The Best Followers

28 April 2011

- Tambah Lagi..



alhamdulillah..
panjang lagi umur Tuya utk bernafas atas bumi Allah ni..
syukur atas segala kurniaan,kelengkapan hidup,dan yang paling pentingnya keredhaan dan keberkatan utk terus diterima di sini..

Happy Birthday To Me!!!!!

26 April 2011

-Bertungku




time2 cedera parah bendera jepun ni kan,mcm2 sakit dtg..lenguh la,sakit pinggang la,diri lama sket je tapak kaki mcm pijak paku la..mcm2 rasa dok ade..

dapat lak bertungku kan..wahhhhhhhhhhhhh!!heaven..dan paling heavenya bila Eri yang dok melayan tungkukan sana sini..tunjuk je kan mana lenguh,sakit..menurut perintah..heheheheh..thanks incik laki ku.

Tuya bertungku senang je..amik je batu kat sungai blakang rumah ma kat kg nu,yang besar penumbuk lebih kurang..letak atas dapur..kita bako!!!kita bako!!hehhehe..panaskan le atas api dalam 5 minit gitu..dia nye panas,fuhhhh!!!kepanasan tu leh tahan sampai berjam2 walaupun suam2,tapi still leh rasa habanya..

ni le rupa bentuk batu tungku terbaikkk!!!!

Time lenguh,period..khidmat batu tungku ni adalah sangat2 diperlukan..lega sekejap segala kesakitan n kelenguhan..anda ada batu tungku???heheheh

25 April 2011

-Ape La Dosa Si Bini..


Marah Kejut Solat Subuh

AMPANG: Seorang isteri kini terlantar dalam keadaan koma dan bertarung nyawa di hospital akibat dibelasah serta ditikam suaminya yang naik hantu selepas wanita itu menyuruhnya menunaikan solat Subuh.

Kejadian berlaku di rumah pasangan berusia 30-an terbabit di Pandan Indah Commercial Park, di sini, kira-kira jam 6 pagi semalam dan mangsa yang kehilangan banyak darah akibat cedera di perut kini dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Ampang.


Sumber polis berkata, kejadian berlaku apabila suami mangsa yang tidur berang selepas dikejutkan isterinya dan disuruh mendirikan solat Subuh.

“Tindakan mangsa menyebabkan suaminya berang sebelum berlaku pertengkaran hampir 10 minit. Suaminya yang hilang pertimbangan membelasah mangsa lebih 30 minit sebelum mengarahkan mangsa jangan menyuruhnya bersolat.


“Biarpun dibelasah dan diugut demikian rupa, mangsa masih meminta supaya suaminya berubah selain menunaikan solat,” katanya.


Menurutnya, keengganan mangsa mematuhi arahannya menyebabkan suaminya bertindak lebih agresif dengan mengambil pisau dan menikam perut wanita itu.

“Mangsa terjatuh sebaik ditikam dan keadaan itu menyebabkan suaminya panik, apatah lagi selepas melihat isterinya berlumuran darah serta meraung kesakitan,” katanya.


Sumber itu berkata, bunyi bising akibat pertengkaran dan serangan suspek ke atas mangsa menarik perhatian jiran mereka, seorang lelaki berusia lewat 20-an yang bergegas ke rumah pasangan itu.

“Sebaik masuk ke rumah berkenaan yang pintunya tidak berkunci, jiran itu melihat mangsa terbaring dalam keadaan berlumuran darah manakala suaminya berdiri sambil memegang pisau.


“Terkejut dengan kehadiran jirannya, suspek segera melarikan manakala mangsa dibawa jirannya itu ke hospital dengan bantuan beberapa jiran lain,” katanya.


Difahamkan, sehingga petang semalam keadaan mangsa dilaporkan kritikal manakala suaminya yang menghilangkan diri kini diburu polis.


Sementara itu, Ketua Polis Ampang Jaya, Asisten Komisioner Amiruddin Jamaluddin, ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan kejadian berkenaan dan siasatan lanjut dilakukan.


**nak cakap mcm ne ni?istigfar panjang..bini tu nyuruh wat pahal bang oii..bukan ajak wat dosa..tu la dia kalau dah setan menguasai diri,dah x sedar diri..joget2 setan suka tgk ko blasah bini ko..bongoknya!!!

