The Best Followers

09 April 2010

Berita Hari Ini..macam lahanat..

Disimbah asid kerana nafsu suami


KEADAAN wanita yang disimbah cuka getah ketika dirawat di Hospital Tengku Ampuan Afzan, Kuantan semalam.

KUANTAN - Gara-gara isteri enggan mengadakan hubungan seks, seorang suami yang dipercayai tahi judi naik berang sehingga sanggup menyimbah asid ke muka dan tubuh isterinya menyebabkan wanita itu cedera parah dalam kejadian di rumahnya di Felda Bukit Sagu 2 di sini kelmarin.

Timbalan Ketua Polis Daerah Kuantan, Supritendan Zulkifli Taha berkata, ketika kejadian pada pukul 2 pagi, lelaki berusia 47 tahun itu dikatakan baru sampai ke rumah selepas dipercayai keluar bermain judi.

"Suspek yang bekerja sebagai peneroka itu pulang dalam keadaan marah-marah. Dia terus masuk bilik tidur sebelum mengejutkan isterinya untuk mengadakan hubungan kelamin.

"Bagaimanapun, wanita berusia 30-an itu menolak keinginan suaminya kerana dia tidak sihat dan sakit kepala," kata beliau ketika dihubungi di sini semalam.

Menurut Zulkifli, tindakan si isteri itu menyebabkan suaminya secara tiba-tiba naik angin lalu mengambil cuka getah yang diletakkan di dalam botol di luar rumah.

"Suspek masuk semula ke dalam rumah lalu menyimbah cuka getah itu ke arah muka dan badan mangsa yang bekerja sebagai pencuci pejabat.

"Tindakan suspek itu menyebabkan isterinya melecur teruk," kata beliau.

Zulkifli memberitahu, dua orang anak pasangan itu berusia belasan tahun yang turut berada di rumah semasa kejadian terus mendapatkan ibu mereka untuk memberi bantuan.


****kenapa la bangsat sangat jantan ni kan..



10 comments:

A.I said...

SIAL je kan?? tak dapek, simbanh asid lak. masalahnya bini dia tu tak kasi sbb mmg dowang dh ada masalah. mmg tunggu nk bercerai. mana ada napsu dah camtu. isk!

meh aku simbah asid kt kote dia!! sial..

Norsyakiela said...

siot jek jantan mcm tue,hangin betol la...xgune punye jantan,fkirla skit bini ko tue xsihat dollll

Mama Hanim said...

mmg lahanat.. celaka btul..

dkama said...

hai lah dunia... mana kedamaian ni... PEACE...

azieazah said...

Lahanat bangsat...!

A.K.U.D.O said...

mmg tak patut si suami menghukum
isteri juga kena faham t/jawab.

xAmU said...

laki zaman sekarang kak..hehe

Dee said...

dpt kat aku..aku simbah balik asid tu kt dia..eee...geram..

Amy said...

aduh...orang mcm ney pun wujud ye...zalimnye...

Maiyah said...

Allah telah menutup pintu hatinya.. mmg mangkuk tul