The Best Followers

22 October 2010

-Remote tv punya pasal

Remaja maut berebut alat kawalan jauh tv


KUANTAN: Gara-gara berebutkan alat kawalan jauh televisyen dengan adik, seorang pelajar lelaki Maahad Tahfiz Batu 4 di sini menemui ajal selepas tercetus pertengkaran dengan saudaranya di Taman Balok Baru di sini, 4.30 petang semalam.

Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pahang, Superintendan Mohd Haris Daud berkata, sebelum kejadian, mangsa, Naili Nafiz Zakaria, 14, dipercayai bertengkar dengan adik perempuannya berusia lima tahun yang berebut mahu menonton siaran pilihan masing-masing di televisyen.

Bercakap kepada pemberita, Mohd Haris berkata, seorang saudara mangsa yang melihat pertengkaran itu dikatakan segera campur tangan sambil mengacah membaling serpihan kaca tingkap yang terdapat di depan pintu, kepada mangsa. Mohd Haris berkata, serpihan kaca berkenaan tiba-tiba terlepas dari tangan dan terkena paha kanan mangsa yang menyebabkan berlaku pendarahan yang banyak.

Menurut Mohd Haris, mangsa kemudian dibawa ke Klinik Balok di sini oleh jirannya sebelum disahkan meninggal dunia pada 5.40 petang ketika sedang mendapatkan rawatan. Katanya, ketika kejadian, ibu bapa mangsa tiada di rumah. Jezanah mangsa yang dibawa ke Hospital Tengku Ampuan Afzan Kuantan dituntut oleh ahli keluarganya malam tadi dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Balok kira-kira 9 pagi ini. -Bernama


***Bahaya la bebudak skang bergaduh..ngan adik beradik pun nak gaduh kasar2..menyesal x sudah kalau Tuya ni..jadikan la pengajaran utk anak2 kita..



4 comments:

Admin P@P said...

Salam.
Untuk di ambil pengajaran agar tidak membiarkan anak-anak bergaduh walau hanya kerana perkara yang kecil.
Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian...

TQ

sz | m.s.s said...

sedhi betul tgk kat berita mlm td..mcmanalah gaduh smpi gitu ye..
huhuhu

maiyah said...

moga rohnya dicucuri rahmat

sw33tdarling said...

issskk... sedih mak pak nya tuu... jirannya yang campur tangan tu umur berapa?

teringat gak masa kecil2 dulu, berebut channel tv tu perkara biasa..