The Best Followers

08 April 2009

Menang sorak kampung tergadai...FRU jangan amik hati ye..


Memalukan!!!!

KOTA BHARU - Membakar kereta, memecahkan cermin, merusuh - itulah antara aksi yang dapat disaksikan pada perlawanan Piala FA di sini malam tadi hanya disebabkan pasukan negeri mereka kalah lagi.

Seolah-olah Kelantan dalam keadaan darurat, penyokong Kelantan 'menggila' dengan mencetuskan rusuhan hanya disebabkan skuad Wira Merah sekali lagi tewas kepada Negeri Sembilan 0-1 di Stadium Sultan Mohammed ke-IV dalam perlawanan panas separuh akhir pertama piala FA yang sarat dengan kekasaran malam tadi.

Kali ini sejurus selepas perlawanan yang dikawal ketat, pihak polis pula menjadi sasaran mereka di luar stadium apabila kenderaan pihak berkuasa terbabit diterbalikkan dan dibakar!

Bukan hanya kenderaan polis, kereta milik Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan, Tan Sri Annuar Musa tidak terkecuali dirosakkan manakala 10 kereta turut menerima nasib yang sama.

Tidak cukup dengan itu, cermin pintu masuk stadium turut dirosakkan dibaling dengan batu.

Pihak polis yang berusaha mengawal keadaan di tengah hiruk-pikuk penyokong Kelantan akhirnya terpaksa melepaskan gas pemedih mata kira-kira pukul 12 malam tadi selepas perusuh enggan bersurai.

Annuar Musa bersama para pegawai, pemain skuad negeri dan Negeri Sembilan terpaksa berkurang dalam kawasan stadium sehingga lewat tengah malam.

Difahamkan hampir 300 orang anggota polis termasuk Unit Polis Simpanan Persekutuan (FRU) dikerahkan bagi mengawal perlawanan itu. Setakat ini difahamkan tiada tangkapan dibuat.

Dalam perlawanan itu, Negeri Sembilan membuktikan mereka sebenarnya pasukan yang lebih baik berbanding Kelantan dengan menewaskan pasukan tuah rumah 1-0 dalam perlawanan separuh akhir pertama Piala FA malam tadi.

Gol tunggal jaringan Mohd. Zaquan Adha Radzak di minit ketujuh separuh masa pertama berjaya menumpaskan Halim Napi untuk memberi kemenangan kepada pasukan pelawat.

Ini merupakan kemenangan kedua dalam tempoh seminggu bagi pasukan pelawat itu setelah sebelum ini memalukan Kelantan dengan meleburkan rekod tanpa kalahnya di gelanggang sendiri dalam perlawanan Liga Super Selasa lalu.

Negeri Sembilan yang ditunjangi pemain berpengalaman seperti Shukor Adan, Rizal Zamri Yahya, Idris Karim menyesakkan nafas Kelantan yang mengimpikan peluang untuk mencipta sejarah bukan sahaja beraksi di peringkat separuh akhir tetapi bagi menjulang Piala FA.

****n3 ni bukan la nak mengutuk atau memihak mana2 team..lagi la laki aku pun orang Kelantan kan..cuma aku terfikir,apela nak jadi ngan penyokong2 bola negara kita nih..x dapat ape pun kalau korang wat macam tu..kena tangkap polis lagi ade la..terima je la kekalahan dengan redha..macam2 hal..aku ni ha,x kisah pun MU seri ngan PORTO malam td..heheheh...


8 comments:

Ciklinn said...

yerlah sakit hati masa tgok berita tadi.... huhhuhuh dah jadi mcm negara tak bertamadun.....

TuYa said...

ciklinn : tah le kan..best ke dok gaduh2 macam tu..agaknye nak tunjuk sape bagus..donia..donia..

D.O.U.B.L.E...S said...

kenapa la nak buat cam tukan...entah la aku pun tak faham....

Mama Hanim said...

huhu..nti nk tya laki i..apa komen dia..hehe...
cer best tuh..

TuYa said...

kak ct : tah le..gaduh sampai bakar2 kenderaan FRU,rosak2kan keta org awam..ape la deorg dapat kan..x de moral betul..

kak wani : laki tuya kata kes bengang 2 kali kalah dalam masa semingu latu..ngan team yg sama lak..mau x angin..bile tuya sindir2 dia,dia diam je..x nak cakap banyak..

eiza in the house.. said...

dari gado2 cmtu baik kerah tenaga g gaza selamatkan bumi palestin lagi baik da...

Masviona said...

alahaiiii...malu pula saya bila baca n3 nih....apalah baran sgt org2 kelate nih (ambo pun kelate jugok tapi dok gitu pun)....pk ler pakai otak dulu kan...huhuhu

TuYa said...

eiza : betol ko cakap za..d dok tunjuk gagah bergaduh,bek g tolong org susah wat keja2 amal..

masviona : tu la..nak cakap lelebih pun x leh..MR ku itu org Kelantan gak,nasib bek x baran mcm tu..sendiri pk la..