The Best Followers

22 February 2011

19 February 2011

-Trust vs spying on kids




Tuya baca paper the star td..sangat2 tertarik ngan isu yg di bincangkan kat ruangan parenthots..percaya ataupun spy anak2 kita?

apa pendapat kawan2?

18 February 2011

-Facebook dah ade phonebook?


tengah leka melayan game kat fb..Tuya saja la nak delete member2 yang mcm x bape nak kenal n yg x active dah..pas satu,satu Tuya delete..terperasan pulak ade satu pembaharuan yang agak bahaya jugak la kat fb ni..skang dah ade phonebook..

dah ade no phone kawan2 yg dalam list kita tu..ishhhh...mcm x best je kan,sampai no phone kita pun org lain leh tau n amik tanpa kebenaran..

pastu tgk lak kat wall,ade jugak kawan2 yang dok komplen pasal phonebook ni..jadinya pandai2 la kita setting semula privacy setting kita dalam account setting tu yer..


ade instruction utk remove mobile contacts from Facebook,kena ikut step dia jer..

17 February 2011

-Doktor Hanya Belajar Teori

KUALA LUMPUR: Pelajar Malaysia yang sedang mengikuti pengajian perubatan di beberapa universiti di luar negara mendedahkan mereka lebih banyak mempelajari teori, manakala latihan praktikal amat berkurangan.

Sebilangan besar komen yang diterima dalam Berita Harian Online (BH Online) berhubung isu doktor pelatih tidak cekap dan kompeten, berkata keadaan itu menyebabkan mereka tidak dapat menjalankan kemahiran klinikal secara sempurna.

“Kami tidak dibenarkan untuk menyentuh pesakit, sedangkan di Malaysia perkara itu menjadi satu keperluan untuk pelajar perubatan. Kami banyak belajar teori saja tetapi dari segi praktikal amat kurang.

“Tambahan pula Majlis Perubatan Malaysia (MMC) mewajibkan pelajar untuk melakukan praktikal mengikut negara masing-masing, maka tidak hairanlah mengapa timbul masalah ketika ‘housemanship’.

“Oleh itu, kami sangat berharap kerajaan dan MMC mengambil tindakan yang sewajarnya bagi membela nasib kami di perantauan ini,” katanya yang hanya mahu dikenali sebagai bakal doktor.

Seorang lagi pelajar yang memperkenalkan diri sebagai ‘pelajar perubatan Russia’, merayu kerajaan supaya tidak lagi menghantar pelajar tempatan ke negara itu kerana mendakwa mutu dan kualiti pembelajaran di negara itu amat rendah.

“Mereka hanya mementingkan wang... adalah tidak wajar salahkan kami seratus peratus sekiranya kami kurang cekap ketika menjalani ‘housemanship,” katanya.

Pelajar yang mahu dikenali sebagai studentmedic dalam komennya berkata, pemantauan pelajar perubatan tempatan di luar negara harus dilakukan secara berterusan dengan lebih tertumpu kepada latihan praktikal.

“Kami tidak dibenarkan membuat latihan amali di hospital di Malaysia dan pada masa sama, kami tidak dibenarkan menyentuh pesakit di negara pengajian kami atas alasan kami pelajar asing.

“Jadi bagaimana dengan hanya berbekalkan teori semata-mata tanpa praktikal sewajarnya dapat menjanjikan kemahiran klinikal yang sempurna,” katanya.

Sementara itu, seorang ibu dalam komennya mendakwa anaknya memaklumkan universiti tempatnya belajar di Russia agak ketinggalan berbanding kemajuan yang dicapai Malaysia.

Beliau mempersoalkan mengapa Majlis Amanah Rakyat (MARA) menghantar pelajar tajaannya ke negara berkenaan.

“Menurut anak saya Russia umpama 10 tahun kebelakang daripada Malaysia.

“Persoalannya mengapa pelajar yang cemerlang ini harus menerima latihan di negara yang standardnya amat rendah... saya berasa sangat simpati apabila anak saya menyuarakan kemungkinan penguasaan bahasa Inggeris mereka juga semakin berkurangan.

