The Best Followers

22 May 2009

Cacing oh cacing


Suatu pagi yang indah kat sebuah sekolah rendah, seorang guru yang
begitu dedikasi mengajar anak2 muridnya tentang betapa bahayanya minuman keras kepada mereka. Sebelum memulakan mata pelajarannya pada hari itu dia telah mengambil 2 ekor cacing yang hidup, sebagai sampel kehidupan dan dua gelas minuman yang masing2 berisi dengan air mineral dan arak..

“Cuba perhatikan murid2.. lihat bagaimana saya akan memasukkan cacing ini
kedalam gelas, perhatikan betul2. Cacing yang sebelah kanan saya, akan saya masukkan ke dalam air mineral manakala cacing yang sebelah kiri saya akan
masukkan ke dalam arak. Perhatikan betul2.”

Semua mata tertumpu pada kedua2 ekor cacing itu.

Seperti dijangkakan, cacing yang berada dalam gelas yang berisi air mineral
itu berenang2 di dasar gelas, manakala cacing yang berada di dalam arak menggeletek lalu mati. Si cikgu tersenyum lebar, apabila melihat anak2 muridnya memberikan sepenuh tumpuan pada ujikajinya.

“Baiklah murid2, apa yang kamu dapat belajar dari ujikaji yang cikgu tunjukkan sebentar tadi??”

Dengan penuh yakin anak2 muridnya menjawab,

UNTUK MENGELAKKAN KECACINGAN...MINUMLAH ARAK…

Pengajaran : Cakap biar terang, bak kata-kata dalam filem P Ramlee……….


7 comments:

sayanghasni @ yus said...

ade ker cikgu yang sengal begitu...
tapi bagus jugak..
esok2 budak2 tu tak berani ler nak sentuh air haram itu...

ieNn ZaZa said...

itulaa budak2 zaman skrg...

nk ajak kanak2 memg kena terang dgn penuh hemah sbb mereka suka wat tafsiran sndr...

Dee said...

kihkihkih..lawak2..

Tinie a.k.a Ibu Fatin said...

wakakaka
saper yang pegang cacing tu?? ko ker?? hukhuk..sangat geli dgn binantang itu..

betul P Ramlee cakap , CAKAP BIAR TERANG..budak2 dah salah faham..huhu

suhaila-ab said...

bg aku cikgu tu tak salah...yg bangan sikit karektor lam citer tu...tak yah la bg cth cacing duk lam gelas...kata la cacing rempit kat jalan raya...minum arak pastu mabuk mati lam gaung...betul tak...baru seram sikit citer tu...

dkama said...

hahaha untuk mengelakkan ketagihan alkohol makanlah cacing... hahaha

A a D i I ? said...

aku rasa perut aku da byk cacing. okeh, besok aku pegi beli arak yek. haha!