The Best Followers

22 October 2010

-Bodoh tak kena tempat

Wanita hamil dibelasah,dipaksa gugurkan kandungan


BEIJING: Seorang wanita hamil di selatan China ditahan dan dibelasah sebelum dipaksa menggugurkan kandungannya sebulan sebelum tarikh bayinya dilahirkan kerana didakwa melanggar dasar satu keluarga seorang anak negara itu.

Buruh binaan, Luo Yanquan berkata, pada 10 Oktober lalu, lebih 12 kakitangan jabatan merancang keluarga membawa isterinya ke sebuah klinik sebelum ditahan selama tiga hari di sana. Kemudian isterinya dibawa ke hospital dan disuntik dengan dadah bagi membunuh bayinya. Menurut Luo, pegawai jabatan merancang keluarga memberitahu pasangan itu mereka tidak dibenarkan memiliki anak lagi kerana sudah mempunyai seorang anak perempuan berusia 9 tahun.


Sejak 30 tahun lalu, China membenarkan pasangan yang tinggal di bandar memiliki seorang anak saja dalam usaha mengawal peningkatan populasi dan menjimatkan sumber. China mempunyai populasi paling ramai di dunia dengan lebih 1.3 bilion penduduk. - AP


***Macam2 hal dunia ni kan..kita ni kalau boleh lagi nak anak,zuraiat ramai ramai..ni boleh lak kerajaan yang wat undang2 mcm tu..Agak agak la kalau nak mengawal peningkatan populasi ngan jimatkan sumber pun..ni kandungan tu dah 8 bulan,x kesian ke agaknya kan...dunia..dunia!!!!



7 comments:

ZuRaWiTa AhMaD said...

tuya..kalau la kita dpt ganti ibunya..nak gak kak zura kandungkan anaknya...tapi tu la..sabar & berusaha ja...

TuYa said...

kak zura :
kalau leh pindah perut kak ek..nak je amik lekatkan kat perut kita..hehehheeh..kalau boleh!!!!

YanDarwisy said...

Tongok...kita yg susah nak, org yg senang dpt, buat tindakan bongok. hAi....gile!

sw33tdarling.com said...

aiiyooo.....!! dah nak beranak dah tuuu, bkn awal2 lagiii

Anonymous said...

sgt2 gileeeeee

al-lavendari said...

kerajaan dia takut nanti rakyat tak cukup makan .. macamlah dia yang menentukan rezeki orang !

Dee said...

biar jelah dia beranak..pastu adoptkan..jgnlah dibunuh..kejam giler..