The Best Followers

30 November 2011

-Wordless..




Ingat Negara,Negeri je ade peta ke?
Hidup pun ade peta jugak!!
cuba perhati kitaran hidup kita..kemana kah arah dan tujuan sebenarnya?


29 November 2011

- Begitu lah ceritanya..




sekian terima kasih..

p/s : ni kes x de idea nak mengarang n3..

27 November 2011

-Dia memang kurang ajar!!







ehhhh!!
bukan Tuya cakap..Kak Ogy yang cakap mcm tu ek..
Pepetang hari Ahad ni,tengah makan kek ceklat sambil2 baca gossip kat BN ni..
terbaca lak berita terbaru pasal Kak Ogy kita ni..
dah nak saman menyaman lak aih..
jom le kita baca sama2..

Pelakon terkenal, Fauziah Ahmad Daud, menyatakan kepada Utusan Malaysia yang dia akan menyaman Johan Raja Lawak, pasangannya sewaktu mengacarakan Festival Filem Malaysia Ke 24 kerana mengaibkannya. Ini ialah berkenaan cara lawak Johan sewaktu mengacarakan festival itu yang menggunakan Fauziah sebagai bahan lawak dalam nada persendaan:

Dia memang kurang ajar. Bukan setakat bakat saya, malah arwah ibu dan bapa saya turut dipersenda sesuka hati. Namun yang paling saya terkilan, dia boleh mempersendakan Tahun Gajah, tahun kelahiran Nabi Muhammad junjungan kita.
Ini satu penghinaan dan saya tak boleh bertoleransi dengan orang yang biadap seperti itu.
Sebenarnya tidak nampak pada mata kami seolah Fauziah sedang menahan perasaan malam itu, tetapi dia berkata:-
Saya tak tahu kalau ada yang perasan atau tidak, tetapi sepanjang berada di pentas, saya hanya menahan rasa kecewa dengan kerenah Johan yang kurang ajar.
Sebagai manusia, bohonglah kalau saya tak terasa bila orang memperkotak-katikkan arwah ibu dan bapa, mengutuk saya ni dah tua dan sebagainya.
Jangan kerana saya ni anak yatim dan tidak bersuami maka orang boleh memperlekehkan saya.
Saya tahu saya ni dah berusia, tetapi saya tidak perlukan orang untuk menyedarkan saya mengenainya.
Hanya Allah S.W.T sahaja yang tahu perasaan saya ketika dimalukan sebegitu sekali.
Tidak menafikan Johan berbakat dalam bidang jenaka, Fauziah menambah yang Johan turut datang lewat 3 jam untuk latihan:-
Saya tahu dia berbakat untuk buat lawak tetapi cara dia melampau. Sudahlah masa latihan sebelum majlis berlangsung dia datang lewat.
Kami diminta datang pukul 3 petang, dia sampai pukul 6 petang. Macam mana tu? Tiga jam saya menunggu, tetapi dia langsung tidak minta maaf pada saya.
Pembantu peribadi dia yang malu dan berkali-kali minta maaf dari saya. Mana budi bahasa? Tetapi saya sedikit pun tidak bising pada dia. Kalau dia nak jawab, jawablah pada Astro.
Fauziah juga nekad dengan keputusannya untuk menyaman Johan:-
Saya berpegang pada hak asasi manusia. Tidak kira siapa pun, kalau mereka telah memperlekehkan maruah diri dan ibu bapa saya, saya tidak akan bertolak-ansur.
Biar dia datang minta maaf sekali pun, saya tidak akan layan. Sebab seseorang harus bangkit memberi pengajaran kepada budak baru seperti dia yang tak tahu apa makna menghormati.
Bukan saya datang cari Astro untuk minta jadi pengacara malam itu, tetapi Astro yang datang cari perempuan buruk ini untuk menjayakan majlis.
Tapi saya datang bukan untuk diperlekeh-lekeh begitu.
Saya akan bangkit mewakili mana-mana artis senior yang rasa diri mereka diperlekehkan orang baru.
Jangan main-main dengan Fauziah Ahmad Daud. Saya tidak akan lepaskan budak ini.

**kedit to BN 

kalau dah bab2 saman menyaman ni,kes berat jugak la kan..
terlajak sampan boleh di undur,terlajak kata..sendiri tanggung la yer..


-Selamat Tahun Baru


Salam Awal Muharram untuk semua kawan2..
Azam??
Tak semestinya azam tu kena diperbaharui setiap tahun..yang penting tercapai ke x azam tu kan..
Tuya ni pun banyak benda lagi x tercapai n terselesai..
harap2 tahun baru ni akan membuka lebih banyak jalan penyelesaian pada setiap masalah yang datang..
Hidup ini adalah dugaan,dugaan itu adalah pengalaman..
Mari la kita sama2 berdoa semoga hari ini akan lebih baik dr hari semalam dan esok akan lebih bermakna dr hari ini..

Happy weekend peeps!!!