23 April 2011

-Nak Bebas???Sila Telanjang!!!




saja je la,Tuya ni kalau baca paper oversea suka baca malam2.klu pg2 tu x banyak yg deorg update..td baca punya baca jupe satu tajuk yang sangat2 menarik perhatian Tuya sebagai seorang Islam..

Model,pelakon German-Turkish si Sila Sahin ni dok cantiknye pose kat majalah Playboy..pose bogel okeh!!!terkangkang kerkoyak sume..na'uzubillah..perasaan marah tu membuak2 bila baca pulak alasan n kenyataan dia kat satu website ni..

Ya Allah..dunia semakin di akhir zaman..boleh lak dia kata..

‘I did it because I wanted to be free at last,’ she said. ‘These photographs are a liberation from the restrictions of my childhood.'

‘I want these photos to show young Turkish women it’s OK for you to live however you choose.’

bangang x de tahap dah budak pompuan ni..boleh lak kata yang dengan wat mcm tu dia nak bebaskan diri dia ..dia nak tunjuk kat pompuan2 muda berbangsa Turkish,adalah OK wat mcm tu...WTF!!!!

kalau nak tgk pic2 terlampau dia dalam majalah tu,try la search nama dia kat FB..terang2an gambar bogel2 tu ade..jelas x blur ape pun..memalukan betul..

yang Tuya mcm nak maki sangat tu,tau lak dia takut,minta maaf kat mak pak atok nenek segala bagai sedara mara.takut kalau deorg x leh terima dia ni nak balik rumah..tau pulak ko takut ngan manusia..ngan Allah???ade ko takut taubat insap??ishhh..emosi la..

22 April 2011

-Teacher Tak Caya!!

-teacher Tuya tengah kalut angkat kain kat ampaian-


budak : teacher,saya kan,dengar bunyi guruh petir kuat sangat subuh aritu..terkejut saya..

teacher : ooo..subuh aritu kan,teacher pun dengar..kuat betul kan..

budak : macam nak runtuh rumah kan teacher..kawan saya kata 2012 nnti dunia kita kiamat!!

teacher : sape yang memandai2 kata mcm tu?

budak : kawan saya la teacher..dia kata dia baca kat internet,ade omputih wat kajian..2012 bebila masa je nak kiamat,tapi x tau tarikh..

teacher : kalau nak kiamat,hari ni pun boleh kiamat..awak percaya Tuhan ke percayakan kajian omputih tu??

budak : teacher ni x tengok cite 2012 tu agaknye..x caya saya cakap..

teacher : tipu tu sume..dah teacher nak masuk..

dalam rumah,Tuya pk senangnya la kita org Islam ni dipengaruhi oleh anasir2 jahat kan..budak2 yang x tahu ape2 tu lg la senang deorg nak caya benda2 karut tu..yang kelako tu bila Tuya kata nak masuk umah tu,dia wat muka x puas hati sbb Tuya x caya cakap dia..sambil Tuya tutup grill pintu,dia kata nnti dia bg Tuya tgk cd cite 2012 tu..baru teacher percaya!!!!heheheheh..budak..budak..

20 April 2011

-Apa nak jadi bebudak sekarang ni?

Pelajar Di Cabul Dalam Kelas

ARAU: Empat pelajar lelaki sebuah sekolah menengah di sini, ditahan polis kerana berkelakuan liar termasuk mencabul seorang pelajar perempuan dalam kelas sama tanpa menghiraukan pelajar lain melihat perbuatan terkutuk mereka.

Tiga pelajar lelaki terbabit yang berusia 15 tahun yang juga rakan sekelas mangsa bersama seorang pelajar berusia 16 tahun melakukan perbuatan itu ketika waktu persekolahan, kelmarin. Pelajar perempuan berkenaan yang tidak tahan dijadikan objek seks sejak tiga minggu lalu oleh keempat-empat pelajar terbabit membuat laporan di Balai Polis Arau, malam kelmarin, sebelum polis memberkas semua suspek, semalam.


Timbalan Ketua Polis Daerah Arau, Deputi Superintendan Lee Swee Meng ketika mengesahkan kejadian berkenaan berkata, empat pelajar terbabit didakwa memegang buah dada dan paha mangsa di dalam kelas ketika ketiadaan guru.

Menurutnya, semua pelajar lelaki tingkatan tiga dan empat itu ditahan di bandar ini tengah hari semalam.


