The Best Followers

31 July 2009

aGaKnYe DaH aBis aNaK oRanG Dah KoT


KUALA LUMPUR: Sukar dipercayai apabila perasaan terlalu sayangkan anak kera yang dipelihara tidak ubah seperti anak kandung sendiri menyebabkan seorang wanita sanggup menyusukannya.

Malah, anak kera berkenaan turut diberikan layanan sama seperti bayi apabila dipakaikan pakaian bayi dan kelengkapan lain.


Sumber Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) berkata, perbuatan itu terbongkar apabila sepasukan anggota Perhilitan menerima aduan daripada jiran seorang wanita memelihara seekor anak kera di rumahnya di sekitar ibu kota sehingga menyebabkan ketenteramannya terganggu selain mengotorkan kawasan.

Susulan itu, sepasukan pegawai Perhilitan melakukan pemeriksaan ke rumah wanita berkenaan dan tidak menemui sebarangbukti kekotoran atau bunyi bising seperti didakwa jiran.



“Kami hanya menemui seekor kera jantan dalam rumah itu dipercayai dipelihara wanita terbabit tanpa lesen.

“Wanita itu mendakwa memelihara kera itu ketika baru dilahirkan,” katanya.

Difahamkan, wanita berkenaan sanggup memberikan payu daranya untuk disusukan kepada anak kera berkenaan setiap hari.

Malah, wanita terbabit turut membelikan susu bayi tambahan untuk diberikan kepada kera berkenaan.

“Siasatan mendapati, kera itu diberikan layanan istimewa sama seperti bayi biasa apabila turut dipakaikan lampin pakai buang yang ditukar setiap hari.

“Wanita berkenaan didapati tiada anak menyebabkan dia melayan kera itu sebagai anak,” katanya.

Menurutnya, menyedari wanita terbabit tiada permit atau lesen untuk menyimpan hidupan liar, pegawai Perhilitan terpaksa merampas haiwan berkenaan.

Bagaimanapun, wanita itu merayu supaya kera terbabit tidak dirampas sambil meratap hiba seolah-olah kera itu anak kandungnya.

“Walaupun kera itu nampak jinak, dipelihara seperti anak manusia, ia masih hidupan liar dan mempunyai naluri buas dan boleh bertindak di luar jangkaan,” katanya.

-sumber dr HarianMetro-

**macam2 halnye dunia sekarang..sayang binatang pun berpada2 la..ni sampai bagi susu badan bagai.ape cite nih?ishhhh!!!x sesuai betul..



16 comments:

ber_uwang said...

dah tak de orang yang nak menyusu agaknya... dia bagi la kat kera tu. kan ada pepatah.

KERA DI HUTAN DI SUSUKAN, ANAK DI RUMAH KELAPARAN..

T.u.Y.a said...

ber_uwang : tu la kan..ape salahnye amik anak manusia jadikan anak angkat kalau ye pun dah x de anak..
x paham tol..

Dee said...

erk? terkedu? terkesima? x tau nk komen apa..

dkama said...

Salah satu tanda2 hari kiamat ialah manusia memelihara binatang buas...

eiza in the house.. said...

mungkin senang pelihara anak kera tu..klu tak nak... leh buang kat utan mcm tu aje..lagi satu nak ambik anak org, byk protokolnya..baik buat anak sendiri kan..tp lalu cara yg halal dan sah la =)

T.u.Y.a said...

kak dee : Tuya pun masa memula baca paper td x abis nak pk..apekejadah la kan nak bela binatang sampai mcm tu sekali..


kama : yup..salah satu tanda2 kiamat..



eiza : x de nya dia nak buang..Pegawai Perhilitan nak amik pun dia x bg..merintih mcm anak sendiri dah..
adehai..x tau la nak cakap cane..

ai said...

Lor!! sampai camtu skali? isk...tp cam sian lak kat pompuan tu..

mamai said...

kera di hutan disusukan anak dirumah mati kebuluran itu pepatah orang tua dulu-dulu...

aku tak kisah bila kita ada perasaan sayang pada sesama makhluk cuma aku tidak suka jika keterlaluan...biarkan dia dengan habitatnya sendiri itu lebih bagus jika kita benar2 prihatin

maiyah said...

tak sakit ker sorong susu badan, ada susu ker tu. macam2

KUNTONG said...

tulah tuya depa tak beritau saya. boleh tolong carikan anak angkat.di tempat saya ada yang nak beri anak dia pada orang lain, siapa-siapa yang nak bela anak angkat ni.bolehlah kontek saya. lelaki tau....... tapi tulah umurnya..................baru 50 tahun ....eh...eh...eh... bukan 50 hari tau......ingat tu.

el said...

kot ye pun bglah susu tin jerk
amboi3 bg susu tetek kat kera....
melampau sgt lah tu

Fly said...

mcm2 hal orang skrg ni yek ..

Ivy Metaga said...

dunia sekarang macam2 jak huhu

caluk@cencaluk said...

anak kera dah besar x reti nak merempit (sebab x de mykad ha ha)

T.u.Y.a said...

kak ai : Tuya rasa pompuan tu ade metal problem kot..tapi tabik spring la kan sbb dia nye kasih syg tu..



bro mamai : mmg dalam kest tu dah melebih2 melampau2 kan..



kak amiyah : x dapat nak bayangkan la..anak kita pun nyusu kita nyilu..ni lak binatang..ishhh!!!



PK : hehehhe..50 tahun eh..tu bukan anak angkat dah tu..tu dot dot dot..




el : tu la..aku x leh nak bayangkan mcm ne rupanya..geli plak aku dah..



sir Fly : tu la..macam2 kerenah n tebiatnye..



ivy : dunia dah nak terbalik la ni..



caluk : aku rasa kera ni lg terror merempit..polis x leh tahan..heheehh..

iEn said...

errm.. jarang2 ada berlakunya sebegini.. hehehe :D