The Best Followers

15 December 2010

-Bunuh Diri Depan Rumah Kekasih-

-Bunuh Diri Depan Rumah Kekasih-

SENTUL: Tertekan apabila cintanya tidak dibalas, seorang lelaki berusia 59 tahun sanggup menggantung diri pada pagar besi rumah kekasihnya di Taman Setapak Permai, Setapak Jaya, di sini, malam kelmarin.

Kejadian berlaku kira-kira jam 11.40 malam apabila warga emas terbabit kecewa selepas cintanya tidak berbalas walaupun sudah berkenalan lama dengan seorang pekerja syarikat insurans yang juga tuan rumah yang disewanya. Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Zakaria Pagan berkata, mayat mangsa ditemui oleh tuan rumah berkenaan selepas tergantung beberapa minit pada pagar besi dengan menggunakan tali pinggangnya sendiri.


“Wanita berusia 51 tahun itu yang kebetulan berada di rumah itu bagaimanapun tidak menyedari perbuatan mangsa yang mahu membunuh diri, namun selepas beberapa ketika tidak melihat kelibat mangsa, dia menjenguk bahagian hadapan rumah itu dan terkejut apabila melihat mangsa tergantung di pintu pagar. “Kami percaya akibat gagal menjalin hubungan cinta dengan wanita itu walaupun sudah lama berkenalan, mendorong mangsa membunuh diri,” katanya. Menurutnya, mayat mangsa terus dihantar ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk bedah siasat. Zakaria berkata, hasil bedah siasat mengesahkan sebab kematian adalah gantung diri dan kes diklasifikasikan mat.


**bukan orang muda je yang bila mabuk,frust bercinta wat kerja bebukan..golongan warga emas pun boleh hilang pertimbangan dek kerana cinta..penangan cinta yang x kenal sape pun kan..betul la org kata "cinta tu buta"..sadis betul..


4 comments:

aZuRa AhMaD said...

adoi..patutnya bila dah jadi warga emas ni..nikmatilah hidup dgn lebih baik..ini memusnahkan diri dgn membunuh diri....

TuYa said...

kak zura,betul la tu ek..patutnya dah tua2 ni wat la benda berfaedah..kot ye pun bercinta..dunia..dunia..

sw33tdarling.com said...

erkk.... bangsa apa? kat situ area melayu & india...
Inviting You To Join Give Away PILIH THEME BLOG

CuTeMiUt78 said...

oh..oh.... ni kes warga mas plak yg kemaruk bercinta