“Ini kerana terpaksa berkomunikasi dengan pensyarah yang tidak fasih bahasa Inggeris kerana mereka sangat bangga dengan bahasa ibunda mereka,” katanya.



**kemungkinan besar sebab ni la doktor2 kita yang study kat luar negara bila balik Malaysia,wat rawatan pd pesakit,selalu akan jadi kes..mcm2..sangat2 cuai,mcm x pernah belajar ape2 sebelum ni..

mengingatkan Tuya cite kawan sepejabat Eri..Isterinya bersalin 2 bulan lepas kat salah satu hospital kat Klang ni..dah sampai due,dah sakit2 x tahan..tapi sbb jalan x terbuka lagi,doktor tu suh tggu sekejap..tunggu..tunggu..sampai dah x 3 jam menahan sakit nak beranak..siap laki dia bertengkar ngan doktor..dia suh doktor bedah bininya tu..kuor2 anak tu dah nak lemas..badan baby tu dr pinggang ke bawah dah biru..

sbb x yakin ngan perkhidmatan yg hospital tu sediakan,opis mate Eri ni bawa anak yang x sampai sejam lahir tu g salah satu hospital pakar kat Klang tu jugak..masa dia nak bawa baby tu ke hospital pakar,doktor yg menyambut kelahiran baby tu siap sound x akan bertanggungjawab atas ape2 yg akan jd kat baby tu nnti..Alhamdulillah,berkat nekad si bapa,lastly baby tu dapat diselamatkan walaupun sebulan duduk kat ward,baby tu hampir lemas mujur cepat dibawa jupe doktor.kalau lambat,mgkin akan mengalami cacat kekal..

Tuya pun selalu jadi ralat bila ade kes2 mcm ni..sbb dah pernah jadi kat adik Tuya..sbb kecuaian doktor yg menyerahkan bulat2 tugas pada nurse pelatih,satu nyawa melayang..sekelip mata hilang anak sedara..sedih..tapi redha dan jadikan iktibar sume tu..dan harapnya doktor2 kat Malaysia ni jalankan lah tanggungjawab yg di amanahkan sebaik mungkin..

16 February 2011

-kerajinan terlampau

minggu ni minggu Tuya kerajinan terlampau agaknya..rajin masuk dapur kelentang kelentung..masak x abis2..lepas satu,satu di masak..Eri pun layankan je,x benti makan..nak2 time hujan kan..cuti semalam pun keja makan je la..

ni menu lunch..bawal stim!!!!stim la 24jam kami laki bini..hehehe..kata diet..


ni lak minum petang kononnya..Eri la,nak makan rojak,tapi nak homemade..dia kata rojak kat mamak tu,tepungnya keras!!!Tuya yang taat setia mengikut perintah..eceh!!!


ni lak apam blossom..sebenarnya apam ni di tempah cikgu tadika kat area rumah Tuya ni ha..dia nak bg anak murid dia utk sambutan maulud semalam..tetengah malam baru mesej,kalut jugak la Tuya nak nyiapkan pg semalam..siap jugak..


skang Tuya banyak masak makanan berebus,sayur pun x de lemak2..kes nak berdiet kan..yang best nya ni,start bulan Dec 2010 aritu sampai Feb 2011 ni,berat Tuya dah kurang 7 kilo..best!!!!!semangat abis..

15 February 2011

-Salam Maulidurrasul


Mari lah sama2 kita mengingati sejarah kelahiran dan perjuangan Nabi Muhammad S.A.W..bersalawat dan mendoakan kesejahteraan baginda sebagaimana baginda sentiasa mengingati umatnya hingga ke akhir nafasnya satu ketika dulu..

Al-Fatihah.

14 February 2011

-No Valentine!!!!


Sejarah Valentine’s Day tidak ada di dalam Islam. Amalan, budaya dan hasrat perayaan ini mempunyai unsur-unsur Kristian yang bercanggah dengan Islam.

