The Best Followers

31 January 2011

-Dah Bulan Februari

Selamat Hari Wilayah..pada yg keja kat KL tu selamat bercuti2..ade yg sambung sampai minggu depan kan?wah..wah..best kan..

sekejap je lahai dah bulan Februari..bulan kedua dalam tahun 2011..pejam celik..pejam celik..mcm2 dah jadi dalam 2011 ni walaupun awal2 tahun..banyak yg x best dr best..semalam Eri merungut,dia dah 3 tahun keja ngan company x dapat bonus..org lain yg masuk baru 3 bulan boleh dapat bonus 1k..even budak despatch pun dapat bonus rm400..sangat2 x adil kan?Tuya cuba sedapkan hati dia,cakap kat dia mgkin x de rezeki kita lagi..padahal sakit dada Tuya ni menahan sakit hati..

Tuya suh dia benti je la keja situ kalau dah terang terangan dia di pergunakan utk kesenangan org lain..padahal profit company dia utk tahun 2010 berjuta2 dapat..kerah tenaga pekerja mcm ape..siang malam kerja x peduli ape dah..last2 mcm ni yg Eri dapat..nampak la muka Eri fedup,frust n sedih..kesian dia..now,Tuya tengah submit resume dia kat mana2 company yg advertise kerja kosong yang sepadan ngan bidangnya..tanpa pengetahuan dia..harap2 rezeki dia ada kat tempat yg sepatutnya..tempat yg tahu menghargai segala pengorbanan dia..

[dia sanggup kerja tonggang tonggek masa bulan 11-12/2010 aritu..masa tu anak Tuya ada cuti kat KL..x bawa anak jalan mana2 pun sbb cuti dia dibekukan kes nak kejar pojek provide internet kat Hotel star kat KL ni..tu pun boss2 dia x nampak ke?]..so annoying tau..

harap2 Februari ni ade la lembaran baru utk kehidupan kami sekeluarga..minta di murahkan lagi rezeki,dipermudahkan segala perjalanan karier suami Tuya..amin..

29 January 2011

-Buat Tuya Tersengih sengih..

rutin xtvt weekend Tuya skang,mengemas rumah je la..td ngemas bilik tuisyen a.k.a bilik study..kertas selit sana sini..buku x tersusun..sambil2 tu ngumpul mana2 harta sekolah nak pulang semula..ye la kan,dah nak cuti lama ni,pulangkan la buku2,ABM sekolah punya..

tengah syiok ngemas susun kertas buku yg ade,Tuya jupe 2 helai kertas yang wat Tuya sengih sorg2..


ni mesti budak tuisyen Tuya punya keja..boleh lak dia melukis muka Tuya mcm tu..ceshhhhh!!!!



''kereta yang hebat tidak boleh beli sebab ayah dah ambil duit tidak cukup nak membelinya"..

ni Tuya tau keja sape..ni mesti anak bujang Tuya punya luahan rasa..sbb aritu ayah dia x bg dia g kedai beli kereta mainan,dia nak g jugak..Eri amik duit tabung dia,nyorokkan..masa tu dia majuk berkurung dalam bilik study ni..heheheh..lucu la budak itam nih..

kalau kita meluah perasaan kat blog,diari..bebudak pun ade cara nak mengekspresikan emosi dan rasa hati..sweet sangat kan..

26 January 2011

-Tuhan Maha Mengetahui

GEORGE TOWN: Seorang wanita muda menitis air mata dan menadah tangan tanda syukur apabila Mahkamah Tinggi hari ini membebas dan melepaskannya dari tuduhan membunuh bayi yang baru dilahirkannya dalam tandas kilang tempatnya bekerja dua tahun lalu.

Nurul Syuhada Shamsudin, 21, tidak dapat menahan sebak sebelum dipeluk oleh ibu dan ayahnya dalam mahkamah itu setelah gari tangannya dibuka oleh anggota polis selepas Hakim Datuk Zamani Abdul Rahim membaca penghakiman.

Terdahulu, Zamani dalam keputusannya berkata mahkamah membebaskan dan melepaskan Nurul Syuhada selepas mendapati pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie terhadap tuduhan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman gantung sampai mati jika sabit kesalahan.

"Setelah mendengar keterangan pendakwaan dan hujah bertulis, mahkamah mendapati terdapat dua situasi yang berlaku iaitu sama ada bayi itu mati sebelum lahir ataupun mati selepas lahir dan dalam kedua-dua situasi itu, saksi iaitu Pakar Patalogi mentakrifkan bahawa bayi yang dikatakan lahir hidup ialah bayi yang boleh bernafas dengan sendiri selepas keluar dari rahim ibunya," kata beliau.

