The Best Followers

10 January 2012

-Emas???

GEMBIRA...Rawi Ilias menunjukkan batu untuk membaiki jalan yang mengandungi hablur emas.



JOHOR BAHRU: Ratusan individu bakal bergelar jutawan sekiranya puluhan ketulan batu didakwa bersalut hablur emas yang dikumpul keluarga masing-masing sejak empat hari lalu di Jalan Mewah, Kampung Melayu Majidee disahkan emas tulen.
Setakat semalam, kumpulan berkenaan tinggal selangkah lagi untuk bergelar jutawan selepas wakil pemilik kedai emas yang beroperasi di sebuah pusat beli-belah di Tampoi mengesahkan ia emas tulen.


Penduduk memaklumkan, mereka mendapat kerjasama wakil kedai emas berkenaan yang datang ke lokasi dan melakukan pemeriksaan ke atas ketulan batu itu, kelmarin.
Hasilnya, wakil berkenaan mendakwa ketulan batu diselaputi warna kuning tua itu adalah emas tulen yang mempunyai gred terbaik.


Bagaimanapun, perkara itu belum ditentukan kesahihannya 100 peratus kerana banyak lagi kajian serta ujian perlu dilakukan sebelum menyatakan ketulan batu berkenaan sahih diselaputi emas tulen.


Idham Mohd Diah, 36, berkata, wakil pemilik kedai emas yang mengunjungi tapak pencarian itu turut dikatakan menempah batu kononnya mengandungi hablur emas.

“Ada penduduk yang mendakwa batu yang dikumpul mereka itu sudah ditempah pembeli emas dengan harga hingga RM15,000.

“Saya dan bapa menemui beberapa ketulan emas sejak mencarinya empat hari lalu,” katanya.
Suri rumah dari Stulang, Munawarah Rashid, 29, berkata, sejak jam 10 pagi hingga 3 petang semalam, dia serta suami mengumpul 40 batu bersalut hablur dipercayai emas.

“Kami bercadang kembali semula ke sini pagi ini dengan harapan dapat menemui lebih banyak batu berkenaan.

“Saya mendapat tahu berkaitan penemuan batu terbabit menerusi rakan yang mendakwa mengumpul 20 ketulan batu bersalut hablur emas dalam tempoh dua jam, kelmarin.

“Sekiranya benar ia emas tulen, kami menganggapnya rezeki,” katanya.

Munawarah berkata, dia turut tahu berkaitan kesahihan yang dimaklumkan wakil kedai emas berkenaan dan berharap ia benar.

Penduduk, Mohd Diah Abdullah, 63, berkata, suasana perkampungan itu bertukar riuh selepas penemuan batu bersalut warna keemasan terbabit.

Menurut Diah, individu pertama menemui batu itu adalah keluarga besannya, empat hari lalu..

------------------------------------------------------------------------------------------------------------

** Hek'eh..kalau betul la batu tu bersadur hablur emas,gila kentang punya kaya org2 Majidee..maunye Tuya kerah Eri g sana bawa baldi,tapis bagai nak ngutip batu yang bersadur emas tu..

"Hujan emas di negeri orang,hujan batu di negeri sendiri"..Dah tak yah g negeri orang le,negeri sendiri dah ade batu bersadur emas,x yah nak tggu hujan..korek je la batu jalan tu..hehehehhe..

Rezeki..rezeki..

4 comments:

Neeza.Areef said...

mak aih..real ke tak tu ek

CuTeMiUt78 said...

yup betul tu.. klu betul la kan.. kaya raya org majidee.. ngan kita2 skali tumpang kayo

TuYa said...

kak neeza,
paper semalam bgtau tu bukan emas tulen..heheehhe..x de rezeki..

TuYa said...

kak rina,
fake!!!x jadi nak kaya..