The Best Followers

11 March 2011

-Jepun dilanda Tsunami




TOKYO: Jepun dilanda gempa bumi berukuran 8.9 magnitud di timur laut negara itu dan menyebabkan tsunami setinggi empat meter yang menghanyutkan kereta dan meruntuhkan bangunan di sepanjang perairan dekat pusat gempa.

Terdapat laporan kecederaan akibat daripada kejadian berkenaan di Tokyo.
Di beberapa tempat sepanjang peairan Jepun, rakaman televisyen menunjukkan kerosakan teruk akibat tsunami, dengan puluhan kereta, bot dan bangunan dihanyutkan air.

Sebuah kapal besar dihanyutkan tsunami yang merempuhnya ke arah tembok penahan di bandar Kesennuma, wilayah Miyagi, kata stesen ootage on public broadcaster NHK.

Pegawai sedang menilai jumlah kerosakan, kecederaan dan kematian akibat daripada gempa bumi tetapi tiada maklumat diperoleh setakat ini.

Gempa bumi itu berlaku pada jam 2.46 petang dan diikuti siri gegaran kuat termasuk 7.4 magnitud kira-kira 30 minit selepas itu. - Reuters


***ngeri pulak Tuya baca berita2 terkini kat internet..ombak setingi 4 meter meneggelamkan bandar sekelip mata je..kalau kat Malaysia tu dah tenggelam habis la kita ni..na'uzubillahiminzaliq..Tuhan lindungi la kami dr segala malapetaka..amin!!

4 comments:

=sz= said...

ya Allah...
sangat risauuuu...
syukur Alhamdulillah kawan baik baru balik dr lawatan kerja minggu lepas di sana... hhuhuu

Dee said...

moga kita selamat hendaknya...

Amy said...

semoga kite semua dilindungi...amin...

TuYa said...

kak sz,
memang sangat risau kak..
ni la tanda2 awal nak kiamat kan..

kak dee,
amin..doa la kita kat Tuhan..


Amy,
amin..