“Semua suspek didakwa tidak menghiraukan rakan sekelas lain yang melihat perbuatan mereka mencabul mangsa. Mangsa sebelum ini mendakwa sering diganggu empat suspek dan paling ketara apabila mereka memegang buah dada dan pahanya,” katanya di sini, semalam.


Lee berkata, kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan iaitu mencabul kehormatan dan pihaknya dalam proses mendapatkan perintah reman terhadap semua suspek bagi membantu siasatan lanjut.

Sementara itu, dalam kes berasingan, seorang lelaki warga Bangladesh berusia 25 tahun yang kemaruk seks ditahan kerana disyaki mencabul kehormatan seorang gadis berusia 17 tahun yang juga rakan sekerjanya, kira-kira jam 11 pagi kelmarin.


Lee berkata, lelaki terbabit yang bekerja di sebuah pasar raya di Pauh, dekat sini, gagal mengawal nafsunya lalu memegang paha mangsa ketika mereka bekerja.


**ni la padahnya kalau dah terlalu banyak pendedahan yang negative pada pelajar2..benda2 yang x elok sangat mudah didapati di internet..sampaikan perlakuan yg begitu sensitif mcm ni pun deorg leh wat suka2 hati kat mana je..asal boleh..dalam kelas pun jadi je..dah x de rasa hormat kat tempat menuntut ilmu..apa la nak jadi..Tuya ade anak lelaki,risau jugak ape la lagi dugaan akan datang kan..harap2 anak2 kita dijauhkan dr segala jenis masalah keruntuhan moral ni..amin..

19 April 2011

-Apa lah salah nasi lemak itu?



ape la salahnye nasi lemak kan???sbb ramai bebudak sekolah yg obes,dah nasi lemak x leh nak jual kat kantin sekolah hari2 mccm biasa..dulu masa time2 kita sekolah,tetiap hari gak makan nasi lemak 30sen..

kalau bebudak RMT [rancangan makanan tambahan ] punya nasi lemak x habis sbb ade yg x dtg pun,kita la jadik sukarelawati nak ngabiskan nasi lemak tu..x de pulak nak obes bagai..

mana taknye,time rehat mmg makan makan nasi lemak,tapi nak naik kelas nu tggi melangit..bukan sbb sekolah bertingkat2,sebab kelas atas bukit,nak panjat tangga tu tggi..pastu kena tolong cikgu..jap2 angkut buku ke bilik guru la,jap2 amik kapur la..tu x masuk time PJ lagi..padang sket nye bapak beso,cikgu suh lari berpusing2..kering segala lemak..
balik sekolah ade yang jalan kaki,ade yg kayuh beskal..

kan banyak exercise tu namanya..petang lak main polis tantri wan to jaga..berkejar sana sini,berpeluh berlengas satu badan sampai maghrib..x jadi nak obes la..

budak zaman skang ni,balik sekolah dok ngadap pc,main game la,pesbuk la..dok terperap ngadap cartoon..g skolah pun ade drebar nganto..dah le banyak pilihan fastfood.tepon je utk delivery.mana x obes nya??tu pun nak disalahkan nasi lemak..ishhhhh!!!!

18 April 2011

-Last episode


ade sape2 yang ikut cite Gemilang ni?Tuya sudah semestinya..sbb suka ngan plot,jalan cite..mcm2 watak ade dalam cite ni..matlamat,dugaan,masam manis kehidupan seorg guru..best!!!

lagi satu Tuya suka suasana cite ni,ngan barang2 antiknya..ngan kebun getah n mesin proses getah lama tu..memang mengimbau memori la..sbb dulu mak Tuya pun noreh getah,wat getah keping..dr bekukan getah sampai la jadi sekeping,pastu sidai2 bg kering..ishhhh..bestnya..Tuya dok kat pondok tggu mak wat keja..

malam ni last episode cite ni..ramai yg menyampah super duper meluat ngan cikgu Hana tu kan..batu segala batu..propa sangat..tapi mmg menjadi wataknye..dalam cite Sahara pun jadi watak kurang ajar dia tu..

nak tgk ape la kesudahan cite ni..tggu malam ni ek..

17 April 2011

-Kenapa??

nak tnya,kalau u ollzz sume korek telinga kan,feeling dia mcm ne?syiok x?Tuya ni kalau korek tinge,x kisah la banyak hasil ke x de hasil ke dia nye nikmat...adoyaiiiiii..terangkat!!!nikmat Tuhan bagi yg x de tolok bandingnye..feel mcm terawang2 je kan..hik hik..ohhhhhhhhhhhh!!!!

