The Best Followers

16 August 2009

HaKiKaT HiDuP



setiap pertemuan ada perpisahan..
saat perpisahan itu pasti akan tiba..
x ada masa yang sesuai untuk saat tu..
kalau datangnye x kita minta..
perginya juga x kita duga..

bila kita sanggup hidup..
kita juga kena hadapi mati..
kita cuma diberi tugas menghabiskan bilah2 hari yang telah ditentukan..
tujuan nya hanyalah untuk di uji..
tiba masanya pasti kembali..

sesungguhnya mati itu bukan satu pengakhiran..
tetapi satu permulaan kepada kehidupan yang hakiki..
kita selalu terlupa dengan jalan yg telah jauh kita tinggalkan..
kita sibuk memandang jalan yang lebih jauh merentang di hadapan..


**sejak2 ni kita sering dikejutkan ngan kematian yang secara tiba2..tak de tanda,x de petunjuk..membuatkan aku insaf dan sentiasa ingatkan kematian..kalau la saat utk kita mati tu kita tahu..tapi takdir Tuhan x sape boleh halang..

-hidup mesti sederhana,kerana dunia ini sementara -


13 comments:

mamai said...

kita sering terleka biar walau banyak kejadian di depan mata.

kerana kita dihidangkan dengan yang lazat sentiasa

caluk@cencaluk said...

Imam Ghazali = " Apakah yang paling dekat dengan diri kita di dunia ini ?
Murid 1 = " Orang tua "; Murid 2 = " Guru ";
Murid 3 = " Teman "; Murid 4 = " Kaum kerabat "
Imam Ghazali = "Semua jawapan itu benar.
Tetapi yang paling dekat dengan kita ialah MATI.
Sebab itu janji Allah bahawa setiap yang bernyawa pasti akan mati (Surah Ali-Imran: 185).

aku mintak maaf awal2 kat kau, mana tahu esok lusa aku mati ke ;-)

lumut said...

saya suka akan entry ni...

kenapa mesti mengalah bila diuji..
sedarkah kita memang bahan ujian dimuka bumi neh..
so terpulanglah kpd masing2 nak jd bahan ujian yg success or x..

hmmmm..
bagus entry neh..

ai said...

BETOL.. :(

ber_uwang said...

akak ipar jangan la cakap mcm tu , atan lum sedia utk di tinggalkan

maiyah said...

salam.. pada mula selepas kemalangan dulu.. saya takut sangat nak mati.. tapi sekarang boleh menerimanya dgn lebih beriman

KUNTONG said...

TuYa:

Entri anda kali ini memang menginsafkan sesiapa yang membacanya.Termasuklah diri saya yang hina ini. Hina di sisi Maha Pencipta. Setiap hari dan saat, tanpa disedari kita membuat dosa, tetapi kita lupa untuk memohon ampun dan bertaubat. Selagi kita masih bernyawa, Allah sentiasa memberi kita peluang untuk bertaubat,tetapi kita leka dan leka.Mudah-mudahan kita diletakkan dalam golongan dari hambanya yang sentiasa beriman, sentiasa bertaubat dan dijauhi dari membuat dosa yang tidak terampun. Amin.

Fly said...

memang entry yang penuh keinsafan dan berguna kepada para pembaca, terima kasih ye

eiza in the house.. said...

moga aku insaf..:(

Dee said...

tersedarkah aku dari lamunan?

T.u.Y.a said...

bro mamai : dah sesedap lazat,bila x cukup rasa mula la nak komplen kan..



caluk : good info..insap la Tuya oiii..
aku dah maafkan ko sbb aku tau ko tu mmg x betul je sentiasa emosinya..keh keh..




lumut : kita kalau di uji..di tarik nikmatNya,selalu je mengeluhkan??




kak ai : sume nya betol kak..Tuya lak yang dah bengong x betul nih..




adik ipar : persediaan awal kena ade..kalau akk ipar x de tengok2 kan le anak sedara ek..hehehhe..cari2 kan le dia mama baru..choiiii!!jgn mimpi..hehhe




kak maiyah : setiap kejadian tu ada hikmahnya..semangat akk tu Tuya respect la sangat2..



Pk : semoga taubat kita diterima Allah..Allah maha pengampun dan maha mengasihi..



sir fly : sama2 la kita ingat mengingati..




eiza : aminnnn..



kak Dee : yeay..Tuya dah kejutkan dah,..hehheh

s@yangh@sni said...

aku pun sama beb..
sejak ader penyakit BAHAYA tu..
selalu teringat agak2 bila masa aku yer...

el said...

aku pun acapkali
memikirkan bab kematian ni
nak plak skrg ni..byk tol kematian
yg secara tiba2..huhuhu
riso betul kalo x sempat buat amal jariah byk2..nauzubillah