Katanya menurut laporan patalogi kematian bayi itu adalah disebabkan
lemas namun adalah tidak dapat dipastikan sama ada bayi itu mati sebelum keluar
dari rahim ibu atau mati selepas keluar dari rahim ibu dengan mempunyai
elemen-elemen membunuh menurut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Nurul Syuhada berasal dari Parit Buntar, Perak, didakwa membunuh bayi yang
baru dilahirkannya antara 3 pagi hingga 7 pagi pada 31 Disember 2009, di dalam
tandas perempuan di kilang Jabil Circuit, Bayan Lepas di sini.

Mayat bayi tersebut dijumpai tersangkut dalam lubang tandas kira-kira 2.15
petang keesokan harinya oleh seorang tukang cuci selepas menerima aduan
tandas tersumbat. - Bernama

**macam2 hal lak bebudak n manusia skang..tengok berita td pun ade gak kes bayi baru lahir ditikam..kes yang kat atas tu lak,ibu bayi tu terlepas dr hukuman..deorg x leh nak buktikan samada baby tu mati masa lahir ataupun dibunuh.tapi kalau nak guna logik akal kalau iye pun pompuan tu terberanak kat toilet,mesti lepas tu dia bgtau org yang dia terberanak..kalau dia x salah le kan..ni esok petangnya baru tau,tu pun sbb tandas sumbat..

hukum dunia dia terlepas,hukum Allah esok lusa,pasti menanti..Na'uzubillah..
sedih betul Tuya bila dengar kes2 buang bayi ni..Tuya nak!!!!!Tuya nak anak tu..uwaaa..




23 January 2011

-Baik hilang FB dr hilang laki bini..


Facebook punca penceraian

LONDON: Laman sosial Internet, Facebook didakwa menjadi punca kepada peningkatan kes perceraian apabila semakin ramai suami atau isteri ditangkap berkelakuan curang dalam laman itu.

Seorang peguam memberitahu akhbar The Sun demikian mengenai bagaimana kes yang diuruskannya sejak sembilan bulan lalu membabitkan Facebook.

Menurutnya, pengguna yang sudah berkahwin terdedah untuk menipu pasangan mereka apabila berkenalan dengan pengguna lain dalam laman sosial itu.

Mesej berbau seks dan gambar kekasih baru selepas perceraian digunakan oleh bekas suami atau isteri dalam prosiding perceraian.

Kini, peguam menasihatkan pasangan yang bertelingkah supaya berhenti menggunakan Facebook dan laman lain seperfti Second Life, Illicit Encounters dan Friends Reunited sehingga prosiding perceraian masing-masing berakhir.


Emma Patel dari Syarikat Guaman Hart Scales & Hodges di Dorking, Surrey berkata, pihaknya menangani 30 kes perceraian sejak Mei lalu dan semuanya membabitkan Facebook.

Katanya: “Suami isteri yang curiga terhadap pasangan masing-masing menggunakan laman itu untuk mengintip dan mencari bukti kelakuan curang pasangan mereka.

“Penemuan bukti itu akan membawa kepada peceraian,” katanya.

Emma juga berkata, beliau sering memberi amaran kepada pasangan yang bertelingkah supaya mengelak daripada menggunakan laman itu selagi kes perceraian mereka belum berakhir. - The Sun


**bukan kat London je jd mcm tu ek,kat Malaysia pun berlambak2 kes mcm ni kan?sbb Fb punah ranah hidup rumahtangga..minta dijauhkan..




-Sebok!!!!

Teacher,u kan cikgu..nape u duduk apartment lama tu ek?selesa ke?kecik je kan rumah tu?sesuai ke inviroment kat situ ngan u?tingkat 4 lagi..kan situ rumah kos murah..

soklan apakah itu??ade amoi cina jaga kuanter kat kedai area rumah Tuya tnya 2,3 hari lepas..Tuya jawab kat dia,"tu je yang i mampu,walau rumah besar gabak pun,tp x bahagia nak wat apa kan?lgpun i dua laki bini je dok rumah tu..bkn sekampung"..

apa motipnye nak pertikaikan soal rumah yg Tuya duduk ek?sedih keji ke dok umah apartment lama yg x de lift?ade Tuya mintak duit dia ke nak bayar umah tu tetiap bulan?ade ke hutang kat kedai dia nak beli barang dapur umah tu??dasar bigmouth!!tu pun nak jadi isu ke?x abis nak pk nih..