19 November 2011

-Pemalas

M-A-L-A-S
apekena tah malas beno nak update n3..cerita terendam banyak lg x di perah..
hadoinya lahai..

unta padang pasir pun x malas macam ante la Tuya..

Happy Weekend kawan2..

14 November 2011

-Happy Birthday My Laling..

Happy Birthday utk my lovely encik laki..Hairinizam Mustafa..


semoga panjang umur,murah rezeki,sentiasa diberkati oleh Nya dunia dan akhirat..
you are the best thing in my life..
oh!!Hairi turn 32!!!Happy birthday B!!muah muah..



dok eksaited sangat sebeday bagai,x di lupa jugak pada adik2 yang menduduki SPM hari ni..
wish all the best.
semoga dipermudahkan segala urusan dalam menjawab soalan nnti..


11 November 2011

11112011

11112011


sana sini dok cite tarikh cantik hari ni..
buka FB masing2 update status pasal 11112011..
ada apa ngan 11112011???
tarikh hari lahir kah?[appy birthday utk kak ai]
tarikh nikah kah?
tarikh bertunang,anniversary,kawin lagi kah??

nak dijadikan cerita..
tarikh 11112011 ni le Tuya baru perasan yang rumah Tuya ni x de kalendar langsung!!!
selama hari ni bila nak tgk tarikh dok picit henpon,picit remote astro!!


nak akhir tahun dah,x de kalendar..
jangankan kalendar bergambar bagai..kalendar mcm ni pun Tuya x de..
apakah???

09 November 2011

-Lain Nak,Lain Dapat







cite dah berkurun terperosok kat draft..x publish2..
ni masa eri kemaruk dok asyik nak mancing je x sudah2..sebelum raya haji aritu..
ade la satu petang tu Tuya ikut dia g mancing kat muara sungai..
eri g ngan adik n kawan adik Tuya..
konon nak dapatkan siakap 3 kilo la ape la kan..
jomla layan pic..




kapal korek pasir dok tersadai kat situ..



 eri budak hitam..hitam2 pun..tu le pojaan hatiku!!!



ni plak adik Tuya..tamak yer..sampai 2 joran dia pakai..



ek eh..ingatkan joran tersangkut baldi ke hapa ke..



rupa2nya..ape ke nama binatang nih..kura2 ke,tuntung ke..tah,tapi spesis tu ler..dia lak yg makan joran..



meh la kita lepaskan dia..tapi sume x reti nak wat mcm ne..eri x de bakat langsung..adik Tuya lak penakut nak turun sbb ade pengalaman tejerlus kat tebing tu..last2 member dia ni la yg konon2 terrer nak tolong potong tali tu..



kesian kan..adik Tuya kata kalau jual  binatang ni mesti laku..mahal ni..makanan exotic..tapinya x tergamak pulak la nak wat mcm tu..naya kat dia,nak hidup jugak..tah binatang ni binatang yg dah nak pupus ke..ape ke..biar la dilepaskan hidup ngan aman dalam sungai tu..

macam kita jugak kan,kena tangkap x pasal2..mesti la marah..tapi nya kan,sumpah bosan ikut deorg ni mancing..dok menung nunggu joran tu disambar mangsa..huhuhuhuhu..
mmg Tuya x leh nak joint..kurang kesabaran..tapi kalau dapat ikan besar2..suka!!!!

sebenarnya x tau nak ending macam ne tah cite ni..dah le,sambung next n3..hikhikhik..

07 November 2011

-Selamat AidilAdha..




salam aidiladha semua..1st time raya haji x balik Kelantan..raya kat Johor..kurang la kemeriahannya kalau kat Jhr ni..kalau kat Kelantan masih lagi meriah..pg raya tu ade je tetamu akan datang rumah,ziarah menziarahi..kalau tuan rumah wat korban lembu lagi la meriah..dah mcm kenduri kendara..

mesti kat kg kelantan pun meriah ni sbb adik2 badik ipar Tuya share utk wat korban lg tahun ni..tetiap tahun mesti wat..ikutkan hati nak balik,tapi nak wat mcm ne,Eri dapat cuti pun x lama..memikirkan jarak g balik tu dah jauh kan skang..kalau dok KL dulu,2 mggu sekali dok berulang..

''11, 12 dan 13 Zulhijjah (Hari Raya Kedua, Ketiga dan Keempat) dikenali sebagai Hari Tasyriq. Rasulullah SAW menyifatkan hari-hari Tasyriq sebagai hari makan dan minum, maka diharamkan puasa.
 Amalan korban boleh dilakukan dari selepas solat Aidil Adha sehingga 13 Zulhijjah, selepas itu ia dikira sedekah.
Kita juga dianjurkan untuk terus bertakbir Hari Raya sehingga selepas Asar 13 Zulhijjah sebagai tanda kesyukuran kepada Allah SWT. (Berbeza dengan Hari Raya Aidil Fitri, kita hanya bertakbir pada 1 Syawal sahaja.) Di Mekah, umat Islam yang sedang melakukan ibadah haji akan menyempurnakan ibadah melontar di ketiga-tiga jamrah, ula wusta dan aqabah.''