The Best Followers

25 October 2010

-Lupa janji dia kat Tuhan


Kencing muka cerai talak tiga


KUALA LUMPUR: Hanya kerana masakannya tidak menepati selera, seorang isteri menerima deraan kejam dan tidak masuk akal apabila dibelasah, dicukur kepala hingga botak dan lebih mengaibkan, mukanya turut dikencing suaminya.

Dalam kejadian kira-kira jam 10 malam Khamis lalu itu, suami terbabit yang berusia lewat 30-an turut menceraikan isterinya dengan lafaz talak tiga ketika kencing ke atas mangsa.

Isterinya yang tidak tahan dengan kekejaman lelaki itu selain berasa diri amat terhina membuat laporan di Balai Polis Jinjang, di sini, pada hari kejadian, menyebabkan suaminya ditahan keesokan harinya.

Sumber polis berkata, pasangan terbabit mendirikan rumah tangga sejak dua tahun lalu dan pernikahan mereka dilakukan di negara jiran tanpa mendaftarkan semula perkahwinan di sini.

Menurutnya, dalam laporan wanita terbabit yang juga berusia 30-an, kejadian itu bukan pertama kali menimpanya kerana dia mendakwa sering dipukul sejak setahun lalu walaupun melakukan kesalahan kecil.

“Menurut mangsa, dia selalu dibelasah sekiranya lewat membuka pintu ketika suaminya pulang bekerja. Malah, pada Jun lalu, mangsa melarikan diri ke selatan tanah air kerana tidak tahan dengan kekejaman suaminya.

“Namun, selepas seminggu di sana, suaminya datang memujuknya serta berpura-pura insaf,” katanya.

Bagaimanapun, kata sumber itu, ketenangan yang dikecapi mangsa hanya sementara kerana selepas dua minggu berada di rumahnya, dia kembali dijadikan tempat melepaskan geram oleh suaminya.

“Dia terus dipukul atas kesalahan kecil, malah ada kalanya mangsa tidak tahu-menahu kesalahan yang dilakukannya,” katanya.

Menurutnya, selepas menerima laporan mangsa, polis melakukan gerakan memburu suami mangsa sebelum menahannya kira-kira jam 11 malam Jumaat lalu ketika dia berehat di rumahnya. Lelaki itu kini direman empat hari bagi membantu siasatan.

Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Sentul, Superintendan Zainuddin Ahmad ketika dihubungi, mengesahkan mengenai penahanan lelaki terbabit dan memberitahu siasatan lanjut dilakukan.


***Na'uzubillahiminzaliq...dasar x sedar diri punya laki..kot iye pun x kena ngan selera dia,x leh ke agaknya nak tegur elok2..ape nak jadi la ngan dunia skang ni..menyampah betul la Tuya..masa baca berita ni td,punya la dup dap dup dap dada!!!geram x de tahap..mcm nak pijak je laki dia tu..ishhhh!!



5 comments:

ber_u_wang said...

nasib abg nasir sentiasa cool aje kan akak ipar..

tak guna punya lelaki .. geram ni buat malu kaum aje

Fiza Nordin said...

masa baca kat hm tadi pun meluap2 darah.geramnye...haramjadah tul jantan keparat tu!

TuYa said...

cik atan :
cik abg kita memang cool..kalau dia pangai mcm tu,awal2 lagi dah cabut lari x cukup tanah..heheeh.



kak Fiza :
memang jahanam kak..x guna jadi lelaki kalau nak tunjuk kuat dia kat pompuan mcm tu..zalim..

sz | m.s.s said...

mmg tak waras la lelaki ni...gilerr...sakit jiwa... geram btol!

YanDarwisy said...

kalau yan, yan ketok sampai benjol.. pastu simbah dgn cuka. faddam....nerakalah tempatnya! suami pun suami gak, dah kalau mcm peraturannya!