16 April 2011

-Recycle yang x patut..


Tuya dapat info ni dr FB..nak share ngan kawan2..
ade yang guna getah murah jenis ni wat ikat rambut ke?
jom kita tgk disebalik getah rambut ni..


ni getahnye..leh dapat kat kedai rm2..banyak..


cer gunting..nak tau isi perutnya apa kan..


nampak mcm tali rafia biasa je kan..meh kita baraikan dia..


apakah ini???omaigod!!!!mcm kondom je..confirm kondom!!!persoalannya,kondom terpakai ke kondom x pernah pakai???eeeee..geli lak aiii..


so,lpas ni sama2 la kita check ape2 pun barang kita nak guna..banyak sangat yyang terselindung di sebaliknya kan..renung2 kan dan selamat beramal!!!heheheeh..

13 April 2011

-Kencing isteri minta tolong



KUALA LUMPUR: Berang kerana diminta membantu membuang sampah, seorang warga emas bertindak di luar kewarasan akal apabila bukan saja memukul isterinya menggunakan tongkat, malah turut kencing di muka wanita dikahwininya selama 26 tahun itu selepas mangsa terjatuh.

Kejadian mengaibkan itu berlaku di hadapan rumah pasangan terbabit di Taman Wahyu di sini, kira-kira jam 5.30 petang kelmarin.


Sumber polis berkata, lelaki warga emas terbabit yang berusia lewat 60-an panas baran dan sering memukul isterinya yang beberapa tahun muda daripadanya, terutama dalam sepanjang enam bulan lalu.

“Lelaki itu sering berkata dia benci melihat wajah isterinya yang sudah tua,” katanya Menceritakan lebih lanjut mengenai kejadian itu, sumber berkata, sebelum kejadian, mangsa menyapu sampah di hadapan rumah sebelum meminta suaminya membantu membuang sampah ke dalam tong di hadapan rumah.


“Berang dengan permintaan itu, suspek yang bertongkat menghampiri isterinya sebelum menumbuk mukanya. Tumbukan berkenaan yang tepat di muka menyebabkan wanita terbabit terjatuh.


“Selepas itu, suspek bagaikan dirasuk hantu memukul isterinya menggunakan tongkat,” katanya.

Beliau berkata, ketika itu, mangsa merayu dikasihani selain menutup kepalanya menggunakan tangan.


“Selepas puas membelasah isterinya, lelaki terbabit yang hilang pertimbangan bertindak jijik dengan kencing di muka dan tubuh mangsa.


“Lelaki terbabit kemudian meninggalkan rumah mereka dan tidak pulang sehingga kini,” katanya.


Sumber itu berkata, mangsa sebelum ini tidak membuat laporan polis kerana terlalu menyayangi suaminya itu, namun selepas lelaki terbabit kencing di muka dan tubuhnya, wanita itu nekad membuat laporan.


Sementara itu, Ketua Polis Sentul, Asisten Komisioner Zakaria Pagan ketika dihubungi, mengesahkan menerima laporan kejadian terbabit dan memberitahu siasatan lanjut dilakukan mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan.

sumber : metro


**sangat meluat dan menyampah ngan lelaki mcm ni tau..dah tua,panas baran x ilang2..minta tolong sket pun dah nak ngamuk2..kalau bininya muka dah tua,dia tu hensem sangat kah???kah??geramnya..huhuhuhuhu..melampau tak agak2..tau lak lari x balik2 bila dah wat salah mcm tu..patutnya laki lindung maruah bini,ni x ...emo..emo..



11 April 2011

-Kipas Susah Mati..oh Zulhuzaimi...


tak leh nak cite panjang..yang penting Tuya mmg sangat2 suka,sangat2 minat tertonggeng tonggeng ngan si Zulhuzaimi ni..x kisah le org nak kata ape,yg penting Tuya minat 199% kat dia..nape tah..

lagi la skang drama 'Kau Laksana Bulan' kat tv2 dia salah sorg heronya..x tau la kalau cite tu ulangan ke ape ke,tp Tuya baru tengok..excited dok tunggu tetiap ptg depan tv.sangat2 cool,macho,ensem zul ni..issshhhh..

cute betul anak dia ni kan..

dengar khabarnye deorg ni dah bercerai..x kisah la dah bercerai ke,kawin lagi ke,Tuya tetap minta dia..

ohhh zulhuzaimi..ohhhhhhhhhhh!!!!ade sape2 boleh tolong lempangkan Tuya?masih koma angau kat zulhuzaimi..sampai muka eri pun nampak mcm muka zulhuzaimi...hahahahahh..apakah???

