The Best Followers

11 February 2012

-Cabaran sehari rm 5





















nak cite pasal tabungan n simpanan..
Tuya sebenarnya cabar diri sendiri utk menabung sehari rm5 atleast la..
start dr bulan Jan aritu dah wat..
dapat je duit lauk dr Eri,tetiap hari,mesti Tuya tarik singgit dua utk menabung..
lpas tu kalau ade order kuih dr org,pun Tuya nyelit singgit dua..
dah x keja ni kan,mcm dah x de tabungan dah..susah hati lak kalau ape urgent ke nak pakai duit..
Alhamdulillah,bila wat pojek mega menabung sehari rm5 ni,hujung bulan,boleh la masukkan sume duit tabungan tu dalam buku2 bank yang ado..kadang2 kalau ade lebih tu,mmg menabung lebih dr rm5..ikut pd kemampuan jugak..hehehe..
kena bahagi kan pd 5 buku..
2 buku ASb Tuya ngan Eri..
3 buku tabung haji..Tuya,Eri n amaD..

duit2 syiling tu sume letak dalam tabung haji amaD..
mmg tabung tu khaskan utk dia..
ayahnya balik keja,ade duit syiling belen2 beli rokok,dia masuk dalam tabung..

aritu masa dah agih2kan utk masuk dalam bank,mcm excited lak..
sbb banyak jugak yg dah kitorg tabungkan..
x perasan sbb tetiap hari nabung,bila kira hujung bulan,boleh tahan banyak hasilnya..
kalau x buat mcm ni,x bertambah le simpanan dalam bank tu ha..
asik guna je,menambah tah bila x tau..
Tuya ni boros kalau ade duit dalam tangan..

betul la kata pepatah, ''Sikit2 lama lama jadi bukit''...
yeay!!semangat Tuya..

01 February 2012

-Wordless





































kagum!!!
walaupun rm3,tetap ada perjanjian..
siap saksi bagai..
ade rasa tanggungjawab dengan apa yang deorg wat,tu budak2 tu..kita org dewasa???

27 January 2012

-Rezeki..


hamboi nye lahai..
bukan main lama x update cite dalam blog ni ha..
sibuk kemain lagi agaknye kan..padahal,tension henpon rosak..
ape kena mengena henpon ngan blog?
berkenaannya ialah [ape ayat Tuya wat tu?],gambar2 nak wat n3 sume ade dalam henpon..
jadinya bila gambo dalam henpon,x best la wat n3 x de gambo..
dah le kamera ilang x berganti2 lagi..
jadinya,mcm ne nak tayang gambo2?teka??
kena la pinjam henpon Eri..x best!!

ni nak kabo..igt x Tuya ade mohon BR1M aritu?
Alhamdulillah,dah diluluskan..
makanya,maknanya..itu uwang Tuya yang punya..hahahahahaha..
eh,x de la..Tuya bukan la tamak haloba sangat..
jangan derhaka ngan somi..hik hik hik..




















memula nak bg 2,Eri ngan Tuya..lpas tu pk2,Eri ade niat nak amik lesen GDL..
lesen bawa lori,so rasanya bg la dia amik lesen tu dulu..
sbb ramai kawan2 abah Tuya yg selalu cari driver partime,nak2 weekend..
tu Eri kata dia nak amik lesen,at least weekend ade gak side income..

esok pg2,nak g Dewan Jubli Intan Mersing..
nak g ngambik duitnya..hehehehehe..
Tima Kasih PM!!!

18 January 2012

-Wordless Wednesday Jugak!!





luka di hati xkan ade sape nampak..luka kena minyak panas meletop2 kat muka??sume org nampak!!!ni le penangan menggoreng ikan keli..nasib bek x kena mata kan..kalau x,buta la mata acik nih..huhuhuhuhuhu..

dah,tu je nak update..daa!!!

10 January 2012

-Emas???

GEMBIRA...Rawi Ilias menunjukkan batu untuk membaiki jalan yang mengandungi hablur emas.



