The Best Followers

17 February 2011

-Doktor Hanya Belajar Teori

KUALA LUMPUR: Pelajar Malaysia yang sedang mengikuti pengajian perubatan di beberapa universiti di luar negara mendedahkan mereka lebih banyak mempelajari teori, manakala latihan praktikal amat berkurangan.

Sebilangan besar komen yang diterima dalam Berita Harian Online (BH Online) berhubung isu doktor pelatih tidak cekap dan kompeten, berkata keadaan itu menyebabkan mereka tidak dapat menjalankan kemahiran klinikal secara sempurna.

“Kami tidak dibenarkan untuk menyentuh pesakit, sedangkan di Malaysia perkara itu menjadi satu keperluan untuk pelajar perubatan. Kami banyak belajar teori saja tetapi dari segi praktikal amat kurang.

“Tambahan pula Majlis Perubatan Malaysia (MMC) mewajibkan pelajar untuk melakukan praktikal mengikut negara masing-masing, maka tidak hairanlah mengapa timbul masalah ketika ‘housemanship’.

“Oleh itu, kami sangat berharap kerajaan dan MMC mengambil tindakan yang sewajarnya bagi membela nasib kami di perantauan ini,” katanya yang hanya mahu dikenali sebagai bakal doktor.

Seorang lagi pelajar yang memperkenalkan diri sebagai ‘pelajar perubatan Russia’, merayu kerajaan supaya tidak lagi menghantar pelajar tempatan ke negara itu kerana mendakwa mutu dan kualiti pembelajaran di negara itu amat rendah.

“Mereka hanya mementingkan wang... adalah tidak wajar salahkan kami seratus peratus sekiranya kami kurang cekap ketika menjalani ‘housemanship,” katanya.

Pelajar yang mahu dikenali sebagai studentmedic dalam komennya berkata, pemantauan pelajar perubatan tempatan di luar negara harus dilakukan secara berterusan dengan lebih tertumpu kepada latihan praktikal.

“Kami tidak dibenarkan membuat latihan amali di hospital di Malaysia dan pada masa sama, kami tidak dibenarkan menyentuh pesakit di negara pengajian kami atas alasan kami pelajar asing.

“Jadi bagaimana dengan hanya berbekalkan teori semata-mata tanpa praktikal sewajarnya dapat menjanjikan kemahiran klinikal yang sempurna,” katanya.

Sementara itu, seorang ibu dalam komennya mendakwa anaknya memaklumkan universiti tempatnya belajar di Russia agak ketinggalan berbanding kemajuan yang dicapai Malaysia.

Beliau mempersoalkan mengapa Majlis Amanah Rakyat (MARA) menghantar pelajar tajaannya ke negara berkenaan.

“Menurut anak saya Russia umpama 10 tahun kebelakang daripada Malaysia.

“Persoalannya mengapa pelajar yang cemerlang ini harus menerima latihan di negara yang standardnya amat rendah... saya berasa sangat simpati apabila anak saya menyuarakan kemungkinan penguasaan bahasa Inggeris mereka juga semakin berkurangan.

“Ini kerana terpaksa berkomunikasi dengan pensyarah yang tidak fasih bahasa Inggeris kerana mereka sangat bangga dengan bahasa ibunda mereka,” katanya.



**kemungkinan besar sebab ni la doktor2 kita yang study kat luar negara bila balik Malaysia,wat rawatan pd pesakit,selalu akan jadi kes..mcm2..sangat2 cuai,mcm x pernah belajar ape2 sebelum ni..

mengingatkan Tuya cite kawan sepejabat Eri..Isterinya bersalin 2 bulan lepas kat salah satu hospital kat Klang ni..dah sampai due,dah sakit2 x tahan..tapi sbb jalan x terbuka lagi,doktor tu suh tggu sekejap..tunggu..tunggu..sampai dah x 3 jam menahan sakit nak beranak..siap laki dia bertengkar ngan doktor..dia suh doktor bedah bininya tu..kuor2 anak tu dah nak lemas..badan baby tu dr pinggang ke bawah dah biru..

sbb x yakin ngan perkhidmatan yg hospital tu sediakan,opis mate Eri ni bawa anak yang x sampai sejam lahir tu g salah satu hospital pakar kat Klang tu jugak..masa dia nak bawa baby tu ke hospital pakar,doktor yg menyambut kelahiran baby tu siap sound x akan bertanggungjawab atas ape2 yg akan jd kat baby tu nnti..Alhamdulillah,berkat nekad si bapa,lastly baby tu dapat diselamatkan walaupun sebulan duduk kat ward,baby tu hampir lemas mujur cepat dibawa jupe doktor.kalau lambat,mgkin akan mengalami cacat kekal..

Tuya pun selalu jadi ralat bila ade kes2 mcm ni..sbb dah pernah jadi kat adik Tuya..sbb kecuaian doktor yg menyerahkan bulat2 tugas pada nurse pelatih,satu nyawa melayang..sekelip mata hilang anak sedara..sedih..tapi redha dan jadikan iktibar sume tu..dan harapnya doktor2 kat Malaysia ni jalankan lah tanggungjawab yg di amanahkan sebaik mungkin..

2 comments:

=sz= said...

sedihnyaaa..
anak sedara tuya yg meninggal dunia pas lahir tu atas kecuaian orang lain ye...huhuhuhu

TuYa said...

kak sz :
a'ah kak..ade n3 nye Tuya wat..tahun 2009..dia meninggal sbb tertelan air ketuban tapi mcm ne tah deorg wat keja,sampai ade jangkitan kuman kat paru2 dia..