18 January 2011

-Ikhlas kah hati memaafkan?

waaaa!!tajuk x bleh nak tahan langsung..hehehhe..masa Tuya tulis n3 ni,jam dah kul 2.25 am..mata x leh nak lelap..dok main game kat Fb,blogwalking,dengar radio,tengok tv..tah,sume dh wat.tak tau nak wat ape lagi tah..mata x nak tdo apekena tah..

tapi sebenarnya mgkin Tuya ade masalah dalaman kot..hahahaah!!masalah dalaman ek..bunyik mcm kronik..masalah dalaman pada diri sendiri yer,bukan masalah dalaman rumahtangga..[minta dijauhkan rumahtangga Tuya di uji lagi]..masalah problemnya ialah..Tuya ni sakit hati kat someone ni..Tuya dah maafkan dia semaaf maafnya.. mybe x ikhlas..tapi Tuya dah maafkan dia..betul..dah maafkan.

agaknya sbb x ikhlas maafkan dia kot Tuya jadi mcm x tenteram..macam ne la nak ikhlaskan hati memaafkan org yang dah nyakitkan hati kita ek???dia yg wat salah kat Tuya, dah minta maaf,Tuya dah maafkan,x ikhlas n Tuya lak rasa bersalah..mcm ne tu???tulun!!!!adoiiiii lahai...

17 January 2011

- aktiviti hujung minggu

sabtu ahad semalam ni,Tuya x kemana2 pun..dok rumah je,lgpun cuaca mcm suh dok umah dediam je kan..mendung,hujan..mmg sesuai utk bermalas malasan belengkaran kat depan tv..

dah dok rumah tu,mesti la lapar memanjang kan..lagi lak Eri x standby..jap2 makan beskot,jap2 wat air..Tuya lak kalau ade tukang makan,suka je la nak masak..dah mcm kena sawan masak..asik nak wat something yg leh di makan je..

hari sabtu,Tuya wat seri muka..plannya nak wat hari Jumaat petang..tapi kat rumah Tuya ni ade pasar malam setiap hari Jumaat..x jadi wat..wat le ptg sabtu..


kuih feberet Eri..watnya seloyang kecik je,tapi x abis2..ade lagi kat peti ais..tah bila nak habis..



Tuya mmg kurang sket kalau makanan yg ade pulut ni..Tuya makan tepung tu je..hehehhe..




ni lak lunch Ahad..ayam bakar sekor..masuk dalam microwave..bior dia masak sendiri..sampai masa,siap!!!dah leh makan..nasib baik ayam ni kecik,x de la seksa nak ngabiskan..



kek ceklat plak..malam semalam dalam kul 9 mcm tu la..Tuya mcm terliur2 nak makan kek ceklat..mcm sempat je nak wat sebelum tgh malam kan..gigih la bancuh kukus bagai..


taraaa!!dalam kul 11 lbih siap dah sume..nak potong sayang lak..lgpun dah malam,x nak la makan dah..pantang konon makan lepas kul 8..hehehehh..last2 dah siap cantik2 tu,letak je la dalam esbok..siang2 la kalau nak makan pun..

skang mmg Tuya x leh nak kawal la perasaan nak masak tu..ade je benda nak di masak..tapi yg x best tu,Tuya x bape makan..tp suka org makan makanan Tuya masak..huhuhuhu..kalau dalam rumah Tuya ni ramai rakyat jelata x pe,ni 2 ketul Tuya ngan Eri je..

kdg2 kalau Tuya wat kuih ke,kek ke Eri je la makan..x pun kitorg bawa g tmpat keja masing2..tapi bila masak ni,Tuya rasa release sangat..betul x??ke Tuya je yg rasa mcm tu?

p/s : Tuya akan cuti mengajar..nak nyambung blajo x habis2..[dulu mak suh blajo sebok nak kawin..ni dah kawin beranak pinak baru sebok nak blajo]..lepas ni banyak la masa terperuk kat rumah..

15 January 2011

-Info Pagi Sabtu


pagi2 sambil nak buka FB td,nyelit la nak tgk acc jap..nak transfer duit..buka je website maybank2u,mcm pelik..nape lain log in page nya???

pastu bila try log in..buleh..jadinya,maybank2u dah ade log in page baru..cantik jugak..so kawan2 lepas ni klu masuk website maybank,jangan pelik2 takut nak log in..mmg log in page nya dah tukar..


