The Best Followers

22 March 2011

-Panggilan Kecemasan

hai kawan2..dekat seminggu jugak Tuya tggalkan blog Tuya ni..bukan x nak jenguk2 update,tapi Tuya balik kg..balik mengejut..

citenya mcm ni,ptg hari Rabu lepas [16/03/2011],Eri call bgtau abah dia masuk ICU..sbb sakit jantung,paru2 yang mmg dah sedia ade..masa Eri call tu Tuya tengah ngajar tuisyen,terus suh bebudak ni balik,Tuya sesiap apa yg patut..mmg pakai capai ape yg nampak je la..sampai baju t-shirt pun bawa 3 lai je..tu pun baju Eri sume..sangat kelam kabut..

kitorg bertolak dr KL kul 3.00pm..mmg perjalanan mcm jauh je plak..x sabar2 nak sampai..setengah jam sekali tepon abg long kat spital..abg long kata abah kena tahan dalam ward ICU,masuk air,oksigen..lagi la kalut kitorg ni..Tuya balik berdua ngan Eri je,adik2 lain balik malam lepas kerja..abg long kata abah memang lemah dah tu.bawa g spital pun sbb dah x leh nak bantah anak2 punye keputusan.abah ni jenis susah nak g spital,dia x nak kena tahan ward.

sampai Gua Musang lebih kurang kul 8malam.terus g spital,tapi x leh nak masuk sbb kat wad ICU tu mmg x leh nak masuk sebarangan walaupun abg long MA kat spital tu,dia pun x leh nak masuk suka2 x de time.tapi bila tau abah semakin ok dr ptg tu,lega la jugak..

2 hari dalam UCU,dia dah leh dok wad biasa..keadaan kesihatan mcm dah ok doc kata cuma dia akan dibawa ke Hospital Besar Kota Bharu sbb kesnya tu spital sana dah amik n take over.rupa2nya,paru2 dia ade mcm ketumbuhan,kitorg anak banak tgk x-raynya.tu la penyebab dada dia makin sakit,nafas teratur,di tambah pulak ngan sakit jantung yg dah sedia ade kan..[abh Eri ni dah wat pembedahan jantung 2 kali].

agaknya berkat anak2 balik sumenya bg dia semangat kan..x sampai 1 hari dok ward biasa,dia dah boleh balik.lgpun mmg dia asik minta balik je ngan doc.alhamdulillah.bila dah kat rumah,kitorg gilir2 la jaga abah.Eri mmg dah wajib kena urut dia sbb dia x nak org lain urut,sakit dia kata..

masa kitorg nak balik KL Ahad aritu,dia still terbaring je kat tilamnye.x gagah sangat nak bangun.sdihnya masa nak tinggalkan tu.mmg Tuya sengaja nak salam last2,bila adik2 sume dah salam,Tuya ngan Eri nye turn lak..punya la syahdu,banyak beno kitorg pesan kat dia.x terdengar n tingat dah kot.masa salam n cium dia tu,punya la sedih sayu hati Tuya,tapi x mo dia nampak kita nangis,tahankan la jugak..dalam keta berderai2 air mata..nasib baik la si hero Tuya lom balik sekolah masa tu,kalau x maunye banjir gak kot..



ni pic masa dia sihat x terlantar..senyum sokmo labah kan..


ni la keadaan dia wat masa ni..kurus teramat kurus..nak bangun pun org kena tolong.ni dia nak g toilet rasanya..


Eri si tukang urut..agaknya tangan Eri serasi ngan dia..


Doa Tuya semoga abah cepat sembuh n sihat mcm biasa..sunyinya rumah tu tanpa suara abah.x dengar senda gurau dia,lawak2 dia,bebel2 dia..walaupun dia ade kat rumah aritu,tapi terasa kesunyiannya..mcm ne la kami nak hadapi andai dia dah x de selamanya..mmg x bersedia utk hadapi semua tu,tp mcm Ma cakap..'ape pun Qada' dan Qadar Tuhan,kita kena terima'..

4 comments:

=sz= said...

huhuuuu sedihnyaaa...
berapa umur ayah mertua tuya tu?

semoga cepat sembuh seperti sediakala...

TuYa said...

kak sz:
sedih kak..berat hati nak balik KL..
umur dia dah 76 tahun dah..

J@J@ / Bini The Rock said...

semoga abah semakin pulih dari sakitnya tu.

TuYa said...

kak JaJa :
harap2 nya mcm tu la..