The Best Followers

30 March 2011

-Dah Ramai Sangat Manusia Psiko!!!!


Pagi2 baca paper dah ade cerita2 yang x best..yang mcm nak spoil mood..tah ape2 la orang zaman skang ni kan..jom baca berita hari ni..


MIRI: Berang dan cemburu kerana cintanya tidak berbalas, seorang lelaki menggunakan pisau pemotong sayur untuk menikam sehingga mati seorang wanita berusia 20-an yang menyewa bilik di rumahnya di Jalan Hokkian, di sini, semalam.

Difahamkan, suspek berusia 43 tahun, bertindak demikian kerana cemburu selepas mengesyaki mangsa ada hubungan dengan lelaki lain, sedangkan dia sudah lama menyimpan perasaan cinta terhadap wanita itu.

Ketika kejadian, mangsa yang menyewa di rumah 17 bilik itu sedang tidur, manakala suspek dikatakan sendirian selepas ahli keluarga lain berkunjung ke negara jiran.

Sumber berkata, mangsa dipercayai dari Baram dan bekerja di sebuah syarikat swasta di bandar raya ini, menyewa di rumah milik keluarga suspek, sejak tiga bulan lalu.

“Suspek dipercayai memasuki bilik sewa mangsa pada awal pagi ketika mangsa tidur dan menikamnya menyebabkan kecederaan di dada kanan apabila senjata itu menembusi paru-paru sebelum mangsa disahkan meninggal dunia, kira-kira jam 11.48 pagi.


“Suspek juga dikatakan cuba menikam seorang lelaki yang dipercayai penyewa di rumah berkenaan selepas lelaki itu melihat perbuatannya.

“Bagaimanapun, lelaki terbabit sempat mengelak dan merampas pisau digunakan suspek sebelum melarikan diri, manakala penyewa terbabit menghubungi rakan untuk meminta bantuan,” katanya.

Menurutnya, penyewa itu turut cedera ringan akibat bergelut dengan suspek kemudian membuat laporan di balai polis berhampiran.

Sumber berkata, polis yang menerima laporan itu menggerakkan sepasukan anggota ke tempat kejadian dan menahan suspek yang dikatakan cuba untuk mencederakan dirinya.

Sementara itu, jurucakap polis berkata, pihaknya menjalankan siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan masih menyiasat sama ada suspek mengalami masalah mental, berada di bawah pengaruh alkohol atau dadah.

**sangat2 psiko ok!!!x suka..




8 comments:

mak encik | SZ said...

hadoiii...

demi chentaaaa yaaa...

pendek akal betul!

Norsyakiela said...

haissshhhhmcm2 cerita tntg org psiko skrg nie kan tuya...mcm2 hal...tp yg kila perasan la kan,makin rmai yg sakit mental

TuYa said...

kak sz :
cinta yang membawa kecelakaan pada diri sendiri..

TuYa said...

kiela :
memang ramai sakit mental kan skang..
sakit lak hati Tuya baca...huhuhu

CuTeMiUt78 said...

memang psiko sgt2..

Beruwang said...

susah juga kan kalau perasan ni.. sanggup buat apa saja

TuYa said...

kak rina :
gila kan kak..

TuYa said...

ber-u-wang :
perasaan yang dah di hasut syaitan..gelaplah masadepan..