[klik utk tumbesaran ]..

pastu nak share lagi satu info..ni Tuya dapat kat FB..sangat2 berguna utk kita org awam ni..bak kata org,mencegah lebih baik dr mengubat..sebelum jadi ape2,baik kita hindarkan dulu segala apa yg bahaya..

happy weekend kawan2..

12 January 2011

-Saya sayang Blog Saya


''Yang..susah2 sangat awak tutup je la blog awak tu"..Eri bgtau Tuya petang semalam..
ni sbb kes kekacau bilauan rumah tgga Tuya sejak 2 menjak ni la..ade la makhluk Tuhan yang busuk hati parasit yg dok skodeng blog Tuya n pastu amik tau hal xtvt Tuya anak banak..[x nak cite panjang,kes closed]..

Nak suh Tuya tutup blog??Memang tak la..tidak okeh..Tuya sayang blog nih..dengan blog ni le Tuya meluah rasa marah,geram,suka duka..berkongsi apa je ngan kawan2..dah le Tuya ni x ramai kawan kat sekolah,rumah..ni je la tempat Tuya berkawan2,berteman2..bergossip2an..heheheh..
walau bape jauh kawan2 Tuya dalam alam ghaib blog nih,tapi sentiasa dekat di mata..tetiap hari dok bertandang kat rumah2 deorg..kdg2 tu kalau asik sangat baca n3 deorg,sampai termimpi2 tido malam..serius..pernah Tuya termimpi2 pasal family satu akak blogger ni,sbb sebelum tdo baca blog dia..kelako kan?rasa mcm rapat sangat..sdgkan x pernah bersua muka....apatah lagi berlaga pek

kalau sebab parasit sekor tu je Tuya nak tutup blog ni..TAK AKAN..jangan harap la yer..sorry encik Eri..never ever la saya nak deactive kan blog nih..sape sokong???selagi ade daya Tuya tetap akan pertahankan blog nih..eceh!!dah macam pahlawan negara kekdahnya..biar la n3 bukan tetiap hari pun di hapdet,ade Tuya kisah???hik hik hik..

dan pada anon parasit tu,kedatangan dia kat blog ni sangat tidak di alu2kan..Tuya x menghalau,tapi sendiri ingat la..klu sebab masuk sini nak kepoh2 hal rumahtangga Tuya,kamu diHARAMkan masuk..tapi kalau x malu,masuk la..

Tuhan tu maha mengetahui apa yang kamu cuba lakukan pada family Tuya..cari la hala tuju hidup sendiri yer..kalau rasa x puas hati tu,buka blog sendiri..ko tulis la ape yg ko nak tulis dalam blog tu..x de sape nak marah..tp tolong jgn nak menyibuk memecah belahkan family org..okeh..ada paham???

harap2 lepas ni dia diberikan hidayah untuk menjauhkan diri dr hidup Tuya n family..sedar la ko,what u give,u get back..skang Tuhan bayar cash..esok lusa kalau org wat kat ko,rasa kan la..Tuya x mendoakan tapi mengharapkan hidup Tuya aman damai dan bahagia..

sekian..harap maklum..saya sayang blog saya..

11 January 2011

-Tolong Ingatkan Aku..

tu la,org kata kalau x suka jangan tunjuk2..kan dah dapat pengajarannya..heheheh..
Tuya ni kan x puas hati ngan Ana Rafali menang AJL aritu,x alih2 sehari dua ni asik dok nyanyi lagu dia je..dok ulang2 chorus lagu tu..amik!!!memang sah kena badi x suka nih..
insap..insap!!!

p/s : Kak JaJa,betul la kata akk kat komen sebelum ni..heheheheh..dok ngapal x sudah2..

10 January 2011

-Mereka Lebih Arif


mesti u all tgk AJL25 kan??sape2 yg x minat tu mmg xkan tgk la..baik tgk bola..[macam Eri]..Tuya tgk,tp tgk online sbb Eri nak tengok bola kat tv..nasib bek ade livestreaming,leh tengok..

lepas tgk sume perform,Tuya rasa si Black,Faizal Tahir @ Yuna dapat Juara..x alih2 masa kuor result,si Ana Rafali pompuan berbaju kurung lak yg menang..dah rezeki dia kan..hehehheh..tp mmg mcm x puas hati jugak la..Bunkface nye performance pun okeh ape..

tapi sape la kita nak judge benda2 yang bukan dalam bidang ni kan?ape2 pun,judges la yg paling arif nak menentukan pemenangnya..[sebenarnya masih x puas hati,mcm x caya lak pompuan baju kurung yg nyanyi dalam sangkar tu leh menang]..geram!!!

kesimpulannya pada Tuya AJL25 kali ni mcm suam2 kuku je..masing2 nak wat drama atas stage..tah ape2 je gimiknya..kalau kira ade 2,3 artis je yg x wat cerekarama atas pentas tu..yang lain sume dok wat cerita pendek..motip???unknown..unlike..un..un..un..

buka FB,sketnye banyak protes pasal AJL25 nih..ade yang wat status mcm2..antaranya..jap2..nak copy paste..


