The Best Followers

17 October 2011

-Apa pesen jeles la..

KUALA LUMPUR: Suami setan! Itu ungkapan layak diberikan kepada seorang lelaki berusia 28 tahun apabila didakwa bertindak kejam ‘meletupkan’ isterinya menggunakan bom petrol ketika mangsa sedang mandi di rumahnya di Kampung Baru di sini, tengah malam kelmarin.

Perbuatan keji yang dipercayai bermotifkan cemburu itu menyebabkan mangsa, 28, yang juga jururawat di Hospital Kuala Lumpur (HKL) di sini, kritikal apabila lebih 80 peratus tubuhnya melecur.

Semuanya bermula jam 12.20 tengah malam apabila mangsa yang baru pulang kerja, masuk ke bilik air di rumahnya untuk membersihkan badan.

Menurut sumber, sebelum insiden itu suami mangsa dipercayai sudah menyimbah petrol selain meletakkan bom petrol di dalam bilik air berkenaan.

Sebaik isterinya masuk, suspek dengan sengaja membuang puntung rokok ke kawasan berkenaan menyebabkan tercetusnya api sebelum satu letupan kuat berlaku.

 “Api hasil letupan kuat itu menjilat pakaian dan tubuh mangsa menyebabkannya menjerit meminta bantuan daripada suami,” katanya.


**tak paham betul la,ape la motip jeles sampai nak berbunuh2 ni.dok la bincang elok2,kalau dah rasa x leh nak jadi laki bini,cerai je la..adoii lahai nye!!!bunuh2 leh settle masalah ke?

4 comments:

wan habibah said...

bodohnya laki dia...

~ yus ~ said...

mmg bodoh lelaki itu..huhu

nuraitul said...

gila sgt bengong dia nie..tak thu la mne letaknya kewarasan dia..marah punya psl, sume main nak letup2 je..moga kita semua dilindungi dari perasaan2 bruk cmnie..

CuTeMiUt78 said...

aaahhhhh bodoh bangang kan....