The Best Followers

17 August 2010

-Antara Kasih Dan Kasihan

Suami Mek Wook ditahan kes dadah lagi


HULU TERENGGANU 16 Ogos - Suami kepada Mek Wook Kundur, wanita berusia 107 tahun yang dibebaskan pertengahan bulan lalu kerana menagih dadah, sekali lagi ditangkap atas kesalahan yang sama baru-baru ini.

Mohd. Nor Che Musa, 38, yang dibebaskan pada 15 Julai lalu ditahan pada Khamis lalu dalam serbuan polis cawangan Narkotik Khamis lalu di Kampung Pasir Tinggi dekat sini.

Biarpun Mohd. Nor dicekup dan ditahan dalam lokap, Mek Wook tetap tabah malah sanggup berbuat apa saja demi menyelamatkan suami tersayangnya.

Buktinya, dia sanggup mengeluarkan wang simpanannya berjumlah RM2,000 dari sebuah bank di pekan Kuala Berang semata-mata untuk membebaskan suaminya dari tahanan.

Bagi Mek Wook, biar bagaimana buruknya perangai Mohd. Nor, suaminya itu tetap jantung hatinya dan hanya Mohd. Nor saja tempatnya bergantung hidup sampai bila-bila.

"Bagi saya, dia tetap suami saya dan hanya dia saja tempat saya bergantung harapan. Memang saya sering nasihat dia agar jangan ambil benda haram itu (dadah). Dia ambil juga.

"Tapi semua itu saya tak kisah sebab saya tetap sayangkan dia. Dia tetap suami saya," katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Tok Bak dekat sini hari ini.

Mek Wook sempat mengeluh bahawa di sebalik pengeluaran wangnya itu bagi menjamin Mohd. Nor menyebabkan impiannya untuk menyambut Ramadan dan Hari Raya Aidilfitri bersama suaminya itu punah.

Mohd. Nor ditahan sekali lagi kira-kira pukul 10.30 pagi setelah dipercayai mengambil dadah dalam satu operasi polis di Kampung Pasir Tinggi.

Majistret Mahkamah Hulu Terengganu, Azman Mustapha membenarkan Mohd. Nor diikat jamin selepas kesnya disebut oleh Pegawai Pendakwa, Cif Inspektor Tuan Rosmah Tuan Husain, semalam.

Beliau turut menetapkan 10 Oktober ini untuk pendakwaan kes tersebut.

Pada 7 Julai tahun lalu, Mohd. Nor ditahan oleh Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) atas kesalahan sama dan ditahan di Pusat Penagihan Narkotik (Puspen) Sungai Besi sebelum dipindahkan ke Puspen Besut.

Mek Wook yang ditemui hari ini selepas membayar ikat jamin menyatakan, walaupun kecewa dengan perbuatan dan tabiat buruk suaminya itu tetapi disebabkan rasa sayang dan tidak mahu berpuasa dan menyambut Aidilfitri berseorangan, dia sanggup mengorbankan wang simpanannya.

"Saya tak tahu apa yang boleh saya buat lagi dan hanya mampu berdoa supaya suami saya insaf," katanya.


**Dalam kita asik dengar n baca pasal suami ngamuk bunuh cederakan anak bini,terselit jugak cite tu..sanggup si isteri jamin laki yang macam hampeh..penagih tegar nih..Tuya rasa dia ni memang nak amik kesempatan kat nenek tua ni.kesian betul..



6 comments:

azieazah said...

Kasih sayang yang tidak bertempat kah ini?

Hari tu ada Kak Azie terbaca tajuk akhbar "Mek Wook dan suami nak kerjakan umrah??" betul ke idak ntah.

Ada suami baik, susah nak jumpa. Ada suami bukan jahat tapi zalim selalu dah kita dengar...

al-lavendari said...

moral of the story .. orang tua janganlah kawin orang yang terlalu muda, sebab orang muda tu mungkin ada maksud lain atau seperti kata awak hanya ingin mengambil kesempatan.

juga sistem pemulihan penagih dadah nampaknya tidak berkesan.

kesian kat Mek Wook tu .. kita tak berada dalam kedudukan dia !

sz | m.s.s said...

alahaiii mek wookkk...
sedih le baca...
suami pun mcm amik kesempatan je...huhuhuuhu

~~ciklinn~~ said...

alahaii kesian mek nie... laki tuu mmg terukk lorr...amikk kesempatann sbb tau bini tu syg kat dia

TuYa said...

kak azie :
betul la kak..sayang x bertempat..kesian kat nenek Mek nih..patutnya usia2 ni dia beramal ibadat pada Tuhan..ni dia masih memikirkan org yang menyusahkan hidup dia..



aL :
yang penting hati sesorg tu kan..kalau dah awalnya x betul,sepanjang jalan tu asik x betul je..



kak sz :
nak caya kat sape dah kak skang?suami pun kdg2 wat naya kat istei..



ciklinn :
tu la..mementang le isteri sayang dia..suka suki je nak amik kesempatan kan?

ber_u_wang said...

terbalik..patut suami jaga isteri ni tidak..isteri jamin suami plak