[kelik kalau nak nampak tulisan,kalau x mo,meh Tuya tolong c&p kan]



''skrg gak aku upload kat youtube..M.Nasir tgk ek..tahun dpn aku nak menag AJL26!!baju kurung aku mmg dah ada byk dah...tak yah susah2 nk buat baru nanti..hahahahah"


macam2 cara nak memprotes..tapi dah rezeki dia,nak wat mcm ne..redha je la..hik hik.kita yang nengok ni boleh la cakap ape je,yg menilai tu tau apa sebenarnya di cari..dah le x yah di pk2 kan,yg penting 1st day dalam minggu ni kita semangat nak kerja..hiyak hiyak..jangan sbb AJL25,kita sume mengusutkan otak pk benda yg bukan bidang..[yg bebenornye Tuya yg over mikir,saja nak cover]..


Tahniah untuk Ana Rafali..


Selamat bekerja kawan2..Senyum selalu ekk..hehehehe..

09 January 2011

-Settle pun..

alhamdulillah..akhirnya segala kemelut yang melanda keluarga kecil Tuya berakhir..dugaan paling besar dalam hidup Tuya awal2 Tahun 2011..permulaan yang sangat2 mencabar kejujuran,kepercayaan dalam berkeluarga..setiap dugaan pasti ada hilmahnya kan..pada 'kamu' itu,Tuya x nak bersangka buruk pd kamu,tapi lain kali sila kaji n selidik sesuatu sebelum terus mempercayai..x pasal2 kang jadi punca kemusnahan sebuah keluarga yang aman bahagia..Insyaallah..[gila skema ayat Tuya,x alih2 je dah jd mcm cikgu sastera]..

tq atas doa kawan2 yang sentiasa memberi sokongan time2 Tuya mcm bengong nak pk..thanks 4 ur support..muah muah..

mood mcm dah elok sket weekend ni,apa lagi,masak le kejanya..ilang jugak stress2 yang adoo..Tuya wat egg tart..lama dah x makan,Eri pun ade sebut2 nak makan egg tart ni..aritu tingin sangat nak makan sampai g beli kat bakery,x puas la makan..wat sendiri baru puas makan..

taraaaaa..hasilnya..


edisi mini egg tarts..Tuya guna acu yg kecik..

ni guna acu yang biasa utk egg tart tu..beso..

selamat menjamu mata kawan2..heheheh..

06 January 2011

-Doa kan Tuya

“Tidak ada sesuatu musibah yang menimpa (seseorang), kecuali dengan izin Allah; dan barang siapa beriman kepada Allah, nescaya Allah akan memberi petunjuk kepada hatinya. Dan Allah Maha Mengetahui segala sesuatu”. – at-Tagabun : 11


Tuya sedang diuji Nya..kawan2 doakan Tuya kuat dan akan sentiasa di lindungi dan dirahmati Tuhan..Harapnya segala kemelut ini akan berakhir..


p/s : pada kamu yg menjadi punca,sila jauhi diri dari family Tuya..kedatangan kamu di blog ni x di alu2kan..

[ada parasit yang cuba menempel kat sini,bukan dr kalangan blogger..kawan2 blogger Tuya sume baik2..sume sentiasa ada bila Tuya nak kan pendapat..luve u all!!]

04 January 2011

-Sepupu kawin,pelamin bidan terjun..



