The Best Followers

04 July 2010

-Mangsa Syahwat Guru [Metro]

KUALA LUMPUR: Guru terlampau. Itulah gelaran yang layak diberi kepada seorang guru yang sanggup menjadikan pelajarnya sebagai mangsa untuk memuaskan nafsu.

Guru lelaki terbabit bermain cinta dengan pelajarnya itu sejak awal tahun ini.
Peristiwa malang itu berlaku dua kali iaitu April dan 18 Jun lalu sebelum terbongkar apabila mangsa menceritakan kejadian kepada ibunya selepas tidak dapat menyimpan rahsia itu lagi.


Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Abdul Rahim Abdullah, berkata selepas mendengar pengakuan anaknya, si ibu membawa mangsa membuat laporan polis kira-kira jam 3 petang Isnin, dua minggu lalu.


Katanya, berdasarkan keterangan ibu mangsa, anaknya didakwa dirogol dua kali di rumah guru terbabit di Rawang.

“Mangsa turut mendakwa guru berkenaan mengajak dia pulang ke rumahnya sejurus tamat waktu sekolah dengan alasan mengambil buku yang tertinggal sebelum kejadian rogol berlaku.


“Mangsa mungkin ketakutan dan bimbang kejadian itu diketahui orang, menyebabkan dia mengambil keputusan berdiam diri sebelum didedahkan kepada ibunya pada 21 Jun lalu,” katanya.


Abdul Rahim berkata, mangsa kemudian dibawa ibunya ke Hospital Selayang untuk pemeriksaan lanjut.


Hasil ujian mendapati kesan koyak pada kemaluan mangsa, bagaimanapun dia tidak hamil.


“Polis mengesan lokasi dan identiti suspek dan hanya menunggu masa sesuai menahannya,” katanya.

9 comments:

sz | m.s.s said...

risauuuunyaaaa...
:(

maiyah said...

tringt kisah msa skolah dlu kes sorang guru lelaki cuba mngajak murid lelaki gak utk melakukan oral.. guru tu kene tukar skolah..
mintak le di jauhkan..

aZuRa AhMaD said...

sekolah pon tak selamat dah buat anak-anak...padahal...guru sepatutnya membimbing pelajar..ni amik kesempatan lak..

J@J@ / Bini The Rock said...

Tahan ajelah 'Cikgu" tu pak pulisi oii, dah mmg terang2 dia buat mende salah!

harap2 'cikgu' tu akan terima nasib yg setimpal..dan jwtn dia sbgai guru harap dilucutkan terus...

kuntumz said...

astagfirullah hal azim..
per lah nk jadik dunia skrg nii...
guru sepatutnya mendidik anak bangsa ni menghancurkan anak bangsa plak...

klau kita tak dpt mengawal iman dan godaan2 dri syaitan...inilah jadinya..

nauzibillah hi min zaliq

azieazah said...

Dah banyak kan kes cenggini? Cikgu rogol murid. Bomoh rogol pesakit... etc etc... mencik aaarrr!

Kasi potong kasi sama anjing jerrrr!

Azwandy Bin Muhamad said...

Kerana nila setitik...
Rosak susu sebelangga...

Dreamerz said...

bahyer dan mencabar sungguh zaman sekarang ni...

Lizzie Yasmin said...

sapa lg boleh kita harap kan..