08 April 2011

-Nak minta pendapat ni..

abah mertua Tuya masih belum sembuh sepenuhnya..masih lagi lemah,terbaring x boleh nak wat ape..makan pun x de selera.makan ubat spital banyak,effect kat jantung,x makan ubat lagi sakit..x de arah dah kami anak banak ni nak wat mcm ne..tggu result scan paru2 dia dr HKB 12hb ni..kalau still x de ap2 respond dr hospital pasal penyakitnya ni,kitorg dah sepakat nak bawa dia ikhtiar berubat cara lain pulak..

Tuya cadangkan bawa g berubat kat Darussyifa'..mana la tau,kesihatannya akan lebih baik bila dah berubat kat situ..ade x sape2 kawan2 yang ada pengalaman saudara mara ke,ahli keluarga ke,kenalan yang mengikuti rawatan kat situ..boleh la kongsi ngan Tuya..

ataupun kalau ada sape2 yang tahu kat mana lagi boleh wat rawatan yang seumpamamnya tu,pendapat n pandangan amat2 la di alu2kan..Tuya mmg x de pengalaman kalau bab2 berubat selain dr pergi hospital ni..share ye kawan2..

07 April 2011

-Check Telur Anda..

Telur Ayam Tiruan Di Pulau Pinang

Rupanya sebiji telur ayam tetapi ia telur ayam tiruan diperbuat daripada bahan kimia yang dikhuatiri boleh memudaratkan kesihatan dan dijual di pasaran terbuka di Pulau Pinang.

Telur palsu itu bersaiz lebih besar daripada telur ayam sebenar dan apabila dipecahkan ia tidak mempunyai pusat telur, tidak berbau, berkilat dan kasar.

Demikian menurut Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) yang telah menerima aduan daripada pengguna yang membeli 30 biji telur tiruan itu pada harga RM11 di pasar Pulau Tikus di Georgetown semalam.

Presiden CAP, SM Mohamed Idris, berkata siasatan mendapati kulit telur palsu itu diperbuat daripada lilin parafin, serbuk gypsum dan kalsium karbonat manakala kuning telur dan putih telur menggunakan bahan daripada natrium alginat, alum, geletin, asid benzoik, kalsium klorida, air serta bahan pewarna makanan.

"Komponen bahan kimia ini boleh menjejaskan kesihatan pengguna seperti mengganggu metabolisme, otak, sel saraf serta menjejaskan fungsi hati," katanya.

Mohamed Idris berkata, kerajaan harus mengambil tindakan segera merampas dan mengharamkan semua telur ayam palsu itu kerana ia akan memperdaya pengguna selain memberi kesan buruk kepada kesihatan.

Seorang mangsa pembelian telur ayam palsu yang hanya mahu dikenali sebagai Loh, 50, berkata beliau menyedari telur ayam yang dibelinya dari pasar di Pulau Tikus itu adalah palsu setelah mendengar aduan seorang pembeli menerusi siaran radio.

"Setelah mendengar aduan seorang pengguna dalam radio, saya terus memeriksa telur yang dibeli itu dan terkejut apabila mendapati telur ayam yang saya dibeli sememangnya palsu," katanya.

Loh berkata, beliau dan anggota keluarganya telah makan telur ayam palsu itu sejak sebulan lalu.


***telur pun len palsukan pulak..macam2 hal la dunia skang..dah,g check telur masing2 sana,kot pelesu ke,tiruan ke..nak check 'telur' kita jugak la,ori ke x...hahahhahah!!!dush dush!!pastikan ori..

05 April 2011

-Dah kenapa??

kenapa Tuya sangat2 malas nak wat n3?best je tengok sume kawan2 ade je cite tetiap hari update..nape Tuya x de idea nak tulis sedangkan banyak cite sebenarnya!!!uwaaaaaaaaaaaaaa..

dush2!!!jangan jadik malas sangat yer Tuya..