Di dalam Islam tidak ada hari tertentu bagi meraikan kekasih atau kasih sayang. Islam sangat menitikberatkan soal kasih sayang dan setiap hari di dalam Islam adalah hari kasih sayang.
Islam menolak konsep kasih sayang yang terkandung dalam Valentine’s Day kerana unsur-unsur ritual keagamaan yang diamalkannya boleh menggugat akidah Islam.

Hukum Islam jelas dalam hal melarang umatnya meniru atau menyerupai budaya dan cara hidup orang bukan Islam. Ini berdasarkan sebuah hadith Rasulullah s.a.w.:


من تشبه بقوم فهو منهم

“Sesiapa yang menyerupai sesuatu kaum maka dia termasuk dalam kaum tersebut.”
( Riwayat Abu Daud)

Rasulullah s.a.w. juga bersabda:


من عمل عملا ليس عليه أمرنا فهو مردود

“Sesiapa yang mengamalkan perkara yang bukan dari pada amalan kami maka ia akan ditolak.”
(Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Kebanyakan golongan remaja Islam hari meraikan Valentine’s Day dengan perbuatan- perbuatan yang dilarang oleh Islam. Gejala seperti ini sekiranya tidak dibendung akan merosakkan generasi umat Islam akan datang.


sumber




12 February 2011

-Berakhirnya Satu Penderitaan

KAHERAH 12 Feb. - Presiden Hosni Mubarak akhirnya tunduk kepada desakan jutaan rakyatnya apabila meletakkan jawatan yang diumumkan oleh naib presidennya, Omar Suleiman dalam televisyen negara itu malam tadi.

“Mengambil kira ketegangan yang berlaku, presiden mengambil keputusan meletak jawatannya sebagai presiden dan Majlis Tertinggi Tentera akan mengambilalih pentadbiran negara,” kata Omar ketika mengumumkannya dalam televisyen.

Jutaan rakyat Mesir yang membanjiri Dataran Tharir dan yang mengadakan tunjuk perasaan diseluruh negara bersorak dan menari kegembiraan sebaik Omar membuat pengumuman tersebut.

Mubarak, 82, yang memerintah selama 30 tahun telah meninggalkan Kaherah bersama anggota keluarganya ke pusat percutian di Sharm el-Sheikh di Laut Merah.

Di Tunis, rakyat Tunisia turut berpesta meraikan perletakkan jawatan Mubarak selepas empat minggu mereka menggulingkan Zine El Abidine Ben Ali dari tampuk pemerintahan dengan menari dan membunyikan hon kenderaan sepanjang jalan.

Sebelum itu, satu sumber memberitahu AFP, setiausaha agung parti pemerintah Mesir, Parti Demokratik yang baru dilantik oleh Mubarak, Hossam Badrawi meletakkan jawatan. - AFP

**semoga dengan perletakan jawatan Hosni Mubarak ni dapat la membuka lembaran dan era baru dalam sistem pemerintahan di Mesir sana..jangan penggantinya nanti lebih teruk sudah la..

11 February 2011

-Nila


tengah2 membasuh baju td,Tuya terpk..ramai lg ke org yg guna nila baju masa basuh baju khasnya utk baju putih..Tuya mmg guna..x tau la,agaknya sbb dah dipengaruhi oleh mak..asal baju warna putih je mesti nak rendam nila..telekung ke,t-shirt ke..x nak bg warna putih tu jadi pucat kuning je.

praktik ke pengunaan nila skang ni??

07 February 2011

-Mood Kerja Yang Tak Berapa Nak Ada

dah sonok cuti panjang raya cina kan?nak g keja semula pun hari ni mesti ala ala poyo je kan..mood cuti x abis lagi..kat sekolah pg td pun,masa perhimpunan,bebudak ni nyanyi lagu Negaraku pun alahai..mcm x cukup bateri..x semangat langsung..jangan malas2 anak2 ku,semangat le sikit..eceh!!!!padahal,cikgu pun layu..nak angkat mata pun mcm x larat gitu..hahahahah..

yang masih bercuti tu,selamat bercuti lagi yer..[mesti Eri tgh sedap zzzzz kat rumah skang sbb dia cuti lagi..hari Rabu baru naik..]..pada yg berkerja hari ni,selamat menjalankan tugas dengan semangatnya!!!heheheh..