18hb 12 aritui,kazen Tuya selamat diijabkabulkan dengan awek dia..kazen Tuya ni lelaki..masa nikah,Tuya x ikut..sbb Eri kerja weekend tu..

majlis menyambut menantu kat rumah makcik Tuya 25hb..ngam2 cuti krismas..Tuya kan balik kg.jadinya sempat la menyibuk2 kan diri kat rumah kazen tu..

plan pengantin,x mo sanding2..tapi mak pengantin nak sangat bersanding bagai...sbb nak menunaikan hasrat mak sedara Tuya ni,kami kazen2 ni pun memikir la idea nak wat pelamin..material x cukup,yang ade just kain2 zaman tok kadok je..gasak lah sana..guna je la ape yg ade..kami yg amatur ni pun memerah la idea yg terendam..jom layan pic yg ado....


yeah..kami la perancang x di iktiraf..gasak lah sana..asalkan jadi pelamin..sudah!!konon nak wat malam,org x nampak..x sudah jugak..


kazen Tuya yang 3 ketul ni dok bg komen n kritik je kejanya..suh tolong deorg kata deorg tgh cari "Nur"..nak dapatkan idea..banyak le dia nye Nur..


day 2..x sesiap lagi menggantung..tgk la,masing2 dah jadi tunjuk arah,Tuya terkangkang2 manjat..sorg ni fobia la,sorg lagi trauma la..mcm2..masa ni siang,jadi kazen2 lelaki sume g keja..


letih acik manjat2..haihhh!!!!


dah siap esoknya..kami adik beradik ni posing la dulu..


the kazen's..


time ni pengantin nak baling gegula ade duit..bukan main Tuya dok tetengah bebudak tu..suh amad kutip apa yg dapat..hehehe..


bebudak ni kalau di suruh bergambar..laju je..baka kot..heheheh..Ya Rabbi,gelap gelematnya anak Tuya..


walaupun pelamin tu x bape nak vouge,tapi bangga la jugak kami2 kazen pengantin ni sbb terlaksana jugak mak pengantin nak nengok anaknya sanding..dah nama pun bidan terjun,buat la apa yg ada..yang penting kerjasama n kitorg sume heppi..

yeay!!berjaya...

-Selamat Hari Lahir Mak



hari ni 04.01.2011 genap la umur mak Tuya 56 tahun..Alhamdulillah,Tuhan panjangkan lagi umur mak Tuya utk terus melalui kehidupan bersama anak2 dan suaminya.semoga mak akan sentiasa berbahagia bersama kami keluarga tersayang..terima kasih atas segala pengorbanan yang telah dilakukan selama membesarkan kami 5 beradik..

HAPPY BIRTHDAY MAK!!!

-Dah naik sekolah

Selamat tahun baru untuk sume kawan2..rasanya belum terlambat Tuya nak wish..last week Tuya x cukup kaki kesana sini..dr Johor ke KL..sampai KL dok 2,3 jam balik Kelantan lak..tu la kalau masing2 jauh..

Hari sabtu 01/01/2011 Tuya kat Kelantan,menyetelkan segala urusan persekolahan anak..sepatutnya anak Tuya dah dapat buku teks sebelum cuti sekolaah aritu..tp sbb dia x dtg sekolah last day dulu,dia x de la dapat buku..kena la amik hari Sabtu lepas..dah le ramai bebudak tahap 1 amik buku teks..kena la dia tunggu giliran utk dia..

jom le layan pic..malas nak tulis panjang2..

Sekolah Kebangsaan Jerek,Gua Musang..ni le sekolah anak Tuya..



itu dia hero ku..masa ni mmg x yah pakai uniform..darjah 1 ngan prasekolah je kena pakai uniform..


g papan kenyataan nak tgk anak Tuya dapat kelas apa..A kah?B kah?..heheheh..cari punya cari,x nampak2 nama dia..Tuya panggil Eri,suh dia cari..sekaliiiiiiiii..MOHD FAIS HAIKAl B.HAIRI..sedih betul..penat perah otak bagi nama dia masa baby..nama Eri pun x lengkap..MOHD FARIS HAIKAL B. HAIRINIZAM yang sebetulnya..mesti cikgu dia ngantuk masa tulis senarai nama nih..


alhamdulillah..anak Tuya masih di kelas A..walaupun no yg dia dapat exam aritu x bape nak sikit..hehehh..



time nak amik buku teks..ayah dia ni kemaruk nak g sekolah agaknya..beriya dia nyandang beg anak..gasak lah sana..


Tuya ngan Eri x dapat nak hantar dia g sekolah 1st day..sepatutnya kan deorg naik hari Ahad,tapi sbb dapat cuti Bola,deorg naik hari Isnin..harap2 nya dia ok2 je la kat sekolah..lgpun dah tahap 2..dah senior dah..[diam x diam dah darjah 4 anak bujang Tuya tu]..x lama lg leh dapat menantu la ek..hik hik hik..

Selamat ke sekolah utk sume anak2 dan cikgu2..