The Best Followers

21 January 2010

OranG Tua Tak Sedar Diri.

baru jap td adik Tuya kat kg sms : "akak,ko dah baca Metro hari ni?ko baca kak,nanti ko mesti tingat kenangan lama"..
Tuya pun dengan pantasnye on laptop nak baca paper,kebetulan pg ni lom ade kelas lagi.nak terkuor bijik mata ni ha,bile tengok gambar orang tua ni masuk paper..eeeee!!!!geli la Tuya ngan org tua nih..ade peristiwa yang x dapat nak di lupa pasal org tua ni..ape kata korg baca dulu cite dalam paper tu..

MERSING: Seorang lelaki berusia 56 tahun yang baru tiga bulan kematian isteri membuat kerja gila dengan merayau di beberapa taman perumahan pada tengah malam, sebelum mengintai dan merakam aksi ranjang di bilik tidur penduduk menggunakan perakam video yang baru dibelinya.

Perangai miang warga emas itu terbongkar apabila dia ditahan seorang penduduk ketika dipercayai cuba merakam aksi ranjang sepasang suami isteri di Taman Sri Daik, dekat bandar ini, kira-kira jam 11 malam Jumaat lalu. Ketika itu, seorang penduduk di kawasan taman perumahan berkenaan melihat kelibat seseorang di belakang rumahnya menyebabkan dia mengendap kerana menyangkakan pencuri. Penduduk terbabit menghampiri lelaki berkenaan dan menangkapnya sebelum mendapati suspek memegang sebuah alat perakam video. Nasib warga emas itu bertambah malang apabila kebetulan pasukan peronda polis melalui taman perumahan berkenaan dan dia terus diserahkan kepada anggota polis untuk tindakan lanjut. Ketua Polis Daerah, Deputi Superintendan Mohd Nor Rasid, berkata pemeriksaan terhadap perakam video milik mangsa mendapati banyak rakaman aksi ranjang dan gambar orang sedang mandi disimpan di dalamnya. Menurutnya, rakaman itu dipercayai dibuat di rumah penduduk di beberapa taman perumahan di daerah ini dan hasil soal siasat, lelaki itu dipercayai melakukan kegiatan tidak senonoh itu sejak lebih setahun lalu. Difahamkan, suspek yang bekerja sebagai buruh mengumpul wang untuk membeli perakam video bagi melakukan kerja terkutuk itu. Mohd Nor berkata, warga emas yang mempunyai empat anak hasil perkongsian hidup bersama arwah isterinya direman bagi membantu siasatan hingga hari ini. “Siasatan mendapati hasil rakaman yang dibuat warga emas itu tidak disalur atau disebarkan ke mana-mana, sebaliknya untuk suka-suka dan koleksi peribadi,” katanya. Menurutnya, warga emas itu kini ditahan bagi membantu siasatan dan dijangka dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini, pagi ini. Beliau berkata, suspek disiasat mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan yang boleh dihukum denda dan penjara tidak lebih lima tahun atau kedua-keduanya sekali jika didapati bersalah.

ni le orang tua bangka x sedar diri tu


ceritanya mcm ni,2,3 tahun lepas la mcm tu,kat kg Tuya.Mersing Johor..masa tu bulan Ramadhan,mcm biasa la pepetang mesti g pasar ramadhan nak beli kuih2 buka puasa kan..Tuya ngan adik no 2 tu yg g..tetengah bersesak2 memilih juadah ni,tetiba Tuya terasa ade tangan yang menepuk punggung Tuya..igt x de ape la,sbb ramai org kan..wat x tau je la..pastu terasa mcm ade org pegang lak..masa tu memang dah marah dah..toleh belakang nampak muka org tua lahanat ni le,dok sengih!!!Tuya jerit sekuat hati,merah padam muka masa tu..sume org dtg,then adik Tuya pun cite la pasal org tua ni.tapi masa tu dia dah lari dah..dipendekkan cerita sampai rumah Tuya cite kat abah n Eri..kitorg pun wat report polis..Eri sampai ngamuk2 kat balai..tapi sumpah Tuya mmg igt muka dia..Lahanat binawe punya orang tua x sedar diri..bila baca paper ari ni,dalam hati Tuya doa semoga dia dapat balasan setimpal..trauma tau Tuya lepas kejadian tu..kalau g tmpat ramai org je,mesti Tuya nak jalan depan,Eri mesti kat blakang Tuya..huhuhuhu..memalukan!!!!


17 comments:

J@J@ / Bini The Rock said...

woohh! kira pemes amoss la Org Tua Gatal ni kat Mersing ye??

MasyaAllah! kenapa la smpi macam tu sekali ye? biarlah cepat2 dia kawin lagi kot..mgkn itu ubatnya utk ilangkan Miang dia

T.u.Y.a said...

kak Jaja :
femes x tentu hala kak..agaknye dolu2 wat keja ni x terkantoi..skang baru la dia rasa..suka Tuya tau..mangkok jamban nye jantan tua..huhuhu..geram!!!

mamai said...

manusia ada berbagai-bagai penyakit

T.u.Y.a said...

bro mamai :
penyakit x abis nih..gatal sampai ke tua..

ieNn ZaZa said...

aku dh bc dh pg td...memg mslh laa org tua ni...aisey..memalukn..

Dee said...

perbuatan jahat pasti ada balasannya..apa pun..kesian tuya kena gitu..

eya said...

sewel toi..tua2 pon nk wat keje gile.

Ermm..slm singgah..hehe

Ivy Metaga said...

huhu..macam2 saja kan perangai org, kdg2 menakutkan...

fazilzura said...

ish geli betui ler.. tu sex mania tu ... mmg gile ..

azieazah said...

Begitulah bila cuba cuba sekali jadi berani dan terus menjadi amalan pula...

Lama-lama ketagih...

giler... orang tua tu sebenarnya “sakit”... Eloklah dah kena tangkap...

T.u.Y.a said...

zaza :
memang memalukan tau..aku tgk muka dia pun nak muntah..eeeeeeeeeeeee!!!






kak Dee :
tu la..Tuhan dah janji mcm tu kan..memang padan la ngan muka dia kak..






eya :
sewel tahap gaban dah tu..geli je kan..






ivy :
menakutkan dan mengerikan tau org tua nih..






kak zura :
sex maniax tahap dewa!!x sedo diri kan..






kak azie :
betul tu kak..Tuya sokong..

caluk@cencaluk said...

dia gersang kot ha ha

cerpelai said...

Sedar tak sedar, sebenarnya kes macam ni dah terlalu lapuk sebab dah menjadi kulit bangsa...

el said...

cinabeng betul
cilaka betul
org tua jadah...
eee geram aku
pttnya sebat n penjara smpi mmpos org tua bodoh bongok ni

pas ni ko sure fobia kat nk g mn2..kalo aku pun sm gak

aZuRa AhMaD said...

byk sgt tgk citer lucah tu....hehehe..la nie..tua..muda sama ja...kalau ikut nafsu tu...apa pun jadi..

maiyah said...

lahanat nyer org tue.. padan muke.. mmg keje gila dah xde iman lagi aduhaiiiii

ieNn ZaZa said...

tuya..ko dh bc metro arini?org tua ni dipenjara 15 bulan jer...