The Best Followers

05 March 2011

-Jom Join Bloglist Blogger Baru!



Nak kata Tuya ni blogger baru,kira baru jugak la kan..baru 3 tahun berbloging..follower pun x sampai 300 lagi..heheheh..very the slow kan..

bila nampak ade lak blogger yang ajak join bloglist ni,mcm teruja [gile kentang ayat teruja kan] nak join..

jom le joint..sape2 nak join meh tgk sini..

04 March 2011

-Buang bayi dalam tren

PERIKSA...anggota polis forensik memeriksa mayat bayi lelaki ditemui dengan sejadah, semalam.

KLANG: Seorang pekerja pembersihan sebak sejurus menyedari bungkusan plastik hitam yang disapunya di lantai gerabak komuter, rupa-rupanya mengandungi mayat bayi lelaki baru dilahirkan dan masih bertali pusat. Siti Khalijah Mat Zain, 37, menemui mayat bayi itu ketika menjalankan kerja hariannya membersihkan komuter dari stesen di Batu Caves yang berhenti di stesen terakhir di Pelabuhan Klang, jam 9 pagi semalam.

“Selepas semua penumpang turun, saya memulakan kerja menyapu lantai di gerabak hadapan. Tiba-tiba saya tersapu satu bungkusan beg plastik warna hitam di bawah kerusi penumpang, betul-betul belakang ruang pemandu. “Saya angkat beg itu dan mendapati ia agak berat. Saya bawa beg plastik itu keluar dan meletakkannya di atas kerusi tempat penumpang menunggu ketibaan tren komuter, tapi tak berani nak membukanya,” katanya. Siti Khalijah berkata, dia memanggil rakan sekerja, S Kaliyani, 34, yang memberanikan diri membuka plastik itu sebelum kedua-dua mereka melarikan diri selepas melihat ada darah pada bahagian dalam plastik itu.

“Kami meminta bantuan rakan lain dan mereka memaklumkannya kepada polis. Selepas plastik itu dibuka, saya sebak apabila melihat di dalamnya ada mayat mayat bayi lelaki yang sungguh comel, masih merah dan bertali pusat,” katanya.


Menurutnya, mayat bayi itu dibungkus dengan kain selimut dengan corak bunga berwarna hijau dan turut terdapat di dalam plastik hitam itu ialah sehelai sejadah bersama senaskhah surah Yasin.


Dia yang semalam genap empat bulan bekerja sebagai pekerja pembersihan Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) berkata, penemuan mayat itu menyebabkannya hilang selera makan dan sedih mengenangkan kekejaman individu yang tergamak membuang bayi itu. “Sedih betul bila tengok kain sejadah dan surah Yasin bersama bayi itu. Saya sendiri ada bayi berusia setahun lapan bulan. Jadi bila tengok mayat bayi itu ia sangat menyentuh naluri keibuan saya,” katanya.


Wartawan Harian Metro yang berada di lokasi kejadian turut melihat pasukan forensik mengambil sehelai rambut dipercayai milik suspek untuk membantu siasatan. Sementara itu, Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Mohamad Mat Yusop ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu dan memberitahu polis menerima laporan kejadian kira-kira jam 9.15 pagi.


Mohamad berkata, hasil siasatan awal mendapati, pemandu komuter itu mula memandu kereta api itu dari Pelabuhan Klang kira-kira jam 5.35 pagi menuju ke Batu Caves dan tiba di stesen Batu Caves pada jam 7.15 pagi sebelum kembali ke Pelabuhan Klang.


“Kami percaya mayat bayi berkenaan dibuang ketika komuter itu dalam perjalanan pulang ke Pelabuhan Klang. Siasatan awal mendapati tiada saksi melihat bagaimana bungkusan plastik hitam itu boleh berada di bawah tempat duduk penumpang,” katanya sambil memberitahu kes disiasat mengikut Seksyen 318 Kanun Keseksaan.


Menurutnya, mayat bayi itu dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) untuk bedah siasat dan orang ramai yang mempunyai maklumat diminta menyalurkannya di balai polis.


***Sedih!!!!



03 March 2011

-Boleh lagi nak 50% diskaun bayar saman..cepat la..

As salam all..lama jugak Tuya tinggal belog ni..tapi lom sempat bersawang lalang bagai la..dtg tetiap hari lap habuk cuma x wat n3 je..hehehehe..banyak cite tp x tau nak mula dr mana..lgpun x de org pasan pun Tuya ade ke x..kan?kan?x femes amos pun kita..hehehhe..

nak cite pasal diskaun saman yang di panjangkan sket masanya sampai 10hb Mac ni..x de la alasan lepas ni kata server down ke,terkandas sbb ramai yg dok beratur ke..ade lagi seminggu utk kita settlekan saman masing2..tunaikan tangungjawab anda yer kawan2..kalau x nama kena blacklisted.pastu nak settle saman,kena settle sume dah x dapat 50% discount..so,ape tunggu lg,yg x sempat nak bayar aritu,ni ade lg seminggu..jom ramai2 bayar saman..hehehh..


p/s : saman atas nama Tuya after discount RM458..Eri punya saman lak RM250..total dedua RM708..sesaja je dok bg deorg tujuh ratus lebih kan..boleh buat banje barang dapur 3,4 bulan..amek ko!!!!sendiri buat sendiri tanggung..