The Best Followers

18 June 2009

LuPa

Sepasang atuk dan nenek yang akhir-akhir ini menjadi pelupa dalam segala hal.. akhirnya pergi menemui doktor.. Doktor mengatakan bahawa secara fizikal mereka sihat saja. Doktor menyarankan agar mereka membiasakan diri untuk menulis apa saja untuk membantu mereka mengingat segala perkara.
Suatu malam kedua atuk dan Nenek tersebut sedang menonton TV...Tiba-tiba si atuk berdiri..

Nenek : "Nak kemana?"

Atuk : " aku mahu ke dapur untuk mengambil segelas air"

Nenek : "Kalau begitu.. tolong bawakan aku AISKRIM VANILA"

Atuk : "Baik Laaaaaaa .."

Nenek : "Eh tunggu.. sebaiknya abang tulis dulu supaya tidak lupa"

Atuk : "Ah tidak perlu.. aku ingat... Aiskrim vanila kan?"

Nenek : "Kalau begitu tambahkan strawberry dan krimnya"

Atuk : "Wokeh .. Beressss.. !!"

Nenek : "baik tulis semua pesanan aku itu..nanti pasti abang akan lupa semuanya"

Atuk : "Jangan Bimbang.. aku masih ingat.. Aiskrim vanila..strawberry dan krimnya kan?"

Dua puluh minit kemudian Si Atuk datang dan memberikan kepada nenek sepiring daging dan beberapa biji telur rebus.

Nenek : (Dengan wajah terkejut) "Nah, Aku dah kata.. abang akan lupa pesananku... sepatutnya ditulis dulu"

Atuk : "Iya ke..? salah ke..? Apa yang kamu pesan tadi?"

Nenek : "ROTI BAKAR ISI JAM STRAWBERRY."

Siapa yang pelupa ?

**gelak sorang aku pk..kalau panjang umur aku nanti,nyanyuk2 macam nenek ni ade ke orang nak melayan kerenah..



7 comments:

ieNn ZaZa said...

ihik3x..

T.u.Y.a said...

ieNn : suka kamu ya...

Dee said...

kihkihkih...

D.O.U.B.L.E...S said...

hehehehhe lawak la ko nie...cam mana kita nanti ye..

T.u.Y.a said...

kak Dee : senyum sorg kan baca cite tu..sweettt..


kak cT : kalau time Tuya nanti agknye,eri tu blur2 je wat dunno..hahahahaha..

akk,tudung kak ai nnti kita g facial kita amik tau..mcm biasa le..hehehe

dkama said...

wow atok ngan nenek tuh makin tua makin ROCK... hehehe

ai said...

wakakakakaka...bapak lawak la wei..adoii!!