05 February 2011

-Lagi Keruntuhan Rumahtangga Sebab FB



KUALA LUMPUR: Pertemuan semula dengan kekasih lama yang dijejak melalui laman sosial facebook menyebabkan seorang isteri hilang pedoman apabila lari meninggalkan suaminya untuk tinggal bersekedudukan dengan bekas teman lelakinya itu.

Lebih mengaibkan, wanita berusia 30-an itu yang membawa bersama anaknya berusia lebih setahun turut menuntut supaya suaminya menceraikannya.


Bertindak atas laporan suaminya, wanita itu bersama bekas teman lelakinya ditahan penguat kuasa Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) dalam serbuan di sebuah rumah di Shah Alam, Rabu lalu.

Sumber Jais berkata, dalam serbuan kira-kira jam 3 pagi itu, pasangan kekasih terbabit gagal membuktikan mereka mempunyai ikatan sah mengikut hukum syarak apabila disoal siasat.


“Mereka dibawa ke pejabat Jais untuk siasatan lanjut dan sebelum dibebaskan dengan jaminan mulut,” kata sumber itu.


Menurutnya, siasatan awal Jais mendapati suami wanita terbabit membuat laporan mengenai kecurangan isterinya, selain mendakwa isterinya melarikan anak mereka.

Sementara itu, Ketua Penolong Pengarah Jais, Mohamad Rais Rasid mengesahkan serbuan dan tangkapan dilakukan pihaknya terhadap wanita terbabit bersama bekas teman lelakinya.


“Kami sudah menyoal siasat pasangan terbabit dan mereka bakal dihadapkan ke Mahkamah Syariah pada Jun depan atas kesalahan berkhalwat,” katanya.

Menurutnya, sekiranya bersalah pasangan terbabit boleh didenda RM3,000 atau penjara dua tahun, mengikut Enakmen Jenayah Syariah Selangor.

-metro-

**lagi kes pasal FB..kdg2 banyak buruk dr baiknye Fb ni kan..pandai2 la kita gunakan sebaik mungkin..Tuya pun ade gak la jupe ex boipren masa sekolah2 dulu kat FB ni..jupe dalam FB je yer,tapi x de la terkenang2 segala bagai..yg penting hati kita kena kuat!!



04 February 2011

-Tart buah asal buleh..

ni cite minggu lepas sebenarnya..datang le mood rajin terlampau kan..bosan2 menunggu bebudak tuisyen dtg lepas asar,Tuya pun memikir nak wat ape..

tart shell mmg dah ade,saja wat incase ade yg nak tempah tart telur..senang..intai dalam esbok ade buah dalam tin yg x habis lagi..dapat le idea nak wat tart buah..x bape nak buah le tapinya..buah nenas,betik n anggur je ade dalam tu..

gigih nak wat utk anak2 murid tuisyen..akhirnya jadi jugak..sedap bebudak tu kata..layan kan pic nya,jom..


x bape nak warna warni buahnye..kalau ade warna merah2 tu mesti meriah..


utk bebudak tuisyen..


ni lak utk adik ipar Tuya..wat merasa sama2..

Eri bg 2 thumbs up utk Tuya..yea yea..Ahad ni member Tuya tempah tart telur ngan Tuya 100 ketul..sonok lak wat kuih2 ni bila org suka makan n ade lak yg nak beli..sambil2 dok umah kan..dah le bulan depan Tuya jadi penganggur sepenuhnya..ade gak la side income..heheheh..

03 February 2011

-Selamat Tahun Baru Cina 2011



Gong Xi Fa Chai..selamat bercuti panjang ye kawan2..semoga sucsess sumenya..