The Best Followers

04 May 2010

KeJamnya...Minta dijauhkan..


KUALA LIPIS: Akibat gagal mengawal perasaan cemburu buta selepas melihat isteri bersembang dengan kenalan lelaki melalui telefon bimbit, seorang suami memijak perut, dada, kepala dan paha wanita itu sehingga maut di Ladang Selborne, Padang Tengku dekat sini, petang kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira jam 5 petang itu, Rosmawati Abd Rahman, 39, yang mempunyai enam anak berusia dua hingga 19 tahun disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.


Sebelum kejadian, si suami yang kebetulan berada di rumah diberitahu anaknya berusia 12 tahun, mangsa sedang bercakap dengan seorang lelaki melalui telefon bimbit.


Difahamkan, lelaki terbabit yang ‘panas telinga’ selepas dimaklumkan demikian menghampiri isterinya sebelum merampas telefon bimbit berkenaan.


Pertengkaran tercetus apabila mangsa tidak puas hati tindakan suaminya sebelum lelaki itu menolak isterinya hingga tersembam ke lantai.


Tidak cukup dengan perlakuan ganas seperti haiwan, si suami kemudian memijak perut, dada, kepala dan paha sehingga mangsa meraung kesakitan.


Timbalan Ketua Polis Daerah Kuala Lipis, Deputi Superintendan Ibrahim Sharif berkata, lelaki itu kemudian mencekik leher dan menghantuk kepala isterinya ke lantai sebelum wanita itu dilaporkan tidak sedarkan diri.


Menurutnya, anak mangsa yang menyaksikan kejadian menyayat hati itu segera menghubungi kakaknya untuk meminta bantuan selepas melihat ibunya tidak sedarkan diri.


Katanya, siasatan mendapati, setiba di rumah, anak perempuan mangsa mendapati ibunya terbaring berlumuran darah di kepala.

Ibrahim berkata, melihat isterinya tidak sedarkan diri, lelaki itu melarikan diri dengan menunggang motosikal sebelum kejadian itu disedari penduduk kampung.


“Laporan berhubung kejadian itu dibuat penduduk kampung di Balai Polis Padang Tengku, dekat sini, pada jam 6.15 petang kelmarin dan pemeriksaan dijalankan pegawai perubatan Hospital Kuala Lipis (HKL) mengesahkan mangsa meninggal dunia di tempat kejadian.


“Mayat mangsa dihantar ke HKL untuk dibedah siasat pagi ini (semalam),” katanya.


Menurutnya, polis sudah menubuhkan pasukan khas termasuk menggunakan Unit Anjing Pengesan untuk memburu suspek berusia 46 tahun di sekitar daerah ini dan Mempaga, Bentong.


***macam ne nak cakap ni???agaknya dunia skang ni mmg penuh ngan org2 yang kejam..zalim..


7 comments:

fazilzura said...

laki dia tersampuk setan kut..

** setan melambak2, tu yg petir kuat2 je skang ni

TuYa said...

kak zura :
betul tu kak..setan merata2 dah skang..

azieazah said...

Pendapat peribadi Kak Azie begini:
Mungkin pasangan ini sudah ada masalah sebelum ini.
Mungkin pertengkaran sering terjadi atas saling salah menyalahkan.
Suami mungkin ada salah sendiri begitu juga isteri. Tak puas hati atas sebab ekonomi ker... perhatian ker...

Bila isteri pula ada kawan2 lelaki di luar, suami rasa tercabar dan pendam sudah lama.

Dan mungkin di hari kejadian, kemuncak ego dan amarahnya yang tidak dapat dibendung lagi..

Apapun ajal itu DIA yang tentukan, ini hanya penyebab kejadian saja.

Tumpang simpati..
Moga menjadi pengajaran kepada kita, bahawa sabar dan iman itu sangat penting kerana kita berkongsi banyak perkara dgn pasangan kita. Harus telus dan tolak ansur...
(Nasihat lebih untuk diri sendiri juga)

TuYa said...

kak azie :
Tuya setuju sangat ngan akk..banyak faktor yang boleh menjerumus pada situasi tu kan kak..

manusia zaman skang ni dah x leh nak kawal emosi n perasaan..susah..

minta dijauhkan kita dr perkara2 yg mcm tu..Na'uzubillah..

sz | m.a.s.s said...

bila dah di luar kesedaran / tak waras gitu la jadiknya....alfatihah utk mangsa... :(

♥Leily|Ummi Alya Husna♥ said...

Nauzubillah..
mintak² dijauhkan la..
amin!!!!
Salam takziah utk kluarga arwah

maiyah said...

dah jauh iman di dada.. setan dah mnguasai jiwanya