kul 1 baru kitorg sampai PD..penat dok dalam keta mcm nak balik kg je kekdahnya..

jom le layan pic2 yang ade..


jom jalan...


pose dulu sket..


sampai ngam2 perut lapar..cari port sedap sket,pastu makan..kitorg bawa nasi lemak,bihun goreng,sandwich sardin,buah tembikai..


pose dulu sebelum mandi..

dah kenyang,usha2 air dulu,tengok pasang ke surut..masa tu air baru nak pasang,nak mandi mcm x best lg sbb airnya jauh lg kan..jom le naik banana boat ni dulu..syiokkkkkkkkkkk sangat!!!terjerit2 kitorg x tau la jerit suka ke jerit takut..


pakai jacket dulu..


ready to go!!!


dah naik banana boat,nak mandi pulak..tapi pose dulu kat situ..jakun tau!!!


hiyak2..gumbiranya dapat mandi laut..


masa mandi suka suki x ingat2 kan..lepas siap mandi tu,dah rasa penat sket..otw nak balik rumah,ya ampunnn!!!!penat tahap dewa dewi..sume dok melentok baiknye dalam keta..sampai Eri jerit2 nyanyi sbb dia pun ngantuk..kes jeles tgk sume melentok sedap tdo,dia kena drive..heheheh..

Penat!!!!!!!!!!!

01 June 2011

-Ni baru betul kan???

SIMFEROPOL (Ukraine): Seorang remaja perempuan dilaporkan direjam hingga mati mengikut undang-undang syariah selepas dia mengambil bahagian dalam pertandingan ratu cantik di Ukraine.

Media melaporkan, mayat Katya Koren, 19, ditemui di sebuah kampung tidak jauh dari rumahnya di wilayah autonomi Crimea.


Rakan Kayta berkata, remaja itu memang gemar mengenakan pakaian mengikut fesyen semasa dan menyertai pertandingan ratu cantik berkenaan baru-baru ini.

Kata mereka, Katya mendapat tempat ketujuh dalam pertandingan itu.


Media melaporkan, mayat remaja itu yang cedera teruk ditemui ditinggalkan dalam kawasan hutan.


Mayat itu ditemui seminggu selepas Katya dilaporkan hilang.

Media melaporkan, polis kini memulakan siasatan terhadap kes pembunuhan itu dan sedang menyiasat tiga pemuda Islam yang dikaitkan dengan kejadian berkenaan.


Sumber berkata, pemuda terbabit menganggap kematian Katya itu dibenarkan mengikut hukum Islam.

Katanya, seorang daripada suspek dikenali sebagai Bihal Gaziev, 16, menganggap Katya melanggar undang-undang syariah.


“Bihal berkata, dia tidak kesal merejam Katya hingga mati,” katanya. - DM