The Best Followers

15 January 2010

aPa NaK JaDi nGan aNaK ZaMaN Ni?

NIBONG TEBAL: “Jika saya tak mahu keluar, awak hendak buat apa?“. Itu jawapan biadab seorang pelajar tingkatan empat kepada guru sebuah sekolah menengah di sini, yang mengarahkan dia dan dua lagi rakannya keluar kelas.

Lebih mengejutkan lagi apabila pelajar berusia 16 tahun itu menampar pipi gurunya yang berusia 28 tahun itu.


Dalam kejadian 12.45 tengah hari Selasa lalu, pelajar terbabit bersama dua rakannya memasuki sebuah kelas ketika itu guru wanita berkenaan sedang mengajar.


Tanpa menghormati guru berkenaan dan mempedulikan pelajar lain, tiga pelajar berkenaan membuat bising sebelum guru terbabit mengarahkan mereka keluar dari kelasnya.


Ketua Polis Daerah Seberang Perai Selatan (SPS), Superintendan Shafien Mamat, berkata apabila arahan berkenaan tidak diendahkan, guru berkenaan menampar pipi salah seorang pelajar terbabit sebelum dia membalasnya.

“Malah, salah seorang pelajar kumpulan itu bertindak ganas apabila membaling kerusi plastik ke arah guru berkenaan tetapi dia berjaya mengelak.


“Melihatkan itu, seorang pelajar lagi menarik kedua-dua rakannya beredar keluar dari kelas itu sebelum guru berkenaan membuat aduan kepada pengetua yang mintanya membuat laporan polis,” katanya.


Menurutnya, sehari selepas kejadian atau pada 13 Januari lalu, pelajar yang menampar guru berkenaan dibawa ahli keluarganya menyerah diri kepada polis dan bermalam di lokap selama sehari sebelum dia dijamin bapanya keesokannya.


p/s : seandainya itu anak kita..ape agaknye kita akan buat pada dia???

sumber : HariaN MeTro




17 comments:

azieazah said...

Kak Azie tampar dia berkali-kali-kali...

pastu dia biarkan dia dok dalam penjara seminggu dua...

tengok dia serik ker tidak..

melampau..!

ber_uwang said...

terajang je masuk longkang.. eh emo lak.. baik gi jumaat

fazilzura said...

pe le nk jadi dgn budk2 zaman skang ... masing2 terlebih minum susu lembu kut.. tu yg jd cm bkn anak manusia tu ... hish geram ..

lg 1 , cikgu2 skang ni terlampau mude belia..
kalau mude2 gitu ajar skolah ren ke tadika ke ok lg.. kalau umur lebih2 kurg , budk2 x dak rs hormat

A.I said...

Eeeeeeeee..kuang ajar!!

Ya Allah, elakkan la anak2 kita jadi camtu..ish.

T.u.Y.a said...

kak azie :
memang patut kena ajar bebudak skang yang jenis mcm ni..x reti hormat pendidik..ingat tu kawan2 dia ke ape kan..





aTan :
hehehe..emo tetiba ek..tajang masuk lombong je senang..






kak zura :
pangainye dah macam lembu kan?kan?

tu la..cikgu muda2 skang ramai je kena buli ngan anak murid..nak2 kalau sekolah menengah..sengsara cikgu2nya..






kak ai :
zaman kita dulu nak jawab soklan cikgu pun terketaq2..ape lagi nak melawan..

mamai said...

tuya kalau anak bro yang buat biadap kay cikgu alamat dia tak payah balik rumah la

T.u.Y.a said...

bro mamai :
mesti dia kena halau ek..tp Tuya tau anak bro mesti jenis dengar kata..insyaallah..

baginda® said...

den tampar die double

ieNn ZaZa said...

bdk2 zaman skrg memg perangai
pelik2 tuya..xreti nk menghormati org yg lebih tua..

Dee said...

tuya..kalo anak aku? aku sumbat dlm lokap n aku x jamin dia keluar..biar dia serik..biar dia insaf..huh..memalukan mak bapak je..kurang ajar..

maiyah said...

knp le bebudak skrg jd camtu.. slalu doa moga anak akan jadi baik

Fauziah said...

budak g2 elok letak kat lokap je...suh polis tu cabut semua kuku tangan dia yg melempang cikgu tu...biar dia tahu rasa...heh geram tul dgn budak biadap g2. seb baik akak ni ajar budak kecik...sb tu la x jd guru SM

AYU IDRIS said...

Salam kenal dan ziarah...

Teringat plak masa mula2 Ayu ngajar di sebuah skolah di Johor...kes budak perempuan tampar kawan ayu (cikgu perempuan) hanya kerana cikgu tu tegur dia yang dok bercakap tak berhenti2 ketika sesi pengajaran n pembelajaran sedang berlangsung!Langsung tak boleh kena tegur..ditamparnya pipi cikgu sampai melekap 5 jari!memang sungguh kurang ajar dan biadab!Sudahnya budak tu digantung sekolah dan ibu bapanya dipanggil....dan disarankan utk tukar skolah....bila tgk ada lagi kes mcmtu,ngeri rasanya...alhamdulillah ayu kini ngajar di skolah yg mana pljr2nya terpilih....syukur sgt2...tak perlu melalui pengalaman mcm tu!

Kpd ibu bapa, cubalah didik anak kita sebaik dan sesempurna mungkin.jgn hy serahkan tugas mendidik anak2 kita kpd guru2 di sekolah....kpd kawan2 guru....semoga terus tabah menghadapi cabaran dan dugaan yg akan datang...semoga hasrat murni kita membela anak bangsa sentiasa dirahmati Allah!

xAmU said...

uishhh giler arghhhhh...

generasi clan said...

hahaha kalau anak aku mcm 2.. aku hantar je ke sklah budak2 jhat...
biar dia rasakan..

UnGu VioLet said...

tula kan... zaman srg nie.. semua nya dah terbalik.. mcm2 yg berlaku..

T.u.Y.a said...

baginda :
kalau lemapng buleh wat dia insap x pe..kotnye dia lempang kita balik..panjang lg citer..




zaza :
memang pelik2..tah ape nak jadi agaknye..






kak Dee :
sakit hati kan kak tengok pangai bebudak skang yg makin kuang ajar kan kak..






kak maiyah :
minta2 la anak2 kita x mcm tu kan kak..





kak fauziah :
Tuya setuju kak..kalau kita ngajar SM tah mcm ne la gayanye kan..mesti dok tension je tetiap hari..




kak aYu idris :
kekadang situasi dan keadaan persekitaran yang x sihat..mcm tu la jadiknye..cikgu pendidik pun dia wat mcm kawan2 dia je..hilang rasa hormat..





ceklat :
memang berani mati bebudak ni..tah nak jadi samseng ke ape tah..





generasi clan :
memang bakal2 jadi penghuni sekolah budak2 jahat la tu..





ungu violet :
dunia akhir zaman..mcm tu la teruknya..