The Best Followers

26 January 2011

-Tuhan Maha Mengetahui

GEORGE TOWN: Seorang wanita muda menitis air mata dan menadah tangan tanda syukur apabila Mahkamah Tinggi hari ini membebas dan melepaskannya dari tuduhan membunuh bayi yang baru dilahirkannya dalam tandas kilang tempatnya bekerja dua tahun lalu.

Nurul Syuhada Shamsudin, 21, tidak dapat menahan sebak sebelum dipeluk oleh ibu dan ayahnya dalam mahkamah itu setelah gari tangannya dibuka oleh anggota polis selepas Hakim Datuk Zamani Abdul Rahim membaca penghakiman.

Terdahulu, Zamani dalam keputusannya berkata mahkamah membebaskan dan melepaskan Nurul Syuhada selepas mendapati pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie terhadap tuduhan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman gantung sampai mati jika sabit kesalahan.

"Setelah mendengar keterangan pendakwaan dan hujah bertulis, mahkamah mendapati terdapat dua situasi yang berlaku iaitu sama ada bayi itu mati sebelum lahir ataupun mati selepas lahir dan dalam kedua-dua situasi itu, saksi iaitu Pakar Patalogi mentakrifkan bahawa bayi yang dikatakan lahir hidup ialah bayi yang boleh bernafas dengan sendiri selepas keluar dari rahim ibunya," kata beliau.

Katanya menurut laporan patalogi kematian bayi itu adalah disebabkan
lemas namun adalah tidak dapat dipastikan sama ada bayi itu mati sebelum keluar
dari rahim ibu atau mati selepas keluar dari rahim ibu dengan mempunyai
elemen-elemen membunuh menurut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Nurul Syuhada berasal dari Parit Buntar, Perak, didakwa membunuh bayi yang
baru dilahirkannya antara 3 pagi hingga 7 pagi pada 31 Disember 2009, di dalam
tandas perempuan di kilang Jabil Circuit, Bayan Lepas di sini.

Mayat bayi tersebut dijumpai tersangkut dalam lubang tandas kira-kira 2.15
petang keesokan harinya oleh seorang tukang cuci selepas menerima aduan
tandas tersumbat. - Bernama

**macam2 hal lak bebudak n manusia skang..tengok berita td pun ade gak kes bayi baru lahir ditikam..kes yang kat atas tu lak,ibu bayi tu terlepas dr hukuman..deorg x leh nak buktikan samada baby tu mati masa lahir ataupun dibunuh.tapi kalau nak guna logik akal kalau iye pun pompuan tu terberanak kat toilet,mesti lepas tu dia bgtau org yang dia terberanak..kalau dia x salah le kan..ni esok petangnya baru tau,tu pun sbb tandas sumbat..

hukum dunia dia terlepas,hukum Allah esok lusa,pasti menanti..Na'uzubillah..
sedih betul Tuya bila dengar kes2 buang bayi ni..Tuya nak!!!!!Tuya nak anak tu..uwaaa..




9 comments:

ber_u_wang said...

Dah lepas di dunia ni bertaubat lah jangan buat lagi hendak nya...

azieazah said...

Pada Kak Azie dia terlepas sbb pendakwa tak cukup bukti, tak cukup bijak nak sabitkan dia...

tapi kalu lojik, kenapa dia beranak dlm tandas? kenapa senyap sepi tak bagitau orang yg bayi dia mati dlm tandas?

mustahil dia tak sedar apa yang dia keluarkan????

bangang punya orang.

sW33tdARLiNG said...

gamaknya dia panik... maklumlah, beranak dah satu hal, tetiba baby mati pun satu hal..

semoga apa yang berlaku jadi pengajaran dan ada hikmah di sebaliknya...

sw33tdarling.com

kuntumz said...

emm ntahlah dunia skrg di akhir zaman...
yg slh dilepaskan, yg tak salah di hukum....

fazilzura said...

dunia yg dh makin sgt2 dekat dgn Kiamat , gini le jd nye...

tu le sengal kan , xkan ler baby tu nak bunuh diri sdiri dlm lubang jamban tu ..

Amy said...

2 lah kan...owang yg betul2 nak anak ssh sket rezeki,yg ade anak bleh pulak senang2 buang2 cam2...

Syakiela said...

dunia akhir zaman kan,mcm tue la...bayi yg xberdosa jd mangsa

TuYa said...

cik aTan :
tu la kan..harap2 berubah la..



kak azie :
Tuya setuju..mmg x logik..




kak sweet :
panik sampai berpinau mata..x pasan lak lari x bawa anak kak ek?heheh

TuYa said...

Jia :
skang ni dunia dah semakin x teratur kan?tunggang langgang jadinya..


kak zura :
baby tu pun x sanggup nak hadapai segaa kemungkinan kalau dia hidup kot..huhuhu..



Amy :
Memang deorg ni kan..kita ni dok doa nak dapat,x dapat2..



Kiela :
sedih kan..