The Best Followers

05 May 2009

Pen Merah Pen Biru,Cikgu Marah,I love u...


Dakwat merah guru jejas motivasi murid sekolah





LONDON - Beratus-ratus buah sekolah di Britain mengambil pendekatan melarang guru-guru daripada menggunakan pen dakwat merah untuk menanda kerja sekolah, lapor sebuah akhbar.

Pelaksanaan larangan tersebut dilakukan selepas golongan pelajar berasa lebih tenang jika kerja sekolah mereka ditanda dengan pen berwarna hijau, biru, merah jambu dan kuning selain pengunaan pensel.


Warna merah dianggap bersifat 'konfrontasi' dan 'menggugat' emosi pelajar, Sekolah Rendah Crofton di Kent, England yang mempunyai murid-murid berusia 7 hingga 11 tahun merupakan antara sekolah yang melarang penggunaan warna merah bagi tujuan tersebut. "Pen merah akan menjejaskan motivasi kanak-kanak. Warna itu membawa maksud negatif seperti 'jumpa guru' atau 'tidak cukup bagus'," kata guru besarnya, Richard Sammonds.


"Kita tidak lagi mendidik pelajar untuk menjadi kerani atau penyimpan kira-kira seperti pendidikan dahulu. Kita cuba membekalkan pendidikan untuk kanak-kanak yang bakal memasuki alam pekerjaan pada kurun ke-21," tambahnya.


Walaupun disifatkan kontroversi, pendekatan baru itu turut mendapat lampu hijau daripada institusi-institusi pendidikan negara itu. "Pengharaman warna merah merupakan reaksi setelah bertahun-tahun melihat kanak-kanak mengalami tekanan apabila kerja sekolah mereka ditanda dengan pen merah.


Apabila pelajar terutama pada peringkat awal sekolah melihat setiap kesilapan diwarna merah, mereka berasa rendah diri dan putus asa," kata seorang pakar pendidikan, Shirley Clarke.


Bagaimanapun, masih terdapat para pendidik yang menentang langkah tersebut dan menyifatkannya sebagai tidak munasabah. "Pengharaman itu karut. Akal fikiran menyatakan bahawa kanak-kanak belajar melalui kesilapan dan mereka perlu disedarkan supaya dapat memperbaiki diri," kata Pengerusi Kempen Untuk Pendidikan Sebenar, Nick Seaton. - Agensi


** aku pun rasa dah berkurun kalau cikgu mesti x leh dipisahkan dengan pen merah kan..aku sendiri pun masa sekolah2 dulu kalau report card ade je merah,takut nak tunjuk mak abah..aku nak tanda buku budak guna dakwat ijao lah lak..heheheh..pastu mesti aku kena cop wat publisiti murahan..huhuhuhu..




7 comments:

ai said...

pakai kaler kuning la tuya. (langsung x nampak) :P

eiza in the house.. said...

warna puteh ader tak?..lagi giloskan..hahaha

ieNn ZaZa said...

hehehe..guna laa warna pink..romantik..

T.u.Y.a said...

kak ai : leh gak kan..ngan tuya sekali jadik kuning..mereng..heheh

eiza : warne putih tu aku conteng kat muka ko leh???ade lak kang mat tiarap serang aku..larikkk

iennzaza : wane pink utk tulis surat cinta ko je la..huhuhur

Lina said...

ala kakak..diaorg tu pmls..kalau x letak warna mrah..diaorg rasa takut..tp bg ibu bapa yg buta huruf..warna mrh menandakan mmg anak dia dpt corot..kalau da x pakai warna merh..mak diaorg pkr yg doarg cemerlang-gemilang-terbilang sebnrnya sebliknya...itu lah bezanya pen merah,pen biru..u salah,nt balik i sepak u...
betol x kte2 lina ni?
lau x btol..im sorryyy...

dkama said...

Warna merah buat sakit mata memandang la cekgu... bile sakit mata dengan penandaan, komen atau catatan dari cekgu maknanyer Love tak sampai kat ati anak murid... so nampak cam terlalu menunding jari dan tak menginsafkan...

dkama said...

hehehe jap nak tiru Lina gak...
I'm Sooorrry....