JOHOR BAHRU: Ratusan individu bakal bergelar jutawan sekiranya puluhan ketulan batu didakwa bersalut hablur emas yang dikumpul keluarga masing-masing sejak empat hari lalu di Jalan Mewah, Kampung Melayu Majidee disahkan emas tulen.
Setakat semalam, kumpulan berkenaan tinggal selangkah lagi untuk bergelar jutawan selepas wakil pemilik kedai emas yang beroperasi di sebuah pusat beli-belah di Tampoi mengesahkan ia emas tulen.


Penduduk memaklumkan, mereka mendapat kerjasama wakil kedai emas berkenaan yang datang ke lokasi dan melakukan pemeriksaan ke atas ketulan batu itu, kelmarin.
Hasilnya, wakil berkenaan mendakwa ketulan batu diselaputi warna kuning tua itu adalah emas tulen yang mempunyai gred terbaik.


Bagaimanapun, perkara itu belum ditentukan kesahihannya 100 peratus kerana banyak lagi kajian serta ujian perlu dilakukan sebelum menyatakan ketulan batu berkenaan sahih diselaputi emas tulen.


Idham Mohd Diah, 36, berkata, wakil pemilik kedai emas yang mengunjungi tapak pencarian itu turut dikatakan menempah batu kononnya mengandungi hablur emas.

“Ada penduduk yang mendakwa batu yang dikumpul mereka itu sudah ditempah pembeli emas dengan harga hingga RM15,000.

“Saya dan bapa menemui beberapa ketulan emas sejak mencarinya empat hari lalu,” katanya.
Suri rumah dari Stulang, Munawarah Rashid, 29, berkata, sejak jam 10 pagi hingga 3 petang semalam, dia serta suami mengumpul 40 batu bersalut hablur dipercayai emas.

“Kami bercadang kembali semula ke sini pagi ini dengan harapan dapat menemui lebih banyak batu berkenaan.

“Saya mendapat tahu berkaitan penemuan batu terbabit menerusi rakan yang mendakwa mengumpul 20 ketulan batu bersalut hablur emas dalam tempoh dua jam, kelmarin.

“Sekiranya benar ia emas tulen, kami menganggapnya rezeki,” katanya.

Munawarah berkata, dia turut tahu berkaitan kesahihan yang dimaklumkan wakil kedai emas berkenaan dan berharap ia benar.

Penduduk, Mohd Diah Abdullah, 63, berkata, suasana perkampungan itu bertukar riuh selepas penemuan batu bersalut warna keemasan terbabit.

Menurut Diah, individu pertama menemui batu itu adalah keluarga besannya, empat hari lalu..

------------------------------------------------------------------------------------------------------------

** Hek'eh..kalau betul la batu tu bersadur hablur emas,gila kentang punya kaya org2 Majidee..maunye Tuya kerah Eri g sana bawa baldi,tapis bagai nak ngutip batu yang bersadur emas tu..

"Hujan emas di negeri orang,hujan batu di negeri sendiri"..Dah tak yah g negeri orang le,negeri sendiri dah ade batu bersadur emas,x yah nak tggu hujan..korek je la batu jalan tu..hehehehhe..

Rezeki..rezeki..

04 January 2012

-Happy Birthday Mak!!






















Selamat Pagi..
Hari ni hari lahir mak Tuya..
Happy Birthday Mak..
Semoga panjang umur,murah rezeki dan berbahagia selalu..


02 January 2012

-Selamat Datang 2012


Dah 2012.
Sekejap je rasa masa berlalu meninggalkan kita..
bertambah lagi seangka umur kita utk tahun ni..
Insyaallah,jika di panjangkan umur..

Azam 2012???
Tuya x de azam..sbb azam tahun lepas pun x tercapai sepenuhnya..
kena sambung azam tahun lepas..hehehehe..

Cuma harapan setinggi gunung nya semoga panjang umur,murah rezeki..
Sentiasa deberkati hidup didunia ni..[dah mcm birthday wishes la plak]
Malam tahun baru aritu x de pun countdown kat mana2,sbb bz ngan tempahan kuih org..
Plus,hujan kat sini..malas la nak kuor..
Nengok bunga api dr rumah je..Tgk tv org countdown kat KL nu..

