The Best Followers

24 September 2012

- Pengharapan yang tak sudah..


eceh!!!tajuk mautttt!!
macam tajuk lagu dah ek..
saja la nak bermadah helah sket,bg ade mood nak menulis n3..

bukan mengharap ape,tapi mengharap kehadiran orang baru dalam hidup kami 3 banak..
jangan wat spekulasi yer..sentap ai nnti..
belum ade lagi..Tuya x ngandung pun lagi..
setelah bertahun2 menanti,masih x menampakkan tanda2 utk ade baby dalam perut nih..

selalu excited kalau lambat period..
berangan bukan main..kot ade baby dalam perut..
selalu bgtau Eri,rasa mcm ngandung..over kan..hehehehe..
selang 2,3 hari elok je kuor bendera Jepon..sadis!!

kesian ngan 2 hero Tuya tu..
menanti dengan penuh kesabaran..
asal ade budak kecik,habis deorg kejakn..
kdg2 hati ni tersentuh jugak,rasa sedih bila mengenangkan..
tertanya2 kat mana la silapnya..
dah g doktor,doktor kata x de masalah antara Eri ngan Tuya ni..
cuma lom rezeki..
sabar lah wahai hati..

sementara nak nunggu baby sendiri kuor,kelek lah anak sedara yer.
pulaknye si kecik ni mmg rapat teramat sangat ngan Eri..
kdg2 kitorg siap kidnap bawa lari balik rumah..
skang ni x pe,dia boleh dah minum air susu biasa..
campur2 ngan BF umi dia..senang sket nak culik..


 see..naik keta nak dok ngan paklong..padahal masa ni umi n ayah dia kat depan..masa ni nak g beraya..naik satu keta..


 manja sangat ngan paklong..ngan abg amaD pun dia rapat walaupun dok jauh..


bila la nak ber4 mcm ni family kami..sonok je kalau nengok pic ni..haihhhhh..

 
dalam hati ni Tuhan je tau..semoga doa kami akan di makbulkan satu hari nnti..usaha tangga kejayaan..dah,stop sini dulu..nak g berusaha nih..hehehehehehehe..


19 September 2012

-Apa salahnya???



tak reti nak tulis mcm ne tah..
ayat nak marah,geram..sume ade..
nak maki pun ade jugak..mmg layak pun di maki kan..

walaupun cerita ni dah 2,3 hari lepas punya issue..
tapi Tuya rasa ianya akan terkesan sampai bebila kat hati sanubari ku ini..ceh!!apa perkataan skema nih..
sumpah!!!sangat2 terkesima nengok kebodohan si pelaku..
ape yang tak pandai sangat la budak ni kan..
kita yg waras ni pun,nak balik kucing luar rumah pun x sanggup..
ni kan pulak nak campak anak baru lahir dr tgkat yg tinggi..
bongok x de tahap..tu la kalau setan dah dok atas kepala..

Tuya ni ha,bertahun tunggu anak baru,x dapat2..
deorg senang2 je nak campak buang anak mcm tu..
ko tak rasa mcm ne sedih,penderitaan,kekecewaan org yang nak anak,tapi x dapat2..
esok2 kalau ko kawin,merasa la ko budak oiii..
masa tu baru la ko tau,pembalasan kat dunia..
haihhh..emo terlebih lak Tuya..

PETALING JAYA – Seorang wanita dipercayai ibu kepada bayi yang ditemui mati di Blok 1, Desa Mentari kelmarin ditahan reman sehingga 23 September ini bagi membantu siasatan.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Arjunaidi Mohamed berkata, wanita berusia 21 tahun itu ditahan dalam rumah di situ dan dipercayai baru melahirkan bayi perempuan yang cukup sifat itu.

Menurutnya, suspek yang bekerja sebagai operator pengeluaran di sebuah kilang tinggal bersama keluarganya.

“Siasatan awal mendapati suspek belum berkahwin dan keluarga tidak mengetahui mengenai kandungannya.
“Kita percaya bayi itu masih hidup sebelum dia dicampak dan meninggal dunia akibat cedera parah di kepala,” katanya.




Beliau berkata, bayi yang masih bertali pusat itu dicampak dari tingkat tiga melalui bahagian dapur rumah suspek.
Menurutnya, kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.
Dalam kejadian kira-kira jam 11 pagi kelmarin, seorang penduduk terkejut apabila menemui mayat seorang bayi perempuan ketika sedang membaiki motosikal di kawasan tempat letak kereta pangsapuri terbabit.
Penduduk terbabit menyedari ada bunyi benda jatuh namun tidak menyangka ‘benda’ itu adalah bayi yang dicampak dari bangunan tempat tinggalnya.
Mayat bayi dihantar ke Hospital Kuala Lumpur untuk dibedah siasat dan siasatan dijalankan menjurus pelbagai aspek termasuk mengenal pasti motif sebenar kejadian. – SinarHarian



14 September 2012

-Raya dah nak habis..


raya dah nak habis dah baru le nak update blog..
mcm ne tah ek pangai jadi mcm tu..
sangat2 malas nak update..
gambo raya sejuta enam ade dalam draft tu..x publish pun..
x reti nak wat ayat dah..





ade yang rindu Tuya ke?
walaupun raya dah nak sampai ujung dah ni,Tuya nak wish jugak2..
Selamat Hari Raya,Maaf zahir dan batin utk sume kawan2 blogger..
andai ade terkasar bahasa,tersilap kata masa kunjung mengunjung,melepak membuang masa bergossip kat rumah2 korg tu kan..

tatap lah pic tuan tanah kedaung tu sepuas hati kamu yang merindui ku..
ayat minta penampo laju2..
esok lak sambung cite..[insyaallah..kalau tuan tanah ni masih sedar diri yg dia telah mengabaikan blog hijau nye]