Yang bestnya Tuya sangat tertarik menarik mmg da bomb la 'ostad' ni wat sambutan tahun baru kan..
Admire ngan dia sebenarnya..tapi mcm malu nak bgtau..hihihihihihi..
Dok ngadap ceramah dia kat YouTube,x bosan2..
Kalau la dapat jupe depan2..haihhh!!!



see..betapa ramainya..dengar2 lebih dr konsert di ICT Shah ALam..kuatnya aura ostad nih..




Ustaz Azhar Idrus..

Whislist 2012,nak jupe ostad Azhar Idrus..
dapat ke idok tahnye..hehehhe


Semoga tahun baru ni membawa semangat dan kehidupan yang sentiasa bahagia utk kita sume..
Happy New Year all!!


29 December 2011

-Rindu


lamanya x update..rindu nak menjenguk,lepak kat belog kawan2..
bukan sengaja x mo g nyibuk kat sana,tapi sejak hujan je ni,line tenet pun jadi sangat slow..
tah ape kenanya,satu taman mcm tu..katanya kabel terendam air..
tensen..skang ni hujan dah x semeriah mggu lepas,jadinya boleh la jugak nak online..

dengan air pasang besarnya kat pantai Mersing..bimbang betul kalau banjir ..
Tuya tengok sendiri air naik sekitar bandat Mersing malam 25 Dec aritu..
ramai org,dah mcm pesta nengok air tu naik..
ade beberapa keping pic yang sempat di copy n paste dr wall member kat FB..
jom nenegok..















ombak rindu..ehhh..bukan,ombak kuat..heheheh..













 air dah masuk kat kedai makan tepian sungai..





















jeti tu sebenarnya kat bawah..bila air pasang besar tu,jetinya terapung ke atas..sama tggi ngan tebing sungai..



















air naik sampai tebing!!




kuasa air kan..hanya Allah Maha Berkuasa..








18 December 2011

-Hujan



















hujan..
skang mmg musim hujan kan..
boleh kata tetiap hari hujan..
5 hari hujan,1 hari panas,1 hari lg mendung..[complete seminggu]..
masa hari panas tu la mendobi penuh ampaian..
kalau hujan kat sini siap ngan angin ribut bagai..
lgpun Mersing ni kan tepi laut,makin la kuat angin..




payung adalah accesories yang paling penting pd musim ni..
kalau x de payung,basah lencun ler..


kat tempat korg hujan jugak ke x?
kat KL pun leh banjir,ape lagi la kat tempat rendah kg2 kan..


so,sentiasa la kita beringat musim2 hujan ni kan..
apa pun boleh jadik..


[mood n3 x de idea.heheheh]

14 December 2011

-BR1M..




sana sini doh cite pasal BR1M..[Bantuan Rakyat 1 Malaysia]..
isi rumah yang berpendapatan rm3000 ke bawah adalah layak untuk memohon.
Kami dah tetentu la layak..hehehehehe..
Dulu mungkin x layak masa dok KL,skang dah dok kg,Eri pun dah kerja baru yang tangga gajinya kurang sekali ganda ngan gaji kat KL..
Tuya dah x keja..[dah jadi mak anggur terperesok di dapur,sambil sibuk blaja weekend]
Jadinya kami layak untuk memohon..
Lulus x lulus tu belakang kira la kan..yang penting mohon..



borang ni adalah percuma ..dah terang2 tertulis kat atas nu,PERCUMA..baca kat papper semalam ade pihak yang jual borang ni ngan harga rm4 sekeping..





Dah isi n dah selamat di serahkan semula kat ketua kampung..[sbb mak amikkan borang ni kat balairaya kg,so kena la serahkan kat sana semula,taman area rumah Tuya x de lak dengar2 deorg edarkan borang]..




ni borang original..jangan terpedaya,sbb Tuya baru je nengok kat FB,ade org wat borang palsu..sumenya sama cuma borang palsu ada minta no akaun bank..padahal dah terang2 kat paper n berita bgtau,kaedah utk deorg bagi bantuan tu lom diputuskan lagi..







this is FAKE!!!borang asal x de minta nama bank ngan no akaun..

Yang lom amik borang,kalau rasa2 layak tu,cecepat la amik n isi..
Mana tau rezeki kita kan..dapat le RM500 awal tahun depan.
Tapi kena berhati2..
Tengok n selidik bebetul borang tu..
Mungkin ada pihak yang nak amik kesempatan..